tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, July 29, 2016

TIPS EMAS : Cara bersihkan kotoran pada barang kemas




sumber : FB


Dah pernah cuba?
Kena cuba baru tahu macam mana






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Siapa yang berusaha dia akan dapat








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 28, 2016

Blog bermasalah atau aku yang bermasalah?

Aku tengok orang lain update, keluar aje kat list tu
Apesal aku punya tak keluar
Pastu dah berbelas jam baru naik notification
Ceiiihhh !!


Bukan sehari dua jadi ni
Ni malas update


Aku yang bermasalah?
Lebih kuranglah
Huuuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bila virus Parvo melanda kucing

Tak tahu nak cakap macam mana. Aku sedih dan kena redha dengan apa pun yang terjadi. Minggu lepas, Kiut mati. Tiba-tiba. Dia muntah dan cirit birit ( bau sangat kuat ).


Kiut tu lepas raya, aku kasi ( neuter ). Belum sempat lagi aku up cerita dia, ALLAH lebih menyayanginya.


Semalam 26/7/2016,
Madan pula pergi. Kisah dia pun belum sempat aku ceritakan di sini. Madan kami jumpa berlegar depan rumah waktu Ramadhan lepas. Dipercayai dibuang oleh seseorang. Madan pun alami masalah yang sama macam Kiut.


Lagi 2 ekor tunjuk simptom yang sama, Labu & Labi.
Entahlah, redha je sekarang. Sebab virus ni berjangkit. Pernah terjadi beberapa tahun dahulu, sampai 7-8 ekor mati dalam seminggu akibat virus parvo ini.


Sekarang aku tengah ikhtiar.
Doakan yang terbaik. Apa pun jadi, aku kena RELA.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 27, 2016

WW 14 [2016] - Kimchi halal di Aeon





Cari yang ada HALAL




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 26, 2016

Baju hujan Foxdry

Baju hujan lama, Givi sudah bertahun lama berkhidmat dengan baik. Lebih 8 tahun. Baju masih boleh pakai cuma seluar, getahnya dah longgar. Kalau pakai pun, duduk atas motor takpe. Kalau berjalan londeh, hahahaha.




Jadi Sabtu lepas,
Pergi kedai perkakas pelbagai jualan berkaitan motor di Ipoh. Mata dok tercari jenama Givi juga sebab percaya pada kualiti. Sekali tengok pattern belakang baju, alaaa tak kenan. Rupa peplum aje aku tengok.


Maka tuan kedai cadangkan Foxdry.
Ada beberapa pilihan warna tapi warna ini sahaja berkenan sebab yang lain dah rupa colour blocking. 


Ambil saiz M. Harga termasuk GST RM 143.10.


Perghh, bertabah ajelah keluarkan duit sebab sekarang musim hujan. Kadang perlu pakai seluar hujan.


Apa pun Givi lama masih boleh pakai. Terbaik!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kad Raya 2016 dari blogger Shida & Jijah

Untuk pengetahuan, kad pertama datang dari blogger Shida. Kad kedua dari MSHA. Kad ketiga iaitu kad raya 2016 terakhir dari blogger Jijah.




Selain kad, dapat juga keychain. Ewahhh, macam tau jee Yui rajin kumpul keychain. Heee. Boleh guna letak kunci motor dan rumah.


Kepada dua blogger hebat ini,
Terima kasih sebab sudi bagi kad raya. Sangat Yui hargai. Moga persahabatan kita kekal ke akhirnya. Aameen.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 25, 2016

Shell Out di Omm Cafe cawangan Medan Istana, Ipoh

Ini kisah lepas. Edisi jalan-jalan cari pasal makan.


Rabu bersamaan 29/6/2016, aku berkesempatan berbuka puasa bersama dia di Omm Cafe. Last minute tempah nasib baik ada lagi kekosongan.




Ini lokasi baru Omm Cafe




Kami order satu set shell out. Cukuplah untuk makan berdua. Air pula free maybe sebab ketika Ramadhan.



Zoom lebih dekat


Secara kesimpulan.
Aku bagi 7/10 bintang. Bahan banyak tapi tang rasa macam kurang sikit dengan tekak berbanding shell out tempat lain yang aku pernah cuba.


Apa pun aku puas hati sebab dapat penuhi kehendak orang tu nak bershell out. Cehhh.




