tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label Raya 2013. Show all posts
Showing posts with label Raya 2013. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Kad raya dari rakan blogger untuk tahun 2013

Maaf sangat daku lambat up entry ini. Time nak upload dari grand, kejap ok kejap meragam. Alhamdulillah pagi ini mudah pula. So terbitlah entry ini.
















Alhamdulillah ini yang telah selamat daku terima. Terima kasih kepada kalian yang sudi kirimkan. Sangat terharu.


Untuk tahun ini, juga buat aku terharu dan terkejut sebab Shapit bagi kad raya by post! Tanjat gugurl bila baca kad itu datang darinya. Katanya buat kelainan. Hihi. Terima kasih ya.


* Buat eca, yui tak kirim pula kad sebab eca bagi suprise kad ini. InsyaALLAH tahun depan ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Duit Raya 2013

Raya aku tahun ini makin menipis jika membabitkan soal duit raya. Bukan apa, penerimaan makin kurang. Muahahaha. Tahun ini dengan jayanya hanya dapat duit raya dari abah. 


Tahun lepas, dapat juga dari pakcik, dari si dia. Tahun ni nan hado. Ok aku sedar aku makin dewasa. Makin meningkat remaja. Hahaha. Remaja sangat!


Bab penerimaan je berkurang, pengeluaran masih normal. 


Motif entry? Saja nak bercerita kisah raya 2013. Sebagai kenangan. Banyak lagi "hutang" aku untuk entry raya termasuk kad raya dari blogger.


* Aku tak heran sangat bab duit raya sebab saja suka-suka. Orang beri kita terima orang tak beri nak kata apa. Rezeki masing-masing.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 22, 2013

GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013

Sempena Syawal maka GA Ogos pun ada feeling syawal juga. So anda tak kisahkan? Tengok tajuk pun dah tahu apa hadiahnya kan. Sangat mudah. Senang de amor. Hihi.




Bagaimana nak dapatkan duit raya 2013 Nurul Yui?

1) Buat satu entry dengan tajuk " GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013"
dan letakkan banner diatas beserta link entry ini

2) Hanya blogger beridentiti sahaja diterima

3) GA berakhir 22/8/2013 jam 9.00 malam

4) Berikan link entry penyertaan anda di ruangan komen entry ini

5) 2 pemenang akan dipilih dan diberikan RM 10 setiap seorang

6) Pemilihan pemenang berdasarkan kekreatifan/menarik minat entry anda

7) Duit raya dibuat melalui pembayaran online atau cdm ke CIMB/Maybank
boleh request masuk topup juga

Contoh : 
Follow step atas dan korang boleh bagitahu kenapa nak duit raya tak seberapa dariku ini
Atau boleh letak gambar menarik
Atau apa sahaja yang korang rasa okay

Contoh : [ entry ]


Senangkan? 2 hari sahaja. Kali ini perlu berentry sebab berbaloi-baloi nak dapat RM10 kan? Haha. Kalau seorang sahaja join, tetap berjalan! Dont worry sebab GA ini 2 hari sahaja. Pendek dan tinggi peluang nak dapat. Buat entry sahaja pun cukup.


* Nak tengok ada tak sudi join. Maklum jelah hadiah tak seberapa. Ekekekek.


SENARAI PEMENANG & PEMENANG 
AKAN DIKELUARKAN PADA HARI
JUMAAT 23/8/2013

- Entry baru scrool bawah -



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 20, 2013

Beraya di rumah teman lama PUO

Aci tak kalau aku kata nak sambung entry raya + tunang dengan member-member? Hahaha. Sekarang mood baru ada. 


Hari kedua bersamaan Ahad 11/8/2013, kami sempat singgah di rumah rakan sepoli di Parit Buntar. Aton nama panggilan. Aton bertunang petang tersebut tapi sayang kami tak dapat tunggu. Harus segera pulang ke Ipoh.




Yang si kecil molek di tengah-tengah itu yang bertunang. Sorry aton, kami sempat singgah beraya sahaja. Selamat bertunang kami ucapkan. Nanti kahwin jangan lupa jemput naa. Rumah dah tahu =)


Malam tersebut aktiviti kami pergi funfair, makan di Dataran Ipoh dan i-city Ipoh. Nanti aku story okay.


Oh ya, sakan korang ea tengok aku terlampau "sopan" berkayak memakai baju kurung! Nak tengok gambar, entry { ini }.


* Banyak benda nak update dari kad raya, duit raya, raya raya dan raya. Ni haa GA bulanan belum start lagi. Ada cadangan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 19, 2013

Kasut raya 2013

Letak gambar sahaja dulu. Banyak benda nak buat sebenarnya tapi disebabkan pc opis belum dibaiki maka mood itu ke laut.




Itulah kasut aku dengan adik aku. Sama warna sama design sama saiz. Pakai pun selesa sebab ringan. Beli last minute. Hmmmm.


Tension mak jemah up entry guna grand!! Tak puas tengok weiiii.


Aku jejak balas lepas pc okay ya. Harap maaf.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^