Monday, June 30, 2014

Pertemuan kedua di tahun 2014

Alhamdulillah kami bertemu lagi dalam keadaan yang baik-baik. Banyak buah tangan yang diberikan terutama dapat banyak kurma & coklat dari Mekah. Rezeki Apek sekeluarga pergi umrah. Satu family dapat buah tangan masing-masing. Aku  & mak dapat jubah.


Khamis 26/6/2014 pertemuan kedua kami. 


Kali ini makan hanya sekali sebab kami makan di tempat yang special iaitu Seoul Garden. First time masuk & alhamdulillah sangat berpuas hati. Aku lagi puas hati bila tengok Apek tersandar kekenyangan macam ular telan kambing. Ekekekeke!




Aktiviti kami lepas itu macam biasa. Shopping sikit. InshaaALLAH nanti jumpa lagi untuk preparation Hari Raya. Moga ALLAH permudahkan. Doakan kami ya.


Selamat berpuasa semua.



Perubahan waktu kerja sempena bulan Ramadhan

Pagi ini terpaksa merempit awal. Paling lambat pukul 7.15 pagi kena keluar dari rumah ( habis laju kena bawa ). Bukan apa, seperti tahun-tahun sebelum ini, bila tiba bulan Ramadhan, waktu kerja juga berubah.


Waktu kerja bulan Ramadhan : 8.00 pagi - 4.30 petang


Awal 30 minit & balik awal sejam. Bab balik awal seronok. Muahahaha! So, pagi ini macam lemau sikit sebelum nak charge bateri badan supaya lebih segar.


Sempena bulan Ramadhan juga, tidak diadakan sesi lelongan barang kemas. InshaaALLAH lepas raya pula.


Semangat, semangat, semangat Yui oiiiii!!!



Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan buat pembaca blog Corat Coret Nusha

Alhamdulillah semalam sempat menunaikan solat tarawikh. Hari ini seluruh umat Islam mula menunaikan ibadah puasa yang dinantikan di bulan Ramadhan.


Sempena bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, didoakan segala urusan & ibadah yang kita jalankan bersama dipermudahkan ALLAH. Moga semua dalam keadaan baik. Moga kita terhindar dari perkara tidak sepatutnya.


Mohon maaf andai ada kesilapan terutama ketika berblog. Ampun maaf dipinta.


Salam Ramadhan & selamat berpuasa.



Friday, June 27, 2014

Pemenang GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim


Diumumkan seorang pemenang yang berjaya 


Peserta nombor 19


Tahniah kepada pemenang
Tahniah juga kepada para peserta lain
kerana sudi join GA tidak seberapa ini


Kepada pemenang
Tolong SMS nama penuh, alamat lengkap & nombor telefon
ke Yui 019-2331810 dengan kadar segera


Terima kasih semua
Selamat menyambut bulan Ramadhan



Gambar profile diubah sebagai PERINGATAN

Kalau korang friend dengan aku di FB, akan nampaklah perubahan gambar profile. Itu sebenarnya peringatan untuk diri aku supaya nafsu syaitan tidak berleluasa sempena Ramadhan ini. Bukan apa, takut tergoda dengan makanan di bazar. Aku harap aku dapat masak sendiri lebih kerap. Rajinke? Hahaha.




Alhamdulillah sepanjang aku berdiet atkins, ada perubahan yang dapat ku rasakan. Walau sekarang hanya 80% follow tapi kawalan itu masih ada.


2 minggu lepas berat aku statik pada angka 57.5-57.8 kg. Alhamdulillah sekarang dah ada penurunan setelah tambah menu lain. Hari ini dah 55.4 kg. Moga diri terus tahan dengan diet atkins yang sangat best sebab boleh makan makanan yang menyelerakan.


Oh ya, selamat menyambut Ramadhan semua =)




Thursday, June 26, 2014

Senarai peserta GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

Berikut daku keluarkan senarai lengkap untuk mereka yang sudi sertai GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui. Mohon semak dan jika terdapat kesilapan sila maklumkan untuk pembetulan segera.


5) http://adna2029.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html 
6) http://mummysupplementshop.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
7) http://isyapurple.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
8) http://nurrahabdullah.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
9) http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
10) http://misskitty12.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
11) http://awansamudera.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
12) http://anisyamir7lee.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
13) http://herba-tihara.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
14) http://akuayut.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
15) http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
16) http://sallyyatiey.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
17) http://april-in-love.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
18) http://www.cekgunorazimah.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
19) http://www.ziezah.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
20) http://travellogdin.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
21) http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
22) http://permatahusna.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
23) http://amal-salleh.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
24) http://rabiabiz79.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
25) http://cammylia.blogspot.com/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html
26) http://www.syuhadasalleh.my/2014/06/ga-mini-popia-ikan-bilis-nurul-yui.html



Terima kasih kepada para perserta. InshaaALLAH esok akan diumumkan siapa yang berjaya ya. Good luck semua!


