tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, October 31, 2014

Pengakhiran cerita selamat pengantin madu

Nak kata aku follow setiap minggu tidaklah juga. Ikut mood kalau nak tengok. Tapi sejak dua tiga minggu aku duk tengok cerita selamat pengantin madu di tv 3. Mula tengok menyampah tapi bila fikir memang ada yang terjadi di alam realiti.


Malam tadi adalah episod terakhir dan pastinya aku nak tengok apa pengakhirannya. Bermadu selamanya atau habis madu sepah dibuang? Akhirnya isteri kedua diceraikan dan kembalilah kepada isteri pertama. 


Moral yang aku nak simpulkan


1) Lelaki, walau anda ada hak untuk berkahwin hingga 4 tapi tolong fikir kemampuan diri itu terlebih dahulu. Jangan sekadar mudah jatuh cinta tapi tanggungjawab entah kemana.

2) Perempuan, andai rasa diri tak mampu untuk berkongsi kasih sayang, jangan di cari lelaki yang masih beristeri. Andai tak mampu nak bendung rasa cemburu, elakkan sebaiknya. 

3) Anak, anda mungkin hanya mangsa keadaan andai ibu dan bapa tidak bersepakat. Maka bersabarlah dalam dugaan yang dihadapi.


Serious, awal-awal aku tengok dulu memang meluat sungguh terutama dengan perangai gedik bini kedua. Siap cakap takkan hormat bini tua. Apa hal? Dan pengakhiran semalam memang sesuai sangatlah. Bagi pengajaran.


Eh emo pula aku cerita bab ini! Hahahaha. Apa pun, kalau berbini lebih satu dan pandai handle takpelah. Tak semua bini kedua itu jahat. 


Contohi poligami Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman. Ambil yang baik. Isteri-isterinya bersama terbitkan satu buku. Bahagianya mereka. Cemburu daku tengok.


Sekian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Selamat ulangtahun ke 51 mak

Birthday girl ketiga untuk keluarga kami, bonda tercinta yang sangat kami sayangi, Puan Saayah Bt. Asri. Alhamdulillah 31/10/2014 genap usia mak 51 tahun.


Buat mak yang kami kasihi & cintai,
Semoga mak sentiasa sihat & kuat
Semoga urusan mak dipermudahkan
Semoga mak sentiasa bahagia di samping kami semua
Semoga ALLAH sentiasa melindungi mak dimana jua mak berada


Mak,
Orang tahu orang bukanlah anak yang sempurna 
Tapi orang cuba menjadi yang sempurna di pandangan mata mak
Orang tahu orang nakal & kadangkala degil
Tapi orang berubah untuk kebaikan semua
Doakan kami anak-anakmu


------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau tanya mak apa hadiah dia nak dariku, pastinya dia akan jawab "nak cucu" dengan muka tersenyum. Faham sahaja apa maknanya. Maaf mak, orang tahu niat baik mak tapi apakan daya jodoh orang belum ada. Orang menunggu benda tak pasti, doakan orang ya mak =)

Selamat hari lahir mak tersayang!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 30, 2014

Sample produk Mary Kay dari The Touchez

Pernah dengar Mary Kay? Aku pernah dengar tapi tak pernah mencuba. Ramai yang guna rupanya termasuk junior aku sendiri & dia pun dah jadi wakil Mary Kay juga. 


Hari itu ternampak post dari The Touchez yang offer sample percuma. Aku apa lagi, desuuupp komen nak cuba. Alhamdulillah sample dah selamat sampai cuma belum selamat cuba. Sayang benor rasanya!




Aku tak sabar nak cuba lipstik. Bak kata adik perempuan aku, produk Mary Kay bagus. Kawan-kawan dia ramai guna. Dari segi harga memang nampak mahal tapi kalau KUALITI BAGUS apa salahnya. Produk pun tahan lama.


Jadi, cik Aze Rahamat a.k.a owner The Touchez, Yui akan review produk-produk ini. Tunggu tau review tulus ikhlas dari Yui.


Kalau korang nak cuba sendiri produk Mary Kay, jangan segan silu "selak" FB Page yang dinyatakan seperti di bawah.


Owner : Aze Rahamat
FB page : The Touchez




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Hadiah ulangtahun ke 26

Tak sangka dah "remaja purba" masih terima hadiah birthday. Kalau time kecil dulu, aktiviti wajib tukar hadiah terutama dengan kawan-kawan rapat. Walau hadiah murah tapi terasa menghargai & dihargai.




Perjumpaan lepas [entry], bos besar hadiahkan aku ini. Terharu mak nok sebab dapat beg duit. Dia tahu beg duit aku rosak maka digantikan yang baru sebagai hadiah. Warna soft yellow. Mak pun puji pandai dia pilih warna. Mehmehmeh.


Dapat kad & sepasang t-shirt lengan panjang. 


Beg dah rasmi, t-shirt masih dalam packing. Tunggu pakai masa yang sesuai. Terima kasih bos besar untuk hadiah ini. Sangat daku hargai.


