Wednesday, August 31, 2016

|Ada akaun Facebook| Mohon 1 LIKE & KOMEN dari anda

Okay, begini
Yui ada join contest Peah Queen


InshaaALLAH kalau ada rezeki menang
Akan digunakan untuk anak-anak bulus
Nak beli sangkar bertingkat & spay/neuter anak bulus


Caranya senang sahaja

 mohon klik link ini


 LIKE gambar Yui




 Hanya taip di komen "PALING KREATIF"



Hanya SEKALI 
1 LIKE & 1 KOMEN 
😉

Itu sahaja. Moga ada rezeki untuk anak-anak bulus 




LIKE & komen dua patah perkataan ini "PALING KREATIF"


Boleh war-warkan jika sudi
Pemenang dikira melalui kiraan komen paling banyak
1 akaun Facebook 1 komen sahaja dikira


Terima kasih diucapkan kepada yang sudi membantu
=___=



💋💋








Tuesday, August 30, 2016

Review Peribadi : Burger Syok Ayam Mcd

Kalau Burger Rio haritu memang aku suka
Kalau boleh repeat memang repeat
Tapi apakan daya, ada masa tertentu sahaja


Dah tu sekarang ada Burger Syok plak
Tengok iklan
Walaweeehh macam syok jee
Macam naakk ajeeeee


Maka adalah satu malam tu p beli
Gigih ni keluar sebab taktau nak makan apa




Kotak comel ajee dengan lukisan kiut




Nah tengok isi dalam
Erm erm
Kecik weiii!
Roti lagi besar dari isi ayam
Pastu sayur macam gitu ajee
Salad pun entah kemana tenggelam
Sos tak seberapa mana




Ko tengok iklan atas ni gila teringin nak 
Tapi bila dapat hasilnya
Nan hado


Kesimpulan aku,
Burger syok TAK SYOK!


Heeeee, ni pandangan peribadi aje ya



Hari Kemerdekaan ke- 59



1957 - 2016
59 tahun negara kita sudah MERDEKA


Banyak maksud yang kita boleh gambarkan untuk
MERDEKA


Selamat Hari Merdeka Malaysia


Selamat bercuti semua




Jeruk Kulit Cempedak [Mandai/Jerami]

Orang banjar inshaaALLAH tahu makanan ini. 
Tapi kalau keturunan banjar ala aku ni, memang biasa dah makan benda gini. 
Banjar lupa diri. Hahahaha.




Ni mak akulah yang ajar
Sedap sangat kalau goreng garing
Ratah gitu pun umpphhh!
Ada orang letak cili, bawang
Tapi aku ringkas macam ini pun jalan


Makan dengan nasi panas
Layan weiiii!


Mesti ada yang tak pernah tahukan?
Sebab biasanya orang buang aje lepas ambil buah cempedak


Nak tahuke cara buat?
Senang aje, inshaaALLAH



Monday, August 29, 2016

Pizza homemade terbaik di area Ipoh, Perak

Aku kalau benda sedap, tak payah suruh aku sendiri akan bercerita
Heeeee, macam pizza ni laah




Jangan tanya apa namanya sebab bukan aku yang order
Ini member opis yang hasut makan
Kami kongsi




Yang aku tahu
Saiz 10" RM 18
Memang terbaik dan puas hati!
Tak kedekut bahan


Kalau korang duk Ipoh atau berdekatan
Mungkin dia boleh hantar
Korang deal la sendiri ya
Ni aku sertakan no telefon sebagai rujukan



012 5739185
012 5739185
012 5739185



Semangat hari Isnin

Konon semangat padahal mood lari sikit 
Sebab jalan utama tutup


Lupa ada raptai kemerdekaan
Heeeee


Nasib baiklah rempit
Kalau tak mahunya merah kad ahkak


Oklah korang
Jom ambil mood baik!