 

ST 19 [2014] - Perjumpaan kali kedua di tahun 2014

Hari ini daku cuti
Maka aktiviti BW akan lewat


Bercuti untuk perjumpaan kedua
InshaaALLAH
=___=



Wednesday, June 25, 2014

GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

Dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim




Syarat mudah perlu diikuti :

1) Buat entry dengan tajuk 
GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

2) Lengkapkan ayat berikut 
Saya nak Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui kerana
___________________________ ( tiada had )

3) Letak banner & linkkan ke entry ini

4) Siap? 
Berikan link entry penyertaan anda di komen entry ini


Seorang pemenang akan dipilih berdasarkan 
ayat yang mampu menarik perhatian 


Hadiah 
Mini Popia Ikan Bilis


GA berlangsung 
18/6/2014 - 25/6/2014


Pengumuman pemenang
27/6/2014


Hadiah di pos dalam Malaysia sahaja


Semoga berjaya!


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!



Hari ini hari terakhir untuk sertai GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui

Perhatian!
Perhatian!
Perhatian!


Kalau ada lagi blogger yang berminat nak dapatkan
Mini Popia Ikan Bilis secara percuma
Sila join GA mudah { entry }


Selepas tarikh bertukar menjadi 26/5/2014
Automatik sebarang penyertaan lain 
DITOLAK


InshaaALLAH 26/6/2014 akan keluarkan senarai peserta
Pemenang akan diumumkan 27/6/2014
Mohon perhatian lebih kepada yang sertai


Terima kasih
=___=



Ahli keluarga baru, Atam

Sabtu lepas 21/6/2014, aku dan mak singgah makan di kedai nasi ayam berdekatan rumah. Sedang berselera makan, datang 2-3 ekor kucing. Aku sebagai pencinta haiwan, laju kongsikan ayam yang ada bersama mereka.


Hati tersentuh saat tengok seekor baby meow yang sangat comel datang meminta makanan. Aku bagi isi ayam & dia selera makan sampai tak habis. Huhu. Dah kenyang makan, dia main-main kain mak aku. Agaknya ajak bergurau.


Sambil aku makan, aku cakap "kalau nak ikut, duk sini diam-diam tunggu sampai kita habis makan tau". Tak sangka, memang dia duduk sahaja bawah meja. Ya ALLAH, dia memahami apa yang aku katakan.




Time bayar, aku terus tanya owner kedai boleh tak aku ambil anak kucing tu & dia senyum sahaja. Maknanya bolehlah kan? Hihi. Part paling best bila aku bawa balik hanya dengan naik motor. Dia diam dalam raga. Cute sangat!


Jadi, bertambah lagi keluarga baru walau yang masih ada di rumah lebih 20 ekor. Atas dasar simpati, maka tak sampai hati nak biarkan sebab dia masih kecil.


Baby meow diberi nama Atam oleh mak aku. Sempena memperingati Atam yang telah tinggalkan kami. Kesian tengok keadaan Atam.


1) Ada kesan luka
2) Banyak kutu
3) Sakit mata
4) Perut kembung ( cacing )


Alhamdulillah sampai sahaja di rumah aku terus mandikan dengan air suam. Rawat sementara dengan beri ubat cacing & ubat kutu. Bersihkan tahi telinga & tahi mata. Rawat sendiri dahulu sementara hendak bawa ke Veterinar.


Moga ALLAH permudahkan urusan & murahkan rezekiku untuk turut sama-sama berkongsi dengan meow-meow yang ada. Dana untuk meow masih ada. Jika ada yang berminat nak beli, boleh tengok { sini }. Hasil jualan 100% untuk tabung meow.


Terima kasih kepada mereka yang pernah membeli & yang turut menderma dengan seikhlas hati. Moga ALLAH balas jasa baik kalian.



Tuesday, June 24, 2014

RESEPI : Biskut Semperit Susu Mambles

Sejak aku sertai group FB Resepi Ringkas, mood rajin itu semakin membara terutama apabila melihat resepi yang sangat ringkas & menggunakan bahan yang mudah dicari. Tambah bila tengok hasil dari mereka yang sangat menarik membuatkan hati semakin meronta untuk mencuba. Eh, over kan? Hahaha.