Cerita bos besar hanya ku paparkan untuk tertentu sahaja. Perlu ku kurangkan kerana dia masih belum halal untuk aku. Jadi jangan pelik kalau jarang nampak kisah dia & aku dalam blog selepas ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 29, 2014

Kerana teknologi kini

Kerana teknologi kini
Hubungan yang mesra menjadi hambar
Hubungan yang jauh menjadi rapat
Hubungan yang terputus kini disambung


Kerana teknologi kini
Ada yang mengabaikan perkara wajib
Mementingkan perkara tak perlu
Melalaikan diri sendiri


Kerana teknologi kini
Perniagaan bertambah maju
Rezeki sentiasa ada
Pelanggan semakin bertambah


Macam-macam sebab
Baik atau buruk
PENGGUNA sendiri yang tentukan


Maka JANGAN SALAH GUNAKAN teknologi yang ada
Ingat!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cover botol susu comel [hello kitty,duck&turtle]



Zaman sekarang barang bayi/budak semua comel belaka
Sampai sarung botol pun nak molek-molek
Antara stok laris buat masa ini




RM 36 SM RM 40 SS
Termasuk postage


Belian 15 pcs ke atas
Harga lebih jimat


roduct features:
classic milk bottle cosy
material: flannelette. great material which is soft and warm
length approx 24cm. fits various bottle sizes
cute animal shaped make your baby loves milk
transparent design in the animal belly
insulation design keeps milk warm
strap for easy carry



Untuk order boleh terus PM FB page
Nurul Yui Collection
atau
SMS 019-2331810




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 28, 2014

Bantal perhiasan felt craft love couple



Info lanjut
{ sini }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 27, 2014

Pertemuan keempat di tahun 2014 [birthday]

Cuti sempena deepavali lepas, alhamdulillah kami jumpa lagi secara rasmi untuk kali keempat. Tujuan utama untuk sambut birthday mungkin. Dia bulan September dan aku Oktober. Kira sekali harung.


Angsana Mall, Ipoh
Hujan sangat lebat petang itu. Memang ada tragedi terjadi. Payung rosak disaat diri memerlukan. Mehmehmeh. Gigih masuk beli payung dulu lepas itu baru parking kereta. Motif utama di sini nak beli hp baru, Asus Zenfone 6. Beli AP set sahaja.


InshaALLAH aku akan review pasal Asus Zenfone 6.


Jusco Kinta City, Ipoh
Sampai sahaja terus buat aktiviti wajib kami, MAKAN. Pilihan kami sebenarnya nak makan di Shabu-shabu tapi sebab buka pun lambat, kami pilih untuk kali kedua makan di Seoul Garden. Kali ini bos besar belanja. Puas hati makan!


Kemudian bos besar tawarkan untuk aku pilih kek di Secret Recipe { entry }. Sangat puas hati dapat kek diidamkan sampai sayang nak habiskan. Hahaha. 


Shopping sikit dalam Jusco. 


Dapat hadiah kad birthday, tshirt & beg duit. Terima kasih tau. 



Keseluruhannya sangat gembira. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Bila lagi nak jumpa? Hujung tahun mungkin.  Apa pun terima kasih untuk semua. Terima kasih awak.


Doakan moga jodoh kami cepat =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sibuk dengan urusan lelongan barang kemas

Bermula hari ini hingga rabu akan diadakan sesi lelongan barang kemas. Jadi macam biasa, aku mungkin akan sedikit sibuk dengan urusan kerja rasmi.


Buat anda yang singgah ke blog, inshaALLAH akan ku kunjung balas. Mungkin sedikit lewat sahaja. Kepada orang Ipoh, boleh datang jenguk. Mana tahu ada barang kemas yang anda berminat untuk bid lelong.


Banyak benda nak share. Kena perlahan-lahan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, October 26, 2014

Ulangtahun ke 21 adik, Nurul Farzana

26 Oktober 2014 genap usia satu-satunya adik perempuan aku merangkap bawah aku yang ke 21. Sekarang masih menuntut di UUM, Ada lagi 2 tahun untuk dapatkan ijazahnya.




Buat adik perempuanku,
Kakakmu ini mengucapkan selamat hari lahir. Moga dipermudahkan urusan, dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki. Patuh & taatlah kata-kata orang tua sesungguhnya itu adalah terbaik untukmu.


Kalau nak menikah dulu, dipersilakan. Tak perlu takut atau ragu untuk langkah bendul kakakmu. Tak kisah. Miahahahaha. Maklum sahaja "kawanmu" itu lebih berusia dariku. 


Apa pun selamat hari lahir adik. Hadiah boleh claim nanti.


Ikhlas dari kakakmu yang suka membebel,
Nurul Yui


Lepas ini birthday mak pula.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, October 25, 2014

Menuju ke UUM

InshaALLAH takde apa pagi ini akan bergerak ke UUM. Hantar adik perempuan. Cuti seminggu sahaja. 


Lepas pos barang, akan terus gerak ke UUM. 


Maka entry yang banyak yang nak dikongsikan di sini akan di post bermula hari Isnin. Macam-macam cerita tapi kena ambil masa & mood untuk memulakan semua.


