tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label ~~seDIh~~. Show all posts
Showing posts with label ~~seDIh~~. Show all posts

Thursday, September 29, 2016

KOSONG








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 14, 2014

Kebahagiaan & kesedihan sekelip mata, Al-Fatihah

Untuk memulakan entry ini aku sendiri tak pasti macam mana. ALLAH tunjuk sekejap sahaja kejadian yang terjadi. Benar-benar dugaan besar buat sahabatku sendiri. Sahabat dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh.


Sahabatku dikenali Fya,

Bernikah malam pada Jumaat lepas. Ku hadiri majlis perkahwinannya pada Sabtu lepas. Ku dapat khabar berita mengenai suaminya pada hari Isnin semalam. Melihat pasangan pengantin, keceriaan memang terpancar. Alhamdulillah majlis sungguh meriah.


Dugaan buat mempelai baru ini,

Petang ahad, suaminya tiba-tiba rebah & pengsan. Dikejarkan ke hospital Ipoh. Dimasukkan ke ICU. Hayatnya ketika itu bergantung kepada mesin. Petang semalam selepas maghrib, mendapat khabar pemergian suaminya menghadap pencipta.


WPW atau Wolf Pakingson White. Itu adalah pengesahan doktor punca kematiannya. Memang tiada tanda atau simptom awal.


Allahuakbar
Besar dugaan buat sahabatku


ALLAH pinjamkan beberapa jam sahaja untuk merasai nikmat sebagai seorang isteri. Punya suami. Tapi ALLAH ambil kembali suaminya. ALLAH sedang mengujinya.


Mendengar cerita sahabatku ini, laju air mata ini mengalir. Aku sempat hadiri pagi ini untuk menziarahinya. Memberi kata semangat. Menyampaikan salam takziah dari teman-teman lain. Bilik pengantinnya masih dipenuhi hantaran yang belum dibuka. Sayu hati ini memandang.


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.


Al-Fatihah untuk arwah suaminya. Mohd Halim.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 22, 2014

Hari berkabung seluruh Malaysia - MH 17

Umum mengetahui hari ini 22/8/2014 negara kita Malaysia telah mengumumkan hari berkabung bagi memperingati dan menghormati mangsa-mangsa MH17.


Sedih. Ya satu negara meluahkan rasa sedih atas apa yang berlaku. Tidak terduga kejadian sebegini terjadi. Dugaan ALLAH.


Amatlah digalakkan agar kita memakai pakaian gelap/suram. Tanda hormati apa yang telah terjadi. 


Mengalir air mata setiap kali melihat apa yang dipaparkan di televisyen atau radio. Terasa macam diri ini di tempat keluarga mereka. Moga mangsa tenang di sana.


Al-Fatihah & salam takziah.


Bagaimana nasib MH 370?


Hati aku dah berhari-hari berkabung. Tinggal nak meletop sahaja =)



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, July 30, 2014

Mula bekerja di raya ketiga

Sekarang aku dah ada di pejabat. Mula bekerja setelah 4 hari bercuti termasuk cuti umum. Kiranya cuti biasalah kan sebab aku tak mohon cuti. 


Mood? Tak berapa nak ada. Bukan sebab kena bekerja ketika beraya tapi sebab-sebab lain. Banyak benda terjadi ketika raya kedua. Sedih tapi apakan daya benda dah terjadi. Nak undur pun tak guna. Nasi dah jadi bubur.


Mesti ramai rakan blogger yang masih bercuti. Sunyi sepilah dalam minggu ini.


Nak menaip entry ini pun macam tak reti dah. Macam dah kosong.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, May 11, 2014

Sepi & sunyi

Sepi & sunyi
Itu yang dirasai

Tak terluah dek kata
Tak tertelan dek bicara

Satu persatu
Telah berlalu

Semua itu pasti
Hidup atau mati

Sepi
Sunyi





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 08, 2014

Akit dalam kenangan (7/5/2014)

Lagi satu kehilangan yang dirasai
Ya ALLAH satu persatu terjadi
Baru semalam upload video Akit aktif bermain
Rupanya itu antara terakhir darinya


Akit mati dalam dakapan mak 5.10 petang
Tidak lama selepas membersihkan Akit
Mak bagitahu melalui telefon
Berderai air mata aku saat mendengarnya


Sampai hati Akit tak tunggu aku
Sampai hati Akit pergi tanpa dapat ciuman dariku
Sampai hati Akit pergi tanpa pandangan sayu matanya


Kenangan menjaga Akit akan kekal dalam ingatan
Seekor kucing yang tabah walau banyak kekurangan diri


