tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label keluarga 2016. Show all posts
Showing posts with label keluarga 2016. Show all posts

Sunday, January 01, 2017

Acar buah dari pihak lelaki

Kenduri bertandang hari Ahad 25/12/2016 ke rumah lelaki. Doorgift yang diberikan untuk rombongan pengantin ialah  sebiji telur masin diletak dalam bekas kaca dan sebekas acar buah.




Yui tersuka tanpa sengaja dengan acar buah ini. Cukup lengkap rasanya dan kena dengan tekak Yui. Nanti nak tanyalah kat mana deme order.


Korang suka acar buah tak?
Yui suka ratah macam itu aje.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 27, 2016

Majlis perkahwinan sebelah perempuan [24/12/2016]



Welcome Azmil 

Selamat membiasakan diri dengan keluarga yang gila-gila ini
Hahahaha!


Fuhhh, tak percaya Yui dah ada adik ipar
Kahkahkah!


Inilah gambar keluarga Yui
Kami 4 beradik sahaja 






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 21, 2016

Yui akan bercuti untuk urusan perkahwinan adik

Korang,


Yui dah ambil cuti Khamis & Jumaat sebab satu-satunya adik perempuan Yui nak nikah. Hehehe. Alhamdulillah, tahniah untuk dia. Takpe langkah bendul ke jendul janji bahagia.


Maka,
Mungkin blog akan sunyi sepi sehingga hari Isnin depan ( sebab cuti umum ). InshaaALLAH lepas itu kembali aktif. Yui akan lebih aktif di FB ( sebab situ punca utama cari rezeki tambahan untuk anak-anak bulus ).


Tak banyak Yui cerita kisah perkahwinan adik Yui kan?
Takpe nanti perlahan-lahan. Bukan mudah nak hasilkan sesuatu entry dari hati, jiwa & raga. Wahhhh gituuu.


Doakan semua dipermudahkan ya.


Ini perkahwinan pertama dalam keluarga kami. Menantu pertama mak & abah Yui. Nak tunggu Yui entah bila, bagi adik Yui "jalan" dulu. ekekeke.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, December 07, 2016

Ulangtahun abah ke-51

7/12/2016 hari lahir abah Yui. Dah 51 tahun ini. Muda kan? Sebab dia nikah ketika usia 20 tahun dan mak Yui masa itu 22 tahun. Orang lama, nikah muda tu dah perkara biasa, bagus sebab ada anak besar, dia pun tak berapa tua lagi. Ekekeke.


Buat abah,
Orang doakan semoga panjang umur dan dimurahkan lagi rezeki. Moga dipermudahkan segala urusan yang baik. Moga dapat membahagiakan mak iaitu isteri abah sehingga akhir hayat.


Sabar ye abah,
Dalam 2 minggu abah akan terima menantu pertama iaitu menantu sulung dalam keluarga kita. InshaaALLAH.


Selamat ulangtahun abah.


Wakil anak sulung,
Nurul




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 21, 2016

Kek hari lahir satu keluarga 2016

Lama dah Yui amalkan konsep makan-makan khas untuk ulangtahun kelahiran. Pilih satu tarikh biasanya bulan Oktober pastu sambut satu keluarga. Kiranya semua lengkap ada baru buat. Sebenarnya tak rancang mana, lebih kepada meraikan keluarga.




Kek beli di SS aje. Beli juga KFC dan adik belikan Domino. Heee, pilih KFC sebab boleh share dengan anak-anak bulus. Mak Yui pun fikir kot itu ajeee. Hahaha.


Birthday adik lelaki bulan Ogos & November
Birthday Yui, adik perempuan dan mak bulan Oktober
Birthday abah bulan Disember


Haaaa, sekali harung jelah. Lagipun bukan mudah dapat kumpul semua sekali. Yang ni buat awal bulan kalau tak silap.


Alhamdulillah kek sedap dan berpatutan.


Family S&S = Shah & Saayah



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 16, 2016

Hadiah konvokesyen [DIY aje]

Adik Yui dah konvo semalam, 15/11/2016 di UUM. Mak, abah dan opah yang pergi tengok. Jadi, hari minggu lepas mak dok ajak Yui beli sesuatu untuk adik. Yelah, nak beli jambangan di sana, kos agak tinggi, maka meh kita buat sendiri dengar jari jemari kasar ini. Miahahaha.


Ok tengok dulu hasilnya. Maaf sebab biasa-biasa aje.



Yui guna liquid dan tulis
"Congratz Ana, UUM"


Bakul yang membuat orang terliur sebab penuh & padat






Maka meh tengok bahan asas. Bakul recycle balik adik punya yang guna waktu tunang. Ekekeke, jimat lagi kos.




Anggaran harga :

Pelbagai jenis coklat = RM 50.00
Bunga plastik ( 3 kuntum ) = RM 2.12
2 bear = RM 4.24
Stick board hitam = RM 1.20
Bakul = recycle
Kertas = Barang peribadi
Lidi = Barang peribadi
Gam = Barang peribadi
Span = Barang peribadi


Maka jumlah kos : RM 57.56 


Yui buat dan gubah ikut kreativiti yang tak berapa nak kreatif ini. Hahaha.


Buat Ana,
Tahniah dah selamat berkonvo. Lepas ini bersuami plak. Ekekeke.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 31, 2016

Ulangtahun Ibunda tersayang ke-53

31/10/2016 genaplah 53 tahun usia Ibunda tercinta, Puan Saayah Bte Asri iaitu mak yang Yui sayang sangat-sangat.



