Jujur aku orang yang ceria. Suka usik orang ( terutama keluarga & kenalan rapat ). Suka bercakap banyak. Suka ketawa.
Tapi kalau aku tak suka, marah atau seangkatan, perangai aku berubah terus.
Antaranya :
1) Diamkan diri
2) Sibukkan diri
3) Tidur lebih awal
Ini antara benda yang aku buat. Bab DIAM itu paling utama. Sebab apa? Aku risau bila aku bersuara ada yang "makan hati" dengan kata-kata aku. Kadang cara ini buat aku istiqamah. Cari kelemahan diri & elakkan orang sakit hati.
Kadang cara aku ini orang tak boleh terima. Bukan aku berdiam terus tapi aku cuba cari punca & selesaikan apa yang patut. Mungkin sekejap dan mungkin ambil masa.
Bila hati disakiti, terlalu banyak ubat perlu dicari.
Inilah perangai aku!
Wednesday, December 31, 2014
Tuesday, December 30, 2014
PUMA Malaysia
Korang biasa bersukan? Pastinya dah biasa dengan peralatan sukan yang ada dan pasti dah biasa dengar jenama sukan terkenal Puma Malaysia bukan? Satu jenama yang amat dikenali seluruh dunia dengan pemasaran produk lebih dari 120 buah negara!
Ditubuhkan pada tahun 1924 oleh Adolf dan Rudolf Dassler sebelum mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat masing-masing pada 1948 iaitu Adidas dan Puma.
Untuk pengetahuan korang, syarikat yang berasal dari Jerman ini merupakan sebuah syarikat multinasional yang menghasilkan kasut sukan, pakaian sukan dan aksesori untuk lelaki & wanita yang menjalani kehidupan sihat dan aktif. Hebat bukan?
Sudah melebihi 80 tahun dalam industri ini, sudah semestinya Puma antara jenama pakaian sukan yang menjadi kegemaran di seluruh dunia. Mereka juga telah menaja nama-nama terkemuka industri sukan seperti Pele, Diego Maradona, Cesa Fabregas, Rickie Fowler dan atlet Jamaican terunggul iaitu Usain Bolt.
Di Malaysia, produk jenama Puma memang mendapat permintaan yang tinggi buat peminat sukan. Antara produk menjadi kegemaran ialah kasut sukan di mana kasut ini menjadi produk terbaik dalam pasaran. Kasut Puma sangat selesa dipakai kerana direka mengikut kesesuaian tapak kaki. Paling menarik bila korang sendiri selesa memakai tidak mengira apa tujuan samada bersukan, berlari, berjoging dan lain-lain.
Puma sangat mementingkan kualiti terhadap produk yang dikeluarkan maka itu menjadi faktor kepada penerimaan orang ramai terhadap jenama Puma. Korang bosan dengan rekaan yang biasa? Dengan Puma masalah korang itu selesai! Tak percaya?
Mereka sangat kreatif dalam menghasilkan rekaan yang stylish & fashionable. Rekaan yang menarik, pemakaian selesa, warna yang ceria itulah keluaran Puma. Korang pun seronok! Sebab itu mereka diterima dengan cukup baik sehingga berjaya memasarkan produk ke lebih 120 buah negara di seluruh dunia.
Tidak ada lagi stigma lama barangan sukan kelihatan 'dull' atau membosankan apabila anda menggunakan produk Puma. Sebab apa? Produk menarik, stylish, trendy & fashionable! Sambil bersukan pun korang boleh bergaya. Pergh, sangat menarik keluaran Puma!
Mana nak dapatkan produk Puma?
Sekarang tak perlu bersusah payah habiskan tenaga, buang masa, isi minyak kerana teknologi yang ada kini boleh digunakan. Membeli hanya di hujung jari anda!

Dapatkan kasut sukan, pakaian sukan, aksesori sukan dan macam-macam lagi daripada Puma Malaysia secara online. Pelbagai koleksi kasut sukan & futsal yang terbaik untuk anda miliki.
Apa yang penting, barangan Puma tidak terhad untuk para jejaka yang aktif sahaja malah mereka telah meluaskan rangkaian produk untuk golongan wanita juga. Jom beli kasut Puma secara online dan dapatkan harga yang jauh lebih rendah jika korang beli ketika musim sale Malaysia atau warehouse sale.
Pastinya korang terkejut dengan apa yang bakal korang alami ketika membuat pembelian secara online yang mudah, selamat & terbaik! Apa lagi, jangan tunggu lama-lama =)
Hanya kerana sepotong ayat
Kadang-kadang kita tak sedar
Hanya dengan sepotong ayat
Mampu membuatkan hati luka sepanjang hayat
Mampu membuatkan hati terkesan
Membuatkan ingatan itu kekal
Kadang kita dah kawal lidah kita
Kita sampaikan yang terbaik dari diri kita
Tapi jika disalahtafsir
Niat yang baik mampu bertukar menjadi buruk
Lidah
Memang benar lebih tajam dari pedang
Luka terhiris dek lidah
Walau tidak nampak darah
Mampu membuatkan ia "bernanah"
Maaf andai ada kataku
Membuatkan dirimu terluka
Membuatkan dirimu merana
Tanpa ku sedar
Atau tidak
Maaf.

