Saturday, May 31, 2014

Kenapa saya bela kucing?



Kucing juga sebagai salah satu terapi untuk diriku
Keletahan mereka membuatkan kita tersenyum
Sayang semuanya





Friday, May 30, 2014

Cashout Nuffnang kali ke-2 untuk tahun 2014

Alhamdulillah sempena hari Jumaat penghulu hari, jari jemari ini tekan juga button cashout. Mana tahu sempat untuk guna sebelum raya. 



Jadi sekarang amaun dah RM 0.00. Moga ada lagi rezeki lain selepas ini. InshaaALLAH.


Daku juga baru join income pasif hanya bermodalkan RM 10. Kalau sempat akan daku up entry. Modal rendah jadi saja cuba-cuba & boleh iklankan produk kita juga  =)



Thursday, May 29, 2014

ST 17 [2014] - Pernah tak?

Pernah tak
Idea di kepala mencurah-curah
Saat menaip panjang tiba-tiba anda padamkan


Pernah tak
Mulut nak berceloteh menggembirakan orang
Saat nak berbicara tiba-tiba senyap sepi


Pernah tak
Saat berada di depan mata nak bergaduh gurau memanjang
Bila tiada kerinduan itu hadir


Pernah tak
Benda lain yang nak dibuat
Tapi benda lain yang muncul


Semua di atas aku
PERNAH alami
=__=



Wednesday, May 28, 2014

Kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


Al-Fatihah untuk kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah
yang telah kembali kepada yang Esa


Daku sebagai anak jati Perak berdukacita dengan apa yang terjadi
Negeri Perak bercuti esok bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak


Al-Fatihah



Tuesday, May 27, 2014

Senaman depan televisyen

Lama tak berkongsi senaman mudah. Kali ini memang ringkas dan tiada alasan takde masa nak buat sebab sambil tonton tv pun tiada masalah. Nak atau tidak sahaja ok.




Di rumah SS tiada kerusi macam ini tapi ada juga senaman aku buat menggunakan "jasa" kerusi. Hihi. Tengoklah gambar di atas, mudah sahajakan?


Sekarang aku buat mana nak buat sahaja. Rajin buat lebih, tak rajin? Besarkan lagi perut ini. Hahaha.



Si Lela buat muka



Kepada yang belum kenali, ini salah seekor kucing aku iaitu Lelatul Makjun atau singkatannya Lela. Si comel ini buat muka sebab aku tak dapat nak layan dia. Maklum sahaja waktu itu aku cuti sakit. 


Bekas itu selalunya kucing-kucing aku akan kuis jika mereka nak makan. Kira kitaorang kena allertlah andai bekas itu sengaja digoyang atau dijatuhkan.


Tu gambar muka dia tak puas hati sebab tak letak makanan dia. Aku memang takde mood nak layan sebab tak berapa sihat tapi ada mood ambil gambar dia buat muka. Boleh gitu? Kih kih.


* Si comel ini masih dara. Eksyen lebih!



Monday, May 26, 2014

RESEPI : Biskut Roti Celup Coklat Nestum

Masih ingat pada entry { ini } ? Hari itu tunjuk gambar sahaja tapi belum cuba. Lepas dah baik demam sikit, tangan ini rajin pula nak buat. Oh ya! Sungguh mudah nak buat. Budak tadika pun reti. Rajin dengan tak sahaja.



BAHAN-BAHAN

1) 4 keping roti 
2) Coklat masakan
3) Nestum


CARA-CARA

1) Potong roti ikut saiz yang kita nak
2) Bakar hingga jadi keras ( anggaran 5-10 minit )
3) Cairkan coklat & celup roti yang sudah keras
4) Kemudian celup terus dalam nestum & sekatakan

 * Boleh gantikan nestum dengan horlicks jika nak


Macam mana? Mudah sangatkan? Ada yang tanya perlu atau tidak coklat itu dicairkan kemudian masukkan susu & gula. Okay, bagi aku mudah sahaja. Korang cairkan coklat, lepas itu terus rasa coklat itu. Kalau dah rasa lemak manis tak perlu nak campur bahan lain.


Aku lupa jenis coklat masakan yang aku gunakan sebab memang lemak & manis. Sedap sangat. Biskut ini juga boleh dijadikan biskut raya cuma takut belum sempat masuk balang dah habis. Muahahaha!


Selamat mencuba.