Thursday, August 25, 2016

Antara menu kegemaran di Thai Food Festival

Haritu ada aku war-warkan pasal


Hari kedua terakhir, Sabtu
Aku dan mak abah pergi ke hospital
tengok sepupu baru lepas bersalin


Balik tu terus ajak p ke Batu Gajah
Perghhh rambang mata nak pilih menu


Antara banyak yang dibeli 
(takdelah banyak mana)
Hanya 2 di bawah ini menu yang paling memikat hati



Kerabu Maggie, RM 6



Kerabu Mangga + Betik, RM 6


Tunjuk dua di atas aje
Banyak lagi di FB aku
Satg tunjuk sini ramai teringin lak
Eekekekeke!


Kerabu Kaki Ayam pun terbaiikkkkkk!


Susu Kambing Kurma Madu Platinum

Ini stok baru di Nurul Yui Collection. Aku amik sikit-sikit aje nak test pasaran. Tak berani ambil banyak sebab kita pun niaga kecilan aje. Heeee.


Berminat nak jual bila terbaca kata pengguna,
Dia minum waktu awal hamil hingga dah beranak, babynya berkulit cerah tak seperti adik beradik lain. Dia tunjuk gambar, memang beza laa sangat. Hasil consume SKKMP dan kuasa ALLAH.




Inilah dia Susu Kambing Kurma Madu Platinum. Buat masa ini ada 2 jenis yang aku jual. Perisa original ( rasa vanilla ) dan perisa coklat. 


Ada bau hamis tak?
Jujurnya takde. Sebab aku sendiri dah cuba minum sebelum menjual. Memang sedap kedua-dua jenis perisa. Yang tak suka bau hamis kambing melekat pada air, aku sarankan cuba SKKMP. InshaaALLAH akan jatuh cinta.




Kebaikan dan kelebihan SKKMP?
SUSU KAMBING MERUPAKAN SUSU TERBAIK SELEPAS SUSU IBU.
SUSU SKKM PLATINUM ADALAH SUSU YANG TELAH DICAMPUR DENGAN SUSU KAMBING,KURMA DAN MADU.
JADI SUDAH PASTI SUSU INI TIDAK BERBAU HAMIS BAHKAN RASA VANILANYA YANG MANIS-MANIS SUNGGUH ENAK.KHASIATNYA SUDAH SEMESTINYA HEBAT.
GABUNGAN KURMA DAN MADU MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA TUBUH BADAN MANUSIA.

KELEBIHAN SKKM PLATINUM
 Mencerahkan kulit satu badan.
 Kulit menjadi halus
 Membantu merawat penyakit kulit
 Merawat penyakit gastrik
 Membantu mencegah penyakit Alzheimer
 Mencegah penyakit barah
 Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi
 Meningkatkan kualiti tidur malam (nyenyak)
 Kaya dengan protein
 Memulihkan tenaga
 Baik untuk kesihatan
 Sesuai untuk ibu hamil (kandungan 5 bulan ke atas)
 Sesuai untuk seisi keluarga seawal usia 3 tahun

Cara minum
Penyediaan SKKM
Bancuh dengan 150ml air minuman
Boleh diminum sebelum sarapan @ sebelum tidur
Sesuai untuk semua peringkat umur
Bagus untuk ibu mengandung


Berapa sachet & harga?
1 kotak ada 20 sachet. Harga pada kotak RM 50 tapi harga aku jual murah dari itu. Pada yang berminat nak tahu, boleh hubungi aku terus seperti dalam gambar di atas.


Nurul Yui
019 233 1810



Wednesday, August 24, 2016

Buku Descendants Of The Sun

Jumaat lepas aku saja masuk Popular
Ternampak pula buku antara cerita korea pebret
Descendants of The Sun


Serius, mula-mula ingat cd
Rupanya buku




Aku tak rasa pun ini novel penuh
Dan ya betul tekaan aku


Dalam buku ini
Ada gambar berwarna dan kata-kata mudah
Atau erti kata, 
Kata-kata bermakna
Yang automatik buat korang ingat jalan ceritanya


Bagi aku memang best!
Tak menyesal beli


Harga RM 29.90


Aku berulang kali tengok cerita ini
Dan berulang kali juga air mata ini menitis
Hayati sungguh!