Gambar terkini dengan mak 29/10/2016


Selamat Ulangtahun MAK.
Moga usia mak panjang, dimurahkan rezeki dan bahagia sentiasa bersama kami walau dalam apa jua sekalipun. Orang tahu mak sebaik-baik ibu di dunia ini. Sanggup buat apa saja untuk keluarga. Moga dipermudahkan segala urusan mak.


Orang sayang mak sangat-sangat dunia dan akhirat.


Aameen.


Wakil anak sulung,
Yui




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 26, 2016

Ulangtahun ke-23 adik NURUL FARZANA



Selamat ulangtahun ke-23 buat satu-satunya adik perempuan Yui. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Moga menjadi anak yang baik dan sentiasa menjadi baik.


Selamat juga menguruskan urusan perkahwinan yang bakal berlangsung tak lama lagi. Semoga mampu menjadi isteri yang solehah. Ingat, isteri bukan sekadar panggilan tapi amanah dan tanggungjawab yang dilaksanakan sangat berat. Moga terbaik.


Sayang hang walau hang degil. Air dicincang takkan putus!


Wakil sebagai anak sulung,
Nurul Yui





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 21, 2016

Review Filem : Train To Busan

Tak pernah Yui tengok wayang cerita Korea
Kira teruja jugalah ada filem dari Korea


Yang ini Yui tengok 4 beradik sebelum Aidiladha
Pertama kali kami berempat tonton wayang bersama
Pecah rekod!




Permulaan cerita macam tak faham
Tapi bila fikir dan fikir
Okayyy


Ada watak yang akan buat korang simpati
Ada yang lawak
Ada yang buat rasa teramat sakit hati
Rasa teraniaya


Apa pun bagi Yui 
Cerita Train To Busan memang seronok
Tak BOSAN 
Ada penyampaian tersendiri


Kalau nak banding zombie Malaysia
Lagi la rasa erkk


9/10 bintang


Yui menitiskan air mata bila akhir cerita
Opssss, kantoi lak!


Tak payah beli tiket sebab ada dah link free boleh korang tonton
Cuma terjemahan indonesia la ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 11, 2016

Selamat ulangtahun ke-20 adikku SHAHRIZAN

11 Ogos 2016
Genap dah si teruna 20 tahun


Anak ketiga dari empat beradik
Bertugas di ATM 
Sekarang berada di Johor


Buat adikku,
Selamat Ulangtahun
Moga dipanjangkan umur
Dipermudahkan segala urusan
Moga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga
Moga mampu membimbing keluarga sebaiknya


Gelak, sedih, gaduh itu semua asam garam keluarga
Yang penting tetap bersatu


Yang tukang ambil gambar inilah orangnya


Selamat Ulangtahun GEMOK
Hahahahaha!


Ikhlas,
Kok Yui a.k.a Kak Long




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 13, 2016

Raya 2016 Nurul Yui & Keluarga

Sejarah buat kali pertama di tahun 2016
Ada gambar sekeluarga lengkap
Sebelum ini takde, serius!
Sebab keluarga bukan jenis suka bergambar terutama mak & abah


=================




Ahmad Shah
Saayah
Nurul Farehah
Nurul Farzana
Shahrizan
Shahrizal




Berguna ada monopod
Hahahaha !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 13, 2016

Baju Melayu Raya 2016 - Aaron Aziz by Jakel

Ini semua plan last minute. Plan tak dijangka. Terus cakap, terus pergi Jakel dan cari. Walau tahu harga di Jakel boleh tahan, tapi bila tengok kualiti kain sangat berbaloi dengan harga. Lagipun free sampin.


Inilah pilihan adik lelaki aku. Dia dah kerja, so dia bayar sendiri. Pakej belanja adik lelaki bongsu. Heeee. Warna kelabu sampin purple. Kena sangat dengan warna baju kakak-kakaknya. Hahahaha.




Sepasang kalau tak salah RM 199
Percuma sampin


Kami beli sehari sebelum puasa. Sebab itu je cuti adik lelaki yang ada. Dia bertugas di Johor. Itu pun tak sempat nak bersahur dengan keluarga sebab dapat panggilan kecemasan. Malam Ahad tu juga di merempit ke Johor. Nasiblah dik, kau jadi anggota tentera. Sedia berkhidmat.


Secara tak sengaja, 
Tahun 2016 kami ada tema raya. Ungu + Kelabu





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 03, 2016

Bila seorang adik meluahkan perasaan terhadap kakaknya

Adalah satu malam tu aku perasan adik aku update status di FB dia. Mula-mula baca memang aku nak touching dah siap pakej air mata nak mengalir, tapi bila baca # dia, terus cancel. Hahahaha. Terus aku buat tak emosional dengan status itu.




Tambahan bila aku baca pulak komen dari kawan-kawan dia, wowwwww!! Kembang kejap mak jemah baca. Wakakakakaka!!




Apa pun buat adikku,
Kakakmu ini akan cuba yang terbaik buat adik beradik dan khasnya buat keluarga kita. InshaaALLAH. Tahu kata-kata ini IKHLAS.


Air dicincang TIDAK AKAN PUTUS.


Love u laaa walau hang pun singa juga. Hahahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^