Audit seminggu bermula hari ini

Dimaklumkan sesi audit akan dilakukan
bermula hari ini hingga hari Jumaat


Berkemungkinan aktiviti "bebas"
akan terbantut sedikit


Harap maklum



Saturday, May 24, 2014

Friday, May 23, 2014

Komen si anon

Tertarik dengan komen di entry gambar keluarga S&S di Cameron Highland. Korang boleh cari komen si anon yang tak beridentiti. Senyum sokmo tengok komen itu walau diri ini tak berapa nak sihat lagi.


Buat anon, kalau rasa baru harini tengok gambar muka daku buat mimik muka macam itu, yup itu pertama kali nak buat muka macam itu dengan adik beradik.


Awak tak suka tengok tapi awak singgah juga blog saya ini. Naluri hati saya rasa awak ini blogger tapi taknak dikenali terus jadi si anon. Takpelah. Teman tak kisah.


Awak benci? Jangan singgah sini. Tiada sesiapa memaksa naaa.


Sila baca dengan naluri bersopan santun.


Oklah. Nak sambung rehat. 


P/S : Daku MC hari ini





Gambar keluarga S&S di Cameron Highland

Entry khas nak letak gambar keluarga S&S walau adik lelaki seorang lagi tiada. Tunggu gambar raya pulak la naa.








Cukuplah 3 gambar ini. Aku dah siap combine. Kenapa sikit? Sebab tak menyinggah banyak tempat. Menyesal yang banyak! Muahahaha.


Eh nak tanya korang, aku lebih kepada muka MAK atau ABAH? 


Dari pandangan mata korang yang tak berapa kenali aku =)


* Keluarga S&S = Shah & Saayah




Thursday, May 22, 2014

Kenapa komen di entry tiada atau sikit?

Mula-mula kita kena tahu apa matlamat utama untuk setiap entry yang kita hasilkan?

1) Untuk dijadikan kenangan
2) Untuk orang ramai search dah terus jumpa entry
3) Nak dapatkan banyak komen
4) Saja suka-suka


Kalau tanya aku, pastinya tujuan utama nak berpokpek lebih panjang, nak dijadikan kenangan mana tahu nanti keluarga, anak, cucu, cicit boleh tahu kisah aku. Sentuh bab komen di entry, serious kalau dulu macam terfikir juga nak setiap entry kena ada komen dari blogger lain. Konon at least kita tahu ada orang baca.


Sekarang? Erm aku tak kisah. Sebab aku tahu setiap blogger ada alasan sendiri kenapa dia nak/tidak untuk drop komen di entry kita. 


Contohnya :

Tak komen sebab?

1) Entry panjang berjela dan ditambahkan dengan pelbagai cerita dalam satu entry
2) Entry bercerita pasal cinta, seks & benda lucah
3) Susah nak drop komen sebab ada word verification
4) Susah nak komen sebab guna widget yang telah diubahsuai
5) Entry melalut tak faham motif apa
6) Hanya sekadar baca sahaja ( silent reader )


Rasanya ramai di antara kita tergolong dalam (6) termasuk aku sendiri. Bukan bermaksud malas tapi kadang-kadang kita ada sebab tersendiri. 


Walau apa pun, inshaaALLAH setiap blogger yang komen di entry aku, aku akan jejak balas dan akan tinggalkan juga komen di entry kalian. Bukan sekadar membalas tapi lebih kepada rasa teruja & hargai apa yang kalian lakukan.


Korang ada nak tambah apa-apa? Jom share nanti aku updatekan. Boleh juga tahu pendapat blogger lain.


Mungkin nanti nak share macam mana nak tarik perhatian agar orang tinggalkan komen =)



ST 16 [2014] - Menanti 9 hari akan datang

9 hari lagi
9 hari menanti
9 hari sabar


InshaaALLAH
Pejam celik 
Pejam celik


Hari berganti hari
Yang dinanti akan pasti
Aamiin



Wednesday, May 21, 2014

Semoga selamat pergi & selamat kembali

Hari ini 21/5/2014 "teman" rapat & keluarganya pergi menunaikan ibadah umrah. Alhamdulillah daku tumpang gembira dan bersyukur kerana dia dapat jejakkan kaki ke tempat yang menjadi idaman untuk setiap umat Islam pergi.


Katanya inshaaALLAH 31/5/2014 akan pulang ke Malaysia. Aku tetap sabar menanti & mendoakan segalanya dipermudahkan dan ibadahnya diterima ALLAH SWT. Moga mereka baik-baik & sihat senantiasa.