Damailah dengan tenang Akit
Maafkan kami andai ada kekurangan selama menjagamu
Doakan kami dapat berbakti sebaiknya kepada saudara maramu yang lain


Akit tetap dalam ingatan
Sampai bila-bila



AKIT DALAM KENANGAN


Dalam minggu ini sahaja
Kehilangan Atam
Kehilangan Batman
Kehilangan Akit


Kami redha ya ALLAH







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 24, 2014

8 sekawan mati lemas

Sebelum pergi kerja pagi tadi, sempat tengok MHI di tv3. Ya ALLAH, sangat sayu hati bila ada kisah 8 sekawan yang mati lemas di Muar ( maaf jika salah lokasi ).


Menitis air mata ini saat melihat keluarga dengan sabar menanti. Makin deras air mata saat nampak mayat timbul tidak lama selepas laungan azan dikumandangkan.


Siapa sangka perkara sebegini boleh terjadi. Niat asalnya untuk berjoging akhirnya berlaku tragedi yang sangat menyayat hati. Sungguh pilu bila mengenangkan kronologi kisah kematian ini.


Moga kesemua arwah ditempatkan di golongan orang beriman. Maut tidak mengenal usia, tidak mengenal masa.


Al-Fatihah.


* Aku tak boleh tengok cerita menyayat hati, pasti laju air mata mengalir







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 25, 2013

Kucing si Hero telah pergi selama-lamanya

Pernah tak anda baca di berita tentang seekor kucing yang kehilangan kedua-dua tangannya akibat perbuatan manusia yang kejam satu masa dahulu?


Allahuakbar! Kucing itu telah pergi selama-lamanya akibat penyakit leukemia. Sedih aku tengok gambar-gambar Hero. Seekor kucing yang sangat tabah walau kecacatan yang dialami disebabkan sifat manusia yang kejam!!


Moga Hero tenang di sana. Buat penjaga Hero, hanya ALLAH mampu balas jasa baik anda. Sesungguhnya anda insan mulia yang sanggup menjaga Hero hingga ke akhir hayatnya.




Sayu hati ini. ALLAH, macam inilah rasa seorang peminat & pencinta haiwan. 




Pernah juga kucing aku mati sebab buasir, batu karang dan penyakit virus berjangkit. Doakan mereka tenang di samping pencipta yang maha ESA.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 27, 2013

[27052013] Kaka telah pergi selamanya

Saat jari jemari ini menaip, masih bermain di ingatanku
Aku pandang dan panggil namanya, dia toleh melihatku
Ya ALLAH, sayu hati ini bila mengenangkannya


Walau sekejap sahaja aku mampu melihat kerenahmu
Tapi itu cukup buat aku rasa bahagia
Bahagia dengan keletah manjamu 


Disebabkan kau tercedera
Mungkin terseliuh disebabkan jatuh
Hari Khamis, esok, lusa dan seterusnya veterinar tutup
Kau masih bertahan
Bersabar melawan rasa sakitmu


Aku belai dirimu
Aku suapkan minummu
Makan langsung tidak mahu kau jamah sayang


Takpe, kita ikhtiar
Harini abah bawa kau ke veterinar
Dicucuknya kau agar bengkakmu kurang


Tapi sayang
Selepas 2 jam kau pulang
Kau hembuskan nafasmu yang terakhir


Mak telefon aku
Lantas laju air mata mengalir
Mendengar khabar berita mengenai kematianmu


Sayang, walau sekejap kita bersama
Terima kasih sudi membuat ku tersenyum
Dengan lagak gayamu
Manja denganku walau hanya sementara waktu


Mungkin telah tertulis takdirmu
Hanya bernyawa seketika sahaja
InsyaALLAH sayang satu masa nanti pasti kita bertemu
Bertemu tersenyum  sesama kita


Kau yang ku sayang
Kaka......
Tinggal kenangan

27/5/2013




* Entah kenapa aku sedih sangat. Bukan kucing yang rapat denganku. Tapi sepanjang dia sakit, dia sentiasa denganku. Tidur denganku. Ya ALLAH, moga dia tenang di sana. Amiiiin.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 01, 2012

Saksi Maut <-- menangis tengok

Sape tengok semalam rancangan Saksi Maut di tv9 pukul 10.00 malam.. Ak rasa rancangan ini baru bermula.. Siyes, sangat tragis, sangat sedih.. Hmm.. berlinang air mata ak melihat kisah keluarga ini yang kehilangan 2 ahli sekaligus ketika bermandi di pantai..


