tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, August 21, 2018

KEJUTAN ISTIMEWA BUAT TERSAYANG DENGAN FLOWER CHIMP

"Ucapkan dengan bunga!"

Uols kalau nak cipta dan wujudkan kenangan manis terutama dengan insan-insan tersayang, BUNGA adalah pilihan terbaik. Paling menarik bila anda boleh buat pesanan penghantaran dihujung jari sahaja. Itulah yang ditawarkan oleh FLOWER CHIMP. Menarik bukan?



Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM 89 serta menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih dari 80 daerah di dalam Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak. Maka tidak hairanlah Flower Chimp menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 petang.


"Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan 5 kali ganda berbanding tahun lepas" kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.



Flower Chimp juga berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik.




Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. "Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019" tambah Lotz.




Lotz dan rakan kongsi /Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang turut mendalami sendiri peniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina.



Kata Frassa "Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin , dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina". 










Mudah sungguh dengan adanya perkhidmatan seperti Flower Chimp. Uols hanya pilih mana yang berkenan dan buat pesanan. Urusan lain akan diuruskan mereka. Jadi, dah tiada alasan untuk buat kejutan pada tersayang.













Uols kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Flower Chimp :



Flower Chimp di Malaysia
Laman Web
Facebook 
Instagram
@flowerchimp


Flower Chimp di Indonesia
Laman Web
Facebook 
Instagram
@flowerchimp.id


Flower Chimp di Filipina
Laman Web
Facebook 
Instagram
@flowerchimp.ph













guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 08, 2018

Makan Best : Restoran Nasi Arab Hadramout Paradise, Ipoh

Selalu makan western aje kan, sesekali tukar selera pula. 4 Julai 2018 lepas Yui berkesempatan makan di Restoran Nasi Arab Hadramout Paradise area Kinta River Front. Jenuh juga google cari restoran nasi arab yang best area Ipoh selain di Meru (dah pernah pergi).


First,
Maaf sangat Yui tak ingat nama menu. Sebab masing-masing teruja nak makan. Awas ya, bagi yang tak makan banyak, toksah gatal-gatal nak order berlebihan sebab sedia maklum tahu, kuantiti mereka letak MEMANG BANYAK!


Yang penting kami pilih ayam dan dah tentu kambing, pebret si dia 👨





Ini pisang + yoghurt + madu
( Yui tak berapa kenan menu ni sebab sebenarnya order menu lain tapi dah habis)





Ni muka sambil tunggu makanan, sambil ambil order
Yelah duit nak keluar, kena juga cari duit masuk
Ekekekeke

4 hidangan menu + 2 air = RM 70+


Pendapat peribadi :
Kebersihan 5/5

Rasa 4/5
Akan datang lagi


(lama tak update page ni, heeee)


Restoran ni bersebelahan dengan Hotel Kinta River Front, Ipoh




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 07, 2018

Makan Best : Mr. Dakgalbi, Station 18 Ipoh

Dah berbulan Mr Dakgalbi ni buka di St 18, Ipoh tapi Yui banyak kali tak berpeluang masuk. Yelahhh, benda baru buka memang confirm jadi viral. Sampai kena beratur kat luar tunggu turn, memang taklah cara Yui =)


Jadi bila suasana dah reda, baru kita cuba okay. Kebetulan rakan opis pun nak makan, elok sangatlah tu. Kami makan waktu rehat Jumaat. Ngam la dengan time yang ada.


Lokasi terletak dalam Aeon St 18, Ipoh berdekatan Padini. Senang je cari.




Jenis cermin di mana orang luar boleh tengok macam mana korang makan, macam mana pekerja layan customer dan gaul apa patut untuk menu terbabit. Kira buat tarikan kepada orang lain nak masuk. Bagus marketing begini.




Yang cheese tu memang menambat hati sungguh bila tengok. Rasa kecur air liur. Sedap jeeee walaupun baru tengok gambar. Heeeeeee.


Kami berdua sepakat pilih menu UTAMA mereka iaitu Cheese Ring Dakgalbi  RM 72 & Ice Lemon Tea x 2 RM 8. Katanya boleh makan untuk 2 orang tapi bagi Yui sebenarnya 4 orang pun boleh makan oiii. Banyak sangat. 



Konsep mereka. mereka ada serve kita untuk gaul semua yang ada atas tu. Bila dah selesai baru dibiarkan untuk kita nikmati setiap menu yang ada. Rasa macam "raja" kejap dilayan sebegitu. Eceeehhhh.




Keliling tu adalah CHEESE 
Walaweeeehhh!




Oh ya, uols kalau taknak order air pun takpe sebab setiap meja akan disediakan air sejuk. Plain water gituu. Takpayahlah minum manis kannn?? 


Pendapat peribadi :
Kebersihan 5/5
Rasa 4/5
Akan datang lagi


Dan sangat berpotensi untuk repeat lagi, nak rasa menu lain. Hehehe.




Wajah-wajah awek korea
kahkahkah!



Fb Page : Mr.Dakgalbi

Mr Dakgalbi ( Ipoh Aeon Station 18)
Lot G-61 Grd Floor Ipoh Station 18
No 2 Susuran Stesen 18
31650 Station 18 Ipoh




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^