Aku? Biasakan diri tidak menerima panggilan & sms untuk tempoh 10 hari. Sedih itu tak perlu sebab dia pergi menjalankan ibadah. Tumpang gembira & harap dia doakan untuk hubungan kami. Moga ALLAH permudahkan.


Moga aku juga mampu jejakkan kaki ke sana satu hari nanti. InshaaALLAH.


Aamiin.


Sunyi sekejap untuk diri sendiri.






Tuesday, May 20, 2014

Jalan-jalan ke Cameron Highland

Sabtu lepas 17/5/2014 aku sekeluarga kecuali adik bongsu berkesempatan berjalan-jalan ke Cameron Highland. Punya lama tak p sana tiba-tiba ngidam & terus ajak abah. Bukan apa, payah nak dapat kumpul ramai-ramai. Sayang pula adik bongsu tak dapat join.


Kami gerak lebih kurang jam 8.30 pagi. Semasa pergi, ikut laluan Tapah & semasa balik ikut Simpang Pulai. Sekali harung jalan takde patah balik. Ikut laluan Tapah jalan agak mencabar sebab berliku ibarat ular kena bedal. 


Cuaca suram-suram sahaja pagi itu. Bila dah nampai lata tu tengok air laju terjun, excited kemain nak sampai atas lagi tau. Oh ya, aku dah aim nak ke Big Red Strawberry Farm tapi sayangnya dah terlepas. Kemain laju mulut ni kata depan lagi depan lagi padahal terlepas. Huwaaaaa! Menyesal!!


Tak banyak tempat yang aku singgah. Mula-mula singgah Bharat Tea. Tujuan nak ke toilet. Lepas itu pekena air tak berapa nak berbaloi. Duk imagine rupa air lain tapi sayangnya dapat air lain. Nasib baik order satu ja. Haha. 


Mango Tea Jelly RM 8 
( teh + kiub ais + nata mango )


Teruskan perjalanan. Singgah di Taman Unc Sam. Dekat sini dah mula membeli jeruk strawberry, sayur campur & buah strawberry. Untuk barangan cenderamata harga pun ok. Bekas pensel RM 5, bantal RM 10, topi RM 5. Macam-macam tapi sayangnya aku hanya beli topi untuk anak buah. Untuk diri sendiri? Nan hadoooo.


Aku cadangkan kalau nak beli coklat cair ( dalam bekas )
RM 5 ( bekas bulat ) sila beli di Taman Unc Sam
Sebab di kawasan lain hanya jumpa packing botol kecil sahaja
- aku tak beli juga, nyesal! -


Lepas itu singgah di kawasan pasar pagi. Nama tempat? Aku lupa. Tapi meriah sebab ramai orang singgah. Ambil kesempatan turun juga. Sempat lagi beli jeruk, keychain & yesss! Merasa makan kimcham goreng. Tergoda tengok entry cik epal pasal kimcham jadi gigih aku cari. Family aku pun suka. Sayangnya aku hanya beli 2 pek sahaja kimcham yang belum digoreng. Nyesal lagi!


Perjalanan diteruskan lagi dan saat inilah menyesal utama berlaku sebab aku terlepas tempat yang dituju. Konon feeling nak bergambar di ladang teh, pekena strawberry coklat, dessert tapi nan hadooooo. Hanya angan-angan mat jenin.


Destinasi terakhir kami adalah di Avant Chocolate. Sekadar singgah tak beli apa-apa. Sebab aku nyesal banyak kali, abah aku siap kata takpe ada lagi satu tempat yang kami boleh petik strawberry sendiri. Hati teruja tapi bila dah sampai, TUTUP! Fine. Abah berhenti sekejap sebab nak makan. Punya mak & kami pujuk abah patah balik tapi abah taknak. Tak makan dek pujuk. Haha.


Kesimpulan kasar, kalau nak beli, beli sahaja. Singgah sahaja setiap tempat yang ada. Best tak best lain cerita. Banyakkan membaca supaya senang nak tuju tempat kalau anda tiada masa.


Tolong jangan jadi macam aku, sudahlah bertahun tak pergi tapi dah p tak dapat nak ke tempat yang dituju. Memang rareeee gilalah. Takpe takpe nanti nak pergi lagi. Semua tempat aku nak singgah. Amacam, gigih kan aku?


