Soalan 1
Sekiranya saya mahu menggantikan solat yang tertinggal, adakah boleh saya lakukan di luar waktu solat. Contohnya, waktu duha saya lakukan solat qada sekali. Apakah ia dibolehkan?
Jawapan 1
Harus melakukan solat ganti lima waktu di luar waktu solat yang hendak kita gantikan itu. Contohnya solat yang mahu digantikan itu adalah solat zuhur, harus dikerjakan dalam waktu asar, maghrib, isyak, subuh ataupun pada bukan waktu solat lima waktu seperti pada masa solat duha.
Soalan 2
Apakah doa qunut yang dibaca dalam solat subuh boleh ditinggalkan?
Jawapan 2
Membaca qunut pada solat subuh hukumnya adalah sunat sahaja dalam mazhab Syafii. Oleh itu, jika tidak dibaca, tidak membatalkan solat cuma tidak mendapat pahala membaca qunut. Sesiapa yang tertinggal membaca qunut, sunat melakukan sujud sahwi dua kali sebelum memberi salam. Jika sengaja meninggalkan baca qunut dalam solat subuh, solatnya tetap sah dan tidak berdosa.
- Soal jawab lain -
20 dak comei sayang YUI:
perkongsian yang bagus yui
thanks
tq yui...sgt bmnfaat...=)
ada jgk kdg2 terbabas baca doa qunut..selalunya kak fieda sembahyang semula..baru tau arini rupanya sembahyang tu sah kalau tak baca doa qunut pun cuma pahala baca doa qunut tu tak dapat la..ingatkan tak sah..terima kasih berkongsi yui..
terima kasih yui, atas tazkirah jumaat ini..
thankz sudi berkongsi...
ramai yg keliru dgn doa qunut....bagus perkongsiaan ni yui...:)
ok ok ibu ustad :D
Pelajaran yang penting untuk kita
salam yui...pengkongsian yg berguna tuk kita semua.Terima kasih
dulu pun saya ingat doa qunut tu wajib...
good info..cer cari soalan lain pulak...
rajin btol.. :)
Thanks sharing.sangat berguna info ni sebab banyak persoalan tentang doa qunut tu
Alhamdulilah info yg bagus ni yui..:)
Alhamdulilah info yg bagus ni yui..:)
eerrr...akak kalau solat subuh time mamai2..kekadang memang ter lepas qunut..astagfirullah..malu kat yui..
ya Allah yui suke nye entry ni....:)
elok la wat yang sunat gak..dpt phala.topap sntiasa pahala.
thanks for sharing, yui~...
thankss yui.
banyak y ira xtau...skang br tau..huu
i thought qunut wajib dalam smayang , then kalau tinggal wajib sujud sahwi. btw thanks
Post a Comment