Monday, February 16, 2015

Kucing ketujuh dimandulkan : Muna

Muna asalnya dari UUM. Adik aku bawa balik ketika dia masih kecil. Kesian katanya. Bila dah makin besar, aku terus minta dimandulkan. Kenapa? Aku taknak pembiakan lebih banyak sebab dalam rumah dah ada lebih 30 ekor.



Muna adalah kucing jantan ketiga neuter pada 5/2/2015.
Kucing jantan pertama [ Shinchan ]
Kucing jantan kedua [ Kaka ]


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) hanya RM 40


Sekarang Muna semakin aktif. Seronok tengok mereka sihat. Alhamdulillah.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Alhamdulillah setakat ini dah 7 ekor kucing dewasa aku mandulkan. 3 ekor jantan dan 4 ekor betina. Lega sangat dapat buat walau secara perlahan-lahan. Akan aku usaha lagi untuk cari kos demi kebajikan mereka.


Terima kasih kepada yang sudi membeli sambil menderma.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]


12 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi

    ReplyDelete
  2. 30 ekor kak? :O :O :O
    banyaknyaaa. hehe. mulia hati akak, jaga mereka semua ^^

    ReplyDelete
  3. nak juga buat untuk mandulkan kucing di rumah,tapi ndak berani sebab anak2 kucing di rumah puun byk sdh..

    ReplyDelete
  4. moga ada rezeki untuk yang seterusnya

    ReplyDelete
  5. nama muna igtkan kucing girl..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam...

    saya baru tau kalau kucing nak dimandulkan dia kena dipuasakan 8-10 jam... sebab lepas ni saya akan mandulkan kedua2 ekor kucing saya tu

    ReplyDelete
  7. laaa ingatkan muna tu betina..hehee

    ReplyDelete
  8. Salam, hadoi bile lah sy nak mandulkan kucing sy, Manap kat rumah tu ye...susah benau nak jumpe beliau, asyiklah keluar merayap dan balik time nak makan je, bila kurung mengeow mcm kita nak cederakan dia..haih~

    ReplyDelete
  9. salam boleh tak saya dapatkan alamat tempat awak neuter kucing2 awak ?

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^