Muka ketika sedang menunggu untuk berbuka
Hahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 23, 2016

Peah Queen serbuk mutiara persis korea





Makin meletop di pasaran!
Produk laku keras 
Berbaloi dengan harga mampu milik


Kalau nak tahu lebih banyak info pasal Peah Queen
Boleh lawat FB Page : Peah Queen Ipoh Perak


Yui Agen dan pegang stok
RM 55 ex pos
Ada 30 sachet


Inbox/Telefon : 019 233 1810





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 22, 2016

Tanda SAYANG



Sentiasa mengingatkan
Bukan membebankan
Kerana itu tanggungjawab sebagai umat Islam


Itu tandanya SAYANG





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 21, 2016

Tabung versi Yui

Payah kalau orang ada lambat kesedaran. Heeee, macam aku. Tabung memang ada tapi sebelum ini letak duit syiling aje. Konon best berat. Padahal kalau kira amaun tak banyak mana. Tabung pun kecil.


Ini idea awal tahun 2016.


Aku beli bekas di kedai RM 2. Bertutup. Tak nampak isi dalam. Aku mulakan setiap kali rasa nak letak, ambil je amaun apa yang ada dalam beg duit, dan masukkan dalam bekas ini. Kalau amaun besar tu, biasanya sebab aku dah tukar atau waktu gaji dah masuk. Duit raya aku dapat baru ini pun masuk dalam tu. Heeeee.




Adalah sekali dua aku kira amaun. Tak sampai RM 500 rasanya. Dok fikir nak tukarkan duit ini semua kepada emas atau tebus emas yang aku gadai. Nilai matawang tak berguna sangat sekarang. "Hangus"!!


Sekarang aku banyak fikir ke depan. Agaknya selaras dengan usia. Wakakakaka!!


Sebenarnya, kita kena didik kesedaran dari awal. Yang penting tekad. InshaaALLAH. Kalau sambil lewa memang tak jalan la apa kita rancang.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 20, 2016

Bila aku dan dia tiada kerja


Lokasi : AEON Klebang, Ipoh


Ini kisah raya ke-5. Lepas beraya rumah aku, katanya tak pernah masuk AEON Klebang, ateeee moh kita pergi. 


Sampai kat port mainan, saja suka-suka aku pakaila topeng ini. Tunjuk kat dia, dia lak rajin p snap. Layankan ajeeee.


Jadi,
Memang takde kerjalah ni kan. Heeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Cadar baru untuk gugurl

Siapa gugurl? Ehhh, aku lah. Hahahaha. Sebut gugurl rasa macam diri ni umur belasan tahun je. Huaaaaaa. angan!




Saja pilih corak ini. Nampak comel je warna dan gambar yang ada. Heeee. Ni tilam bujang kat rumah sewa, inshaaALLAH pasni upgrade ke queen atau king.


Dua ekor tu yang akan selalu tidor atas tilam saat tuannya pergi kerja. Hahaha.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 19, 2016

Bila blog bermasalah

Aku dah ada entry menarik untuk aku baca, eh. 
Dah publish, tiba-tiba tak keluar dekat list
Dah revert to draft, set balik masa, publish
Samaaaaaaa jugaaa.


Penyudahnya,
Log out. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Letgo item : Perfume Fasha Sandha



Kan dah bagitahu, aku sekarang suka beli perfume. Yang mana kena dengan jiwa, akan terus pakai. Yang mana beli dan cuba, rasa tak kena, haruslah letgo. Huuuu.


Jadi,
Perfume Fasha Sandha ni aku nak letgo. Kuantiti macam dalam gambar. 98% ada sebab guna untuk cuba sahaja.


Bau sedap tapi tak kena dengan jiwa.
Heeee, kot korang nak cuba, mehlah. Harga beli RM 37. Aku nak jual RM 40 all in. Berminat boleh terus telefon 019 233 1810. Nak murah lagi, meh bodek aku. Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip



Jomlah sertai segmen ini
Mana tahu ada rezeki korang




Yui tag : Puan Misi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 18, 2016

Yui & Mat Oyen



Ketat je muka Mat Oyen
Dik Seri cium pun masih tengok kamera
Hahahahaa


Kucing rumah sewa




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 15, 2016

Kad Raya 2016







Selamat Hari Raya semua
=___=


Tahun 2016 dapat 2 kad raya 
Kihkihkih, dapatlah juga




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya 2016 Nurul Yui & wakil anak bulus

Orang kalau udah ada anak bulus, tambah bila dah anggap deme macam keluarga sendiri, aku raya, ko kena raya. Bezanya korang takde baju aje. Cukup je dengan bulu yang melekat kat badan tu. Hahaha.


Oklah,
Rasanya tak boleh miss kalau tak bergambar dengan anak bulus. Tak sekor dua pun jadilah dari 26 ekor yang ada buat masa ini.