Nanti aku buat entry ringkasan & tips mudah untuk ke Cameron Highland supaya mudah untuk buat rujukan diri sendiri. Ayat panjang-panjang belum tentu ada yang baca sampai habis. Eh, jangan terasa ya!


Gambar? Entry lainlah. Huhu.


Kami balik terus singgah Mydin Meru, Ipoh dan aku laju beli coklat masakan. Nak juga coklat strawberry. Haha!






Anjing membonceng motosikal



Cute sangat aksi anjing ini
Tongkat dagu tu tak menahan ok


- Kalau rajin aku update entry Cameron Highland -



Monday, May 19, 2014

Gambar selfie adik-beradik


Kami sebenarnya 4 beradik
tapi adik lelaki seorang lagi tak ikut


First time aku berselfie buat muka "sengal"
Demi adik beradik yang lain
Ku gagahi buat raut wajah macam itu


Selfie takpe jangan selfish
Muahahaha!


Aku - Sulung
No 2 perempuan - Belajar di UUM
No 3 lelaki - Tentera
No 4 lelaki - Form 3 ( tiada dalam gambar )






Saturday, May 17, 2014

Tempahan bantal perhiasan felt craft



Yang ini gambar lebih dekat
Zooommmmmmm
Design dari pelanggan sendiri


Nak order?
P klik banner belah kanan kat atas naaa
=___=



Friday, May 16, 2014

Genap 20 hari bersama Ephyra

Ingat lagi tak aku cabar diri aku sendiri { entry } nak rasai kehebatan Ephyra? Hari ini 16/5/2014 genap 20 hari bersama Ephyra.


Perbezaan? Ada perasan perbezaan sikit. Jadilah dari takde langsungkan? Hihi. Apa dia? Kena tunggulah cabaran 30 hari aku tamat. Hari ini saja update entry sebab tak sabar nak habiskan 30 hari.


Korang nampak tak aku excited nak bercerita apa perubahan yang berlaku padahal belum habis sekotak. Kalau dah habis ni, harap ada rezeki nak dapat Ephyra free dari contest Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga.


Bila dah cuba & berjaya, memang buat hati semakin teruja!






Tempat menarik di Cameron Highland?

Walau aku duduk di Perak dan berdekatan sahaja dengan Cameron Highland tapi baru beberapa kali pergi sana. Rasanya kali terakhir lebih 8 tahun lalu. Uih! Lama rupanya.


Jadi, persekitaran terkini di area sana aku pun tak pasti macam mana. Jadi, kepada kengkawan yang biasa pergi cameron, boleh cadangkan tak tempat mana yang WAJIB dikunjungi bila sampai sana?


Yang aku baca :

1) Big Red Strawberry Farm
3) KEA Farm


Lain-lain mana lagi best? Bukan apa cadangnya nak pergi sana esok sebab keluarga semua dah cukup ada untuk bercuti atau beriadah bersama. Bukan senang nak kumpul macam ini. 


Agaknya cuaca sana pun okay kan sekarang ini? Kalau musim hujan macam terpaksa batalkan ke sana dan cari alternatif pergi tempat lain.


Prinsip aku mudah, duit boleh dicari tapi keluarga tak dapat dicari dengan duit. Selagi boleh bersama, manfaatkan waktu yang ada sebaiknya.


Cadangan kalian sangatlah daku hargai. Terima kasih.






Thursday, May 15, 2014

Kenapa tidak update blog?

Perasan atau tidak cik empunya blog ini sekarang jarang nak update terutama ketika cuti. Hari biasa pun update sehari sekali itupun kalau jari jemari nak menaip.


Kenapa boleh jadi macam itu?


1) MALAS
2) TIADA IDEA
3) TIADA PERASAAN


Sekarang baru aku rasa ketiga-tiga perkara di atas. Tiada perasaan, tiada idea & malas. Itu faktor utama. Bila difikir secara logik ada saja cerita boleh kita up kan tapi pabila penyakit 'M' wujud, semua kerja tak jadi.


Idea terbantut. Hasil tiada.


Secara kesimpulan buat masa ini aku bukan blogger tegar. 