Masam manis blog di tahun 2014
Rupanya dah nak menghampiri penghujung tahun 2014. Rasa sekejap masa berlalu. Sesungguhnya masa tidak menunggu kita tapi kita yang kerap terkejar masa.
Berbicara tentang masam manis blog sendiri di tahun 2014, aku ringkaskan sebaik mungkin. Saja untuk buat kenangan. Boleh gitu?
Masam blog 2014
1) Pernah "mendiamkan" diri sebentar dari sebarang update
2) Menang voucher RM 100 dari XXX tapi kod diberi tidak valid oleh XXX itu sendiri dan akhirnya diam menyepi
3) Tidak pernah menganjurkan GA ( tahun 2013 setiap bulan ada )
Manis blog 2014
1) Ditawarkan untuk membuat review & mencuba sendiri service
2) Memenangi beberapa hadiah untuk GA/segmen
3) Cashout Nuffnang
Nampak sikit tapi ini yang terdetik di fikiran. Apa yang paling best, bila mendapat ramai sahabat maya yang memahami diri kita walhal tak pernah berjumpa. Ada yang sangat supportive saat kita jatuh.
Terima kasih semua. Terima kasih untuk masam manis, pahit manis di tahun 2014 ini.
Setiap apa yang berlaku mengajar kita erti sesuatu.

Monday, December 29, 2014
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kehilangan pesawat Air Asia QZ8501
Allahuakbar! Satu lagi berita menggemparkan buat negara kita. Pesawat Air Asia dari Surabaya menuju ke Singapura terputus hubungan selepas hampir 40 minit perjalanan.
Berita yang aku tengok pagi tadi, berkemungkinan kehilangan pesawat berpunca dari masalah cuaca yang buruk. Sedih sangat. Saat 2 berita tragedi melibatkan pesawat MAS MH370 & MH17 masih segar dalam ingatan. Tragedi ini pula terjadi. Kuasa ALLAH!
Sudah lebih 24 jam ini terjadi dan masih tiada khabar berita. Mari kita bersama doakan yang terbaik buat mangsa-mangsa dalam pesawat tersebut.
Al-Fatihah.

Sunday, December 28, 2014
Saturday, December 27, 2014
Friday, December 26, 2014
Kucing kelima & keenam dimandulkan : Batman & Putih
Balik dari KL hari Ahad malam. Hari Isnin 22/12/2014 saja ambil AL sebab tahu akan penat dan yang paling penting tujuan utama AL adalah untuk mandulkan kucing.
2 ekor kucing betina = RM 160
Duit pembedahan hasil jualan dana untuk meow, sedekah dari insan yang prihatin
dan dari diriku sendiri
Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang
Blog rujukan : Langkah -langkah sebelum & selepas mandulkan kucing
Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga
1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & ubat sapu
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan ( ikut tempat ) RM 80/ekor
2 ekor kucing betina = RM 160
Duit pembedahan hasil jualan dana untuk meow, sedekah dari insan yang prihatin
dan dari diriku sendiri
Alhamdulillah setakat ini dah 6 ekor kucing dewasa aku mandulkan. 2 ekor jantan dan 4 ekor betina. Lega sangat dapat buat walau secara perlahan-lahan. Akan aku usaha lagi untuk cari kos demi kebajikan mereka.
Terima kasih kepada yang sudi membeli sambil menderma.
Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
Entry proses neuter/mandulkan kucing jantan :
Mohon teruskan berdoa & berusaha
Banyak kejadian atau musibah yang terjadi kini. Bagi mereka yang tidak mengalami, hanya mampu berdoa dan membantu sebaik mungkin.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. ALLAH sedang menguji kita. Itu tandanya supaya kita tidak leka.
Diharapkan sangat, tiada istilah "sambutan tahun baru". Tak perlu nak konsert bagai saat sebegini & lebih baik tidak diadakan terus. Dana yang ada, harap disalurkan kepada tempat yang betul.
Sama-sama kita teruskan berdoa dan membantu apa yang kita mampu.

Thursday, December 25, 2014
Wednesday, December 24, 2014
Musim hujan & banjir
Sekarang cuaca tak menentu. Dah beberapa hari hujan sepanjang hari. Di SS & Ipoh pun sama. Apabila hujan berterusan, tak mustahil banjir melanda dan itulah yang terjadi di beberapa tempat dalam negara kita.
Kelantan banjir teruk. Terkini di Kuala Kangsar pun sama. Area kampung aku di Lasah pun dah mula air naik. Risau sangat. Apabila situasi macam ini terjadi, banyak aspek yang perlu dititikberatkan.
Sama-sama kita doakan saudara kita yang menghadapi situasi banjir dalam keadaan baik. Doakan moga air surut dan mereka dapat pulang ke kediaman masing-masing.
ALLAH sedang menguji kita.

