tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label sarapan mudah. Show all posts
Showing posts with label sarapan mudah. Show all posts

Monday, January 16, 2017

Sarapan Kerabu Megi Thai di pejabat

Haritu di pejabat, saja dok buat kerabu megi thai. Itupun sebab officemate sudah siap beli bahan asas, sharing sesama kami. Heeee, jadi gunalah "dapur" office tu walaupun sekadar ada microwave.


Tak puas guna itu.
Lagi seronok rebus dalam periuk dan api yang sepatutnya. Tekstur dia lain.




Bahan pun ala kadar tapi inshaaALLAH cukup. Alhamdulillah, sarapan ala Thailand gitu.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 06, 2015

Rezeki di hari Jumaat

Alhamdulillah sarapan pagi tadi adalah bubur. Ada orang bagi satu pejabat. Sedap bubur ni walau nampak biasa. Manis lemak semua cukup!




Memandangkan aku ada bawa bekal tomyam & salmon. jadi aku hanya makan bubur & tomyam. Salmon bawa balik SS petang ini. Kongsi makan dengan meow-meow pula. Ehehehehe.


Selamat berhujung minggu ya semua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 10, 2015

BREAKFAST SEKALI LUNCH = BRUNCH

Menu brunch Nurul Yui hari ini 10/6/2015



Sambal keli RM 3 + Sambal udang RM 3 + Ulam RM 1 + Nasi RM 1
Jumlah = RM 8

( sambal tu berbaki banyak lagi selain dari gambar )


Macam biasa, nasi tak habis makan. Akan simpan dan digaulkan dengan tulang/isi yang ada dan akan diberikan kepada kucing/anjing terbiar. Dengan niat bersedekah & berkongsi rezeki.


Anda juga boleh amalkan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 13, 2015

BREAKFAST SEKALI LUNCH - BRUNCH

Sejak aku mc & terima ubat angin, semacam je rasa perut ni. Kadang rasa berombak, nak gerak pun rasa sakit. Budak umah duk fikir aku gastrik tapi sebenarnya aku takde penyakit itu. 


Petang semalam, perut rasa lapar semacam. Beli laksa tapi makan 2 sudu. Perut dah rasa lain. Bangun tidur pun kadang terasa macam itu. Risau juga tapi aku masih makan ubat doktor bagi.




Oleh kerana perut meronta minta makanan, 10.30 pagi terus makan pagi. Petang tak makan. Lepas maghrib baru makan lain, itu pun kalau lalu.


2-3 hari ini, sehari mesti makan nasi sekali. Off dululah diet. Hahaha!


Kesihatan itu lebih pentingkan?


Sebenarnya aku jarang makan nasi. Bukan pasal tekak orang putih or apa, tapi keinginan itu kurang. Balik SS baru makan, itu pun menepek dekat pinggan mak. Hoho.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 12, 2015

SARAPAN HARI INI


Tengok, update pun lambat
Hujan selebatnya pagi ini
% nak demam semula tinggi
Takpe, ubat ada


Ini jela sarapan pagi
Beli, senang
Nasi goreng telur mata + teh tarik = RM 4.20






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 08, 2015

Bekal orang bujang : Ayam & tempe goreng

Memandangkan ayam ayamas masih ada, goreng 5 ketul pagi ini. Ada juga beli 1 paket tempe, apa lagi potong halus-halus kemudian goreng garing. Fuh!




Antara 2 jenis di atas, aku paling suka tempe. Itu namanya gorong bodoh saja. Lagi syiok kalau letak bawang banyak kemudian letak cili padi, ubi kentang. Waahhh! Terangkat makan. Ratah gitu pun sedappp.


Masa yang diperlukan untuk siapkan sarapan di atas hanya dalam 15 minit sahaja.


Sape suka tempe?
Kita geng. Adalah sikit keturunan jawa =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 03, 2015

Sarapan pagi hari ini

Edisi bekal belum lagi sebab mood masih bercuti.
Jadi untuk sarapan pagi ini, beli saja.




Ini namanya chee chong fun. 
Main belasah je ejaan. Hahahaha!
Jangan risau sebab beli dari kedai orang melayu.
Alhamdulillah sedap. RM 2.50 sahaja.
Takde lagi kenaikan harga.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 19, 2015

Sarapan pagi yang mudah disediakan

Boleh dikatakan sepanjang minggu lepas sediakan sarapan sehabis ringkas macam ini. Memang malas benar badan ini nak memasak pagi-pagi. Teruk benor anak dara ni!





Menu ringkas aku sediakan :

1) Telur 2 biji & sayur-sayuran
2) Kobis butter


Menu ini untuk breakfast. Memang kenyang!


Tak payah resepi lah ya, benda senang. Mehmehmeh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^