Untuk pengetahuan kalian, cuti aku ke Bandung, Indonesia bermula 17/4/2013 - 20/4/2013. Betul-betul berjalan di Bandung hanya 2 hari sahaja. Hari pertama dan hari terakhir adalah untuk perjalanan pergi dan kembali.
Rabu, 17/4/2013
12.00 pm - Bergerak naik bas dari Terminal Aman Jaya, Ipoh
2.15 pm - Sampai di Hentian Duta
3.30 pm - 5.00 pm - Sampai di LCCT. Oh ya, 5 minit sebelum pukul 5 kami sampai. Ya ALLAH, sangat kelam kerana sepatutnya perlu awal untuk checkin bagasi. Memang kelam habislah sampai terus berlarian. So, lebih baik 4 jam sebelum berlepas, haruslah ada di lapangan terbang ya.
7.20 pm - Bergerak dari KL - Bandung
10.00 pm - Sampai di airport Bandung, Indonesia. Airportnya kecil sahaja. Dalam kapal terbang, anda akan diberikan borang untuk diisi, Mereka akan ambil sekerat dan sekerat lagi korang perlu SIMPAN hingga masa untuk pulang nanti. Sila bawa pen.
- ada 2 borang akan diberikan -
10.30 pm - Pak Supir yang ambil kami. Sampai di Hotel Patradisa. Berehat terus di hotel. Kemas apa yang patut. Akan aku ceritakan nanti penginapan dan kemudahan di hotel. 2 malam sahaja duduk, lepas itu pindah hotel lain.
Kesimpulan @ rumusan dariku sebelum dan sepanjang perjalanan
1) Beli tiket penerbangan awal terutama ketika Air Asia buat promosi
2) Sebaiknya harus ada di lapangan terbang 4 jam sebelum berlepas kerana banyak step harus dilalui termasuk check in bagasi, Biar awal dari anda terpaksa balik semula atau beli tiket lain jika terlepas. Rugi okay!
3) Perlu booking awal untuk penginapan dan juga perkhidamatan Pak Supir { ada entry nanti }
4) Bawa buku nota kecil dan pen, boleh catat apa yang patut
5) Passport WAJIB bawa, ibarat bawa kad pengenalan
6) Tukar duit di money changer berdekatan. Semasa aku tukar 1 juta bersamaan RM 323
7) Sediakan jadual pertukaran wang bagi memudahkan urusan anda. Buat saiz poket.
9) Bawa baju yang wajib dan sedikit sahaja kerana percayalah bahawa anda akan shoping sakan di Pasar Baru nanti
10) Sebaiknya aktifkan pengeluaran antarabangsa untuk emergency case. Aku aktifkan Maybank dan CIMB.
11) Sediakan siap-siap Rp 75 000 untuk tax yang akan anda bayar bila pulang nanti
13) Setiba di Bandung, beli simkad simPATI untuk penjimatan mesej atau telefon ke Malaysia {
entry simPATI }
Rasanya ini sahaja kot. Jika ada penambahan, akan aku update. Jika ada pertanyaan, sila komen di entry ini dan InsyaALLAH aku akan jawab secepat mungkin.