Idea photobooth majlis anda
Sekarang ini kebanyakan majlis terutama majlis perkahwinan mesti nak ada tempat untuk photobooth. Tempat korang lepak nak ambil gambar sebagai kenangan.
Ini contoh photobooth yang kawanku tempah. Dari mana tak pasti tapi harga tak lebih RM 200 sebab takde props.
Simple kan tapi tetap menarik! Bila tengok barang-barang yang ada, rasa sendiri boleh buat. Terus terfikir nak buat bisnes photobooth. Tapi memandangkan diri sendiri naik motor, tang mana nak campak benda-benda ini.
Berangan dulu tak salahkan? Hehehehe.
Gambar hanya menggunakan kamera hp Asus Zenfone 6 sahaja.
Ini contoh photobooth yang kawanku tempah. Dari mana tak pasti tapi harga tak lebih RM 200 sebab takde props.
Board beli sendiri dan tulisan itu adalah tulisanku
Sorry sayang, tulisan tak lawa!
Simple kan tapi tetap menarik! Bila tengok barang-barang yang ada, rasa sendiri boleh buat. Terus terfikir nak buat bisnes photobooth. Tapi memandangkan diri sendiri naik motor, tang mana nak campak benda-benda ini.
Berangan dulu tak salahkan? Hehehehe.
Gambar hanya menggunakan kamera hp Asus Zenfone 6 sahaja.
Tuesday, December 23, 2014
Kali terakhir sebagai pengapit
Sebenarnya tak terfikir nak jadikan ini kali terakhir tapi itulah, kadang kita cakap macam itu, tak jadi gitu pun. Tapi memang harap aku jadi pengapit dan ini kali terakhir. Tak berapa suka jadi pengapit, hahahaha.
Umur dah 26 tahun, rasa diri dah tua nak jadi pengapit bagai walaupun masih bujang. Lepas ini nak jadi pengantin pula. Bila? Bila sampai masa dan ada jodohnya. Ewah jawapan artis! Hahahaha.
Tunjuk satu gambar dulu. Banyak di FB tapi kat blog lebih banyak aku boleh pokpek. Mehmeh.
Tulisan selamat datang dariku (buruk!)
Umur dah 26 tahun, rasa diri dah tua nak jadi pengapit bagai walaupun masih bujang. Lepas ini nak jadi pengantin pula. Bila? Bila sampai masa dan ada jodohnya. Ewah jawapan artis! Hahahaha.
Tunjuk satu gambar dulu. Banyak di FB tapi kat blog lebih banyak aku boleh pokpek. Mehmeh.
Perjalanan pagi ini ditemani hujan
Semalam aku ambil AL, konon nak rehat sebab 2 hari di KL tapi apakan daya ada kerja lain ku buat untuk memanfaatkan cuti yang ada. Alhamdulillah dapat mandulkan 2 ekor semalam. Entry lain nanti.
Dah beberapa hari hujan. Pagi ini agak lebat di SS, ikut hati nak tunggu tapi kalau tunggu pun bukan berhenti terus, jadi ambil keputusan pecut jugalah dengan motor kesayangan. Sebelum itu, haruslah pakai baju hujang givi pemberian abahku. Untung tak basah lenjun bila pakai baju hujan.
Sekarang dah dalam opis, badan pun dah kesejukan. Aircond tutup terus. Harap badan dapat tahan. Kalau tidak, mc jawabnya esok.
Abah dah siap pesan pada mak, suruh aku jangan bawa laju ketika hujan sebab lopak dan air bertakung. Tengoklah, kasih sayang orang tua pada anaknya =)

Sunday, December 21, 2014
Saturday, December 20, 2014
Friday, December 19, 2014
Perkhidmatan awam ETS menjadi pilihan
InshaaALLAH malam ini tepat jam 9 malam akan bergerak ke KL. Ditemani seorang lagi sahabat dari Ipoh. Esok sahabat baik nikah & lusa kendurinya.
Ikutkan hati aku nak gerak terus dari opis tapi mak abah aku macam tak bagi. Mak suruh balik dulu SS dan nanti abah hantar ke Ipoh. Sebenarnya aku taknak menyusahkan tapi dah depa cakap macam itu, ku turutkan. Risau anak daranya duduk awal di stesen ktm. Hihi. Siapa tak sayang anakkan?
Doakan perjalanan pergi dan balik dipermudahkan.
Oh ya, tiket balik Ipoh dah siap beli. Taknak dah peristiwa lama berulang. Mehmehmeh. Doakan kami ya. Aamiin.

Resepi Bergambar : Kuah Laksam
sumber : Resepi Ringkas
Layan sungguh bila makan di petang hari. Nanti aku share resepi buat laksam. Ini kuah sahaja. Sebelum ini aku pernah makan dengan spagheti, sedap juga! Kira kalau malas nak buat laksam, gantikan dengan lain.
Nikmatnya berbezalah sedikit sebab dah di olah. Ye dak?
Selamat mencuba.
Anak minah, Adik
Minah inilah kucing yang terpaksa ku jadi bidan terjun untuk bawa keluar anaknya yang tersangkut lebih 6 jam [ entry & gambar ]. Aku takde pengalaman tapi alhamdulillah anaknya dapat dibawa keluar walaupun mati.
Tak sangka Minah boleh beranak lagi. Inilah anaknya. Ada dua 2 ekor tapi seekor lagi dah jadi anak angkat Putih. Kenapa? Sebab anak pertama, Minah biarkan. Tak jilat langsung. Hampeh Minah ketika itu.
Anak kedua, inilah dia. Ku namakan Adik. Alhamdulillah Minah jaga dengan baik, Kalau tak baik, aku denda ko Minah. Hehehe.
Omeikan Adik?