Eh! Bercerita macam ini pun dah boleh jadi satu entry =)



ST15 [2014] - Keluarga lengkap

Pabila keluarga lengkap berkumpul
Itu saat yang terindah


Pabila seorang ke sana
Seorang ke sini
Rindu itu hadir


Pabila mula berkumpul
Gaduh manja itu ada
Terutama adik beradik


Seronok
Bahagia
Pabila melihat keluarga bersatu
Alhamdulillah






Monday, May 12, 2014

Cuti lagi

Maaf sebab lambat bersiaran
Aku ambil AL harini
Tujuan utama nak bawa meow-meow ke veterinar


Alhamdulillah urusan dah selesai
Esok pun cuti sempena wesak


InshaaALLAH nanti aku bw
Macam banyak cerita nak kongsikan


Termasuk kisah meow aku
Hari ini aku dapat cucu baru
=_=


Maaf entry takde gambar 
Sebab update guna grand je
Huhu




Sunday, May 11, 2014

Sepi & sunyi

Sepi & sunyi
Itu yang dirasai

Tak terluah dek kata
Tak tertelan dek bicara

Satu persatu
Telah berlalu

Semua itu pasti
Hidup atau mati

Sepi
Sunyi




Friday, May 09, 2014

Seperti kehidupan



Bila pandang gambar di atas
Ku bayangkan tentang kehidupan

Damai, bergelora, gelap gelita
Ada pasang surutnya
Ada naik turunnya

Ada masa kita bergembira
Ada masa kita berduka

Walau apa pun
Kita kena tabah
Kuat hadapi
Sabar tempuhi

Moga kehidupan kita diberkati
Aamiin


Maaf jika ada kesalahan dilakukan ku selama ini
Halalkan segalanya andai ada terkurang
Maaf




Berada di Port Dickson Sabtu ini

InshaaALLAH pukul 3 pagi nanti akan bergerak ke PD. Atas sebab adik lelaki aku yang belajar di sana tamat latihan. 


Kenapa tak tidur PD sahaja? Bukan taknak tapi ada tanggungjawab lain terutama terhadap kucing-kucing yang ada. Takkan nak tinggalkan seharian tanpa penjagaan sesiapa. Tambahan kami sekeluarga jenis tak gemar bermalam incase terdesak.


Maka kami berlima akan bergerak dari Perak nanti. Aku, abah, mak, makcik & opah. Tak sabar nak tengok perbarisan abang-abang askar. Nak tengok apa aturcara yang bakal dijalankan.


Dan kami akan balik hari. Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali. Aamiin.


Blogger mana area sana? Kot terserempak boleh tegur menegur =)



Thursday, May 08, 2014

Akit dalam kenangan (7/5/2014)

Lagi satu kehilangan yang dirasai
Ya ALLAH satu persatu terjadi
Baru semalam upload video Akit aktif bermain
Rupanya itu antara terakhir darinya


Akit mati dalam dakapan mak 5.10 petang
Tidak lama selepas membersihkan Akit
Mak bagitahu melalui telefon
Berderai air mata aku saat mendengarnya


Sampai hati Akit tak tunggu aku
Sampai hati Akit pergi tanpa dapat ciuman dariku
Sampai hati Akit pergi tanpa pandangan sayu matanya


Kenangan menjaga Akit akan kekal dalam ingatan
Seekor kucing yang tabah walau banyak kekurangan diri


Damailah dengan tenang Akit
Maafkan kami andai ada kekurangan selama menjagamu
Doakan kami dapat berbakti sebaiknya kepada saudara maramu yang lain


Akit tetap dalam ingatan
Sampai bila-bila



AKIT DALAM KENANGAN


Dalam minggu ini sahaja
Kehilangan Atam
Kehilangan Batman
Kehilangan Akit


Kami redha ya ALLAH






Promosi murah egg white mask+maskara+face mask 24K



RM 25 untuk 3 item

1 tiub egg white mask
1 maskara
1 keping face mask 24K

( Harga biasa RM 36 )

Postage RM 6 SM RM 10 SS

Selagi stok masih ada
SMS Yui 019-2331810




Wednesday, May 07, 2014

Apakah identiti blog anda?

Sebelum berbicara mengenai identiti, jom kita fahami dahulu apa maksud identiti


Identiti (definisi Kamus Dewan Edisi Keempat – terkini) = (idéntiti) sifat-sifat (ciri-ciri dan sebagainya) yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang sebagai suatu keseluruhan memperkenalkannya atau mengasingkannya daripada yang lain.


Entry kali ini khas untuk bercerita mengenai identiti blog. Sebagai contoh blog Corat Coret Nusha lebih banyak ke arah perkongsian diri, keluarga, persekitaran & kejadian.


Secara ringkas identiti blog ini adalah lebih ke arah PERSONAL.