Doakan semua baik-baik ya. Aamiin.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 24, 2014

Kek impian 2014 menjadi kenyataan

Masih ingat entry ini? Sungguh ku tak sangka impian ku menjadi nyata. Bos besar belikan untuk aku hari itu. Siap cakap suruh penuhkan dengan macam-macam tapi memandangkan ada flavour aku tak berapa suka, aku ambil mana aku minat.




Aku request nak tulis ayat, boleh pula orang itu kata tak boleh sebab kek tak sama tinggi. Padahal dia boleh tulis di ruang kosong. Dasar pemalas!


Apa pun terima kasih bos besar a.k.a MSHA untuk kek ini. Macam dia baca saja entry aku kat blog. Ku ingatkan dia tak kelebek blog aku. Miahahaha.


Bila kek ada banyak, sayang benor nak habiskan cepat. Boleh gitu?


Bos besar = InshaaALLAH bakal imam




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Demam, batuk & selsema



Walau badan kejap sejuk kejap, dengan batuk & selesema, budak atas ini boleh senyum & selfie lagi. Miahahahaha. OTW kenduri di Kedah semalam. Sebab itu aku AL.


Nanti ku kongsikan aktiviti cuti deepavali yang lalu. Happy sangat!


Mungkin juga akan review asus zenfone 6. Mungkinlah ikut mood cik blog.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 23, 2014

AL hari ini

Seperti diberitahu dalam entry semalam, hari ini aku perlu AL. Mak "paksa" aku ikut. Katanya nak kenalkan anak-anak daranya yang dah besar pada kawan-kawan lama. Motif? Jeng jeng jeng.


Aku layankan sahaja permintaan mak. Tak dengar cakap derhaka. Ekekekeke. Saja mak aku. Dia memang pandai buat lawak. Macam aku =)


Jadi kepada blogger yang singgah komen, nanti dah selesai urusan aku kunjung balas ya. Terima kasih semua.


Doakan perjalanan pergi & balik kami semua berjalan lancar. Aamiin.


Baki AL tinggal 3 hari hingga hujung tahun ini. Esok kerja seperti biasa. Sobsob.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 22, 2014

Cuti sempena Deepavali

Al-maklum semua dah tahu cuti deepavali sepatutnya pada 22/10/2014 bersamaan hari ini. Malangnya di kalendar tunjuk 23hb. Silap!


Sempena cuti hari ini, inshaaALLAH takde apa kejap lagi nak keluar. Nak ngedate sekejap. Esok pula aku ambil AL sebab nak pergi kenduri kahwin di Kedah. Kesian pengantin ingat esok cuti, dah di kad 23hb, teruskan juga majlisnya.


Selamat bercuti pada semua. Doakan aktiviti aku hari ini berjalan lancar. Aamiin.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 21, 2014

Terima kasih pada semua


Genap 26 tahun


Entry khas untuk para blogger pula. Terima kasih buat kalian yang sudi ucap dan doakan untuk daku. Sangat daku hargai. Moga ALLAH makbulkan segala doa-doa yang baik dari kalian. Aamiin.


Moga ALLAH permudahkan segala urusan. InshaaALLAH.


Esok cuti maka aktiviti berjalan-jalan akan dilancarkan. Jalan-jalan bersama. Hihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Anda pengguna smartphone Asus zenfone 4, 5 atau 6?

Lama dah aku cuba risik tentang zenfone asus tak kisah 4,5 atau 6. Tapi dari ketiga-tiga jenis aku lebih rasa nak pinang zenfone 6. Sebab lebih besar & kamera lebih cantik.




Ada tak antara kalian pengguna zenfone? Tak kisah 4,5 atau 6? Boleh story serba sedikit kelebihan atau kekurangannya. Aku ada baca review di internet tapi apa salahnya tanya pendapat rakan blogger pula kan?


Lagi satu yang buat aku tertarik adalah dari segi warnanya. Cun bangat. Mehmehmeh.




Niat di hati nak trade in samsung grand ini tapi rasa sayang pula. Entahla. Masih berfikir-fikir nak beli baru atau trade in atau perhati sahaja dulu.


Semakin banyak jenama smartphone baru yang tumbuh bagai cendawan. Brand tak dikenali tapi boleh tahan hebat juga setanding jenama yang ada. Tengok sahaja Oppo, sekejap sahaja dikenali. Harga boleh grab iphone juga.


Ada tak review ringkas korang tentang zenfone 4,5 atau 6?


Asus fonepad 7 pun nampak best. Pergh duit oh duit. Jangan membazir bukan-bukan.


Nak beli samsung grand duos aku? Letak RM 450 ada ka nak? Hahahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kek hari jadi dari adik

Gigih aku tengok adik perempuan aku buat kek 17 hb lepas. Aku sangka saja-saja dia buat memandangkan dia suka baking even tak berapa pandai macam kakaknya juga. Hahahaha.


Siap beli cream cheese, pewarna, tepung naik sendiri, hiasan bunga. Pergh! Gigih adik aku seorang ini. Sampai ada yang "bantat" atau dikenali tidak naik.