Geram tengok Adik sebab senang kita nak ambil gambar. Muka pun sefesyen sahaja. Nanti aku kenalkan abang/akaknya. Tak dapat nak kenalpasti jantina sebab kecil lagi. Huhu.
Hp aku penuh gambar kucing sahaja =)
Thursday, December 18, 2014
Carta perbandingan usia kucing & manusia
Mesti ramai yang tak berapa tahu hal ini kan? Ini adalah perbandingan usia kucing & manusia. So, kira sendiri usia anak bulus anda.
Maknanya aku ada anak bulus yang usianya seangkatan 30 tahun usia manusia. Wowww! Tua lagi kamu nenek Eton dari tuan kamu ini. Miahahahaha.
Muda ke tua, aku tetap sayang semuanya.
Maknanya aku ada anak bulus yang usianya seangkatan 30 tahun usia manusia. Wowww! Tua lagi kamu nenek Eton dari tuan kamu ini. Miahahahaha.
Muda ke tua, aku tetap sayang semuanya.
Resepi Bergambar : Ayam goreng butter
Aku kalau resepi nampak crispy & creamy memang aku suka. Korang pernah buat? Aku tak pernah lagi. Miahahahaha.
Sumber : Resepi Ringkas
Sedapnya tengok gambar ini. Moga mood aku rajin nanti nak mencuba. Selama ini makan kat kedai saja kalau nak menu sebegini. Lepas ini boleh buat sendiri.
Selamat mencuba.
Wednesday, December 17, 2014
Santai NUSHA - Diet
Senyum jelah sebab dalam seminggu memang aku akan makan nasi. Macam dah biasa. Sekarang banyakkan sayur dan buah.
Siapa aqasha?
Bajet ja naaa. Hehehe.
Tak berapa sihat
Siapa yang suka sakit? Tapi bila jadi, kena ingat sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Mula rasa tak sihat sejak kenduri di Kajang. Baru nak suap nasi dalam mulut, mulut tak boleh nak buka "luas". Bayangkan, nasi boleh jatuh semula dalam pinggan ( tak semua masuk mulut ). Dah macam bocor pula.
Picit tang gigi, tak sakit. Picit tang pipi tak sakit juga. Tekan bahagian hujung rahang pipi, rasa sakit sikit. Nak kata bengkak tidak. Nak kata sakit gigi pun tidak. Bengkak cantik? Bukan juga.
Sekarang, kalau nak bagi lalu makan, kena pakai sudu dan garpu. Jadi orang barat sekejap. Kalau guna tangan, memang "tak nikmat" apa yang di telan.
Dah 2 hari setiap malam badan akan rasa seram sejuk. Nak kata demam tidak. Bangun pagi alhamdulillah ok.
Hari ini, kepala berdenyut-denyut. Salah makan pun tidak. Adalah tu tak kena. Mungkin kena hujan sikit-sikit. Aih, manja benar badan ini sekarang.
Jadi, sekarang aku buat kerja mana yang larat. Jari masih boleh menaip tapi kalau dapat baring itu dah kira bonus untuk diri sendiri.
Korang jaga kesihatan baik-baik. Musim sekarang ini.

Cubaan pertama buat flower crown
Kan hari itu aku tidur rumah bakal pengantin. Dia tahu hobi aku bercraft jadi dikatanya tangan aku kreatif. Fuhh, kreatif sangatlah mak jemah. Benda seni ini hanya hobi aku saja. Huhu.
Bahan semua dah ada. Aku pun mulakan tanpa tengok panduan lain. Konon terus saja buat. Bila dah siap satu, tengok macam ok ja. Macamlah. Hahahahah.
Aku buat setengah sahaja. Tak perlu letak bunga keliling sebab gambar pun nak ambil di bahagian depan saja. Test di kepala ok juga. Jadi, siaplah 9 pcs.
Bahan :
1) Dawai ( sambung jadi bentuk bulat )
2) Gam hijau ( yang selalu ada pada bunga telur )
3) Bunga & daun ( pilih yang kecil )
Itu sahaja bahannya. Yang penting jari jemari yang membentuknya. Harap oklah bila pakai flower crown ini nanti. Aku main hentam saja. Hahahaha.
Nak lagi senang, beli siap. Ada jual di Mr DIY.

Tuesday, December 16, 2014
Kejadian di Hentian Pudu tidak berulang
Ecehh! Kemain tajuk tidak berulang. Tidak berulang buat masa inilah. Akan datang, kita sendiri pun tak tahu nasib kita macam mana.
Ok, entry sebelum ini aku bagitahu pasal tiket ETS ke Ipoh habis. Lepas itu aku terus ke Hentian Pudu. Bila ingat kejadian lama, aku terus BERJAGA-JAGA [ kisah lama ]. Sampai sahaja, macam biasa ada saja manusia yang akan mengekori kita. Pujuk rayu dengan kata-katanya untuk beli tiket.
Apa yang aku buat?
1) Terus sahaja berjalan walau ada yang panggil atau mengekori
2) Bagi saja alasan kita dah beli tiket
3) Berjaga-jaga dengan barang yang kita bawa
4) Terus menuju ke kauter tiket tanpa kehadiran manusia yang lalu lalang
Pilihan bas aku hari itu? Plusliner. Sebab aku perhatikan hanya kaunter tiket plusliner nampak tenang & pembeli beratur dengan tertib. Tiada langsung manusia yang akan mengekori kita hingga ke kaunter.
Kekurangan bas plusliner adalah tempat duduknya agak sempit. Kalau bawa beg besar, payah sikit. Itu tak menjadi masalah, yang penting perkhidmatan diberikan. Bas bergerak tepat jam 2.00 petang tanpa singgah hentian bas mana-mana. Akan turun di Medan Gopeng dan hentian terakhir di Amanjaya, Ipoh lebih kurang jam 5.00 petang.
Alhamdulillah, sangat lega bila selamat tiba tanpa kejadian lepas.
Aku adalah manusia yang jarang menggunakan perkhidmatan awam jadi agak ralat bila kejadian tak diingini terjadi. Apa pun, semua ini pengalaman.
Minggu ini pergi KL, dah siap-siap beli tiket ETS pergi dan balik. InshaaALLAH tak berlaku kejadian tiada tiket. Mehmehmeh.