Ini bukan cerita cinta semata-mata
Tapi lebih kepada pengorbanan kerana tugas


Yang belum tengok, memang aku cadangkan tengok ya!





Ini barulah Nasi Goreng Petai!

Ada yang bertanya apa aku buat dengan petai yang banyak aku beli
Ok ni ha saja nak ulang tayang balik apa aku masak
Inilah pebret kalau ada petai banyak




Aku post kat Facebook
Ramai terliur
Sampai sepupu aku yang tengah mengandung komen
"Kak, nak"


Aku ingat dia main-main
Aku ajak dia datang
Serius dia datang rumah
Hehehehe, maka aku buat lagi untuk kali kedua
Lepas ngidam ibu mengandung


Aku makan petai takkan alami bau kuat
Sebab apa?
Sebab aku ada CMD dari Revell
Heee, yang beli akan tahu cara guna


Biar busuk PETAI
Jangan busuk HATI





Tuesday, August 23, 2016

Review Peribadi : Auntie Anne's Cheddar Stuffed Pretzel Nuggets

Terbeli bila lalu dalam Jaya Jusco Kinta City, Ipoh
Tak menahan baunyaa weiii
Tengok hat ni macam baru je




Aku rasa inilah gambaran sebenar tapi hasil macam gambar berikut
Sebab aku bawa balik
Makan panas panas memang terbaik weiii!




Nampak tak berkuap lagi ?
Hehehehe


Harga RM 6
Berapa ketul tak pasti
Lupa nak kira
Hahahaha!


Bagi aku sedap kalau makan panas panas ya




Apa itu Munafie? Best ke tak?

Nampaknya musim Munafie sedang melanda. Dah beberapa minggu tapi baru hari ini aku ada kesempatan nak cerita pasal Munafie.


Aku beli dari beberapa pembekal, cuma ada 2 orang sahaja yang memenuhi citarasa dan menepati "paiawaian" yang dikehendaki.


Untuk pengetahuan semua,
Munafie ada beberapa gred. Yang terbaik haruslah yang banyak AAA kan. Tapi aku tak kisah pasal itu, aku kisah pasal kualitinya. Biar aku pegang dan rasa sendiri.





Ini antara warna yang aku dapat dari pembekal. Warna tak boleh pilih kiranya random, sebab permintaan terlalu banyak. Aku pun tak kisah, asal benda elok warna lain cerita. Ekekekeke.




Setakat 2 minggu dah terjual lebih kurang 50 pcs. Alhamdulillah rezeki. Yang ini aku jual sehelai RM 15. Kalau korang ada jumpa RM 10, memang ada. Tapi kena tahu kualiti macam mana. Macam mana nak bezakan?


Dari segi :
Kain, getah, grip getah atas tu 


Ok takpe, meh kita baca antara pengguna yang beli Munafie dari Nurul Yui Collection.










Ok dah baca semua? Haaaa, yang berat 80 kg pun inshaaALLAH boleh pakai. Takpe nanti aku bagi ukur lilit anggaran yang boleh pakai kalau korang berminat ya.


Yang penting selesa dan inshaaALLAH tak bergulung macam gred bawah. Munafie mampu sorokkan lelemak yang berada di perut. Jangan terpedayalah kalau kata pakai Munafie boleh kurus. Camne nak kurus kalau makan tak beragak kan. Ekekekeke.


Nak berkualiti dengan harga mampu milik, boleh cari aku ya. Munafie tau bukan Munafik. Kuang kuang.


