tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label duit raya. Show all posts
Showing posts with label duit raya. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

Sampul Raya 2016



Tahun ke-6 dapat sampul raya free aje. Wakakakaka. Jimat duit. Eh, lagipun kalau shopping pun kadang dapat juga sampul raya. 


Berbalik pada tajuk,
Ini rupa sampul untuk tahun 2016. Mak, abah dan adik-adik aku confirm akan dapat duit raya dari aku. Dah kerja, bagi deme merasa sama walau tak banyak mana. Heeeee.


Untuk sepupu, saudara & yang mai umur bawah 12 tahun biasanya aku akan hulurkan duit raya dalam sampul ni juga. Yelaaa, dah kata dapat free. Hahaha.


Duit raya masuk dalam tabung takpun tukar beli emas ya. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 27, 2016

Wajibke tukar duit raya?

Bila menjelang hari raya, sudah tentu ramai yang tak sabar nak tukar duit raya kat bank. Siap simpan tarikh bila pertukaran boleh bermula. Nak yang cantik. Heeee. Hakikatnya duit baru atau duit lama, nilainya masih sama.


Kenapa nak tukar duit lama ke duit baru?
Alaaa, saja suka-suka. Seronok tengok kepingan duit tu cantik kan. Hahahaha.


Aku tukarke duit raya?
Jarang sekali aku tukar. Kadang member ada lebih, baru bagi. Heeee, kalau nak harap aku sendiri pergi bank dan tukar, memang taklah. Malas aku. Baik aku layan running man. Wakakaka.


Lagipun biasanya nak bagi duit raya pada orang,
Letak dalam sampul raya. Jadi, dah tentu tak nampak duit itu lama mahupun baru. Kira tak kisahlah dik non.


Korang rajin, tukar
Tak rajin, guna aje duit lama.


Ingat ya isu yang pernah aku sampaikan pasal anak vs duit raya. Boleh [baca sini].




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 20, 2016

Bila mak bercerita pasal duit raya

Sebelum memulakan apa yang aku nak ceritakan,
Ambil yang baik, yang buruk tinggalkan ya.


Di zaman ekonomi yang agak "teruk" ini, yang mana banyak perkataan TINGGI, yang rendah jarang sekali. Cuba sedaya upaya berusaha meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.


" Mak teringat sebelum ini. Bagi RM 1 kat anak sedara. Anaknya buka terus sampul dan cakap alaaa seringgit je. Pastu akaknya suruh diam konon taknak bagi mak dengar. Yelah, bagi pun seikhlas hati. Dah surirumah"


Aku yang dengar mak cerita terus cakap


" Nasib time tu orang takde. Kalau tak boleh dah nak nasihat sikit".


Oh ya, mak aku tu surirumah tau, ada kerja pun setakat sebulan dapatlah RM 150- RM 200. Kadang anak-anak bagi duit. Sampul tu pun dapat dari anak-anak atau yang free. Kira duit raya tu seikhlas hati darinya.


Motif utama yang aku nak sampaikan kat sini,
Kalau boleh tolong didik anak-anak terutama yang dah bersekolah rendah agar lebih beradab ketika dirumah orang. Tak syiok tau kalau orang tua terasa. Ini bukan budak hingusan punya peel tapi dah bersekolah.


Takpun sebelum keluar rumah tu,
Mak pak duklah dekat anak. Senang kalau tuan rumah bagi duit raya, mak pak boleh terus pegang. Takdelah jadi situasi seperti di atas.


Duit raya tu tak wajib, itu seikhlas hati tuan rumah.


Sekian dari insan biasa yang banyak kesalahannya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 14, 2015

Bonus Raya 2015




Alhamdulillah setakat bekerja di sini, tak pernah lagi tak terima bonus raya. Biasanya seminggu sebelum raya akan terima. Amaun sahaja tidak pasti.


Tahun 2015, bonus raya diberi 1/2 gaji.
Alhamdulillah boleh buat tampung apa yang perlu.


Terima kasih company.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 10, 2015

Tukar duit RM 1

Orang lain pakat beratur pergi bank nak tukar duit baru. Tak kisahlah RM 1, RM 5 atau RM 10. Kalau tukar lebih dari itu, wowwwwww. Untung beraya ke rumah itu! Hahahaha.