Tragedi kedua tiket ETS di KL Sentral
Hari itu dah jadi. Ingatkan dah insaf dengan apa dah berlaku, rupanya tidak. Konon tawakal. Memang tawakal sungguh ahad lepas. Hahahaha.
Kan aku pergi kenduri di Kajang, memang tak plan samada nak tidur KL atau tidak. Tengok member tidur, so join sekali. Memang spare bawa keperluan. Malam Sabtu, aku dah tengok online tiket ETS untuk hari Ahad. Seat beratus yang kosong! Kosong ok!
Aku pergilah sebelum jam 12 tengahari ke KL Sentral. Member hantarkan. Konon nak beli terus tiket, then tunggu. Pergi kaunter, tu dia. Nota besar tulis tiket hari Ahad ke Ipoh HABIS. Ulang semula, HABIS!
Member yang hantar dah blah. Terpaksa aku call suruh dia datang dan minta hantarkan ke Pudu. Kesian member.
Itulah, abah aku dah tanya nak beli tiket balik sekalike, aku kata tak payah. So, ngadaplah kau. Haaaaa. Ini tragedi kedua. Jadi aku nasihatkan, jangan terpedaya dengan status check online sebab ramai orang lagi suka naik KTM dari naik bas. Macam aku. Lain kali beli siap-siap tiket pergi dan balik. Senang hati.
Aku terus ke Pudu. Ingat lagi kejadian hari itu bengang dengan bas, hal ulat tiket? [ entry ]. Apa yang ku buat kali ini? Tunggu next entry.

Monday, December 15, 2014
Majlis perkahwinan sahabat baik, Nur Asyikin
Alhamdulillah hari Sabtu 13/12/2014 aku selamat juga tiba di kenduri kahwin salah seorang sahabat baik aku, Asyikin atau dikenali sebagai Kajang ( sebab dulu ada 3 nama asyikin, jadi nak memudahkan panggil ikut tempat asal ).
Maaf sebab gambar tidak seberapa. Guna hp sahaja. Lepas ini turn yang tudung mint berbaju hitam. InshaaALLAH minggu ini kendurinya.
Buat Kajang,
Selamat pengantin baru & selamat melayari alam rumah tangga dengan penuh barakah. Moga menjadi isteri yang solehah buat suami tersayang. Moga berbahagia hingga jannah. Aamiin.
Nanti aku story kejadian di KL Sentral =)
Penat
Fuhhh, giler malas betul rasa pagi ini
Dah siap, boleh pula set alarm lagi 15 minit
Sambung lagi tidur
7.35 pagi baru gerak
Bukan tak tahu ambil masa lebih kurang 45 minit nak sampai pejabat
Buatnya tayar pancit, nauzubillah moga dijauhkan
Tapi kena juga beringat
Kita tak boleh leka
Penat sangat
Petang semalam baru sampai dari KL
Kemain jadi lagi tragedi tak boleh blah di Kl Sentral
Naya wei naya
Nasib baik naik bas dari Pudu semalam alhamdulillah ok
Jadi, mood sekarang adalah PENAT
Kena ambil mood perlahan-lahan nak cover rasa letih