Nurul Yui
019 233 1810



Monday, August 22, 2016

Musim buah rambutan

La ni dah musim buah
Durian, manggis, rambutan


Dah masuk kali kedua 
Makcik bagi buah rambutan dari kampung
Sekali bagi penuh plastik sampah hat besaq tuu




Buah rambutan kalau takde tangkai tak tahan lama tau
Maka, mak aku rajin kupas siap-siap
Tambahan dia tau anak dia ni "pemalas" nak gigit kopek buah tu
Hahahahah !!


Tengoklah
Seperiuk penuh buah rambutan dah di kopek
Buh dalam peti ais


Pergggh, nikmat!


p/s : Kopek a.k.a buang kulit



Review Peribadi : Aiskrim Caramelized Macchiato Surprise Nestle

Fuhhhh nama kemain belit sebut
Kuang kuang kuang
Saja test perisa ini
Sebab ada KOPI
lain dari yang lain




Bagi aku
8/10
Sedang sedang je dengan tekak
Lagi suka yang ada badam
Heaven sangat!


Korang pernah cuba?



Saturday, August 20, 2016

Review Peribadi : Rio Burger Mcd

Sajalah beli sebab lama tak beli
Huuu 
Memandangkan ada musim
Cuba juga





Tengok luar nampak umpphh ja!




Selak dalam
"aik, pehal tak sama macam blogger tu punya buger?"
Bermonolog sendiri
Eceeeeehh


Bagi aku,
Aku suka dengan rasa pedasnya
Macam ala-ala asap tu


Rasanya bahan ni ikut orang yang buat kot
Kalau tengok burger aku ni
Nampak biasa sangat



Friday, August 19, 2016

Review Peribadi : Durian Cheese Cake Secret Recipe

Sebelum ini pernah dah nak beli tapi tak terbeli-beli
Haritu tak tau nak makan
Rembat seketul kek durian ini




Ikut tekak orang yang suka durian ala kadar macam aku
Kek ini bagi aku biasa biasa aje
Sebab rasa durian tak seberapa
Lebih kepada rasa cream


Rasanya ini kali pertama dan terakhir nak beli guna duit sendiri
Kalau orang belanja, aku terima aje
Ekekekeke


Lagi suka indulgence
=___=





Wednesday, August 17, 2016

BELI KOMBO SET MERDEKA PEAH QUEEN & MENANG HADIAH WANG TUNAI RM 1000

Okay, ini bukan cakap kosong
Sebab sesiapa yang beli
3 kotak Peah Queen dari Yui
akan berpeluang dapat RM 1000




Ini anjuran 2 orang stokis Peah Queen
Jadi orang-orang dalam team mereka saja yang menjual
Dan korang beli dari kami
Korang layak dan berpeluang dapat RM 1000


Senang sangat
Beli, share gambar & komen


Info lanjut boleh hubungi Yui
Tamat 31/8/2016
Banyak masa dan peluang lagi


Oh ya
3 KOTAK RM 155 
( RM7/10 )
JIMAT RM 15


Nurul Yui 
019 233 1810
Agen Peah Queen



Cadar Patchwork cantik & murah

Teruja tengok FB Page Cadar Patchwork. Bila tengok alamat, aik, kampung aku ni. Hahahah. Memang dekat sangatlah nak tengok depan mata apa corak yang available.


Masuk kedai, tapi tak banyak pilihan. Untuk cara lebih mudah, korang snap gambar corak yang ada di page dan tunjuk pada mereka. Kalau item takde kat kedai, boleh pos. Takde masalah.


Dalam corak ku inginkan takde,
Terkenan jugalah beberapa corak. Haru gak mata ni semua nampak cantik. Rambang mata hoiiii. Akhirnya beli jenis patchwork di bawah.



