tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label pengalaman sendiri. Show all posts
Showing posts with label pengalaman sendiri. Show all posts

Tuesday, October 09, 2018

TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!

Assalamualaikum. Fuhhh, lama tak menulis di sini. Hampir lupa password blog. Nasiblah hentam tadi mau. Hehehe. Terasa nak menulis disini sebagai peringatan dan kenangan pahit untuk diri sendiri.


Tragedi Oktober 2018. Tragedi 1hb. Kejadian kali pertama berlaku setelah 8 tahun berkhidmat di tempat kerja.


End of day,
Akan close account dan paling terkejut bila short duit sebanyak RM 500! Lima ratus tu bukan amaun yang sikit dan memang sangat tak logik! Lebih 10x belek balik note yang ada di tangan. Kira punya kira MEMANG SAH tak cukup.


Pelik,
Yui tak menangis. Tak terfikir apa. Nak taknak kena ganti juga sebab nak close. Half gaji tu. ALLAH, dugaan.


Keesokan hari,
cuba view cctv. Dalam ramai customer, ada seorang sahaja mencurigakan. Dia beri pada yui amaun hampir 1.5k dengan duit campuran note RM 10, RM 20, RM 50 dan RM 100. Bila tengok cctv, dia susun "cukup' amaun itu (berdasarkan gerakan dia kira) dan dia letak atas meja.


Jenis Yui,
bila customer beri duit, yui akan kira berkali-kali.
Susun note bagi sama-double kira setiap note berbeza-tulis amaun terus atas slip


Apa yang pelik,
note yang Yui terima tak sama dengan bilangan gerakan tangan yui. Walhal amaun note yui tulis belakang slip cukup sama dengan total yang perlu dia bayar. Bila kira memang ngam dengan amaun Yui short.


Korang rasa sebab apa?
Mistik tapi realiti terjadi. Terus terfikir adakah aku dipukau? Tanpa sedar. Depan kita semua nampak cukup. Akhirnya baru sedar. Hmmmm, entahlah. Nak cakap lebih pun macam tak boleh. Dah call orang tu tapi jawapan pun teragak-agak. Agaknya if jadi kes polis, boleh selesai isu macam ni? Isu mistik. Isu ilmu lain.


Kalau tengok balik cctv,
nampak sedikit pelik caranya pegang setiap note yang dia letak atas meja. Dia juga terkup kepalanya dan menunduk. Waktu tu yui tiada depan kaunter sebab ambil resit.


Apa pun ini semua jadi pengajaran,
adik terus cakap "itulah hang taknak pakai spender terbalik" Huhuuu. Nampak buruk je apa dia sebut kan? Tapi itulah salah satu cara untuk elak kita dipukau. Selain itu, orang tua pernah pesan supaya bela ikan puyu.


Memang bagi pengalaman hebat untuk yui. Supaya lebih beringat dan berhati-hati. Kes macam ni, sendiri kena ganti. Itulah yang ralat. Bukan senang bekerja dengan berpegang duit. Amanah!


Semoga sama-sama kita dilindungi dari perkara tidak baik.


Yui simpan secara peribadi rekod cctv itu.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 18, 2016

Kejap pening kejap tidak

Heee, aku rasa dalam minggu ni saja dah beberapa kali aku rasa pening & mual. Kadang muntah. Macam semalam, tengah sembahyang, nak bangun dari sujud, rasa kepala melayang.


Nak berdiri, rasa berat ke kiri.
Melayang kejaplah tapi lepas itu ok. Cerita pada dia, dia pun perasan aku asyik jadi macam tu. Disuruhnya check tekanan darah takut darah rendah.


Bila aku google, simptom tu ada pada aku tapi aku harap takdelah sampai macam tu. Mungkin sebab biasa-biasa aje.


Heee, sebenarnya malas nak check. Sebab bulan 11 lepas aku ada derma darah, tekanan darah ok. Tapi untuk tahun 2016 ni, tak pastilah.


Pening yang datang, aku biarkan. Aku tak telan sebarang ubat. Saja nak tengok ketahanan badan. Jangan sampai aku tetiba pengsan sudahlah.


Moga dijauhkan perkara itu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 01, 2015

Cara terbaik untuk galakkan minum air masak/putih

Siapa jenis susah nak minum air masak/putih?
Jangankan 8 gelas sehari, segelas pun belum tentu habis telan!


Kalau ada, cepat-cepat buang tabiat tak suka minum air putih sebab banyak kebaikan air putih ini. Berganda-ganda baiknya dari minum air manis semata-mata.


Okay, aku tunjuk antara cara terbaik untuk galakkan minum air putih. Tengok gambar berikut.
Korang boleh gunakan pada botol 1.5 liter. Buat garisan & tulis tujuan anda atau kata-kata semangat.





Tapi kalau nak ikut cara aku lagi senang.
Pastikan botol air sentiasa di sisi. Setiap 30 minit/ 1 jam akan teguk air terus.
Bila teguk tu, tutup mata & terus minum.


Haaaaa, kadang sampai tak sedar dah suku minum!
Betullll!
Sekarang sehari aku biasa minum air masak lebih kurang 2 liter mengikut keperluan badan.


Cubalah ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 20, 2015

Cara ajar kucing kencing dah berak dalam bilik air

Ini antara kucing tua dalam rumah. Dah lebih 4 tahun. Namanya Eton. Aku tak berapa ingat macam mana dia boleh terjebak berak & kencing dalam bilik air. Yang pasti, aku memang ajar sebolehnya semua kucing yang berada dalam rumah praktik berak & kencing di bilik air. Senang, tak membazir pasir. Hahaha.



Kisah kenapa mata Eton sebegitu
[ entry ]


Dalam bilik air memang ada satu kerusi khas. Kerusi untuk kucing. Sentiasa ada. Kalau orang nak masuk baru bawa keluar. Oklah, aku nak share cara aku ajar depa.


1) Kurung sebolehnya seharian dalam tandas & pastikan ada makanan & minuman
2) Bawa sekali bila kita masuk dalam tandas


Sebenarnya aku biasa buat nombor 2. Hahahaha! Ala, bukan apa pun. Kita nak ajar dia. Mana tahu dengan bauan yang ada buat dia faham. Tak payah nak cakap kotor ke apa bukan aku buat benda pelik. 


Tapi cara yang sebaiknya adalah nombor 1. InshaaALLAH mereka akan biasa. Setakat ini aku buat cara 1. Kadang kita dah tahu bila time mereka nak buang air kecil atau besar. Biar dalam setengah jam, buku pintu tengok-tengok dah ada air kencing & tahi. 


Kerja manusia pun senang. Just bersihkan. Kurang dah penggunaan pasir.


Jadi, ajarlah kucing anda. Mana tahu dia patuh. Tak cuba tak tahu.


* Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Lain orang lain caranya. Boleh ikut kalau nak mencuba. Terima kasih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^