Sunday, December 14, 2014
ALLAH takkan menguji di luar kemampuan
ALLAH tahu kamu letih
ALLAH tahu kamu susah
Tapi tahukah kamu bahawa
ALLAH takkan menguji kamu
dengan sesuatu di luar kemampuanmu?
Yang diuji
Itulah antara insan terpilih
Saturday, December 13, 2014
Bergerak ke KL
InshaaALLAH tepat jam 10 pagi aku akan naik ETS menuju ke KL. Di sana nanti, kawan akan jemput dan terus menuju ke kenduri sahabat baik di Kajang.
Doakan semoga perjalanan pergi dan balik selamat.
Tiket balik ke Ipoh aku tak beli, kira tawakal sahaja. Hahaha.
Tak sabar nak tengok pengantin sebab si pengantin agak brutal orangnya. Mehmeh.
Doakan semoga perjalanan pergi dan balik selamat.
Tiket balik ke Ipoh aku tak beli, kira tawakal sahaja. Hahaha.
Tak sabar nak tengok pengantin sebab si pengantin agak brutal orangnya. Mehmeh.
Friday, December 12, 2014
Majlis perkahwinan sahabat baik, Atiqah
Oh so sweet korang laki bini tiqah & mail. Serious aku suka tengok gambar-gambar korang. Terus aku berangan adakah aku mampu seperti itu. Hahahaha.
Saja aku coretkan di blog ini untuk kenangan sebagai sahabat baik antara kita. Lepas ini, sukarlah nak "berfoya-foya" sebab ada syurga yang terlebih dahulu didahulukan. Ehehehe, gurau saja!
Tahniah sahabat!
Esok seorang lagi sahabat baik kahwin. Minggu depan pun seorang lagi. Tahniah tahniah.
Buat Tiqah & Mail
Selamat pengantin baru
Semoga kebahagian hingga ke hujung nyawa
Moga ALLAH permudahkan segala urusan
Saja aku coretkan di blog ini untuk kenangan sebagai sahabat baik antara kita. Lepas ini, sukarlah nak "berfoya-foya" sebab ada syurga yang terlebih dahulu didahulukan. Ehehehe, gurau saja!
Tahniah sahabat!
Esok seorang lagi sahabat baik kahwin. Minggu depan pun seorang lagi. Tahniah tahniah.
Ibu tiada pengganti
Jangan difikirkan keuntungan untuk awek
Kerana ia hanya AWEK
Untungkan terlebih dahulu ibumu
Kerana ia selamanya IBU
Hargai mereka selagi hayat dikandung badan
Thursday, December 11, 2014
Sudah kemaskini BR1M 2015
Balik saja dari kursus dah ada yang minta tolong untuk semak BR1M 2015. Secara tak langsung aku terus kemaskini untuk diri sendiri. Alhamdulillah, line ok. Tak suka buat awal-awal sebab tahu akan jemmmmm.
Tapi,
Aku check hanya yang bujang boleh kemaskini ( aku ubah nombor akaun ). Untuk yang berkeluarga, takde pula boleh update info lain. Aku tak pasti kenapa sebab lebih 5 nama penerima BR1M aku semak. Mungkin yang bujang duk ingat dah berubah status. Mungkinlah.

Laman web untuk kemaskini
Harap urusan ini dipermudahkan. Apa sekalipun kena bersyukur. Alhamdulillah.
Jangan lupa print semakan status permohonan untuk rujukan. Itu sebaiknya.
ST 33 [2014] - Rokok & drugs
Jangan biar orang guna kau macam ROKOK
Guna kau bila bosan
Pijak kau bila habis
Be like DRUGS
Let them die for you
sumber : FB Page Tentang Kita
Wednesday, December 10, 2014
Rezeki yang dikongsi melalui sedekah
ALLAH duga seseorang kerana dia tahu kita mampu hadapinya
ALLAH nak tengok setahap mana kita mampu diuji
Begitu juga melalui rezeki
Rezeki lebih dikongsi melalui sedekah
Itu yang ku peroleh sekarang
Rezeki untuk diri dan anak-anak tersayang ( meow )
Buat akak blogger yang sudi bersedekah dengan amaun yang tidak disangka
Kak XXXXX,
Moga ALLAH murahkan rezeki akak suami isteri anak beranak
Moga anak-anak dara akak membesar dengan sempurna
Moga ALLAH permudahkan segalanya
Yui pegang kata-kata akak untuk diingati
"Dah tertulis rezeki yui "terselit" dekat rezeki akak"
Terima kasih kak dengan kata-kata akak
Yui takkan berhenti berusaha untuk anak-anak Yui
InshaaALLAH
Kalau memerlukan bantuan, jangan segan silu
Kita berusaha mana yang boleh
Aamiin....

Jujur menitis air mata daku
ALLAH dengan rintihan & doaku
Amaun itu akan yui guna untuk "anak-anak" Yui
Cerita Dana Untuk Meow
[ link ]
Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]
Coklat free dari Langkawi
Balik dari kursus, aku turun di R&R Bukit Merah. Shapit dah menunggu sejam kat situ. Kesian tapi nak buat macam mana, kursus habis lambat.
Dapat satu plastik dipenuhi dengan "syurga coklat". Apa yang aku nak semua ada. Teman dia ni memang hantu coklat.
Siap kena warning, kalau asyik duk makan coklat sampai nasi taknak, lepas ini tiada harapan dapat coklat banyak-banyak. Perhhh! Warning ea? Ada aku kisah? Ekekeke. Idaklah. Aku makan nasi cuma tidak setiap hari.
Coklat sebanyak itu inshaaALLAH tak sampai sebulan habis. Gigit sikit demi sedikit sebab sayang nak habiskan. Hahaha. Terima kasih MSHA.
P/s: Sekarang aku dah "bebas" makan. Pendek kata dah bersara diet atkins sebab dah dapat apa yang diimpikan. Kalau aku continue diet, itu lain cerita =)
Baju sebagai pengapit di KL
Aku dah bagitahu ada 2 kenduri sahabat baik dimana aku jadi pengapit. Satu tak jadi, yang di KL inshaaALLAH jadi. Bakal pengantin dah merayu bagai dekat aku. Hahahaha. Jangan risau sayang, i datang.
Inilah bajunya. Bakal pengantin beli kain ini di Jakarta. Aku hanya perlu siapkan ikut design aku nak. Pilihan aku yang simple sudah memadai.
Inilah bajunya. Bakal pengantin beli kain ini di Jakarta. Aku hanya perlu siapkan ikut design aku nak. Pilihan aku yang simple sudah memadai.
Upah RM 100
Kalau ada nak tempah boleh roger
Moga segala urusan sahabatku dipermudahkan.
Tuesday, December 09, 2014
Rasa tak menentu
Aku tak tahulah kenapa bulan Dis 2014 seperti banyak menguji aku
Padahal, ikutkan sama macam bulan-bulan sebelum ini
Bezanya tak banyak mana!
Banyak "cabaran" aku kena tempuh
Kadang banyak fikir pasal orang lain dari diri sendiri
Lebih pentingkan perasaan orang-orang lain dari perasaan sendiri
Fuhh!
Rasa macam "teraniaya" tapi memikirkan kebaikan, teruskan juga
Akal selalu mengingatkan, segala kebaikan ALLAH suka
Maka kita manusia khilaf, haruslah perbanyakkan kebaikan
Jauhi keburukan
Bayangkan
Hari ini baru 9hb
Baru seminggu dalam 4 minggu di setiap bulan
Banyak dah yang berlaku
Apa pun
Aku harap semuanya baik-baik
ALLAH, permudahkan urusanku....