Maaf sebab model tak berbayar Labu ada menyibuk di situ




Yang macam atas ini aku beli RM 110
4 sarung bantal
1 sarung bantal peluk
1 cadar

Boleh untuk saiz queen & king


FB Page : Cadar Patchwork
No telefon : 011-2079 2852
05-597 1329

waze atau google map CadarPatchwork
Cadar PatchWork
NO 212, Jalan Besar
31100 Sungai Siput Perak
Malaysia



Tuesday, August 16, 2016

Resepi : Bawal Masak Merah

Aku ni tak pandai masak tapi adalah inisiatif nak belajar masak. Sekurangnya reti lah juga. Heeee. Ini kisah berapa minggu entah. Pertama kali, buat kerja 98% sendiri. Hahaha. Yelah, sebelum ni rajin masak je, nak basuh ikan apa tu bagi mak.



Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal
Sambal merah ( buat sendiri/boleh beli di kedai )
1 biji bawang besar (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1 batang serai diketuk
2 biji tomato
Sos cili dan tomato secukup rasa
Sedikit garam
Sedikit daun bawang ( bagi wangi )


Cara-cara
Goreng ikan bawal separuh masak ( jangan terlalu garing ) dan ketepikan
Untuk bahan sambal masak merah
Panaskan minyak
Tumis bawang yang dah di blend hingga naik bau
Masukkan serai
Masukkan sambal merah
Masukkan sos cili dan tomato serta garam
Agak semua dah sebati, masukkan ikan yang dah digoreng
Masukkan tomato yang dah dipotong
Akhir sekali daun bawang dan terus angkat


Selesai.
Kira ni cara mudah yang aku buat.
Selamat mencuba!




Monday, August 15, 2016

Petai RM 25

Gara-gara tengok group FB
Nampak seller duk update jual petai
Erm erm ermmm
Laju ja jari jemari terus inbox
Nasib baik dia leh hantar ke rumah


Tengok yang di post nampak petai segar bugar
Tapi yang diterima bolehlaaaaahhh
Sepapan RM 1




Memandangkan aku orang terakhir
Dia jual semua ini dengan RM 25
Sebenarnya aku nak RM 20 je
Dapatlah 30 papan ( extra )


Esoknya aku "kopek" petai ni
Dapatlah 1 bekas besar sikit
Yang terlalu masak, aku bagi budak rumah
Sebab sorang tu hantu petai
Ekekekeke!



Bila tekak teringin sangat manggis

Awal-awal musim manggis, aku tak faham apesal tekak nak sangat
Yelah, bertahun-tahun tak makan


Udah teringin, beli juga
1 kg RM 10
Dapatlah dalam 11 biji saiz sederhana


Nasib baik sedap
Puas makan
Aku sorang hadap dekat 7 biji
Yang lain bagi mak
Hahahaha!




TIPS : Nak kenal berapa ulas dalam sebiji manggis


Tengok bontot manggis
Berapa jumlah "bunga", itulah jumlah yang ada
Macam gambar kat atas, ada 6 

Eh fahamke?
Tak faham sudah, haha



Sunday, August 14, 2016

Thai Food Festival di Batu Gajah, Perak 12-20 Ogos 2016



Nampak ada yang dah pergi
Macam menarik jeee
Heeee, jom kome


Arena Square Batu Gajah, Perak
10 pagi - 10 malam



Saturday, August 13, 2016

Rehat santai di rumah

Korang jangan pelik kalau Sabtu Ahad aku tak bw
Bukan takde masa
Tapi kuota internet membataskan segalanya
Ecececeehhh


Padahal aku punya fikiran
Hari minggu adalah hari bersama keluarga
hari bersama anak-anak bulus aku
Masa untuk aku bermanja dengan deme
Kihkihkih


Ok, propa!



Friday, August 12, 2016

Cempedak goreng RM 4

Pergi pasar malam, nampak plak orang dok goreng cempedak. 
Walau baunya tak seharum macam biasa. 
Beli juga sebab teringin punya pasal.




