Friday, March 16, 2012

TJ : Ganti puasa dan Puasa di bulan Rejab & Syaban

Soalan 1

Pada tahun lepas saya tidak sempat habis mengganti puasa, adakah saya perlu mengganti dua kali ganda puasa itu pada tahun ini? Atau hanya perlu membayar fidyah?


Jawapan 1

Sekiranya saudari tidak sempat ganti pada tahun lepas, bermakna saudari wajib ganti puasa itu pada tahun ini dengan jumlah hari yang sama iaitu tidak bertambah. Tetapi wajib membayar fidyah di samping menggantikan puasa itu sebanyak secupak beras bagi sehari yang ditinggalkan.


Soalan 2

Mohon ustaz jelaskan amalan Nabi Muhammad ketika bulan Rejab & Syaaban?


Jawapan 2

Dalam hadis-hadis yang sahih menyatakan Nabi Muhammad memperbanyakkan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaabam tetapi tidak sampai sebulan penuh. Amalan yang lebih baik ialah berpuasa sebanyak 15 hari sahaja pada tiap-tiap bulan tersebut.




- Soal jawab lain -



28 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian di hari jumaat ini

    ReplyDelete
  2. berkhitan tu apa yer?
    soalan dari afiq

    ReplyDelete
  3. good info, ^-^
    aduuu banyak lagi pose nak kena ganti ni.. baru 3 hari sempat ganti ari tu hihihi..

    ReplyDelete
  4. bagus jugak kongsi soalan ni ..temkiu :)

    ReplyDelete
  5. Akak dah ganti puasa dah....hhheee...

    ReplyDelete
  6. err...akak blm ganti posa...insyallah akan ganti..huhu...harap2 sempat le ganti sblm puasa akan dtg ni kan :)

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  8. bagus ne yui....kekadang kita lupa pasal puasa yg lepas2 tu...

    ReplyDelete
  9. salam jumaat yui..nice sharing..

    ReplyDelete
  10. alaa xhabis lagi puasa ganti nih... aduss..

    ReplyDelete
  11. terima kasih. :)

    xbeli lagi buku ustaz azhar idrus tu.. huhu..

    ReplyDelete
  12. shida pn yuii xabis2 lg gnti hni hehe..kbiasaan shida..dah nk dekat bln pose baru tgedik2 nk gnti huhuhu..

    ReplyDelete
  13. shout box xleh nak post,so maaf ye,mas letak kat sini:
    http://mustwaniekl.blogspot.com/2012/03/jom-jadi-geng-kami-blogger-malaysia.html

    ReplyDelete
  14. baru saya teringat nak kena ganti puasa yang tahun lepas punya.


    soalan 1 tu memang saya dah lama tercari-cari.ada org kata kena tambah sehari,tapi sekarang dah jelas.jumlah sama je cuma kena bayar fidyah jugak.thanks for the info !

    ReplyDelete
  15. alamak,,x ganti pose ag..huhu

    ReplyDelete
  16. nana pun xabes lg gnti...huhu..

    ReplyDelete
  17. Penjelasan yang bagus..Thanks sharing yui

    ReplyDelete
  18. Yui, semoga hari Jumaat yg barakah.

    Akak TAG Yui..sila ambil ya! heeee~

    ReplyDelete
  19. maceh yui! baru terang jawapan tu..

    ReplyDelete
  20. weeeeeeeee
    pembelajaran yg bagus ni :))

    ReplyDelete
  21. nasib baik mas dh setel puasa ganti thn lps...tak tahula mcm ne ramai dok rilex kalau puasa ganti..kang kelam kabut n lupa..naya je.

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah pengisian yang bermanfaat..;) semoga Allah redha.amin..

    ReplyDelete
  23. thankss 4 sharing this yui..:)

    ReplyDelete
  24. akak belum abes ganti pose...adooyy...nak beranak dah ni..lepas ni nak pantang..lepas tu nak susukan baby...masuk ramadhan dah pastu..hurrmm...kene ganti cepat sebelum beranak nih..*gigih..

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera

1) Baca entry sampai habis
2) Komen secara berhemah
3) Komen yang mendatangkan "kecurigaan" AUTOMATIK di padam!

p/s: Jangan letak link kaler BIRU itu ea..elak SPAM!

Saya HORMAT anda,anda HORMAT saya
Peace ^__^