Monday, December 08, 2014
Hari ini AL
Kemain petang baru nak update blog. Sebenarnya nak bagitahu den cuti. Saja apply hari ini sebab nak settle urusan roadtax dan insurance motor.
Memang bulan ini uji $$$. Aku buat mana yang terdaya. Terbang RM 388 untuk LC Biruku.
Esok kembali bekerja. Semangat!
Memang bulan ini uji $$$. Aku buat mana yang terdaya. Terbang RM 388 untuk LC Biruku.
Esok kembali bekerja. Semangat!
Sunday, December 07, 2014
Harga runtuh untuk baju kurung kain pelikat
Memandangkan stok baju kain pelikat tinggal 2 pasang lagi. Ditambahkan aku nak kena clear cepat sebab urgent nak guna duit, maka aku akan jual baju ini dengan harga runtuh.
Harga asal RM 80 tidak termasuk postage
Harga runtuh RM 70 termasuk postage SM & SS
Dah jimat sekurangnya RM 16/ RM 20
Ini barang baru. Ulang sekali lagi barang baru! Aku bagi harga ini sebab nak guna duit segera kalau boleh. Kalau ada yang betul-betul nak tapi tak cukup duit, boleh bayar 2 kali. Habis bayar aku terus pos.
Boleh whatsapp 019-2331810 untuk lebih lanjut. Jangan minta kurang sebab ini harga rugi yang ku letak. Harap memahami.
Serious buyer only.
Saturday, December 06, 2014
Resepi Bergambar : Carrot Cake Bujang
Siapa suka kek lobak? Aku suka. Lagi best bila buttercream lemak selemaknya. Ada yang jual tak berapa best. Kek pun keras.
Sumber : Resepi Ringkas
Nahhh! Ku kongsikan resepi mudah. Bahan yang mahal tang creamcheese. Yang lain-lain biasa saja. Kalau takut buat kek tak jadi, korang bahagikan kepada 2 bahan di atas. Sekurangnya tak jadi takdelah menyesal tak sudah. Hahahaha.
Wahai mood, segeralah kau ke hati ini. Agar diri rajin untuk mencuba segala resepi yangt telah dikongsi. Huhu.
Friday, December 05, 2014
Baju pengapit tak jadi
Hari itu aku ada cerita kenapa aku dipilih jadi pengapit dan kenapa aku terpaksa batalkan. Perancangan manusia tapi ALLAH lebih berkuasa. Atas urusan kerja, pengapit tak jadi, pergi kenduri kahwin pun tak dapat.
Inilah rupa baju yang aku tempah. Member aku just bagi kain. Aku sendiri pilih design apa pada tailor dan tambah lace untuk tidak nampak kosong.
Inilah rupa baju yang aku tempah. Member aku just bagi kain. Aku sendiri pilih design apa pada tailor dan tambah lace untuk tidak nampak kosong.
Harga lace 1 meter RM 19
Upah jahit RM 100
Design insipirasi dari butik online. Bila nak pakai baju ini? Kenduri kahwin orang lainlah gamaknya. Huhu.
Kalau ada yang nak tempah design macam ini, boleh hubungi aku.
Dah test pakai, macam cantik macam comel aje. Hahahaha!
Resepi Bergambar : Pancake Mudah
Macam biasa resepi dari group Resepi Ringkas.
Nampak kan bahan-bahan yang diperlukan? Jangan risau sebab aku suka save menu yang ringkas. Hahaha. Dasar pemalas!
Sedap dimakan dengan jem/susu/madu.
Selamat mencuba.
Nampak kan bahan-bahan yang diperlukan? Jangan risau sebab aku suka save menu yang ringkas. Hahaha. Dasar pemalas!
Sedap dimakan dengan jem/susu/madu.
Selamat mencuba.
Thursday, December 04, 2014
ST 32 [2014] - Penyakit hati
Orang yang cemburu melihat kejayaan orang lain
Orang yang suka mencari kesalahan orang lain
Itu adalah orang yang mempunyai penyakit hati
Moga dijauhkan sifat sebegitu
p/s: Cemburu demi kebaikan itu tidak mengapa
Wednesday, December 03, 2014
Pembayaran BR1M 2015
Pastinya ramai dah terima surat untuk kemaskini BR1M kan? Aku dan abah pun dah terima minggu lepas. Cuma belum kemaskini secara online lagi.
Tempoh kemaskini hingga 31 Disember 2014 sahaja. Jadi, jika ada masa terus buat untuk elak masalah lupa.
Individu bujang akan dapat sekaligus manakala bagi yang berkeluarga akan dibayar secara berperingkat.
Aku layak terima BR1M sebab gaji tak tinggi. Bersyukur dapat RM 350 walau kos sara hidup lebih tinggi dari itu. Duit itu sudah ada perancangannya =)