Aku dah siap screenshot ikut resepi dalam group & itulah biskut hasil tangan keras aku. Ngehngeh. Versi macam-macam warna. Yang rajin, malas & nak habiskan adunan cepat. Tak sangka begitu mudah.


Korang nak bakar guna pemanggang ajaib pun boleh cuma aku tak pernah cuba sebab guna oven comel di rumah itu ( menunggu masa nak rosak ). 


Biskutnya masuk dalam mulut & mencair dengan rasa sempurna. Pergggh! Layan ok. Silap-silap tak sempat simpan sebalang sementara susun dah ngap habis.


Selamat mencuba ya!


* Bahan semua gaul sahaja ( aku guna spatula ). Kemudian baru acuan/bentukkan ikut citarasa.



Hadiah kerongsang Sabah dari blogger Jijah

Siapa tak kenal blogger Jijah atau lebih dikenali sebagai blogger ratu pecut. Ekekeke. Jururawat yang kini berkhidmat di Sabah. Alhamdulillah rezeki aku untuk dapat kerongsang cun dari Sabah. 




Warna ungu memang sungguh menawan. Sweet gitu. TQ dear sebab sudi berikan set kerongsang yang sangat comel. Mutiara sabah memang cun!


Nak kenali blogger Jijah? Blog ---> http://www.ziezah.com/


Tahniah juga kepada blogger lain yang dapat set kerongsang =)



Monday, June 23, 2014

Kes remaja OKU dikurung di Nilai

Pastinya ramai mengetahui tentang berita yang amat mengejutkan rakyat Malaysia. Penemuan remaja OKU berusia  15 tahun di kurung & berada dalam keadaan yang menyayat hati di Nilai. Sangat memeranjatkan apabila melihat dirinya yang sangat daif.


Melihat video yang telah tersebar luas itu telah membuatkan air mata ini menitis. Satu perkataan yang terlintas difikiran, KEJAM! Laju sahaja berfikir siapa yang sanggup memperlakukan beliau sebegitu. Dengan status OKU membuatkan hati terasa lebih sebak.


Ibu? Ibunya telah ditahan reman untuk siasatan selanjutnya. Melihatkan raut wajah ibunya, dengan gaya, rupa seperti agak mustahil "kemiskinan" melanda mereka sekeluarga. Walau semiskin mana tidak bermakna boleh melakukan "kekejaman" sedemikian kepada manusia lain terutama anak sendiri.


Pada pandangan mata aku sebagai manusia, walau apa pun situasi kita tidak bermakna perlu memperlakukan seorang manusia seperti itu. Binatang juga tahu sayangi anaknya. Inikan manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.  


Melihat kepada keadaan terkini adik itu, alhamdulillah. Dia berada dalam jagaan baik pihak hospital. Moga dia sentiasa dalam keadaan sihat & manusia yang memperlakukannya sebegitu dikenakan tindakan sewajarnya. Moga nasibnya terbela.


Yang benar,
Insan yang berhati tisu




GA Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui bakal berakhir

Nak mini popia FREE?
Nak dapatkan dengan cara mudah?


Lekaih join { sini }
Syarat mudah & senang untuk diikuti
Berbaki 2 hari sahaja lagi sebelum tamat


Cepat join sebelum terlambat
=___=



Saturday, June 21, 2014

Majlis perkahwinan sepupu, Azim & isteri



Alhamdulillah seorang lagi sepupu aku selamat mendirikan masjid bersama pilihan hatinya. Majlis pernikahan berjalan lancar pada 7 Jun 2014. Kenduri sebelah perempuan aku dan keluarga sempat hadirkan diri. Meriah majlisnya.


Gambar di atas, untuk majlis sebelah lelaki. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik & sempurna. Buat sepupu daku, Azim, moga kalian bahagia hingga jannah. Moga rumah tangga yang dibina diredhai & sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH.


Sepupu aku tua setahun dari aku. Jadi, antara umur tua di kalangan sepupu bujang yang ada buat masa ini ialah aku. Maka aku menjadi "mangsa" soalan famous, muehehehehe. Takpe, teman dah biasa. Ada jodoh tak kemana. Ye dak?



Friday, June 20, 2014

UKE : Kalau Dah Jodoh



Salah satu ceramah yang aku suka dengar
Sanggup tengok berkali-kali ulangan


Bukan sekadar ilmu yang dicari
tapi 
UKE mampu mencuit hati 
dengan cara penyampaiannya tersendiri


Korang suka ceramah UKE tak?