Wakil anak bulus di SS - Shinchan



Wakil anak bulus rumah sewa - Seri


Tahun ini aku bawa balik Seri ke SS sebab Mat Oyen akak sorang lagi bawa. Memandangkan Seri hyperactive, dia memang kena duduk dalam rumah sepanjang aku cuti beraya.


Selamat Hari Raya untuk anak-anak bulus kalian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 14, 2016

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak



Korang nak join?
Lekaih klik link di bawah

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak


Giveaway tamat : 25.07.2016 jam 7.00 pagi
Pemenang akan diumum pada 25.07.2016 jam 8.00 pagi

Yui follower : 2025

Selamat berkenalan =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Buang kucing sebelum Hari Raya

Kalau kau dah biasa dengan "dunia" kucing dan dunia manusia, kau akan perasan ada sesetengah musim, kucing-kucing makin bertambah di buang ke merata tempat termasuklah rumah aku di SS!!

2 hari sebelum Syawal 1437H,
Mak ke sangkar luar rumah untuk bagi anak-anak bulus makan. Tiba-tiba mak panggil nama aku.


"Nurulllll, cer tengok ni" dengan nada slow nya. Macam menyayat hati sangat. Aku dok ingat kucing beranak dalam sangkar, mustahil tak sedar dia bunting.


Rupa-rupanya,
Ada anak kucing kecil berlegar di kawasan parking motor. Allahuakbar, tergamaknya siapa yang buang si comel ini.


Aku pun keliling rumah dan tengok dalam longkang kot ada adik beradik lain, rupanya takde. Memang dia seekor aje. Tengok keadaan  dia sangat menyedihkan, dengan kesan luka, perut buncit sebab cacing, mata bertahi, kotor.


Bawa masuk rumah,
Bagi makanan terus laju telan. Sedih tengok caranya makan.



Ini keadaan dia semasa jumpa 3/7/2016


Nanti aku update gambar terkini. Kepada yang bela kucing, kalau rasa tak mampu nak bela banyak, sila mandulkan awal-awal kucing anda sebelum terlambat. Mandul bukan suka-suka ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 13, 2016

#ootd Raya 2016 Nurul Yui



ootd hari raya pertama 2016


Shawl RM 10
Kimono wrap RM 30
Skirt recycle lama 


Jimat banyak Raya 2016
Sekali tema untuk majlis perkahwinan adik nanti 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Raya 2016 Nurul Yui & Keluarga

Sejarah buat kali pertama di tahun 2016
Ada gambar sekeluarga lengkap
Sebelum ini takde, serius!
Sebab keluarga bukan jenis suka bergambar terutama mak & abah


=================




Ahmad Shah
Saayah
Nurul Farehah
Nurul Farzana
Shahrizan
Shahrizal




Berguna ada monopod
Hahahaha !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 12, 2016

Yeayyy, kembali sudah!

Fuuh fuhhh, konon tiup "habuk" yang bersarang berhari-hari kat blog ini. Heheheh. Oklah dik non semua, harini aku dah kembali bekerja. Cuti hampir seminggu membuatkan aku malas bangun pagi bersiap ke pejabat. Huwaaaaaa.


Korang sihat?
Amacam raya korang?
Ada aktiviti baru?


Kalau tanya aku, ikutkan macam-macam jadi. Perlahan-lahan kalau rajin aku ceritakan di sini ya.


Apa pun Selamat Hari Raya. Selamat berpuasa enam kepada yang melakukannya.


Moh qada blogwalking. Ekekekeke.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

Di kesempatan ini,
Daku pemilik nama yang dikenali sebagai Nurul Yui


Ingin mengucapkan dengan setulus ikhlas
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1437H
Maaf zahir & batin


Mohon dimaafkan segala kesilapan 
samada sedar atau tidak
Moga amalan baik kita diterima
Dipermudahkan urusan
Berhati-hati walau di mana pun berada


Selamat bercuti
inshaaALLAH nanti kita sambung update banyak-banyak lagi
=_____=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 08, 2016

Cuti Raya 2016

Sebenarnya aku tak kisah aku cuti raya bila, selagi aku ni bujang, aku boleh beralah. Haaaa. Tapi sebab tahun ini kira macam turn, aku ambil cuti lepas raya.


Cuti Raya
6/6/2016 - 11/6/2016


Akan mula bekerja pada hari Selasa, 12/6/2016. Kiranya AL aku ambil 2 hari sahaja iaitu Jumaat & Isnin. Mujur raya kali ini cuti direct. Ekekeke.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, July 05, 2016

Yeay, esok raya!

Cehh, konon semangat padahal udah tua ni takdelah over benor keterujaan tu. Heeee. Eh korang dah balik kampung ea?