Kursus 2 hari di Seberang Jaya
Antara sebab utama aku terpaksa cancel jadi pengapit Sabtu ini ialah aku wajib hadir kursus 2 hari yang bakal di jalankan di Seberang Jaya. Kursus AMLA.
Seronok kursus tapi jadi kurang seronok bila terpaksa batalkan benda yang dah lama dirancang. Inilah namanya benda tak terjangka. Ingatkan hujung bulan rupanya awal bulan. Takpelah, demi kerja ku gagah jua. Mehmeh.
Ada blogger seberang jaya?
Mailah datang hotel sunway. Kursus siang sahaja malam bebas. Hahahaha.
Isnin aku dah ambil AL. Nak urus roadtax.

Tuesday, December 02, 2014
Sangkar yang sesuai untuk seekor kucing dewasa
Ehem-ehem diingatkan terlebih dahulu, entry ini adalah pendapat peribadi dari aku semata-mata dan melalui pengalaman yang ada. Untuk pendapat yang lebih baik, boleh rujuk pada yang arif.
Blogger sis Diana ada bertanya aku berapa banyak sangkar yang aku ada?
Secara kasar sangkar yang ada lebih 10. Saiz sederhana hingga yang mencapai ketinggian orang dewasa.
Tak semua kucing aku duduk dalam sangkar. Ada yang berkeliaran bebas keluar masuk rumah. Ada yang jadikan bilik air sebagai tempat poo & pee mereka. Ada yang poo & pee dalam bekas pasir. Jadi, sangkar lebih memang spare untuk kucing yang beranak.
Berbalik pada soalan sis Diana
Sangkar apa yang sesuai untuk seekor kucing dewasa

Model terpaksa : Lela
Senang cerita beli sangkar biasa. Ada bajet lebih boleh beli yang besar. Lebih berbaloi.
Sangkar seperti dalam gambar di atas, ku rasakan antara yang sesuai untuk letak seekor kucing dewasa. Aku ada banyak sangkar seperti itu. Contoh di luar rumah, 2 sangkar ini digabungkan dan letak 4 ekor kucing yang bersaiz sederhana.
Harga lebih kurang RM 40. Harga bergantung kepada kualiti sangkar. Ada yang jenis tebal. Yang ku beli jenis sederhana.
Kalau kucing jenis guna pasir, belilah sangkar lebih besar untuk letak sekali bekas pasir. Jadi, kucing ada ruang untuk bergerak ke sana sini. Yang penting perlu ada ruang untuk mereka tidur.
sumber google
Kalau sangkar jenis bertingkat, harga bermula RM 300 biasanya. Juga mengikut kualiti & saiz sangkar. Boleh letak 3-4 ekor. Bahagian bawah boleh letak bekas pasir. Senang untuk bersihkan sebab ada roda.
Senang cerita beli sangkar biasa. Ada bajet lebih boleh beli yang besar. Lebih berbaloi.
Jadi, beginilah pendapat aku. Harap sis Diana puas hati dengan jawapanku. Nanti aku ukur ikut inchi sangkar tersebut ya. Lupa pula haritu =)
Resepi Bergambar : Puding Cream Crackers
Macam biasa, menu bergambar macam ini aku ambil dari group fb Resepi Ringkas. Aku suka save resepi yang telah diedit dan memudahkan.
Aku sendiri tak cuba lagi tapi aku dah terliur tengok. Bahan pun sikit & mudah dicari. Oh ya, takde guna agar-agar/gelatin. Hanya perlu kukus. Kalau nak buat layer, setiap lapis kukus dalam 5 minit sampailah layer terakhir.
Korang boleh adjust perasa juga. Ikut kesesuaian tekak masing-masing ya. Selamat mencuba!

Menu ringkas untuk yang kehabisan gas
Hari Khamis lepas, aku rajinkan diri masak untuk makan malam. Konon nak buat bunga kobis goreng. Tengah sedap tumis bawang dan lobak, gas pula habis!
Penyudahnya? Aku main masak-masak dengan bahan yang ada dan bakar sahaja. Jadilah seperti gambar dibawah. Lasagna bunga kobis gas habis diberi nama. Hahahaha.
Penyudahnya? Aku main masak-masak dengan bahan yang ada dan bakar sahaja. Jadilah seperti gambar dibawah. Lasagna bunga kobis gas habis diberi nama. Hahahaha.
Mula-mula bakar 15 minit lepas itu saja tambah lagi 10 minit. Penyudahnya hitam cheese aku itu. Tapi sebab aku dah layer dengan mayonis & mustard, ada serbuk lada, rasanya best! Kenyang alhamdulillah.
Nasib baik di rumah sewa ada pembakar, kalau tidak nayalaaaah.