tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label aktiviti hari raya. Show all posts
Showing posts with label aktiviti hari raya. Show all posts

Wednesday, June 27, 2018

Salam Aidilfitri 1439H dari Yui sekeluarga

Fuuhhh fuhhh lamanya blog dianaktirikan. Kesian hang dapat tuan lagu ni. Mendung berarak kelabu. Eh ehh ehhh!


Masih di bulan Syawal jadi rasanya tak terlambat nak ucapkan kepada pembaca blog yui, ehh adake? Takpe tak kisahlah janji Yui dah coretkan di sini.


Yui sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali kami. Raya tahun ini masih bujang dan bersama keluarga tersayang. Eceeeehhh!




Ini yang ada di Hari Raya Pertama
Tema Peach sebab ikut "arahan" Yui
Hahahaa!





Inilah adik beradik Yui
Belakang tu adik Ipar


Sadis tahun ni tak dapat duit raya. Kahkahkah. Sedor diri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 13, 2017

Raya 2017 - Balik kampung di Parit Buntar

Minggu pertama syawal hari Sabtu, mak memang dah ajak semua balik ke kampung termasuk menantunya. Hehehe, motif paling utama sebab nak kenalkan menantu juga. Yelah, waktu deme kahwin, orang kampung mai awal, takdan tengok pengantin. Sekarang masa yang sesuai pakej beraya terus.



Inilah adik beradik Yui yang sebenar
Kami berempat
Baju hitam tu adik ipar Yui 


Jarang balik Parit Buntar sebab hanya ada pakcik-pakcik aje di sana. Ini belah mak sebab mak Yui seorang je perempuan dalam adik beradik. Rumah yang wajib kami pergi, memang kami pergi terutama rumah Toklang. Yui anggap toklang ni macam atok Yui sendiri.



Bongsu, Yui, mak & adik bawah Yui




Ok hat ni kena tekankan, adik yui pakai tapak tebal, maka terjadi perbezaan ketara. Tak boleh jadi betul tengok gambar ni, dia tinggi sikit je dari Yui. Hahahaha.



Bersama satu-satunya mak Yui tersayang
Syurga Yui sekarang


Kami pergi 3 rumah sahaja, otw balik singgah ke Taiping rumah Tokcik pula. Perjalanan alhamdulillah berjalan lancar. Nak bergambar kat bendang tak boleh sebab bukan musim kering kontang lagi. Hehehe. Kalau tak, memang jadi port la.




Takde gambar abah kan? Sebab takde nak selfie dengan dia kali ni. Kihkihkih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 04, 2017

Raya 2017 Wakil Anak-anak bulus - Lela

Belum habis beraya?
Wahh wahhh untunglaaah beraya sakan ya
Hehehehe




Untuk tahun 2017
Wakil anak-anak bulus 23 ekor ialah Putri Lelatul Majnun
a.k.a LELA


Selamat Hari Raya komeeee
Raya kan sebulan
Hihihi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 15, 2016

Raya 2016 Nurul Yui & wakil anak bulus

Orang kalau udah ada anak bulus, tambah bila dah anggap deme macam keluarga sendiri, aku raya, ko kena raya. Bezanya korang takde baju aje. Cukup je dengan bulu yang melekat kat badan tu. Hahaha.


Oklah,
Rasanya tak boleh miss kalau tak bergambar dengan anak bulus. Tak sekor dua pun jadilah dari 26 ekor yang ada buat masa ini.



Wakil anak bulus di SS - Shinchan



Wakil anak bulus rumah sewa - Seri


Tahun ini aku bawa balik Seri ke SS sebab Mat Oyen akak sorang lagi bawa. Memandangkan Seri hyperactive, dia memang kena duduk dalam rumah sepanjang aku cuti beraya.


Selamat Hari Raya untuk anak-anak bulus kalian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 13, 2016

#ootd Raya 2016 Nurul Yui



ootd hari raya pertama 2016


Shawl RM 10
Kimono wrap RM 30
Skirt recycle lama 


Jimat banyak Raya 2016
Sekali tema untuk majlis perkahwinan adik nanti 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya 2016 Nurul Yui & Keluarga

Sejarah buat kali pertama di tahun 2016
Ada gambar sekeluarga lengkap
Sebelum ini takde, serius!
Sebab keluarga bukan jenis suka bergambar terutama mak & abah


=================




Ahmad Shah
Saayah
Nurul Farehah
Nurul Farzana
Shahrizan
Shahrizal




Berguna ada monopod
Hahahaha !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 28, 2016

Sampul Raya 2016



Tahun ke-6 dapat sampul raya free aje. Wakakakaka. Jimat duit. Eh, lagipun kalau shopping pun kadang dapat juga sampul raya. 