Kalau isu, berita semasa selalunya jarang aku tampilkan. Kalau mula-mula berblog, memang itu topik setiap hari akan aku update. Tapi setelah bertahun berblog, kini topik personal menjadi pilihan diri.


Korang pula, secara ringkas apa identiti blog?


Personal? Random? Rojak?


Tak kisah apa pun janji ada pembaca walau diri sendiri yang baca. Ngeh ngeh ngeh.



Tuesday, May 06, 2014

[Masalah blog] Pendapat anda amat diperlukan



Nak mohon kerjasama dan pendapat JUJUR dari anda sebagai pembaca & penyinggah di blog Corat Coret Nusha, ada apa-apa masalah tak ketika anda singgah blog ini?


1) Loading blog cepat, sederhana atau lambat?

2) Ada tak widget yang perlu dibuang? Yang korang rasa tak perlu letak di blog

3) Ada apa-apa komen jujur lain? Baik & buruk aku terima


So, mohon kerjasama ya. Kalau ada masalah terutama tentang loading blog, boleh lelaju inform aku. Sebab kadang aku tak perasan blog sendiri ada masalah. Bila aku pergi blog orang lain dan hadapi masalah, baru teringat blog sendiri.


Komen positif dan negatif amat dialukan. Tak perlu "bertapis-tapis" sebab nak komen yang jujur supaya dapat perbaiki kelemahan yang ada.


Terima kasih.



Kehilangan yang dirasai

Berita KEHILANGAN banyak terjadi


Bermula dengan kehilangan MH370
Kemalangan feri di Korea
Kemalangan bas yang kerap terjadi


Kehilangan seniman tanah air kita
Dan terkini kehilangan yang terjadi pada diriku sendiri


Kehilangan kucing disayangi
Kehilangan kucing yang entah kemana pergi
Kehilangan kucing-kucing yang telah diberi kepada insan penyayang


Kehilangan
Ada kalanya menggembirakan
Ada kalanya menyakitkan


Kita perlu redha
Perlu tahu pasti ada hikmahnya tersendiri


Takziah & Al-Fatihah untuk segala kehilangan yang telah terjadi



Monday, May 05, 2014

Senarai pemenang GA Nurul Yui Collection

Alhamdulillah GA Nurul Yui Collection berjalan dengan lancar




Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim Yui umumkan

2 orang pemenang topup RM 5 ( random org )

Peserta nombor 5
Peserta nombor 25


Pemenang utama 
1 set pisau kitchen king 6 pcs





Tahniah kepada ketiga-tiga pemenang
Kesemua pemenang dikehendaki emel Yui di fashanusha@gmail.com
dengan tajuk emel GA NURUL YUI COLLECTION
Berikan nama penuh, link entry, alamat lengkap & nombor telefon 
( pemenang utama )
Berikan nama penuh, link entry & nombor telefon [maklumkan jenis talian] 
( pemenang topup )


Terima kasih kepada semua yang menjayakan GA Nurul Yui Collection
samada secara langsung atau tidak
InshaALLAH GA seterusnya akan diadakan lagi


Tarikh akhir untuk tuntut hadiah pada 5/5/2014
Lambat tuntut maka pemenang baru akan dipilih


Terima kasih untuk semua


ENTRY BARU SCROLL BAWAH

Atam @ Zorro dalam kenangan (4/5/2014)

Sayu hati ini pabila nampak keadaan Atam malam tadi
Nampak dia dah terbaring kaku atas jalan 
Dia dilanggar
Darah masih pekat
Badan masih lembik ketika dipegang
Sah! Dia baru saja kemalangan


Kenapa kematian dia aku nampak?
Sayu hati ini lihat keadaan dia terbujur kaku
Darah banyak


Kematian dia amat tragis
Lebih 3 tahun membela 
Pertama kali kucing aku mati akibat dilanggar


Masih teringat keletahan Atam
Tiada lagi ciuman mesra darinya saat aku acukan pipiku padanya
Tiada lagi sahutan darinya saat kami panggil namanya
Tiada lagi geselan manja darinya saat dia meminta makanan


Ya ALLAH
Aku sedih
Aku pasrah
Aku redha dengan apa yang jadi


KAU berikan dia melalui penemuan dalam longkang ketika masih kecil
KAu pinjamkan dia hanya untuk beberapa bulan
Untuk membesar dengan kami


Maafkan kami Atam andai kami tidak sempurna menjagamu
Tapi ketahuilah bahawa kami sangat sayangkanmu
Sama seperti yang lain


Moga ATAM tenang di sana
Moga ATAM bahagia




ATAM DALAM KENANGAN


* Sambil aku menaip sambil laju air mata ini mengalir. Hanya yang mengetahui mengerti perasaan ini



Resepi roti celup coklat mudah

Ternampak gambar resepi mudah & menyelerakan ini di FB. Laju aku save gambar. Mana tahu, mood rajin datang boleh buat. Buat kudapan di malam hari. 