3 biji kecil RM 1
Sayangnya yang ini tepung lagi tebal dari isi


Heeee, hampa sikit
tapi tetap habis sebab takmow membazir


Esok lusanya,
makcik bagi cempedak sebiji terus
ALLAH kabulkan doa aku tuu
DIA tahu aku hantu cempedak
Harap sempatlah merasa
Sedapnyaaaaaa!!




Tukar Kad Bank ke Visa Debit yang baru

Kalau tak kecoh, tak viral aku pun tak ambil tahu. 
Tapi bab kata proses tukar sampai hujung bulan Julai tu, memang VIRAL PENIPU
Saja nak bikin kekecohan. Kesian orang bank. 
Nasib baik aku bukan jenis cepat percaya viral ni.




Jangan tanya pasal function or apa
Boleh rujuk laman web bank sendiri


Tak perlu bayaran apa-apa
Bawa IC dan tunggu untuk dilayan
Aku kena dekat 2 jam
Heeeee


Lusanya aku minta cuti
Sebab nak buat untuk mak aku plak
Selesai!


Lepas ini kena buat untuk CIMB plak
Haruuuuuu!


KENA TUKAR SEBELUM HUJUNG TAHUN 2016



Thursday, August 11, 2016

Selamat ulangtahun ke-20 adikku SHAHRIZAN

11 Ogos 2016
Genap dah si teruna 20 tahun


Anak ketiga dari empat beradik
Bertugas di ATM 
Sekarang berada di Johor


Buat adikku,
Selamat Ulangtahun
Moga dipanjangkan umur
Dipermudahkan segala urusan
Moga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga
Moga mampu membimbing keluarga sebaiknya


Gelak, sedih, gaduh itu semua asam garam keluarga
Yang penting tetap bersatu


Yang tukang ambil gambar inilah orangnya


Selamat Ulangtahun GEMOK
Hahahahaha!


Ikhlas,
Kok Yui a.k.a Kak Long



Baju Sari Peplum Doll

Pernah dalam entry sebelum ini April 2016 [sini],
aku ada mention nak dapatkan baju sari peplum doll ni. 
Tapi warna yang tu maroon.


Entah macam mana ada seller jual murah sikit dari harga pasaran. 
Harga pasaran RM 200+. Aku pun "terbeli" tanpa sengaja. 
Dah beli, pastu fikir bilalah aku nak pakai. Hahaha.




Beli saiz S
Kena sangat dengan badan
Nasib baik okay!


Lagipun dalam almari takde warna macam ini
Rembat jelah




Sekarang dok fikir bila nak pakai
Suka beli tapi suka perap dulu
Pastu sendiri tension pastu jual


Habis cerita!


Baju ni sesuai untuk orang ada masalah perut buncit
Boleh cover tauu
Opsss, kantoi diri sendiri
Wakakaka!!



Review Peribadi : Kopi Tarik Wonda

Nak kata aku hantu kopi idaklah juga
Tapi aku ambil kopi biasanya
bila aku rasa pening


Sebab aku jarang minum air manis sekarang




Ni dah beberapa kali aku minum
Baru sekarang berpeluang nak bagitahu pendapat peribadi


Bagi aku
9/10 bintang!


Sedap dan kena dengan tekak
Suruh repeat, sure why not!



Wednesday, August 10, 2016

Review Peribadi : Susu Kurma dari Farm Fresh

Ini cerita sebelum Ramadhan. Sana sini viral pasal susu kurma dari Farm Fresh. Gigih juga cari kat Tesco & Aeon, nan hado! Rupanya ada seller yang jual. Siap boleh cod.




Rasanya aku beli sebotol RM 7. Dah selamat rasa. Bolehlah.


Pendapat aku,
Rasa macam manis gula melaka dalam susu. Mungkin itu hasil bila kurma udah blend sehabisnya. Sebab sebelum ini biasa blend kurma tak hancur.


