Hujung tahun 2013 aku cuba diet Atkins, alhamdulillah memang nampak hasil. Tak lama pun aku buat sebab dah dapat apa yang aku nak.
Lepas itu, makan pun dah pandai biasa-biasa. Takde dah sangat macam dulu, air manis memanjang, coklat sentiasa di sisi. Air masak langsung takmau telan! Itu kisah dululah sebelum aku kenal diet Atkins.
Ehhh, macam melalut dari tajuk.
Sebenarnya dulu aku buat diet,
target utama aku memang nak kurangkan berat. Gila sangat rasa gemok dengan ketinggian lebih kurang 159 cm, berat badan dah mencecah 65 kg! Itu kira tahap rendang tak sesuai dengan badan. Hahahah.
Lepas dah tak ikut diet atkins, aku rajinkan diri bersenam benda mudah.
Paling best ketika diet,
berat aku kurang beberapa kg saja tapi tang ukur lilit memang terbaik!
Jadi dari situ, aku lebih suka titikberatkan pengurangan ukur lilit atau
inch lost berbanding kurang kg semata.
Kenapa?
Sebab bila beli baju orang takkan tanya berat badan, tapi orang akan tanya saiz. Aku pun tak pasti kenapa aku jaga badan aku walaupun perut membuncit dengan jaya.
So, sekarang motif utama nak atasi/kurangkan buncit.
Belum kahwin dah buncit, hahahahaha!
Kalau korang, korang pilih yang mana?
Nak tahu perjalanan aku dengan diet Atkins
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^