Sebenarnya aku sendiri tak pernah beratur di bank untuk pergi tukar duit.
Maklum sahaja, iol orang bujang rasanya tak perlu nak tukar duit banyak-banyak.
Lagipun sepupu sepapat & anak saudara boleh dikira.


Mula-mula fikir nak letak duit lama saja.
Ala, duit lama ke baru ke, guna juga kan?
Lepas itu telefon mak, tanya mak ada lebih tak duit tukar.
Rupanya ada, jadi aku dah "cop" dulu.


Sebenarnya duit baru itu lebih seronok untuk diberi walaupun duit lama juga mempunyai nilai yang sama. Biasalah, raya semua pakat nak baru. Adat sahaja.


Tak fikir lagi nak letak berapa.
Cadang nak letak syiling ja. Miahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 07, 2014

Raya 2014 - Duit Raya

Aku sibuk masukkan duit ada pula makhluk yang sibuk
Tapi takpe sebab kau comel kau boleh menyibuk lama-lama
Panggil je nama Shinchan
Dia pandang itu pun kalau mood dia baik
Mood tak baik nan hado





Sampul arrahnu haruslah dari aku
Yang satu lagi tu dari mak pak aku
Aku tolong masukkan duit aje


Duit raya aku tahun ini?
Dapat dari seorang sahaja
Dari bos besaq
Cukup buat diri teruja sebab dah tua bangka dapat duit raya
Hahaha


Duit raya dari orang bujang macam aku takdelah banyak mana
Yang penting ikhlas nak bagikan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 27, 2013

Hasil duit bonus raya 2013

Masih ingat dengan entry [ Duit raya 2013 setengah bulan gaji ]? Ok aku tahu jawapannya. Mestilah tak ingat. Kau siapa nak suruh ingat? Kih kih.


Duit setengah bulan gaji yang aku dapat, terdetik hatiku nak bagi sesuatu pada mak tersayang. Bukan apa, sebelum ini dia ada pakai cincin aku. Kira macam mencuba. So,aku terus buat keputusan nak hadiahkan kepada mak dengan beli yang lain.




Mak test pakai cincin aku, secara automatik aku tahu ukuran jarinya. Masih ada longgar sedikit tapi tetap selesa pakai.




Untuk mak aku belikan cincin dan untuk diri sendiri dapat sepasang subang. Alhamdulillah rezeki syawal. Balance duit aku gunakan untuk apa yang patut.


Gambar jari itu adalah jariku. Habis jelas guna samsung grand. Malu tengok tangan sendiri. Siap jelas nampak kesan pakai cincin di jari manis. Muahahaha!


Harga emas dijangka makin meningkat pada tahun 2020


Elok sangat kalau nak mula membeli sikit dari sekarang =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 26, 2013

Duit Raya 2013

Raya aku tahun ini makin menipis jika membabitkan soal duit raya. Bukan apa, penerimaan makin kurang. Muahahaha. Tahun ini dengan jayanya hanya dapat duit raya dari abah. 


Tahun lepas, dapat juga dari pakcik, dari si dia. Tahun ni nan hado. Ok aku sedar aku makin dewasa. Makin meningkat remaja. Hahaha. Remaja sangat!


Bab penerimaan je berkurang, pengeluaran masih normal. 


Motif entry? Saja nak bercerita kisah raya 2013. Sebagai kenangan. Banyak lagi "hutang" aku untuk entry raya termasuk kad raya dari blogger.


* Aku tak heran sangat bab duit raya sebab saja suka-suka. Orang beri kita terima orang tak beri nak kata apa. Rezeki masing-masing.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 07, 2013

Duit Raya untuk mereka

Sejak dah bekerja, tibanya hari raya memang aku dah get ready sampul raya. Tinggal nak letak duit or tidak sahaja. Hahaha.


Niat untuk bersedekah. Ada duit lebih apa salahnya. InsyaALLAH jika kita buat baik, baik juga balasannya. 


Duit raya tahun ini diberi pada sepupu sepapat, anak saudara & saudara yang berusia di bawah 18 tahun sahaja. Lebih dari itu, tak perlu bagi. Dah pandai berdikari. Eceh!


* Macam biasa, sampul raya yang digunakan adalah ihsan dari company sendiri. Muahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^