tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, April 18, 2014

Bidan terjun untuk kucing

Hari Rabu lepas aku terpaksa menjadi bidan terjun buat kali pertama untuk kucing aku. Si Minah baru pertama kali beranak. 2 ekor anaknya mati dan malang buat anak ketiga tersangkut dan Minah tak dapat nak keluarkan.


Lama Minah menahan sakit tapi bila aku perhatikan dia, dia seakan meminta tolong dariku. Aku laju telefon kakak veterinar, Blogger Eintan. Katanya boleh jika aku nak mencuba tapi perlu secara perlahan-lahan. Kira kena "berkomunikasi" dan faham keadaan Minah cuba untuk meneran.




Nampak tak keadaan anaknya yang tersangkut itu? Yang tersangkut bermula dari tangan hingga kepalanya. Rasanya beranak kepala keluar dulukan? Kira ini kes songsang. 


Operasi aku bermula jam 7.30 malam dan alhamdulillah dalam 15 minit selesai. Itu pun setelah aku pujuk & cuba memahami bila masa yang Minah hendak meneran. Memang pengalaman sungguh untuk aku.


Aku siap pakai glove & perlahan-lahan tarik serta kawal diri Minah. Aku faham pasti dia sakit. Kesian tengok dia. Selesai keluarkan anak dia nampak lega & pandang aku sayu. Mungkin dia berterima kasih sebab sudi tolongnya.


Kata mak, Minah memang kuat. 


Aku macam tak percaya aku kena jadi bidan terjun. Nasib baikla aku sayang kucing.


* Kalau ada area Ipoh nak kucing, boleh contact aku. Aku dalam cubaan nak kurangkan kucing & mandulkan kucing-kucing yang ada untuk elak pembiakan yang semakin ketara.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

13 dak comei sayang YUI:

Nurzakiah Hanum said...

wow pengalaman nie

^^eKaTiKaH^^ said...

hmm, tak sanggup nak tengok sebenarnya. lebih2 lagi bila kucing tu keluar air mata. :'(

Tihara said...

sedihnya tengok muka minah
memang sayu,
moga Allah murahkan rezeki yui

Azhafizah Md Nor said...

boleh try ni..xpernah lagi try apple n daun saderi

Azhafizah Md Nor said...

walaupun fiza sayang kucing tapi xberani la yui..kang fiza lak pingsan..bagus yui..good job!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yui, alamakk sheila tak berani nak tengok la. dah ler kita ni tgu nak bersalin je. hehehe pengalaman terbaik yui ni. hee singgah menabung inti sini~~~

Chot said...

kesian dia..songsang anaknya..huhu

Lyaa Suriany said...

bravo yui.
kire terror la tu.
lya xberani lg nk jd bidan
sbb kalau dulu2. tiap kali kucing lya nk branak, die nyorok siap2. tau tau dh beranank.hhee

Nora Karim said...

Ya Allah beraninya....! saya tgk gambar pun dah seriau... huhuh

- AZIE - said...

hebatla yui...takut pulak akak

Nadia Johari said...

beraninya yui..bgaus yui..kalau nad tak tau nak buat ape

Cik Yatt said...

alamak klu yatt pon mesti tak tau nak wat ccamne.. biasa tngok kcing branak tapi smue okey..

eima said...

adui ..nape tak baca entry ni dulu ... huhuhu

aku faham dik ..aku pun penah alami nye ... time tu aku br umur 17 thn kot ... huhuhu