tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, October 09, 2018

TRAGEDI OKTOBER : Duit bagi tapi tak cukup!

Assalamualaikum. Fuhhh, lama tak menulis di sini. Hampir lupa password blog. Nasiblah hentam tadi mau. Hehehe. Terasa nak menulis disini sebagai peringatan dan kenangan pahit untuk diri sendiri.


Tragedi Oktober 2018. Tragedi 1hb. Kejadian kali pertama berlaku setelah 8 tahun berkhidmat di tempat kerja.


End of day,
Akan close account dan paling terkejut bila short duit sebanyak RM 500! Lima ratus tu bukan amaun yang sikit dan memang sangat tak logik! Lebih 10x belek balik note yang ada di tangan. Kira punya kira MEMANG SAH tak cukup.


Pelik,
Yui tak menangis. Tak terfikir apa. Nak taknak kena ganti juga sebab nak close. Half gaji tu. ALLAH, dugaan.


Keesokan hari,
cuba view cctv. Dalam ramai customer, ada seorang sahaja mencurigakan. Dia beri pada yui amaun hampir 1.5k dengan duit campuran note RM 10, RM 20, RM 50 dan RM 100. Bila tengok cctv, dia susun "cukup' amaun itu (berdasarkan gerakan dia kira) dan dia letak atas meja.


Jenis Yui,
bila customer beri duit, yui akan kira berkali-kali.
Susun note bagi sama-double kira setiap note berbeza-tulis amaun terus atas slip


Apa yang pelik,
note yang Yui terima tak sama dengan bilangan gerakan tangan yui. Walhal amaun note yui tulis belakang slip cukup sama dengan total yang perlu dia bayar. Bila kira memang ngam dengan amaun Yui short.


Korang rasa sebab apa?
Mistik tapi realiti terjadi. Terus terfikir adakah aku dipukau? Tanpa sedar. Depan kita semua nampak cukup. Akhirnya baru sedar. Hmmmm, entahlah. Nak cakap lebih pun macam tak boleh. Dah call orang tu tapi jawapan pun teragak-agak. Agaknya if jadi kes polis, boleh selesai isu macam ni? Isu mistik. Isu ilmu lain.


Kalau tengok balik cctv,
nampak sedikit pelik caranya pegang setiap note yang dia letak atas meja. Dia juga terkup kepalanya dan menunduk. Waktu tu yui tiada depan kaunter sebab ambil resit.


Apa pun ini semua jadi pengajaran,
adik terus cakap "itulah hang taknak pakai spender terbalik" Huhuuu. Nampak buruk je apa dia sebut kan? Tapi itulah salah satu cara untuk elak kita dipukau. Selain itu, orang tua pernah pesan supaya bela ikan puyu.


Memang bagi pengalaman hebat untuk yui. Supaya lebih beringat dan berhati-hati. Kes macam ni, sendiri kena ganti. Itulah yang ralat. Bukan senang bekerja dengan berpegang duit. Amanah!


Semoga sama-sama kita dilindungi dari perkara tidak baik.


Yui simpan secara peribadi rekod cctv itu.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^