Produk apa yang digunakan untuk hilangkan masalah selulit?

Ada tak dikalangan anda yang menghadapi masalah selulit? Aku pun tak reti nak bagi gambaran macam mana selulit tu tapi point utama aku nak tanya, produk apa yang digunakan berkesan untuk atasi masalah selulit.


Gambar hasil Google


Ada yang pernah ku baca, produk di atas sesuai digunakan. Eh, ada tak di kalangan korang guna atau boleh suggest produk apa yang sesuai atau nampak hasilnya? Meh kongsi-kongsi pengalaman.


Selulit siapa yang nak diatasi? Saja aku tanya. Mana tahu nanti terjadi senang boleh refer. Ye dak?


Nak dapat mini popia percuma?
Cepat join GA Mini Popia Ikan Bilis
Rujuk pin post



Thursday, June 19, 2014

Perempuan & masak



Aku golongan tak pandai masak
Rajin masak pun tidak
Sedang-sedang ajeeee
=___=


Nak dapat mini popia percuma?
Cepat join GA Mini Popia Ikan Bilis
Rujuk pin post



Kronologi penghantaran menggunakan poslaju

Ingat lagi hari itu aku kongsikan mengenai nombor rujukan yang tidak ada dalam sistem web poslaju? Mohon rujuk { entry }. Alhamdulillah barang selamat sampai walau nombor rujukan tidak boleh di semak. Sampailah keesokan hari bila check baru nampak status sebenar. 






Boleh nampak rentetan atau kronologi bagaimana poslaju digunakan? Oh ya, pelanggan boleh semak dengan cara mudah. Kalau keluar detail seperti di atas, inshaaALLAH item akan selamat berada dalam tangan penerima.


Kalau tak terima, kena cepat-cepat inform seller untuk tindakan selanjutnya.



IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini

InshaaALLAH sedap!


Tuesday, June 17, 2014

GA Mini Nurul Yui akan berlangsung bermula esok [seminggu sahaja]

Ni nak habaq kat hangpa
Esok akan che' lancarkan GA Mini


La ni nak habaq kat hangpa
Jemput join naaa
Jangan segan silu apa


Mudah ja
Hadiah yang buat hangpa kenyang
Ekekekeke!


Seminggu je naaa
Takdak lebih
Takdak kurang


Nantikan esok



Alhamdulillah 6 tahun sudah

17 Jun 2014 = 6 tahun kami berkawan


Kalau dulu, setiap bulan terasa nak update tarikh istimewa. Tapi sekarang cukuplah untuk tahunan sahaja. Nampak macam over pula sebab baru "berkawan" bukan ada tali perikatan yang sah. Jadi batas itu masih ada.


Bila difikirkan, terasa cepat masa berlalu. Teringat zaman awal perkenalan. Teringat macam mana boleh hingga tahap ini. Walau dalam tempoh perkenalan, pahit manis itu tetap ada. Apa yang penting kena pandai handle untuk atasi setiap yang terjadi.


Alhamdulillah. Apa yang aku harapkan moga hubungan kami akan menuju ke fasa yang seterusnya. InshaaALLAH. Jika jodoh itu ada, pasti ALLAH mengizinkannya.


Doakan kami sebaiknya. Aamiin.


* Sebenarnya teragak-agak nak post atau tidak entry ini. Bacalah dengan nada bersahaja.



Resepi bergambar cara buat oat choco



Mudahkan?
Jimat pun jimat
Terjamin pun inshaaALLAH


Selamat mencuba



Monday, June 16, 2014

Bercuti

Hari ini aku EL
Maaf sebab tak sediakan entry 
untuk 2 hari lepas


InshaaALLAH esok kembali
Kerja seperti biasa

Friday, June 13, 2014

RESEPI : Telur Tuna Gulung

Semalam mood rajin datang lagi. Bukan apa, bahan dah ada apa salahnya gunakan sebelum terpaksa masuk dalam cikpah ( tong sampah ). Resepi mudah dan menyenangkan. Paling utama mengenyangkan.




Bahan-bahan ( 1 orang )

1) 2 biji telur
2) Garam secukup rasa
3) Sedikit cheese
4) Salad
5) Tuna
6) Mayonis
7) Sos cili
8) Baby tomato 3 biji


Cara-cara

1) Kacau telur & garam hingga sebati
2) Masukkan dalam pemanggang ajaib ( lebih cantik strukturnya )
3) Taburkan cheese & tunggu hingga telur masak
4) Gaulkan tuna dengan mayonis
5) Letak salad, campuran tuna mayonis, tomato & sos cili
6) Gulungkan dan potong ikut saiz yang anda suka

* Boleh gantikan tuna dengan bahan lain. Boleh buat daging burger, ayam, udang, ketam & apa saja menu kesukaan anda. Boleh masukkan timun atau lebihkan sayur hijau yang lain.