Secara kesimpulan.
Aku lagi suka susu original. Heeee.



Laksa Pulas Telur Bersarang di Station 18, Ipoh

Haaa, yang ini memang aku cadangkan sangat-sangat korang cuba terutama yang berada di area Station 18, Ipoh. Sebab sangat sedap dan puas hati.




Haritu aku beli laksa dan teh ais. Harga RM 5.50. Telur bersarang ya.




Nampak tak kuah laksa dia macam mana? Pekat likau sedap habaq hangpa. Kena sangat dengan tekak. Teh ais dia pun kaw. Tak rugi beli.


Kat mana nak beli?
Deme ni buka payung dok berniaga tepi jalan je. Tepi jalan belakang Petron. Dekat dengan TNB, Taman Desa Aman. Atau nak lebih mudah, korang lawat terus fb mereka ya ( takut berubah tempat )


Aku bagi 9/10 bintang. Terbaik. Teruskan dengan rasa sebegini ya. InshaaALLAH lebih ramai pelanggan nanti.

Facebook : Laksa Pulas



Tuesday, August 09, 2016

ISU POKEMON GO

Wahhh kemain cerita pasal pokemon go je berlambak di sana sini. 
Tapi sayangnya aku takde nak ambil tahu sangat. Hahaha.


Orang kata game ini melalaikan?
Lalai kalau tak pandai handle
Tersasar kalau salah niat.


Mufti larang?
Mesti bersebab. Orang je yang suka sangkalkan pendapat orang yang lebih berilmu. 
Dunia akhir zaman orang kata.


Cara aku mudah aje.
Tak ok jangan ikut. Dah nasihat, cuba dengar. 


Apa pun,
dalam hp aku takde langsung game, sekian.
Ekekekke.





Review Peribadi : Fruttare Banana dari Walls

Selain beli air Tropicana Sparkling, aku beli juga aiskrim ini. Fruttare Banana dari Walls. Aku dah beberapa kali beli, itu maknanya kena sangat dengan tekak.




Sedap habaq hangpa. InshaaALLAH tak menyesal beli. Terasa sangat buahnya. Bukan jenis hisap jilat rasa ais kosong. Hahahah. Ini memang confirm rasa pisangnya.


Buat masa ini,
Aku dah rasa pisang, strawberry. Lepas ini nak cuba mangga plak. Nyum nyum best. Harga RM 2.50 satu kalau tak silap.


Jangan lupa cuba naaaaa. Memang real fruit!




Monday, August 08, 2016

Review Peribadi : Tropicana Frutz Sparkling

Ada promosi di Shell katanya 2 botol RM 4. Beli jelah sebab tak pernah cuba lagi. Biasa beli Tropicana oren aje. Takde sparkling apa ni.




Pendapat peribadi aku,
Aku tak berapa berkenan dengan rasanya. Lebih suka yang biasa. Lebih umpphhh!! Heee, sorry Tropicana tapi ini pendapat peribadi.


Lain orang lain selera tekaknya.


Yang Tropicana biasa memang sentiasa di hati.



Friday, August 05, 2016

Kucing ke-20 dimandulkan : Kiut (dalam kenangan)

Orang lain sambung cuti untuk beraya, aku manfaatkan cuti hari Isnin 11/7/2016 bawa Kiut pergi neuter.


Hmm,
Berbeza entry kali ini. Sebab Kiut dah pergi selamanya meninggalkan kami. Tiba-tiba cirit dan tak lalu makan tapi masih aktif bermain, aku syak dia terkena virus Parvo.




Ini antara gambar terakhir Kiut selepas neuter, rupanya tak lama hayatnya. Dia ni aku ambil di tengah jalan waktu kecil dahulu [entry].


Pergilah sayang,
Moga kamu bahagia selama berada di bawah jagaan kami.


Kiut dalam kenangan.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015)
9) Lela
10) Omei
11) Luna
12) Lepat


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka