Thursday, March 05, 2015

Kucing ke-8 dimandulkan : Tompok

Cukup saja duit tak kira dari gaji atau hasil jualan dana untuk meow, aku pasti segera cuba mandulkan kucing-kucing dewasa yang ada. Sikit demi sikit. Semuanya untuk kebaikan bersama.


23/2/2015 lepas, aku sambung cuti CNY. Memang cadang nak spay Tompok. Dia pernah beranak sekali tapi dia bagi mati semua anaknya. Jadi, untuk kebajikan, lebih baik mandulkan sebab mungkin dia tak reti jaga anak.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & ubat sapu
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan ( ikut tempat ) RM 80/ekor



Alhamdulillah setakat ini dah 8 ekor. Harap yang lain-lain dapat buat dengan lebih cepat. Moga rezekiku lebih. Aamiin.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan 
Kaka 

Muna


Terima kasih kepada yang sudi membeli sambil menderma.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]

9 comments:

  1. baru tahu kucing pun kena puasa. hihihi

    ReplyDelete
  2. owhhh. macam gitu ye kalau nak mandulkan kucing.. ^ nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. sha, kucing2 yang nak dimandulkan perlu jab tak? kalau kucing2 tak jab boleh terus mandulkan tak?

    ReplyDelete
  4. Nice sharing,nuyui.IbuNoey ni agak zero bab pengendalian kucing ni.

    ReplyDelete
  5. Salam. Hee mandulkan kucing rasa mcm mengerikan saja.

    ReplyDelete
  6. Moga urusan Yui dipermudahkan dan mereka dapat kebaikan dari pemandulan ni.

    ReplyDelete
  7. dahh kena mandul..supaya dia xdelah seksa anak2 dia nanti kan..siann je

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^