Menu simplekan? Itu yang aku suka buat. Menu ini sesuai untuk mereka yang berdiet atkins. Aku sekarang dalam fasa 2, jadi boleh masukkan tomato. Yang berinduction boleh abaikan dahulu sekejap.


Aku suka buat menu macam ini. Motif? Nak bagi makan sayur hijau banyak-banyak. Sumbat dalam itu tak sedar ngap banyak. Hahaha.


Lepas ini nak cuba menu simple apa pula ya? Ada cadangan?


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!


Perancangan tidak menjadi

Kadang,dah siap rancang nak update cerita itu ini tup tup lupa. Terus tak terupdate. Terus ditinggalkan macam itu saja.


Kadang, berjanji nak berkongsi tapi terlupa. Bila dah lama berlalu baru teringat. Itu yang boleh timbul entry terperam.


Kadang, timbul entry berulang walau olahan berbeza tapi point tetap sama. Macam dah kering idea. Macam dah ketandusan kata-kata.


Kadang, terasa bosan. Terasa kosong. Terasa malas. Terasa nak tinggalkan segalanya yang biasa dibuat. Tapi berfikir semula. Apakah relevan berbuat sedemikian?


Itulah. Merancang tapi tak semestinya berjalan lancar. Kadang kita rancang sebaik mungkin tapi kalau ALLAH dah tak izinkan, kita tak dapat menolak. Kena terima seadanya.


Inilah namanya perancangan tidak menjadi.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!

Thursday, June 12, 2014

Apa yang saya nak beli di Lazada?




"Dengan adanya Voucher Diskaun daripada LAZADA, bolehlah saya beli Digital Glass Body Fat Scale ni!! Korang pun boleh dapatkan Voucher Diskaun tersebut, cuma klik blog Lynn Damya untuk sertai. Terima kasih :D"


Harap sangat dapat voucher bolehlah
jimat sikit nak beli penimbang digital
Nak letak di opis pula
Ekekekeke!


Cepat join sebelum 15 Jun 2014




ST 18 [2014] - Kerja keras

Saya kerja keras kerana saya sedar
saya bukan anak orang kaya


Saya kerja keras kerana saya sedar
saya perlukan untuk tabungan saya


Saya kerja keras kerana saya sedar
saya taknak menyusahkan orang


Saya kerja keras kerana saya sedar
saya nak bersederhana untuk kebaikan bersama


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!


Wednesday, June 11, 2014

Nombor rujukan tiada dalam sistem poslaju

Kalau anda adalah seorang penjual atau pembeli online, pastinya dah biasa dengan nombor rujukan terutama melibatkan poslaju. Bila kita beli barang sudah tentu penjual akan bagi nombor rujukan agar kita boleh semak di laman web poslaju.



Ini contoh dariku sendiri. Seller bagitahu dah pos hari Isnin tapi Selasa masih belum sampai. Dari Terengganu ke Perak. Apa yang membuatkan "tidak sedap" ialah bila semak nombor rujukan, tiada dalam sistem. 


Ada beberapa kemungkinan kenapa nombor rujukan tidak dapat dijejak :

1) Seller bagitahu terlebih dahulu sebelum pos item
2) Seller masih tidak pos mengikut perjanjian
3) Sistem down


Aku sebagai seorang penjual juga dah biasa dengan masalah macam ini. Bukan apa, kadang-kadang kita dah buat kerja elok tapi ada pula pihak lain buat masalah. Paling utama pos hari ini esok dijamin sampai tidak boleh digunapakai sangat sekarang. Maaf sebab ini memang kenyataan.


Jadi, aku memang bajet dalam 2 hari baru sampai ( ikut kawasan ). 


Apa pun, kita sebagai penjual & pembeli kena ada sifat sabar. Andai melibatkan poslaju, tolong bajet dalam 2 hari akan sampai. Kalau sampai awal itu kira terbaik! Kalau lebih 3 hari tidak sampai, kena terus berhubung dengan seller & pihak poslaju.


Takut berlaku keadaan yang tidak diduga. Itu semua kita tak jangka.


Kadang-kadang guna setem lagi cepat tau. Muahaha!


