tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label baju raya. Show all posts
Showing posts with label baju raya. Show all posts

Wednesday, June 27, 2018

Salam Aidilfitri 1439H dari Yui sekeluarga

Fuuhhh fuhhh lamanya blog dianaktirikan. Kesian hang dapat tuan lagu ni. Mendung berarak kelabu. Eh ehh ehhh!


Masih di bulan Syawal jadi rasanya tak terlambat nak ucapkan kepada pembaca blog yui, ehh adake? Takpe tak kisahlah janji Yui dah coretkan di sini.


Yui sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali kami. Raya tahun ini masih bujang dan bersama keluarga tersayang. Eceeeehhh!




Ini yang ada di Hari Raya Pertama
Tema Peach sebab ikut "arahan" Yui
Hahahaa!





Inilah adik beradik Yui
Belakang tu adik Ipar


Sadis tahun ni tak dapat duit raya. Kahkahkah. Sedor diri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 04, 2017

Raya 2017 Wakil Anak-anak bulus - Lela

Belum habis beraya?
Wahh wahhh untunglaaah beraya sakan ya
Hehehehe




Untuk tahun 2017
Wakil anak-anak bulus 23 ekor ialah Putri Lelatul Majnun
a.k.a LELA


Selamat Hari Raya komeeee
Raya kan sebulan
Hihihi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 29, 2017

Raya 2017 Nurul Yui & Keluarga

Tahun 2017 ada berlaku perubahan dalam keluarga Yui. Raya pertama tahun 2017 tak lengkap sekeluarga untuk bergambar. Adik perempuan Yui dah berkahwin dan adik lelaki Yui perlu bertugas di hari raya pertama.



Bongsu, Abah, Mak & Yui


Yang menarik raya 2017,
Yui pakai sedondon dengan mak. Hehehehe. Tak pernah-pernah dah berusia macam ni nak sebiji sama bajunya. Rezeki Yui lebih tahun ini, Yui belanja semua baju raya untuk mereka. Alhamdulillah. 


Yang ini plak gambar raya 2016 kami lengkap ( pertama kali ada gambar sekeluarga ). Walaupun kami tak berkumpul bersama tapi yang penting saling mengingati itu dah cukup bersyukur. Inilah kehidupan dunia.


Selamat Hari Raya korang.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 13, 2016

#ootd Raya 2016 Nurul Yui



ootd hari raya pertama 2016


Shawl RM 10
Kimono wrap RM 30
Skirt recycle lama 


Jimat banyak Raya 2016
Sekali tema untuk majlis perkahwinan adik nanti 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 01, 2016

Baju raya free 2016

Apa yang free?
Dapat baju raya. Yeaaayyy !! Tepuk tangan. Hehehehe. Oklah, sebenarnya aku ada keluar sekali dengan dia. Biasanya setiap tahun macam itulah. Ibarat preparation sebelum hari raya. Wahhh gitu.


Ok taknak panjang lebar, nak tunjuk ini je. Aku kenan plak design simple. Di mata dia lagilah suka, kalau boleh biar kosong semua. Hahahaha.




Bak kata penjual, nampak kesan slim pakai baju ni. Hahahaha. Slim kekdahnya. Hakikatnya nan hado.


Baju free kita ambil aje. Terima kasih bagi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 13, 2016

Baju Melayu Raya 2016 - Aaron Aziz by Jakel

Ini semua plan last minute. Plan tak dijangka. Terus cakap, terus pergi Jakel dan cari. Walau tahu harga di Jakel boleh tahan, tapi bila tengok kualiti kain sangat berbaloi dengan harga. Lagipun free sampin.


Inilah pilihan adik lelaki aku. Dia dah kerja, so dia bayar sendiri. Pakej belanja adik lelaki bongsu. Heeee. Warna kelabu sampin purple. Kena sangat dengan warna baju kakak-kakaknya. Hahahaha.




Sepasang kalau tak salah RM 199
Percuma sampin


Kami beli sehari sebelum puasa. Sebab itu je cuti adik lelaki yang ada. Dia bertugas di Johor. Itu pun tak sempat nak bersahur dengan keluarga sebab dapat panggilan kecemasan. Malam Ahad tu juga di merempit ke Johor. Nasiblah dik, kau jadi anggota tentera. Sedia berkhidmat.


Secara tak sengaja, 
Tahun 2016 kami ada tema raya. Ungu + Kelabu





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 29, 2016

Baju yang menarik untuk dimiliki



Material saree, beli siap lebih kurang RM 200
Kain pasang 6 meter lebih kurang RM 100
Tapi aku lebih selesa beli pakaian yang aku boleh pegang sendiri


Serius suka warna ni !!
Adakah bakal menjadi baju raya?
Tengoklah, hahaha.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 24, 2015

Raya 2015 Yui bersama makwe



Ini makwe kedua daku
Makwe pertama haruslah mak aku
Hihi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 14, 2015

Baju raya 2015

Baju raya 2015 yang dibeli last minute. Takde tema.
Main hentam kromo je dulu ni. Hahahaha.




Hari Ahad lepas keluar dengan dia.
Pergi Angsana Mall Ipoh, tiba-tiba terkenan baju ini. Suka dengan warna yang ada.


Terima kasih sudi belanja. Mehmehmeh.


Inilah baju raya 2015 daku.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 10, 2015

Kenangan Ramadhan : Baju Raya

Setiap tahun mesti mak dan abah akan beli pakaian sedondon sama dengan adik perempuan. Aku tak pasti sampai usia berapa kami masih berpakaian sama corak, sama warna.


Ingat lagi waktu itu aku berusia 12 tahun.
Baju raya tak prepare awal. Akhirnya beli malam raya. Main rembat aje tak kisah warna apa.