Korang mesti faham step untuk sediakan hanya berpandu gambar di atas. Cuma untuk roti tu, bakar dalam 10-15 minit. Nak bagi keras sahaja. Jadi macam biskut.


Kalau aku nak buat, aku taknak celup nestum tapi nak guna horlick. Pergh! Belum buat tapi dah rasa kesedapan. Macam mana ni? Huhuhu.


So, jika aku dah cuba, aku kongsikan hasilnya di blog ok.



Saturday, May 03, 2014

Operasi mandikan kucing

Minggu ini aku rajin lagi
Mandikan kucing-kucing yang ada
Yang sempat dimandikan


Mood aku baik
Sebab itu aku rajin
Huhu


Boleh gitu?

Friday, May 02, 2014

EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA








EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA


Menjadi fenomena hangat masakini, kerana heboh diperkatakan akan keberkesanannya! Ramai pengguna yang dah cuba dan kagum dengan hasil yang menakjubkan. Pendek kata, memang jatuh cinta dengan EPHYRA, dan tak akan berpaling lagi!


Satu-satunya produk premium berkualiti tinggi khas untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, yang harus diminum oleh setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan, yang bertindak dari dalaman, mencerahkan dan menyempurnakan kulit dari dalam, bukan saja untuk kulit muka, malah keseluruhan. EPHYRA sangat berkesan dalam mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan.


EPHYRA, produk keluaran bumiputera buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dan dijamin HALAL oleh Jakim dan diiktiraf selamat oleh KKM. Dengan ramuan berkualiti premium yang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti kolagen ikan laut dalam, astaxanthin, acai beri, l-glutathione, gam akasia, serbuk tomato, bunga marigold dan acerolla cerry yang diimport dari seluruh dunia, dan dirumuskan di sini untuk menjaga tahap status selamat dan halal oleh badan JAKIM dan KKM di Malaysia, pastinya gabungan mantap yang memberikan 10 kali kuasa penyembuhan sel dalam badan, dan berupaya merangsang penjanaan sel-sel kulit baru, menyah toksin dalaman badan dan menyihatkan tubuh badan anda, serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan muda!


RUMUSAN TERHEBAT, 100% BERKESAN!

Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, menyihatkan dalaman anda, memberi tenaga berpanjangan, serta berupaya memulihkan sel tisu.


RASA YANG TERSANGATLAH SEDAP!

Mendapat pujian dari ribuan pengguna, supplement paling sedap di pasaran!! Sekali minum, rasa nak minum berkali-kali! Berperisa Tutti Frutti bukan sahaja enak diminum tetapi penuh dengan pelbagai khasiat untuk cantik, sihat dan bertenaga dalam satu masa.








TANPA BAHAN TAMBAHAN

Disahkan HALAL oleh Jakim, dan SELAMAT oleh KKM. 100 % semulajadi dan selamat, tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.


KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN EPHYRA


  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri

  2. 80% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 hari

  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah

  4. memulihkan kulit jerawat, berparut, kusam dan eczema

  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus

  6. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar

  7. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan

  8. Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut

  9. Mengurangkan kadar kolesterol

  10. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan

  11. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan

  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism

  13. Kempiskan perut buncit

  14. Melancarkan haid & hilangkan senggugut

  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

  16. Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan

  17. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi

  18. Meningkatkan kuantiti susu ibu

  19. Menjadi lebih bertenaga sepanjang hari

  20. Memulihkan masalah tumit merekah, kurangkan selulit

  21. Meningkatkan kualiti tidur

  22. Meningkatkan kesuburan

  23. Membantu memulihkan masalah cyst

EPHYRA SESUAI UNTUK


  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahun ke atas)

  • Ibu menyusu dan hamil (5 bulan ke atas)