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!




WW 17 [2014] - Pencuri ikan bilis yang comel


Inilah Nenek Eton
Mak kepada Jep


Update :
Eh! Ini bukan ikan bilis untuk mini popia tau
No no nooooo!!
Ini memang ikan bilis baki-baki untuk kucing
Beli di Lumut




Tuesday, June 10, 2014

Kesan selepas menggunakan sekotak Ephyra

Sedar tak sedar dah habis sekotak Ephyra. Bermakna dah habis juga cabaran 30 hari untuk bersama Ephyra. Jujur ada hari yang aku terskip tidak sengaja terutama ketika sakit. Kiranya hari dah terlajak sahaja tapi masih guna 30 sachet.


Oklah terus tuju kepada point utama iaitu aku nak share antara kesan yang aku alami sendiri setelah minum Ephyra.


1) Proses pembuangan berjalan lancar

Sejak aku minum Ephyra, aku jarang ambil sayur. Saja nak test pada diri sendiri. Selalu kalau sehari aku tak membuang, aku confirm akan minum green tea atau clenx tea. Tapi sejak minum Ephyra aku tak ambil teh tu semua. Lancar je setiap pagi, Hahaha.


2) Ruang pori pada wajah berkurangan

Faham tak apa aku maksudkan? Kulit aku sebelum pakai liquid foundation akan nampak lubang/pori yang jelas. Tapi selepas guna Ephyra, alhamdulillah mengecut. Itu aku sendiri rasa. Jangan pula kalau tak minum nanti terbuka luas balik. Muahaha.


3) Menyegarkan biji mata

Pernah satu malam itu, aku mengantuk awal seawal jam 11 malam dah menguap. Lepas itu aku minum Ephyra, tak lama mata pun jadi segar. Macam pelik awalnya tapi itu hakikat sebenar. Terus boleh buat kerja lain.


So far, 3 kesan di atas yang ketara pada diri ini. Bab lain mungkin tidak sesuai untuk aku. Sekarang satu kotak dah habis & malangnya aku tak continue untuk kotak kedua. Tunggu offer satu kotak RM 150 nantilah pula.


Ekekekeke. Boleh? Bulan ini & bulan depan adalah bulan memerlukan lebih duit dari biasa. Jadi kena berkorban dulu mana yang tak perlu.


Oh ya, penerangan di atas TIDAK BERBAYAR. Ikhlas dari diri sendiri sebagai pengguna kali pertama Ephyra.


Kalau sempat nanti aku upload gambar perubahan pada diri aku.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!

Vitamin C dan udang boleh bawa maut hanyalah mengarut

Korang pernah terbaca katanya kalau makan vitamin c, jangan pula makan sekali udang. Katanya membawa maut. Lepas itu di FB nampak ada share gambar perempuan yang darahnya mengalir dari hidung dengan banyak. Konon kesan pengambilan dua benda ini.


Mohon anda baca sendiri blog seorang doktor { entry }.


Rupanya bila aku baca blog doktor di atas, baru tahu hakikat sebenar. Kalau tidak selama ini aku duk follow la apa yang di share di FB tanpa usul periksa. Mohon korang baca penerangan doktor di entry tersebut. Baru boleh faham.


Sebab itu yang suka share sebarangan tu belum pasti SAHIH. Banyak sangat penyebaran palsu sekarang. Lepas itu menakutkan orang. Lepas itu yang tak berapa nak selidik pun mengikut sahaja. Macam akulah! Tipah tertipu selama ini.


Punyalah aku makan vitamin c dan hari yang sama taknak makan udang. 


Ceh! Diklentong selama ini.


Monday, June 09, 2014

RESEPI : Egg Muffin Tuna

Kali ini kita buat egg muffin tuna. Eceh! Nama nak kerrrlaassss je jah oi. Tak kisahlah asalkan dilidahku rasanya sedap & mengenyangkan. Itu yang pentingkan?



Bahan-bahan ( dapat 6 ketul )

1) 3 biji telur
2) Sedikit garam
3) Sedikit serbuk lada
4) Sedikit tuna
5) Sedikit lada benggala/cili merah
6) Sedikit bawang 
7) 2 keping cheese


Cara-cara

1) Pukul telur & garam hingga sebati
2) Masukkan serbuk lada
3) Tumis bawang, lada, cili & tuna sekejap
4) Masukkan telur sedikit dalam bekas
5) Masukkan bahan tumis
6) Letakkan kepingan cheese ( ikut citarasa )
7) Bakar lebih kurang 15 minit dalam oven


Mudahkan? Korang boleh gantikan letak udang, daun sup, sayuran hijau lain & pelbagai bahan lain ikut tekak masing-masing. Bagi yang diet atkins, ambil bahan yang dibenarkan sahaja. 6 ketul egg muffin tuna ini aku makan 2 kali.


