tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Saturday, December 10, 2016

Nescafe White Coffee Rasa Pandan

Harum semerbak satu rumah bila Yui bancuh Nescafe White Coffee Rasa Pandan. Nikmat sangat bila hirup di waktu pagi. Nyaman je tekak.




Pertama kali Yui rasa, Yui dah jatuh cinta. Terutama suka dengan baunya. Yui jarang nak bancuh minum 3in1 tapi rasa kali ini memang umpphhhh!! Menyesal tak cuba tau.


Ini antara yang Yui dapat dalam Parcel of Joy dari Lazada dan untuk pengetahuan korang, korang boleh jimat bila beli Nescafe White Coffee Rasa Pandan sebab ada potongan harga sempena Lazada Online Revolution.


Jangan lepaskan peluang ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 29, 2016

Lazada Online Revolution 2016 - Parcel Of Joy | Brands For All

Zaman sekarang semua di hujung jari. Nak beli pun tak perlu bersusah payah bersesak, keluarkan duit minyak, mengambil masa yang lama. Hanya melalui online, mudah sahaja kan.


Jadi buat penggemar shopping online, Yui nak war-warkan mengenai jualan mega secara besar-besaran dari 11/11/2016 hingga 12/12/2016 khas hanya di laman web Lazada Malaysia.


Apakah maksud online revolution?

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.



Mengenai Lazada Group

Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.

Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.



Parcel Of Joy
Inilah yang Yui terima dari Lazada Malaysia. Meriah sebab ada pelbagai di dalam tu. Waktu buka, memang teruja sangat tengok dapat macam-macam. Sesuai sungguh dengan namanya, Parcel Of Joy.




1. Stikcer cermin kereta - Lazada Malaysia
2. Voucher - Lazada Malaysia
4. Baby Wipes - MamyPoko
5. Beg & pen - Lactokid
10. Krim & Gel Rambut - L'oreal 




Semua barang yang diterima sangat Yui suka. Lagi teruja bila dapat TP-Link Wi-Fi Range Extender . Memang membantu sangat bila ada Tp Link WiFi Range Extender ini. InshaALLAH nanti Yui cerita lebih lanjut di entry lain.



Lebih lanjut 


Apa lagi, Jangan lepaskan peluang untuk membeli belah dengan harga yang pastinya lebih berbaloi. Pastinya anda tidak menyesal!



Klik bawah untuk terus ke laman web







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 30, 2016

Berhati-hati ketika membeli

Dalam kerancakan kita untuk membeli belah terutama dengan barang yang melibatkan penurunan harga dari kebiasaan, pastikan lebih teliti.


Teliti yang dimaksudkan,
Belek barang, tengok keadaan, tengok tarikh luput. Macam kes aku kat bawah ni.





Aku hampir terambil dengan air kotak yang dah tamat tempoh. Sungguh menganiaya atau tidak sengaja itu aku tak pasti. Yang penting kita sebagai pembeli kena lebih berhati-hati.


Kejadian ini terjadi di Aeon Station 18, Ipoh. Mana-mana mall pun akan terjadi perkara macam ini.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 10, 2015

Pengalaman pertama kali ke GM Klang

Hari Jumaat lepas aku AL, teman adik aku interview di Shah Alam ( praktikal ). Mengikut juga sebab mak kata kalau aku tak p, dia taknak p. Ehhh, saja tau mak ni, takleh berenggang dengan anak sulung dia. Hahahah!


Adik interview dengan kawan dia jam 2 petang. Dalam sejam settle. Terus buka waze nak cari jalan ke GM Klang sebab tak pernah pergi sana.


Pandangan pertama terhadap GM Klang bila di depan mata :

1) Dari luar nampak macam menarik. Tapi part jalan ya ampun, sempit semput senak!
2) Masuk bab parking, fuhh benar bak kata kawan abah, parking memang agak payah. Tak banyak ruang. Lebih selesa parking Tesco Extra Ipoh. Hahaha.
3) Setiap tingkat bercampur aduk jenis barang. Kalau tak salah aku, di Kenanga, kalau tingkat 2 jual baju, kedai-kedai lain juga semuanya baju ( contoh ).


Akhirnya, aku pun takde beli apa. Jalan-jalan cuci mata sebab aku rasa "semak" dan susah mencari apa yang nak.


Jadi, aku tak syorkanla kalau nak membeli belah situ. Aku lebih selesa di GM satu lagi ( lupa nama ). Senang & selesa. Ini pendapat peribadi aku.


Aku tak berapa ingat nama mall di KL apa semua tapi aku pergi sebagai tambah pengalaman. Heeeeee.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 19, 2015

Pembukaan AEON Mall Klebang Ipoh, Perak pada 21 Oktober 2015

Orang-orang Ipoh atau yang berdekatan, yang tak kerja, yang cuti or yang "ponteng" kerja bolehlah datang ke AEON Mall Klebang pada 21 Okt 2015 sempena pembukaannya.


Ini merupakan AEON ke-5 dalam Perak.


Senarai AEON :
1) Kinta City Ipoh
2) Manjung
3) Station 18 Ipoh
4) Taiping


Banyak tawaran yang diberikan sempena hari pembukaan. Selamat mencuci mata!


Kalau dari SS lebih kurang 20 minit aje. Lagi dekatlah. Huahua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 24, 2015

EKSPO BORONG KEMBOJA DI BATU GAJAH 29 JUN - 2 JULAI 2015



Orang-orang Ipoh terutamanya orang Batu Gajah dan sedia maklum sebelum puasa lagi dah ada bazar ini. Tak tahu sebab apa, mungkin saja nak test market. Tempoh pun sekejap sahaja.


Kali ini, dijangka akan diadakan lagi pada hujung bulan. Bolehlah shopping untuk hari raya sebab ada harga yang ditawarkan memang murah!


Kalau terlepas di atas, setiap hari Sabtu memang ada pasar kemboja di Parit Buntar. Lagi seronok dan besar. Tapi bertahanlah sebab sekarang bulan puasa, memang berpeluh kalau pergi. Huhu.


Kebanyakan barang perempuan yang dijual.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 26, 2015

Shopping di Zawara Ipoh

Hari Sabtu 21/2/2015 yang lepas, Zawara Ipoh ada buat jualan gila-gila. Harga memang kaw-kaw turun. Aku siap bagitahu family nak p, nasib baik abah aku turutkan saja kehendak anaknya. Haha.




Ini kali pertama aku membeli di Zawara. Material kain yang digunakan memang best. Tidak nipis seperti sesetengah butik. Chiffon tapi masih menarik untuk dipakai.


Aku beli jubah & dress.
Adik aku bli dress sahaja.


Harga jubah dari RM 150 dapat RM 100 sahaja. Jimat RM 50. Bak kata mak aku, beli siap lagi senang sebab kalau nak upah pun sama juga harganya. Silap-silap lagi mahal.


Jubah dah aku hantar untuk alter. Maklum sahaja cik empunya tinggi 158 cm sahaja. Kuang kuang kuang.


Duit shopping rezeki dapat insentif tahun ini. Alhamdulillah.


Lokasi : 
Zawara Ipoh
( berdekatan KWSP Ipoh )


Update :
Beli bukan untuk raya mahupun kenduri
Saja suka-suka




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 30, 2014

PUMA Malaysia

Korang biasa bersukan? Pastinya dah biasa dengan peralatan sukan yang ada dan pasti dah biasa dengar jenama sukan terkenal Puma Malaysia bukan? Satu jenama yang amat dikenali seluruh dunia dengan pemasaran produk lebih dari 120 buah negara!


Ditubuhkan pada tahun 1924 oleh Adolf dan Rudolf Dassler sebelum mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat masing-masing pada 1948 iaitu Adidas dan Puma.


Untuk pengetahuan korang, syarikat yang berasal dari Jerman ini merupakan sebuah syarikat multinasional yang menghasilkan kasut sukan, pakaian sukan dan aksesori untuk lelaki & wanita yang menjalani kehidupan sihat dan aktif. Hebat bukan?


Sudah melebihi 80 tahun dalam industri ini, sudah semestinya Puma antara jenama pakaian sukan yang menjadi kegemaran di seluruh dunia. Mereka juga telah menaja nama-nama terkemuka industri sukan seperti Pele, Diego Maradona, Cesa Fabregas, Rickie Fowler dan atlet Jamaican terunggul iaitu Usain Bolt.



Di Malaysia, produk jenama Puma memang mendapat permintaan yang tinggi buat peminat sukan. Antara produk menjadi kegemaran ialah kasut sukan di mana kasut ini menjadi produk terbaik dalam pasaran. Kasut Puma sangat selesa dipakai kerana direka mengikut kesesuaian tapak kaki. Paling menarik bila korang sendiri selesa memakai tidak mengira apa tujuan samada bersukan, berlari, berjoging dan lain-lain.


Puma sangat mementingkan kualiti terhadap produk yang dikeluarkan maka itu menjadi faktor kepada penerimaan orang ramai terhadap jenama Puma. Korang bosan dengan rekaan yang biasa? Dengan Puma masalah korang itu selesai! Tak percaya?


Mereka sangat kreatif dalam menghasilkan rekaan yang stylish & fashionable. Rekaan yang menarik, pemakaian selesa, warna yang ceria itulah keluaran Puma. Korang pun seronok! Sebab itu mereka diterima dengan cukup baik sehingga berjaya memasarkan produk ke lebih 120 buah negara di seluruh dunia.




Tidak ada lagi stigma lama barangan sukan kelihatan 'dull' atau membosankan apabila anda menggunakan produk Puma. Sebab apa? Produk menarik, stylish, trendy & fashionable! Sambil bersukan pun korang boleh bergaya. Pergh, sangat menarik keluaran Puma!


Mana nak dapatkan produk Puma?
Sekarang tak perlu bersusah payah habiskan tenaga, buang masa, isi minyak kerana teknologi yang ada kini boleh digunakan. Membeli hanya di hujung jari anda!





Dapatkan kasut sukan, pakaian sukan, aksesori sukan dan macam-macam lagi daripada Puma Malaysia secara online. Pelbagai koleksi kasut sukan & futsal yang terbaik untuk anda miliki.


Apa yang penting, barangan Puma tidak terhad untuk para jejaka yang aktif sahaja malah mereka telah meluaskan rangkaian produk untuk golongan wanita juga. Jom beli kasut Puma secara online dan dapatkan harga yang jauh lebih rendah jika korang beli ketika musim sale Malaysia atau warehouse sale.


Pastinya korang terkejut dengan apa yang bakal korang alami ketika membuat pembelian secara online yang mudah, selamat & terbaik! Apa lagi, jangan tunggu lama-lama =)






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, November 16, 2014

Teringat kota Bandung

Bukak lappy ternampak folder "YUI". Bila kelebek ada folder Bandung. Alahai, rindu pula suasana gian shopping di sana. Walau baru sekali pergi tapi kesannya memang umphhh!


Aku ada hati nak pergi sana lagi. Konon berangan kalau kahwin nanti nak cari barang kahwin di sana. Wahhh, kelas angan-angan minah jenin kan? Takpelah, berangan dulu. Mana tahu jadi kenyataan. InshaaALLAH.




Rindunya nak pergi sana. Sesekali melayan perasaan.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 10, 2014

Bokiita voila plus maxi basics murah

Aku dah bagitahu, aku suka beli tapi bila test dan rasa tak sesuai terus nak jual [entry]. Yelah, dari terperuk dalam almari, baik clearkan secepatnya. Aku pun tak rungsing tengok.




STATUS : SOLD


Kain memang cukup selesa. Labuh tutup bahagian dada & mudah untuk adjust. Ala instant shawl. Harga beli RM 49 tapi harga aku nak jual hanya RM 50 termasuk postage. Kepada yang berkenan dengan bokitta hitam ini, boleh terus roger aku ok.


Bila pakai, feeling gadis arab gitu. Mehmeh.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Beli tapi tak pakai

Sejak dua menjak membeli-belah macam salah satu hobi walau tahu poket itu agak kering. Pantang nampak sale, laju saja nak tengok. Eh jangan risau, sebab aku selalu survey harga normal dan harga diskaun. Maka, penjual atau si kedai tak bolehlah nak klentong bagai. Psiko!


Semalam saja kemas almari yang gedabak. Nampak banyak sangat benda baru termasuk yang ada tag. Aduhai! Nampak sangat aku beli tapi tak guna. Entah kenapa aku suka pakai benda yang sama sampai aku bosan. So, yang beli terus campak sekali plastik dalam almari.


Solution?
Aku rasa aku nak jual balik. Jual lah kurang sikit dari harga beli. Nama pun item barukan? Tengoklah kalau rajin aku update dalam blog. Lebih rajin aku update kat FB page Nurul Yui Collection.


Mesti ada antara korang yang spesis aku kan? Baik mengaku cepat. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 29, 2014

Perlahan-lahan

Apabila entry tidak awal-awal draft
Maka nak kaut idea kena perlahan-lahan
Banyak nak dicoretkan tapi belum pasti
nak mula dari mana


Eh! Korang tahu pasal mycybersale?
Aku pun nak jenguk-jenguk ni
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 11, 2014

Beli Zaraa Shawl di Cala Qisya Ipoh

Pertama kali mengenali Cala Qisya adalah melalui IG. Itu pun setelah mendapat tahu ramai suka jubah yang dihasilkan. Aku yang view gambar pun rasa seronok tengok. Cantik & bagi aku menepati ciri-ciri muslimah.


Balik rumah terus cuba sendiri


Disebabkan Cala Qisya ada buka cawangan baru di Ipoh ( berdekatan tempat kerja ), jadi aku sendiri teruja nak masuk butiknya. Kelmarin baru berkesempatan menjengah dengan rakan sepejabat. 