Aku masih di depan pc. Nak menghadap pelanggan sampai jam 12.30 tengahari. Lepas itu baru gerak balik SS. Banyak kerja menanti.


Nak iron baju. nak isi kuih, nak kemas apa patut. Fuhhh. Ni baru bujang. Agak kalau ada suami nanti, kena pandai manage time dengan betul. Cewaaaah.


Apa pun Selamat Hari Raya ya semua. Blog akan sunyi sepi. Korang kelebek jelah entry lama dulu naa sementara mood menaip muncul kembali lepas habis cuti raya.


Berhati-hati di mana pun berada ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, July 03, 2016

Nasi Kerabu terbaik di Station 18, Ipoh

Aku rasa dah lebih beberapa kali aku update pasal nasi kerabu ni. Peniaga yang sama. Memang terbaik sebab kalau ko lambat datang, tengok bakul dan bekas kosong jelah ya.



Ada daging, solok, 1/2 telur masin, ikan seekor dan sayuran lain
RM 6 sahaja

Bagi aku harga yang sangat berbaloi. Sesuai dengan kesedapan. Kalau nak beli, peniaga ni ada menjual di pasar malam hari Isnin di Station 18. 


Aku bagi 5 bintang penuh !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, July 02, 2016

Review Peribadi : Muffin Choc Mighty White

Ini Shafiq yang belikan. Katanya buat bersahur. Sahur takde sebab bulan tengah naik. Hahahaha. Oklah, nak review pasal muffin choc ni sebenarnya.




Bagi aku oklah muffin ni. Tak lembut dan tak keras. Sedang elok. Rasanya pun ok. Tapi kalau lebihkan chip tu, rasanya mesti lagi umphhh! Harga seketul RM 1.60.


Aku dok bayangkan ada cream choc pastu gigit meleleh meruah dalam tu rupanya silap. Heeeee. Bolehlah kalau beli saja-saja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 01, 2016

Perihal Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Wahhh kemain kau Yui ada update entry Diari Ramadhan. Oh ya, untuk pengetahuan kalian. aku update gitu salah satunya sebab tak tau nak update apa. Dari blog kesepian, isi jelah benda gitu. Orang baca sebab ayat mudah. Heeeee.


Yang kedua,
Saja nak tengok menu apa yang aku mampu bertahan untuk bersahur dan berbuka. 


Jujurnya,
Aku memang kena bersahur ala kadar sahaja. Contoh air + kurma. Jangan sesekali aku makan nasi, sebab seawal jam 9 pagi perut aku akan minta diisi. Haaaa, kan naya gitu. Jadi, ambil yang mudah sahaja untuk sahur.


Kisah berbuka,
Dah lama aku memang makan ala kadar. Korang pun perasan jarang aku tulis makan nasi, bukan sebab aku tekak owang putih ya tapi memang tekak ni kalau nak, cari sendiri. Taknak, makan apa je yang teringin. Jadi tak pelik takde nasi. Hehehe.


Ada yang tanya berapa kg aku turun.
Adalah dalam 2 kg aje. Naik turun dah biasa. Yang penting aku harap tak cecah lebih 60 kg. Huuu. cukuplah pernah berat 64 kg dengan ketinggian 159 cm. Omei sangat rasa ketika itu.


Jadi,
sebab-sebab di ataslah kenapa aku update Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Baju raya free 2016

Apa yang free?
Dapat baju raya. Yeaaayyy !! Tepuk tangan. Hehehehe. Oklah, sebenarnya aku ada keluar sekali dengan dia. Biasanya setiap tahun macam itulah. Ibarat preparation sebelum hari raya. Wahhh gitu.


Ok taknak panjang lebar, nak tunjuk ini je. Aku kenan plak design simple. Di mata dia lagilah suka, kalau boleh biar kosong semua. Hahahaha.




Bak kata penjual, nampak kesan slim pakai baju ni. Hahahaha. Slim kekdahnya. Hakikatnya nan hado.


Baju free kita ambil aje. Terima kasih bagi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Kisah Ramadhan ke-25 bersamaan hari Khamis 30/6/2016. Masih di rumah sewa. Beberapa hari lagi Ramadhan bakal berakhir.


Bersahur
Air masak


Berbuka
Nasi kerabu
Roti John
Air lobak susu


Aku berbuka seawal jam 5 petang. Punyalah semangat p bazar tau. Hahahaha. Rupanyaaaaaa nan hado nak berbuka lepas azan. Kuikuikui.


Selesai sudah. Terasa cepat Ramadhan bakal berakhir. Moga dapat bertemu lagi di Ramadhan akan datang. InshaaALLAH.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^