Rasanya ini sahaja menu-menu yang dapat aku sharekan sebab lepas ini mood aku kena siapkan 6 biji bantal perhiasan felt craft. Maka mood masak nan hado ok. Kih kih kih.



Jep yang manja



Ini namanya Jep. Anak kepada Nenek Eton. Seekor yang sangat lembut & manja perilakunya. Tak seperti kucing jantan yang lain.


Bila panggil Jep, dia akan menjawab samada dengan bunyi atau aksi. Kalau lepas dia dalam rumah, dia akan menyendeng kat tepi orang. Konon nak suruh orang urut-urut dia.


Aihh! Memang jantan manjalah si Jep ini.


Mula-mula dulu nak namakan Mamat tapi dia tak pandang. Tapi panggil Jep laju dia menyahut. Kira dia suka Jep la. Miahahahaha!


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Nak tempah mini popia ikan bilis?
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!



Saturday, June 07, 2014

Kawan selamanya



Kawan
Seboleh-bolehnya kawan baik kawan gaduh
Kawan duka kawan gembira
Harap ia kekal sampai bila-bila


Biar kawan beribu
Biar banyak ragam
Biar banyak cerita


Kawan
Tidak mengenal asal
Tidak mengenal usia
Tidak mengenal darjat


Moga kita kawan sampai bila-bila
Boleh?



Friday, June 06, 2014

RESEPI : Siakap Rebus Halia

Kukus grill panggang kukus grill panggang. Ingat tak iklan ini? Haha. Tapi untuk menu kali ini kita guna cara rebus. Campak-campak lepas itu tunggu masak. Senang bangat!




Bahan-bahan 

1) 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
2) Air ( ikut suka banyak mana )
3) Sedikit cili merah
4) Sedikit bunga kobis
5) Sedikit lada benggala
6) Garam secukup rasa
7) Sedikit tomato
8) Sedikit sos tiram ( sebagai perasa ) - untuk induction elakkan
9) Sedikit halia

* Boleh juga gantikan dengan ikan lain/ayam/udang


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan & tunggu hingga masak. 

* Boleh tambah bahan lain. Ikut selera masing-masing


Makanan yang best sebab tanpa sebarang minyak. Sekali sekala makan benda macam ini, hirup kuah yang sangat menyelerakan. Resepi mudah ini perlu cuba terutama untuk golongan bujang macam aku yang tak berapa pandai masak. Muahahahaha!


Selamat mencuba.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!

Ditegur pipi surut

Untuk pengetahuan semua, kerja rasmi aku memang mengadap customer. Termasuklah kerja partime aku business Nurul Yui Collection. Dari rasmi sampai partime customer customer customer


Pagi semalam, ada customer lelaki tegur aku bila urusannya hampir selesai.


"Diet ea? Pipi surut"


Aku tercengang sekejap. Tiba-tiba dia tanya macam itu. Aku senyum sahaja.


"Dulu tengok pipi bulat" Sambil dia senyum.


Uih! Terus aku fikir dia boleh ingat rupa aku. Muahahaha! Tapi tak nafikan pipi aku memang surut walau sikit. Itulah penangan Diet Atkins. Walau tak follow 100% tapi hasil tetap ada. Alhamdulillah.


Sampai si Shapit suruh aku udah udahlah diet. Hilang dah pipi tembam yang lama. Padahal memang aku takde nak diet mana sekarang. Cuma kawal itu tetap ada =)


Kepada yang nak mencuba diet atkins, good luck! Diet diet juga tapi kesihatan kena jaga juga ya.


Kalau diri dah pernah tembam, lepas itu surut, tak mustahil tembam itu akan datang balik kalau tidak beringat. Ekekekeke.


IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!



Thursday, June 05, 2014

RESEPI : Cheese Cake Mudah Atkins

Mengidam nak makan cheesecake leleh tapi tak boleh ketika berdiet atkins? Takpe, kita buat cake mudah dengan bahan yang cukup ringkas. Kira lepas gian sudahhh ya.