Berbalik pada tajuk,
Ini rupa sampul untuk tahun 2016. Mak, abah dan adik-adik aku confirm akan dapat duit raya dari aku. Dah kerja, bagi deme merasa sama walau tak banyak mana. Heeeee.


Untuk sepupu, saudara & yang mai umur bawah 12 tahun biasanya aku akan hulurkan duit raya dalam sampul ni juga. Yelaaa, dah kata dapat free. Hahaha.


Duit raya masuk dalam tabung takpun tukar beli emas ya. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 27, 2015

Raya 2015 Yui bersama adik beradik

Keluarga aku keluarga kecil sahaja. Gaduh baik gaduh baik itu perkara biasa sebab muka itu juga kena hadap. Hahahaha.


Meh ku kenalkan adik beradik daku. Pandai mak abah nak 2 pasang je. Miahahaha!






Baju raya 3 orang yang lain itu semua beli nak dekat raya. 
Hadap saja cari last minute. Padan muka kome lambat-lambat lagi. 


Jadi, inilah adik beradik aku.
Kot nampak mana-mana bolehlah tegur. Ecehhhh, konon!


Takde gambar bersama mak & abah sebab depa tak gemar bergambar.
Memang jenuh nak paksa, tunggu hari kahwin nanti kot baru nak. Eh!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 06, 2014

Raya 2014 - Adik beradik

Jom nak memperkenalkan adik beradik aku
2 perempuan & 2 lelaki
Pandai mak pak aku adjust bagi sama rata
Ahahahaha!




Yang sulung 26 tahun
Yang kedua 21 tahun
Yang ketiga 18 tahun
Yang keempat 15 tahun


Semua masih BUJANG
Sekian =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 22, 2014

Cuti untuk persiapan hari raya 2014

Hari ini aku AL. Cuti sempena nak persiapkan apa yang patut. Macam tahun-tahun sebelum ini, ada ja barang nak dibeli dengan si shapit. Tahun ini tak pasti nak beli apa pula. Tak merancang sangat.


Maka, esok baru aku balas jejak ya. InshaaALLAH panjang umur sampailah aku untuk mencoretkan komen di entry korang. Sila rindu-rinduan untuk hari ini. Hihi.


Doakan semua dipermudahkan. Aamiin.


Dalam kita teruja nak menyambut lebaran, jangan dilupakan apa yang telah berlaku di sekeliling kita.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 14, 2013

Aktiviti di Taman Tasik Taiping

Selepas selesai majlis pertunangan, kami terus bergerak ke Taman Tasik Taiping. Lagipun orang KL mai dari jauh, apa salahnya jalan ke tempat yang mereka tidak pernah pergi.


Ingatkan nak naik "itik" tapi tengok ramai yang naik. Rasa macam lambat pula. Maka idea nak berkayak ke apa entah namanya timbul! 


Yang paling pelik di antara ramai-ramai yang tunggu turn nak naik. kami berempat sahaja insan yang berkurung, berkain. Orang lain semua berseluar! Okay, jadi perhatian!




Serious kami menjadi tumpuan orang tengok. Malu pulak rasanya teman! Pakai punya sopan tapi beraktiviti macam ini. Sepanjang naik. memang gelak memanjang. Tension mak jemah.




Sopankan aku? Hahaha. Nasib baik pakai seluar panjang. Kalau tidak jenuh berkepit duduk dalam sampan. 





Muka aku macam itu sebab takut! Sebab sampan dah masuk zon larangan. Bergegas patah balik. Jenuh sungguh. Dahlah tak kahwin lagi, haha.


Kesimpulan untuk aktiviti macam ini, memang gila sempoi. Aku siap rekod video. Bila tengok balik, gelak sorang-sorang.


Selepas itu terus kami pergi makan di Yong Tau Fu belakang bomba. Yang mana satu yong tau fu paling best tak pasti, duduk sahaja terus order. 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^