tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label raya 2016. Show all posts
Showing posts with label raya 2016. Show all posts

Tuesday, September 13, 2016

Campur aduk

Oklah, sebenarnya takde benda nak update mana.


Lebih kepada hal-hal lain yang kena uruskan. Banyak entry kena publish selepas ini. Nak cari idea bina apa yang patut. Ecehhhh!


Macam mana raya korang semalam?
Aku buat pertama kali dalam sejarah balik kampung untuk beraya tak pakai baju kurung. Fuhhh. Maksudnya aku berseluar, blouse dan shawl sahaja. Nasib baiklaah sedara mara jenis nantak hang la. Hahahaha.


Biasa aje raya aku
Yang penting dapat berkumpul bersama keluarga dan saudara mara tersayang.


Maaf tak tau nak letak tajuk apa =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 20, 2016

Bila aku dan dia tiada kerja


Lokasi : AEON Klebang, Ipoh


Ini kisah raya ke-5. Lepas beraya rumah aku, katanya tak pernah masuk AEON Klebang, ateeee moh kita pergi. 


Sampai kat port mainan, saja suka-suka aku pakaila topeng ini. Tunjuk kat dia, dia lak rajin p snap. Layankan ajeeee.


Jadi,
Memang takde kerjalah ni kan. Heeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 15, 2016

Kad Raya 2016







Selamat Hari Raya semua
=___=


Tahun 2016 dapat 2 kad raya 
Kihkihkih, dapatlah juga




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya 2016 Nurul Yui & wakil anak bulus

Orang kalau udah ada anak bulus, tambah bila dah anggap deme macam keluarga sendiri, aku raya, ko kena raya. Bezanya korang takde baju aje. Cukup je dengan bulu yang melekat kat badan tu. Hahaha.


Oklah,
Rasanya tak boleh miss kalau tak bergambar dengan anak bulus. Tak sekor dua pun jadilah dari 26 ekor yang ada buat masa ini.



Wakil anak bulus di SS - Shinchan



Wakil anak bulus rumah sewa - Seri


Tahun ini aku bawa balik Seri ke SS sebab Mat Oyen akak sorang lagi bawa. Memandangkan Seri hyperactive, dia memang kena duduk dalam rumah sepanjang aku cuti beraya.


Selamat Hari Raya untuk anak-anak bulus kalian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 13, 2016

#ootd Raya 2016 Nurul Yui



ootd hari raya pertama 2016


Shawl RM 10
Kimono wrap RM 30
Skirt recycle lama 


Jimat banyak Raya 2016
Sekali tema untuk majlis perkahwinan adik nanti 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya 2016 Nurul Yui & Keluarga

Sejarah buat kali pertama di tahun 2016
Ada gambar sekeluarga lengkap
Sebelum ini takde, serius!
Sebab keluarga bukan jenis suka bergambar terutama mak & abah


=================




Ahmad Shah
Saayah
Nurul Farehah
Nurul Farzana
Shahrizan
Shahrizal




Berguna ada monopod
Hahahaha !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 12, 2016

Yeayyy, kembali sudah!

Fuuh fuhhh, konon tiup "habuk" yang bersarang berhari-hari kat blog ini. Heheheh. Oklah dik non semua, harini aku dah kembali bekerja. Cuti hampir seminggu membuatkan aku malas bangun pagi bersiap ke pejabat. Huwaaaaaa.


Korang sihat?
Amacam raya korang?
Ada aktiviti baru?


Kalau tanya aku, ikutkan macam-macam jadi. Perlahan-lahan kalau rajin aku ceritakan di sini ya.


Apa pun Selamat Hari Raya. Selamat berpuasa enam kepada yang melakukannya.


Moh qada blogwalking. Ekekekeke.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

Di kesempatan ini,
Daku pemilik nama yang dikenali sebagai Nurul Yui


Ingin mengucapkan dengan setulus ikhlas
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1437H
Maaf zahir & batin


Mohon dimaafkan segala kesilapan 
samada sedar atau tidak
Moga amalan baik kita diterima
Dipermudahkan urusan
Berhati-hati walau di mana pun berada


Selamat bercuti
inshaaALLAH nanti kita sambung update banyak-banyak lagi
=_____=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 08, 2016

Cuti Raya 2016

Sebenarnya aku tak kisah aku cuti raya bila, selagi aku ni bujang, aku boleh beralah. Haaaa. Tapi sebab tahun ini kira macam turn, aku ambil cuti lepas raya.


Cuti Raya
6/6/2016 - 11/6/2016


Akan mula bekerja pada hari Selasa, 12/6/2016. Kiranya AL aku ambil 2 hari sahaja iaitu Jumaat & Isnin. Mujur raya kali ini cuti direct. Ekekeke.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 01, 2016

Baju raya free 2016

Apa yang free?
Dapat baju raya. Yeaaayyy !! Tepuk tangan. Hehehehe. Oklah, sebenarnya aku ada keluar sekali dengan dia. Biasanya setiap tahun macam itulah. Ibarat preparation sebelum hari raya. Wahhh gitu.


Ok taknak panjang lebar, nak tunjuk ini je. Aku kenan plak design simple. Di mata dia lagilah suka, kalau boleh biar kosong semua. Hahahaha.




Bak kata penjual, nampak kesan slim pakai baju ni. Hahahaha. Slim kekdahnya. Hakikatnya nan hado.


Baju free kita ambil aje. Terima kasih bagi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 30, 2016

Pesanan WAJIB sempena Hari Raya





Sama macam pendapat aku dalam entry haritu


Yang baik semua dariNYA
Yang kurang adalah dari diri sendiri






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 28, 2016

Sampul Raya 2016



Tahun ke-6 dapat sampul raya free aje. Wakakakaka. Jimat duit. Eh, lagipun kalau shopping pun kadang dapat juga sampul raya. 


Berbalik pada tajuk,
Ini rupa sampul untuk tahun 2016. Mak, abah dan adik-adik aku confirm akan dapat duit raya dari aku. Dah kerja, bagi deme merasa sama walau tak banyak mana. Heeeee.


Untuk sepupu, saudara & yang mai umur bawah 12 tahun biasanya aku akan hulurkan duit raya dalam sampul ni juga. Yelaaa, dah kata dapat free. Hahaha.


Duit raya masuk dalam tabung takpun tukar beli emas ya. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 27, 2016

Wajibke tukar duit raya?

Bila menjelang hari raya, sudah tentu ramai yang tak sabar nak tukar duit raya kat bank. Siap simpan tarikh bila pertukaran boleh bermula. Nak yang cantik. Heeee. Hakikatnya duit baru atau duit lama, nilainya masih sama.


Kenapa nak tukar duit lama ke duit baru?
Alaaa, saja suka-suka. Seronok tengok kepingan duit tu cantik kan. Hahahaha.


Aku tukarke duit raya?
Jarang sekali aku tukar. Kadang member ada lebih, baru bagi. Heeee, kalau nak harap aku sendiri pergi bank dan tukar, memang taklah. Malas aku. Baik aku layan running man. Wakakaka.


Lagipun biasanya nak bagi duit raya pada orang,
Letak dalam sampul raya. Jadi, dah tentu tak nampak duit itu lama mahupun baru. Kira tak kisahlah dik non.


Korang rajin, tukar
Tak rajin, guna aje duit lama.


Ingat ya isu yang pernah aku sampaikan pasal anak vs duit raya. Boleh [baca sini].




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^