  • Mereka yang pentingkan kecantikan & kesihatan luar dan dalam

  • Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
    1. Kulit berjerawat

    2. Kulit Berjeragat dan Berparut

    3. Eczema / Penyakit Kulit

    4. Gastrik / Masalah Usus

    5. Menurunkan Kolestrol

    6. Stress / Kemurungan / Ceria

    7. Sembelit / Cirit-Birit / Buasir

    8. Asthma / Lelah / Penat / Semput

    9. Gout / Arthritis Sendi

    10. Menopause

    11. Ketidakseimbangan Hormon

    12. Alergi Makanan Laut

    13. Resdung

    14. Penyakit Gusi / Demam

    15. Masalah Tidur / Kelesuan

    16. Jangkitan Pundi Kencing

    17. Masalah Buah Pinggang

    18. Kanser / PertumbuhanTumor

    19. Sakit Sendi & Sengal Badan

    20. Jantung / Saluran Darah

    21. Migraine / Sakit Kepala

    22. Strok / Parkinson

    23. Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)

    24. Masalah Senggugut / PMS

    25. Jangkitan Virus / Bakteria

    26. Darah Tinggi

    27. Masalah Saraf

    28. Kencing Manis

    29. Thyroid


ANTARA RIBUAN TESTIMONI EPHYRA

Cantik
  1. Masalah jerawat - klik SINI dan SINI

  2. Masalah jeragat - klik SINI

  3. Eyebag pudar - klik SINI

  4. Parut chicken pox hilang - klik SINI

  5. Kulit lebih bersih daripada parut jerawat - klik SINI

Sihat
  1. Legakan sakit sendi dan suami berhenti merokok - klik SINI

  2. Masalah Eczema - klik SINI

  3. Berjaya kuruskan badan dan lancarkan haid serta tiada senggugut - klik SINI

  4. Berjaya mengandung setelah bertahun menanti - klik SINI dan SINI

  5. Masalah resdung - klik SINI

Bertenaga
  1. Kekal aktif sehingga ke malam - klik SINI

  2. Rasa lebih bertenaga dan bersemangat - klik SINI

  3. Badan lebih sihat dan segar - klik SINI

  4. Sentiasa bertenaga - klik SINI

  5. Tidak mudah letih / tidur lena / tidak mudah mengantuk di siang hari / kempiskan perut buncit / melancarkan sistem pelawasan - klik SINI






PROMOSI EPHYRA MEGASALE

HARGA PREMIUM PACK (30 SACHETS)


RM 180 ( Semenanjung ) / RM 190 ( Sabah & Sarawak )

Call / whatsapp HOTLINE : 019 3999 238 / 03 41417889











Cantik bertenaga sudah semesti,
Hidup sihat mudah bekerja,
Pengguna Ephyra itu yang pasti,
Kesannya sungguh buat teruja.




Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 10,020.00 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.



Promosi maskara lentik dengan harga murah

HARGA PROMOSI

1 PCS RM 10
2 PCS RM 15
( tidak termasuk postage )


Eh eh, aku selalunya kalau jual aku akan test dulu. Maknanya kat diri sendiri kena rasa baru kita tahu macam mana nak terang pada orang. Ye dak? Nanti ada yang pung pang pung pang tanya aku terpinga-pinga nayaaaa weii!


Serious, pakai maskara ini, kesan dia bulu mata panjang sikit. Alaaa, macam maskara yang bagi panjang panjang tu. Korang tak percaya? Ok aku tunjuk bulu mata sendiri. Aku tak pakai pengetip bulu mata untuk lentik.




Boleh tahu mana satu sebelum & selepaskan? Itu testi dari diri sendiri. Tiada unsur edit bagai. Nak cuci pun macam biasa, boleh guna baby oil atau agak malas terus cuci guna air. Nampak comotlah sikit kalau main hentam taram tonyoh kan =)


So macam mana? Taknak try ke? Tengah promosi ni. Harga biasa 1 pcs RM 15. Nak jimat beli 2 pcs kongsi-kongsi dengan kawan, jiran tetangga, rakan pejabat. Postage boleh share gituuuu.


Nak order, lekaih roger SMS Yui 019-2331810. Aku bagi service sebaiknya untuk setiap pelanggan. Dont worry!



Thursday, May 01, 2014

St14 [2014] - Selamat Hari Pekerja

Kepada semua yang bergelar pekerja
tak kisah takde kerja, kerja swasta, kerja kerajaan, suri rumah
penganggur


Selamat Hari Pekerja diucapkan
Walau hari ini cuti, tapi KERJA tetap ada
=___=