Percubaan pertama katanya. Oklah adikku, sedap juga. Kucing pun join sekali makan. Korang jangan pelik sebab ada antara kucing aku memang makan apa yang kami makan termasuk kuih muih. Selagi tak bagi selagi itu menyempit di tepi kita. Itu peel Muna.


Korang baca wish adik aku. 




Bukan main sedap dia cakap aku kuat bebel. Tapi betul pun dan aku membebel semuanya bersebab. Untuk kebaikan adik-adikku, darah dagingku.


Terima kasih Ana untuk kek ini. Lain kali buat lagi ok. Mehmeh.


Ini kek pertama. Ececeh ada kek keduakah? Tunggu dan lihat.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 20, 2014

RESEPI GAMBAR : Jeruk Epal Hijau / Mangga Asam Boi


Sumber : Resepi Ringkas


Aku dah kata kalau bahan sikit, mudah cari & senang nak buat, aku akan cuba. Dan fenomena sekarang jeruk pelam atau jeruk mangga. Disebabkan kawasan rumah aku atau senang kata pasar yang jual takde pelam, maka aku gantikan dengan epal hijau.


Beli epal 12 biji RM 7 memang ok sangatlah. Satu balang kecil hanya memerlukan lebih kurang 3 biji epal saiz kecil.



Selepas dimasukkan semua bahan


Bahan-bahan

1) 3 biji epal
2) 7 biji asam boi
3) Sedikit garam
4) Gula ( lebihkan pun boleh )
4) 3 biji cili padi ( lebihkan jika nak pedas )


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan dalam balang
2) Gaul sebati/goncangkan bekas
3) Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman
4) Sedia untuk dimakan


Tips/soalan biasa ditanya :

Tak perlu tambah air sebab gula akan mencair
Boleh kupas kulit epal/tidak
Boleh juga guna jambu susu/betik muda/pear atau buah yang anda gemari


Senangkan? Biasa nampak orang jual satu balang kecil lebih kurang RM 10 - RM 15 ( belum masuk pos ). Kalau malas sangat, boleh terus beli online ya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kejap sejuk kejap panas

Dah 2-3 hari aku alami benda ini. Bila malam saja mula rasa sejuk, rasa panas. Tak menentu. Kadang selimut yang memang tak pernah "lekat" pun sentiasa ada tutup dari kepala hingga kaki.


Nak kata demam tidak juga. Angin kus kus ka? Huhu. 


Kadang tangan terasa sejuk, tapi leher panas. Dahi suam. Simptom nak demamke? Aku kalau demam selalunya akan mc dan berlarutan 2 hari. Jarang demam tapi sekali datang macam itulah.


Harap oklah hendaknya. InshaALLAH.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, October 18, 2014

Keep calm & smile



Officially 26 th
Alhamdulillah
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 17, 2014

Bakal ke angka 26



Esok tuan blog bertukar angka usia. Genap 26 tahun. Sebab esok malas nak update blog, moh kita siapkan hari ini.


Walau dah 26 tahun tapi aku tetap rasa diri aku muda remaja. Cewaahhh! Hidup kena ceria walau badai kadangkala melanda. Tak gitu? Life must go on. Fuhh speaking entah betul ke tidak.


Harapan?
Entry lainlah. Malas dah menaip. Hahaha.


Angka hanyalah usia. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Perfume Escada masih di hati

Aku bukan jenis yang suka pakai perfume. Cerewet orangnya bab bau-bauan. Macam-macam dah pernah cuba. Paco rabanne lady million, gucci floral, nina ricci, silkygirl, enchanteur dan pelbagai lagi.


Sampailah satu tahap aku cuba jenis escada. 


Pertama kali cuba dah jatuh cinta. Dalam banyak jenis aku suka bau escada taj sunset. Sweet sangat baunya. Walau EDT tapi tetap tahan. 




Sekali pakai dah tergoda. Ini pun dah nak habis. Kena beli nanti.


Korang tahu ada supplier/blog/ig/fb mana yang jual perfume yang tahan dan berpatutan harganya? Kalau boleh yang pernah korang sendiri cuba. 


Terima kasih.


Walau ada perfume tapi aku jarang guna. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 16, 2014

Diet Atkins dah tahap mana?

Dah nak hampir setahun follow diet atkins itu pun kejap on kejap off. Peringatan! Sangat tak elok kejap on kejap off sebab boleh membahayakan buah pinggang, Itu yang aku baca komen mereka yang merujuk pada doktor. 


Jadi bila dah diet, buat betul-betul. Bukan susah pun tapi kena set minda dengan tepat. Adalah lebih baik selalu rujuk doktor untuk check tahap kesihatan kita ( sayangnya aku tak buat ).


Progress diet aku pula macam mana?
Alhamdulillah sekarang aku dah di tahap BMI yang normal. Dengan ketinggian 157cm dan berat 55-56kg, itu dah cukup selesa dan sesuai. Berat aku naik dari 54.5kg selepas sedap membantai makan ketika Raya Haji. Miahahahaha.


Ikutkan sekarang aku dah boleh makan macam normal. Hanya perlu kawal. Exercise pun aku malas dah buat sekarang kecuali squat & skipping. 4 jenis fasa dalam diet atkins yang diberikan, perlu diikut dengan tertib untuk dapat result yang terbaik.


Jadi lepas ini, mungkin berhajat nak dapatkan 50kg. Itupun kalau mampu. Kalaulah ya. Hahaha.


Sekarang, selalunya seminggu 2 kali saja aku makan nasi. Hari Sabtu & Ahad, itu pun selalu "menumpang" pinggan makan mak aku. Nasib baik mak aku layankan saja anak sulungnya ini.


Kepada yang sedang berdiet atkins, good luck! Jika anda memahami dah ikut cara yang betul, inshaALLAH ada hasilnya. Rajinkan membaca.


Nak ketahui tentang aku vs diet atkins
Boleh rujuk tutor/tips




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Permintaan untuk mengetahui cerita sahabat

Tujuan aku berkongsi kisah sahabatku adalah untuk dijadikan iktibar. Dijadikan peringatan buat kita bersama. Jangan salah tafsirkan. Yang baik kita ambil dan yang buruk kita tinggalkan.


Ada blogger yang berharap untuk tahu lebih lanjut kisahnya. Tiada apa yang boleh ku kongsikan. Lebih kepada pemerhatian & berharap beliau tabah & terus kuat untuk hadapi kehidupan seterusnya tanpa seorang suami.


Aku berkongsi mana yang mampu & layak untuk dikongsikan.


Hingga saat ini, beliau masih update status di FB. Gaya penulisannya nampak teratur & tenang. Tapi ALLAH lebih mengetahui isi hatinya. Kita hanya nampak dengan mata kasar.


Kita sebagai kawan, sangat digalakkan memberi dorongan & kata semangat. Teringat ketika aku ziarahi arwah, ayahnya meminta kami bagi sokongan untuk anaknya. Sebak ku rasa ketika itu.


Apa pun, kita doakan yang terbaik. Kehidupan mesti diteruskan. Kena kuat demi semua. 


Al-Fatihah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 15, 2014

Kek impian di hari lahir - Secret Recipe

Aku & kek tak dapat dipisahkan buat masa ini. Dengan donut dah boleh pisah. Miahahahaha! Dulu hantu donat, sekarang hantu kek. Apa saja kek cheese aku bantai. Sodaaap!


Kek impian 2014, teringin nak beli kek secret recipe tapi nak beli campur-campur. Memang aku tak pernah buat. Ala, padahal benda biasa sajakan tapi tak tau pasal apa hati berkenan benor nak buat lagu itu. 


 Macam inilah yang aku teringin!
Pelbagai dalam satu


Tak buat full pun ada 4-5 ketul ok juga. Indulgence, turkish, oreo cheese, strawberry cheese & lain-lain. Waaahhh! Tengok orang gila kek memang akan ingat nama kek. Hahahaha.




Aduh! Tengok gambar dah buat aku terliur. Agaknya kek macam ini aku kena beli sendiri atau ada yang sudi belikan? Kalau buat macam ini, boleh sambut sekali dengan adik & mak nanti. Lambat pun tak kisah.


Ke STALKER nak tolong belikan?


Mehlah belanja den. Stalk blog saja buat apa. Tolong ingat kek impian daku di tahun 2014 ini & belanja ya. Terima kasih.


Jangan terkejut kerana aku mampu habiskan seorang diri
=___=
Hantuuuuuu kek!
Hahahaha


Update :
Memang diet atkins tapi sekarang dah duduk fasa 4
fasa maintain = Makanlah apa pun asal berkawal
Kira tak berapa diet pun boleh dah sebab dah dapat berat yang nak
Alhamdulillah




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 28 [2014] - Sahabat, Fya



Al-Fatihah untuk arwah suaminya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 14, 2014

Kebahagiaan & kesedihan sekelip mata, Al-Fatihah

Untuk memulakan entry ini aku sendiri tak pasti macam mana. ALLAH tunjuk sekejap sahaja kejadian yang terjadi. Benar-benar dugaan besar buat sahabatku sendiri. Sahabat dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh.


Sahabatku dikenali Fya,

Bernikah malam pada Jumaat lepas. Ku hadiri majlis perkahwinannya pada Sabtu lepas. Ku dapat khabar berita mengenai suaminya pada hari Isnin semalam. Melihat pasangan pengantin, keceriaan memang terpancar. Alhamdulillah majlis sungguh meriah.


Dugaan buat mempelai baru ini,

Petang ahad, suaminya tiba-tiba rebah & pengsan. Dikejarkan ke hospital Ipoh. Dimasukkan ke ICU. Hayatnya ketika itu bergantung kepada mesin. Petang semalam selepas maghrib, mendapat khabar pemergian suaminya menghadap pencipta.


WPW atau Wolf Pakingson White. Itu adalah pengesahan doktor punca kematiannya. Memang tiada tanda atau simptom awal.


Allahuakbar
Besar dugaan buat sahabatku


ALLAH pinjamkan beberapa jam sahaja untuk merasai nikmat sebagai seorang isteri. Punya suami. Tapi ALLAH ambil kembali suaminya. ALLAH sedang mengujinya.


Mendengar cerita sahabatku ini, laju air mata ini mengalir. Aku sempat hadiri pagi ini untuk menziarahinya. Memberi kata semangat. Menyampaikan salam takziah dari teman-teman lain. Bilik pengantinnya masih dipenuhi hantaran yang belum dibuka. Sayu hati ini memandang.


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


Al-Fatihah untuk arwah suaminya. Mohd Halim.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kisah kucing : Eton

Ini antara kucing terawal yang kami bela. Ambil di kampung. Pakcik jumpa dia dua beradik dalam hutan ( tak pasti macam mana ). Seekor opah bela tapi hayatnya tak panjang. Dan seekor lagi inilah, namanya Eton atau sekarang dikenali dengan Nenek Eton.



Usianya lebih 3 tahun


Antara kucing paling senang dijaga. Dahulu Eton adalah kucing sempurna sampailah satu hari dia balik dalam keadaan nazak. Sebelah matanya bernanah. Kami yakin dia terkena kencing katak sebab dia suka perhati serangga/binatang betul-betul depan mata tanpa beranjak.


Ketika kejadian, hari minggu. Veterinar tutup. Beberapa hari juga Eton dalam keadaan nazak. Tak makan & minum. Badan terus kurus. Berkurung sahaja. 


Abah ambil inisiatif cuci habis nanah dan bersihkan sebaiknya. Alhamdulillah tak lama selepas itu Eton sihat. Walau bebola matanya sebelah dah tiada tapi dia masih pandai berdikari. Sekarang dia KKU ( kucing kurang upaya ).


Perangai Eton?
Tak makan nasi. Hanya makan dry food. Tak pandai makan ikan andai diberi seekor padanya. Tak kisah walau tikus lalu depan matanya. Seekor kucing yang aktif & hebat untuk hasil beranak. Sekarang Eton dah di spay ( mandul ).


Ini kucing pertama yang aku kenalkan lebih mendalam. InshaaALLAH menyusul kucing-kucing yang lain pula selepas ini. Ikut mood menaip =)






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 13, 2014

Menang kain sulam coin material prada di GA Mialiana.com

Alhamdulillah rezeki join GA Mialiana.com. Hari Jumaat lepas memang sungguh sibuk memandangkan seorang staf AL. Tinggal berdua maka pulun layan pelanggan yang datang bertandang.


Semalam buka blog baru perasan aku antara pemenang. Alhamdulillah.

Hadiah apa yang aku bakal dapat?

1 pemenang x Kain Sulam Coin Material Prada bernilai RM90 


Alhamdulillah rezeki. Semoga penganjur & para sponsor semakin murah rezeki. Aamiin.


Terima kasih juga kepada rakan blogger yang ucapkan tahniah =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Senyum

Mulakan hari anda dengan bersyukur
Mulakan hari anda dengan senyuman


Ewaah!
Macam semangat saja aku hari ini
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, October 12, 2014

Kacang lupakan kulit

Satu masa pernah bersama
Satu saat mampu buat ia terpisah
Walhal dari kelompok sama


Terpisah dek kerana isi
Kulit tidak diperlukan lagi
Dibuang
Dicampak


Kacang lupakan kulit


Salam Ahad




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, October 11, 2014

Sembang senang

Setakat sembang tapi usaha itu tiada
Siapa-siapa boleh buat
Budak kecil pun boleh cakap


Itulah sembang senang namanya


Salam Sabtu

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 10, 2014

RESEPI GAMBAR : Overnight Oat ( sesuai untuk diet )



Bahan-bahan

■ Oat
■ Susu
■ Dried fruits/buah2an kering (ada jual)
■ Fresh fruits *sila rujuk penerangan di bawah
■ Botol kosong (apa2 botol pun boleh)

Cara:

1. Mix kan semua bahan2 kering OAT, DRIED FRUITS.
blh tambah kulit kayu manis kalau nak saya letak kulit kayu manis sebab
 taknak rasa muak & memang sedap

2. Letak semua bahan2 tadi dlm botol.

3. Tuang susu sama banyak dgn oat.

4. Biarkan semalaman. Esok pagi MAKAN!!!

Texture die chewy2 ghewy2...sedapppp...memangkenyang...

Tips: utk yg diet, jgn pakai susu FULL CREAM atau TAMBAH GULA..dua2 ni, menggemokkan..bila dah makan oat, mesti we want the goodness of the oat kan?? 

Pakai SKIM MILK is the best utk org yg diet...low fat pun ok...tp SKIM MILK is better...SKIM MILK tak salah saya ada brand Marigold.

Soalan: Boleh pakai fresh fruits tak??
Jawpn: Boleh, tapi tahan kurang dpd seminggu tak salah saya.

Soalan: Saya tak suka minum susu. Mcm mana nak buat? Tapi teringin.
Jawpn: Percayala sy...once u buat ni, rasa susu tu takde.

Soalan: Org gastrik blh ke mkn?
Jawpn: Boleh 


Sumber : Resepi Ringkas


P/s : Letak serbuk kulit kayu manis sikit
Jangan letak sebatang pula 
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bakal berusia 26 tahun

Lebih kurang 8 hari lagi, jika mengikut kad pengenalan angka usia akan bertambah menjadi 26 tahun. Dah suku abadkan?


Tak begitu teruja. Tak begitu ternanti-nanti hari itu.


Sebab semuanya masih sama. Masih seperti biasa. Tiada perubahan.


Yang aku fikirkan, 
Apa yang aku sudah buat sehingga usia sebegini?
Apa kemajuan yang aku peroleh?
Apa kebaikan yang telah ku lakukan?
Apa juga dosa yang telah ku buat?


Banyak dan terlalu banyak. Seiring usia, moga seiring juga kematangan. Seiring juga untuk jalan hidup. Usaha & terus berusaha. Moga dapat ku perbaiki. Moga dapat ku atasi apa yang mendatang.


Maaf buat kalian andai ku bahasakan dirimu sebagai kakak/sis walau ku sendiri tak pasti berapa angka usia kalian. Anggap aku hormati kalian. Cukup.


Usia semakin menganjak, emosi juga semakin sensitif. Wahai insan bernama Nurul Farehah Binti Ahmad Shah, kembalikan dirimu yang dulu. Dirimu yang akan sentiasa tersenyum walau kedukaan melanda. Dirimu yang sentiasa ceria walau hati terluka.


Dah makin tua aku ini. Hahahaha! ( senyum paksa ).


Selagi kita hidup, selagi itu kena teruskan. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 09, 2014

Kenyataan yang sebenarnya

Ada kalanya kenyataan itu
Amat menyakitkan
Amat memedihkan


Tapi itu tidak bermakna
Perlu ada "penipuan"
Untuk menimbulkan kegembiraan


Air mata kegembiraan atas penipuan
Amat menyakitkan
Berbanding
Air mata kegembiraan atas kenyataan


Jujur sahaja




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Resepi : Potato Fritters/Cekodok Kentang

Sila save jika malas salin


Bahan yang sangat ringkas. Lebih kurang cekodok/jemput/cucur yang biasa dibuat. Yang lainnya adalah kentang disagat halus.


Berhati-hati ketika sagat jangan sampai tersagat kuku & isi. Haaaa, aku dah kena! Hahahaha. Memang bestlah sagat sekali tapi tak masuk dalam adunan ya. Sila jaga kebersihan.


Memang sedap. Goreng pun sekejap sahaja. Enak dimakan dengan sos cili & mayonis.Tak perlu tambah air. Ingat!


Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 30 [2014] - Jodoh itu rahsia ALLAH

Jodoh itu rahsia ALLAH
Ajal maut kerja ALLAH
Semua itu urusan ALLAH


Semua itu ketentuan ALLAH
Kita hanya merancang
ALLAH yang menentukan

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Berhenti atau teruskan perhati blog ini

Aku sedar penulisan aku di blog ini diperhati
Aku sedar apa yang dicari sekadar nak mengetahui kisah diri


Percayalah
Penulisan yang ada tak semestinya melambangkan peribadi
Kadang itu sekadar perkongsian


Kadang gaya penulisan nampak orangnya dalam gembira
Hakikat?
Kadang ada hati terluka
Ada hati perlu dijaga


Maka
Silakan terus perhati blog ini
Dapatkan apa yang dicari
Kerana diri ini takkan menghalang


Awak sedar siapa awak!
Siapa yang saya maksudkan
Meh nak sayang sikit sebagai tanda suka =p



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 08, 2014

Sakit kepala kerana pak aji

Satu penyakit yang akan jadi pada aku ialah bila aku makan makanan luar di mana kandungan pak aji terlebih-lebih, aku akan alami sindrom sakit kepala berdenyut-denyut.


Hari ini penyakit itu datang. Petang semalam beli nasi goreng paprik ( sebab tak makan tengahari ) untuk dinner. Seawal jam 11 malam aku dah mula nak tidur. Bangun subuh, kepala dah start berdenyut. Sampailah berada dalam opis.


Banyak kali aku perasan. Aku, mak & abah punya perangai yang sama. Andai dalam sesuatu makanan itu terlebih pak aji, kesannya akan terasa. 


Tak dinafikan makanan di kedai, kenduri kahwin majoriti akan ditambah pak aji. Cuma lebih atau tidak sahaja. Kesannya? Pada kami inilah. 


Masakan di rumah memang TIDAK AKAN MASUK pak aji. Itu aku suka!


Sedap dimakan tapi kesannya memang sedap ku rasa. Huwaaaaaaaaaaaaaa.


Gigih taknak telan panadol. Tahan selagi boleh.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Air untuk detox






Bolehlah cuba ya
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 07, 2014

Lemau

Kemainnnnn!
Asal cuti lebih sikit dari biasa mulalah malas
Bukan malas bermalasan kerja tapi semangat itu kurang


Lagi rasa lemau bila hati rungsing
Kepala pening
Apa nak dibuat terkontang kanting


Mesti ada yang sambung cuti lagikan?
Untunglah AL banyak
Kita punya berbaki 4 hari je wei
Itu pun simpan untuk hujung tahun


Lemau
Pergilah segera dariku
Bagi aku semangat nak mulakan hari
Bagi aku ceria!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, October 04, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nurul Yui

Khasnya buat pembaca setia di blog ini, daku sebagai owner blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Mohon maaf untuk segala salah silap samada secara lisan atau bertulis.


Selamat menjalankan ibadah korban & berhati-hatilah walau di mana anda berada.


Cuti sampai Isnin sahaja ya. Jangan saja suka-suka nak ambil MC sendiri. Menyusahkan orang lain. Berkorban untuk kebaikan.


Salam Aidiladha 1435H.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 03, 2014

Resepi Bergambar : Sos Butterscotch



sumber : Resepi Ringkas


Kali ini share resepi sos butterscotch pula. Sesuai untuk roti sarang semut, kentang putar & yang bersesuaian dengan tekak anda.


Sangat mudah tapi hingga saat ini aku sendiri boleh try.


InshaaALLAH nanti aku buat =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Isu minyak naik 20 sen

Kelmarin wall FB dan blog dipenuhi cerita minyak naik 20 sen. Macam-macam post dan komen dapat ku baca. Ada positif dan negatif.


Setiap orang ada pendapat masing-masing. Bagi aku, memang rasa berdukacita bila minyak naik walaupun hanya 20 sen, jika dikira anda akan tahu menilainya. Ada pro dan kontranya.


Yang naik tetap naik. Aku sebagai golongan sederhana yang masih bujang, terus memikirkan dan berusaha nak tambah ekonomi hidup. Hidup di zaman canggih sebegini, memang perlu terima naik turun sesuatu benda.


Semakin naik harga barang, semakin kuat kena berusaha tingkatkan ekonomi sendiri. Eh! Boleh ke hipotesis macam ini? Lupa dah zaman darjah 6. Hahahaha.


Jenuh. Nampak seperti lama lagi aku membujang. Mehmehmeh. Ada kaitan?







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 02, 2014

Musim hujan

Aku perhatikan sekarang musim hujan terutama di kawasan Ipoh. Sebelum hujan, awan pun gelap. Bukit pun dah tak nampak. Tiba-tiba terus turun hujan.


Bukan hujan biasa. Kadang lebat sangat. Dengan angin, guruh, kilat. Buat yang bertayar empat masih boleh teruskan perjalanan. Yang bertayar dua macam aku? Terpaksa berhenti tepi jalan atau kaki kedai. Cari tempat untuk berteduh sementara.


Selalunya aku jarang berhenti. Teruskan perjalanan. Dengan baju hujan Givi yang ada. Bukan apa, yang berhenti kebanyakannya kaum lelaki, aku pula takut. Bukan boleh sekarang ini. Macam-macam.


Apa pun, korang berhati-hatilah ya. Musim hujan ini risiko bahaya lagi tinggi. Pandu dengan cermat & jalanlah dengan selamat. InshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Entry terkini di blog tidak keluar

Ini masalah semalam yang aku alami. Normal hari biasa, memang aku akan set entry antara jam 8.45 pagi - 9.05 pagi. Entry permulaan di pagi hari.


Semalam entry WW aku boleh pula buat hal. Dah post tapi tak publish di bloglist yang ada. Tengok entry terkini kawan-kawan lain ok saja. Mulalah hati sohsehsohseh.


Apa aku buat atau berulang kali buat?

Entry tu draft semula - Set time - Publish

Bukan sekali aku buat macam itu. Lebih 4 kali. Dah nak masuk petang barulah nampak di dashboard dan bloglist.


Membuat mood aku spoil nak update entry lain. Huhu.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 29 [2014] - Perihal Hati

Andai dapat dibuka hati
Terpapar apa yang tersirat
Terkeluar apa yang tersurat
Jelas apa yang nak disampaikan
Alangkah mudahnya


Mustahil!
Memang mustahil!

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 01, 2014

Selamat datang Oktober

Aku tak pasti kenapa ramai "seronok" bila Oktober datang. Mungkin ada nostalgia masing-masing. Ada kenangan yang tersemat.


Aku?
Oktober antara bulan yang diingati terutama dalam keluarga aku sendiri. 
Kelahiran tiga-tiga orang bergelar WANITA. Aku, adik & mak.

18 Oktober - aku
26 Oktober - adik
31 Oktober - mak


Dulu, kami akan tetapkan satu hari untuk sambut secara kecilan ulangtahun kelahiran. Buat makan keluarga sendiri sahaja. Sekarang, jarang dah. 


Bila usia semakin meningkat, itu juga tandanya kematian kita juga semakin dekat. Mungkin sebab itu bila tiba ulangtahun, aku rasa biasa-biasa sahaja. Tak mengharapkan apa-apa.


Selain ulangtahun, bulan Oktober 2014 ini juga adalah tarikh untuk Hari Raya Aidiladha & Deepavali. Sambut sekali. Mehmehmeh.


Korang pula ada ke yang istimewa di bulan Oktober ini?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^