Masuk sahaja butik, wahh! Cantik. Terpegun tengok jubah-jubah, shawl, skirt, blouse yang ada. Dengan harga yang bagi aku cukup relevan bersesuaian dengan mutu & design yang dihasilkan. Bila dah masuk butik, haruslah ada "buah tangan".


Jadi Zaraa Shawl telah menambat hatiku. Apa yang best tentang Zaraa Shawl?

1) Instant shawl
2) Senang dipakai
3) Tidak perlu pin di bawah dagu
4) Labuh
5) Kain tidak jarang


Kedut-kedut di shawl buat aku tergoda. Sekali imbas ala telekung tapi bila pakai memang senang. Puas hati. Harga Zaraa Shawl RM 39.


Lepas ini, boleh shopping jubahnya pula di Cala Qisya. InshaaALLAH.


Nanti aku tunjuk gambar tutorial pakai Zaraa Shawl.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 20, 2013

Shopping di Zalora untuk terapi diri

Serious aku dah dekat seminggu rasa tertekan even muka aku nampak rileks. Pasal apa? Pasal diri sendiri. Huhu.


Jadi sebab tekanan, aku nak dapatkan terapi untuk kurangkan tekanan yang melanda diri. Memandangkan dapat voucher dari pihak Zalora, aku dah decide nak dapatkan beg. Kasut apa semua taknak sebab tak ada yang berkenan di hati.




Pilih antara satu yang sebaiknya. Sebenarnya dua-dua warna aku berkenan. Tapi itulah, nak minta pendapat para pembaca blogger pula.


Di FB nampak seperti ramai ke beg bahagian kanan. Nampak lembut sesuailah dengan muka aku yang garang ini. Muahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 13, 2013

Rindu kenangan di Bandung

Musim cuti sekolah ini memang ramai buat perancangan percutiankan? Dan tak dinafikan memang ramai emel aku terutama minta senarai pertukaran & mohon tips. Daku yang tak berpengalaman mana berkongsi yang mana ku tahu.




Gambar di atas adalah ketika kami seronok bershoping di Pasar Baru. Memang rambang mata tengok kain-kain yang ada. Menyesal tak beli banyak-banyak. Muahaha!




Part paling best dalam kedai ini, sambil kami membeli, kami dihidangkan dengan makanan dan minuman. Aish jarang nak jumpa service baik macam ini!


Rasanya aku sahaja yang mampu telan Teh Botol itu. Yang lain rasa sikit lepas itu pakat tinggal. Aku? Memang aku suka cuba dan tekak aku boleh terima.


Tetiba rindu saat di Bandung. Itu pasal terjadinya entry ini.


Nak tips bagai, boleh search di blog ini & gunakan kata kekunci yang betul ya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 12, 2013

Online shopping for Christmas preparation

Ho hoho! Christmas is just around the corner ladies! How’s your Christmas preparation? Looking for the perfect dresses and shoes or maybe gift for your loved ones? It is time to fulfill their wishes and for you who wish to make an entrance on this holiday season with our head-to-toe dazzling collection! 


Tick tock tick tock! The clock is ticking and you still got no time to shop? 


“ Alamak, I kerja la on weekdays. Weekend pulak mesti ramai orang ” , 
“ Malaslah nak bersesak. Traffic mesti teruk ”, 
“ Nak shopping tapi ada baby. Leceh la ” 


No worries ladies. It happened all the time and we have a solution for you. So, have you ever experienced online shopping? Or do you familiar with online shopping sites? Here is a quick introduction.


Online Shopping: 
Basically similar with virtual shopping but all the processes and transactions are through online


So if you still wondering 

“ What are the benefits? ”, 
“ Selamatke? ”, 
“ Barang sampai lambat tak? ”


Well, you can save more with online shopping – petrol, time and satisfaction guaranteed =)


This is the perfect time to make a shout out for all women out there! Lai! Lai! Browse our page for online shopping Malaysia – The biggest online fashion store, and enjoy special deals from us now! 


Find a fabulous collection of shoes and clothing from various designs and colors. Complete your look with our dazzle accessories and an extensive collection of handbags. 


What’s more? Get something for him too! Confirm abang sayang lebih! 


Feel free to click out STYLE tab and let the expert to guide you. Sharing is caring right.


So what are you waiting for ladies? All are in one-store and at a good price. Shop now while stock lasts and enjoys free shipping with us. C.O.D is available for certain areas and all items are returnable within 30 days for free of charge. Have a joyful Christmas! XOXO





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^