Paling penting, dulu mak aku suka belikan pakaian besar sikit dari saiz asal.


Hasilnya?
Baju aku yang dibeli ketika usia 12 tahun masih boleh ku pakai kini walau dah berusia 27 tahun!
Bagus pilihan mak. Sampai ke besar aku boleh pakai.


Lagi menarik, baju itu masih nampak seperti baru.
Kalau rajin nanti aku tunjukkan baju itu. Baju raya yang tragis dicari di malam raya. Hoho.


Usia baju itu 15 tahun.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 08, 2015

[LAST STOCK] - Baju kurung kain pelikat murah

Sebelum ini ada juga jual baju kurung kain pelikat & alhamdulillah mendapat sambutan. Ini ada last stock nak jual.




Nak jual RM 80 tidak termasuk pos. Kalau fast payment, aku akan bagi best price. Boleh terus whatspp 0192331810.


Aku dah tengok di Jalan TAR, harga untuk kain pasang pelikat 4 meter - RM 65. Tak pun, boleh google image dan bandingkan harga. Material sebiji sama macam aku jual siap. Nak tempah pun lebih kurang RM 50.


Meh beli siap lagi senang dan jimat. Sape nak, cepat hubungi aku ya. Terima kasih.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 08, 2014

Raya 2014 - Yui & Shinchan

Kena sangat tema kami berdua tahun ini, OREN!
Pagi raya dah kena paksa bergambar
Korang boleh nampak dari raut wajah Shinchan redha layan tuan dia
Mungkin dalam hati dia
"Meluat aih nak ajak selfie memanjang!"
Ekekekeke!
Aku boleh tahu bahasa kucing tau
*macam sewel sekali baca




Shinchan sayang
Mama sayang kamu
Eh!
Tetiba


Aku sayang semua kucing aku termasuk kucing-kucing di luar sana
Sekian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 06, 2014

Raya 2014 - Nurul Yui

Tak sah kalau tiada gambar cik empunya blogkan?
Ini gambar raya pertama aku
Baju sponsor dari bos besaq ( Shapit )



Shawl dari Calaqisya


Ingat nak cari shawl oren terang tapi takde stok
Jadi beli apa yang ada
Tak sangka matching pula
Huhuhu


Muka memek macam itu sebab tak sabar nak cheat
Kekdahnya 2 hari lepas itu timbang
Ohmaimaimai
Berat naik 1kg lebih
Pandai buat pandailah tanggungkan?
Hahahaha!


Salam Syawal 2014


Cheat =
Istilah digunakan andai diri ini dietnya ke laut. Maksudnya dok p makan minum benda yang tak dibenarkanlah semasa diet atkins. Mehmeh. Jangan duk ikut naaa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 13, 2013

Hari Raya 2013 kami

Tiada apa yang menarik sebenarnya. Semua serba sederhana. Sebab raya setahun sekali jadi macam ralat pula jika tiada gambar sebagai kenangan. Walau bukan full satu family yang ada bergambar bersama, takpe dah biasa.




Dimulakan dengan gambar cik empunya blog. Kemudian baru gambar-gambar lain. Cuci mata sahaja memerhati gambar menggunakan samsung grand.


- bersama mak tersayang yang sangat susah untuk bergambar -


- birthday boy ahad lepas -






Jangan tanya mana gambar abah aku, itu orang lagi susah jika nak dapat gambarnya. Sebab itu selama 25 tahun aku hidup, tidak pernah ada satu pun gambar lengkap satu keluarga. Entah mimpi tahun bila baru boleh dapat. Jenuh berajak tahun lepas, macam-macam alasan keluar.


Gambar adik perempuan aku tiada sebab dia bekerja. Perjanjian sebab dia buat part time, jadi harus redha orang cuti dia bekerja.


- bersama motor tersayang, ececeh! -


Sekian ini sahaja gambar yang ada. Jadilah dari tiada langsung. Selamat berhari raya ya kalian.


* Baju raya ihsan dari orang lain. Terima kasih





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 01, 2013

Misi mencari persiapan raya

Hari ini, Khamis bersamaan 1 Ogos 2013 aku AL lagi. Dia ajak jumpa. Jika tak salah untuk persiapan raya macam sebelum ini.


Sehingga tarikh hari ini, JUJUR tiada satu persiapan untuk diri sendiri. Aku tak pasti kenapa perasaan teruja itu tiada seperti tahun-tahun sebelumnya. 


Yang pasti, aku nak keluarga aku yang lain seronok. Cukup sekadar persiapan mereka lengkap walau tak semewah mana. 


InsyaALLAH jika jadi kami bertemu hari ini dan membeli apa yang patut di Ipoh. Moga dipermudahkan urusan kami berdua. Amiiin.


* Esok aku jejakbalas ya 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 18, 2013

ST 85 # - Jaga jaga ada yang memerhati!

Pelik bila si dia bagitahu
tahun ini nak beli jubah
sebab aku nak pakai untuk raya
Macam mana dia tahu?
Dia baca blog aku?


Aiyoyoyoyooooo
Ada yang memerhati rupanya
=____+




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 16, 2013

Baju raya Lela serba pink

Jalan-jalan terjumpa baju meow yang sangatlah comel. Apa lagi terus rembat sebab teringat Lela di rumah. Beli 2 helai. Tapi dapat pakai satu sahaja sebab Lela masih lagi pakai saiz S.




Hello! Saya Lela yang serba pink sebab tuan saya suka pink. Redha sahaja pakai. Hihihi. Sehelai lagi saiz M dan berwarna merah.


Aku terlewat tarikh nak cucuk vaksin Lela. InsyaALLAH 22/7/2013 aku akan ambil cuti nak bawa Lela pergi veterinar.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^