Bahan-bahan ( dapat 3 bekas bulat )

1) 250 gram cream cheese
2) 1 kotak kecil whipping cream
3) Sedikit stevia ( ikut kemanisan )
4) 100 ml air
5) Sedikit agar-agar

* Boleh juga perah sedikit lemon

PERHATIAN :
Kalau taknak letak agar-agar pun tiada masalah
Cuma tidak sekental & mudah lembut hasilnya
tanpa agar-agar


Cara-cara

1) Putar cream cheese & whipping cream hingga kental/sebati
2) Masukkan stevia ikut kemanisan yang dikehendaki & ketepikan
3) Panaskan air & masukkan agar-agar. Kacau hingga agar-agar cair.
4) Apabila agar-agar cair, satukan dengan adunan tadi. Kacau hingga sebati.
5) Masukkan dalam bekas
6) Boleh layerkan dengan jem 0 sugar, 0 fat ( ikut suka hati korang )

* Kalau yang dah lepas induction, boleh masukkan strawberry, raspberry, kekacang untuk hiasan. Ikut kadar yang dibenarkan.


Menu ini untuk orang diet atkins. Kalau biasa, bolehlah masukkan kek span. Kemudian hiaskan dengan cream cheese. Rasa macam agar-agar cheese versi makan topping kat secret recipe punya cake. Nyummmmy!


Siapa penggemar cheese macam aku memang sesuailah menu ini.


Contoh jem 0 sugar
[entry]




Hadiah dari blogger



Rezeki ini sudah ku dapat seminggu atau 2 minggu yang lalu. Baru sekarang teringat ada ambil gambar di hp. Maka laju jari jemari menaip sebagai tanda penghargaan kepada ketiga-tiga blogger.



Aku dapat 3 tasbih. Sempena join satu GA ringkas di blog beliau. Untuk pengetahuan anda, ayu juga penjual tasbih. DIY juga ada. Kalau nak buat doorgift boleh belek fb page  Ayu Zan Gallery. InshaaALLAH harga memang berbaloi dengan hasilnya.



Dapat button badge & bookmark. Sempena menjadi jejari tegar di blog beliau. Shida juga ada menyediakan service edit blog, businees card & macam-macam lagi. Boleh berkunjung ke blog beliau untuk info lanjut.


3) Indah Itu Kamu

Dapat topup RM 10 dari blogger Sis Azie. Dapat topup sempena teka harga harum manis. Ada 2 orang kalau tak salah aritu teka tepat & hampir sama. Aku kategori hampir sama tapi sis Azie bermurah hati nak topupkan juga. Terima kasih kak.


Alhamdulillah. Rezeki berblog. Sambil tambah kawan, sambil bersuka ria bersama para blogger. Moga semakin murah rezeki kalian. Aamiin.


Terima kasih semua.







Wednesday, June 04, 2014

Apa itu stevia?

Sejak aku amalkan diet atkins, barulah terhegeh nak tahu apa benda stevia. Kalau dulu takde nak ambil kisah sangat. Jadi, sekarang aku share di blog untuk rujukan kita bersama apa itu stevia.


Secara ringkas stevia ini sebagai pengganti gula pasir yang biasa kita gunakan dalam harian kita. Di Malaysia tak ramai yang amalkan atau mencuba stevia. Walaupun harganya agak mahal tapi kebaikannya menjadi point terpenting kenapa stevia menjadi pilihan.


Info lanjut mengenai Stevia


Rasa stevia? Manis seperti gula Kelebihannya ialah tidak mengandungi kalori, karbohidrat, lemak serta toksid. Stevia di pasaran ada dua jenis yang biasa boleh kita lihat. 


1) Serbuk
2) Cecair







Aku sendiri pernah beli stevia jenis serbuk. Serious memang manis walau sedikit sahaja kita picit. Satu botol kecil RM 25 ( beli keluaran IKS ) tapi mampu tahan lama sebab penggunaannya hanya sedikit sahaja.


Mana nak dapatkan stevia?
Boleh order secara online. Jualan IKS pun ada. Guardian, Watson & farmasi. Anda hanya perlu tanya " stevia ada jual tak?" Huhu.


Apa salahnya mencuba kalau tak pernah guna stevia. Sekurangnya ada inisiatif nak jaga kesihatan jugakan? Mencegah itu lebih baik. Walau apa pun, perancangan ALLAH itu sudah tertulis.


* Gambar stevia digoogle. Gambar bertujuan sebagai contoh stevia yang boleh digunakan dan tiada kaitan untuk penjualan. Terima kasih.


Update :
Stevia bukan gula tiruan tapi pengganti kepada gula pasir
yang jauh lebih selamat
Contoh gula tiruan seperti equal & sewaktu dengannya