- ihsan google -


Secara jujur, ak kalau tengok kisah camni, kisah sedih, kisah menyayat hati, PASTI akan mengalir air mata ini.. Laju aje ia kuar.. Sama juga kalau ak tengok rancangan Bersamamu.. Oh!! Pasti mengalir juga.. Siyes, mudah sangat hatiku ini tersentuh.. adakah ini hati seorang wanita normal??


Bila tengok kisah camni, ak jadi takut.. Takut ak akan kehilangan seperti mereka.. Moga ALLAH panjangkan usia insan-insan yang daku cintai, kasihi dan rindui.. amiiinnnn...


UPDATE : Rancangan ni mungkin ada setiap minggu


n/y : Diluar nampak senyuman..
tapi dalaman ada tangisan..



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 12, 2011

Dilanggar di depan mata!!

Ya ALLAH, pagi-pagi lagi mata ak dapat memerhatikan pelanggaran itu.. sungguh ak terkejut!! yelah, udahla ak tunggang moto, betul-betul depan ak aje.. nasib ak dapat mengelak.. sampai ak pon menJERIT!!! Even ia bukanlah manusia, hanya seekor ANJING, tapi perasaan sedih tetap ada..




Berpusing anjing tu.. kereta langgar.. memang salah anjing tu kerana terus melulu melintas jalan.. siyes, jantung ak berdegup laju bila melihat kejadian itu.. tetiba ak terbayangkan, macam itula manusia apabila dilanggar.. ak nak patah balik, ia hanya anjing * ak dah terlambat nak p keje! 


Entahlah.. hidup atau tidak anjing itu.. moga semuanya selamat.. even anjing itu haram dimakan, xdigalak sentuh, tapi ia tetap makhluk ALLAH kan...


n/y :  Lagi ak sedih bila tengok kucing dilanggar..
mudah sungguh hati ini tersentuh..




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 01, 2011

Akhirnya!! air mata ko gugur yui!!

Akhirnya.. menitik juga air mata ini..
Sampai bila?? Jap je ni ^__^  <---- cuba tenangkan diri dengan senyum
Senyum tak perlu kata apa-apa..


Erk!! dalam ko dok nangis ni yui,ko leh lagi wat-wat senyum..
Sampai bilalah perangai camni..
Ko pandai cover kesedihan ko!!
Ko pandai ubah raut wajah ko!!


Tunggu la sampai bila ko mampu tahan..
Tak lama mana....


n/y: maaf ea.. tetiba last entry malam ni sedih.. hmmm.. dah kompem xde langsung gambar!!

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 13, 2011

KEMALANGAN : Motor dan Lori balak.. doakan cepat sembuh...

Gerun ak sebenarnya bila dengar kes kemalangan jalan raya.. Dan baru-baru ini 11/09/2011 , sepupu ak kemalangan jalan raya.. dia tunggang moto dan berlanggar dengan lori balak di simpang jalan.. xtau citer sebenar sapa yang salah!!


- gerun ak tengok kes macam ni -


Time terima berita itu, opah ak yang kol bagitahu abah.. siyes!! seriau darah ak bila dengar berlanggar macam tu.. Abah ak pergi melawat sekejap dia di Hospital Sungai Siput coz dia perlu dihantar ke Hospital Ipoh


Balik tu,abah ak bagitahu macam mana keadaan dia. Patah tangan,patah kaki, kulit kepala terkoyak sedikit, tempurung siku pecah.. darah keluar di hidung..  Gerun laa!! Ak citerkan kes tu pada Shapit.. Terus dia nasihat+mengingatkan :


" bawa moto tu elok-elok, kamu tu dah lah penunggang moto yang setia"

"pasal kes macam ni la risau.. udahlah sayang tu suka balik SS,balik hujung minggu sudah"
begitulah lebih kurang ayat dia pada ak


Erk!! ak paham.. abah ak pon dok kata,tak payah selalu balik.. bahaya.. TQ abah..TQ mak, TQ sayang... Kerana menyayangi diri ini... kawan-kawan, doakan sepupu ak tu cepat sembuh yer!!Tetiba ak teringat arwah sepupu ak, azam, yang meninggal kerana terlibat kemalangan jalan raya..Ak rindu dengan senyuman mu azam...





n/y : setiap kali ak menunggang moto, ak selalu pikir dan berdoa
janganlah ak mati ketika di jalan raya. janganlah ak terlibat kemalangan..
biarlah matiku dalam keadaan sempurna..ammmiiinnn...




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, May 23, 2011

7 mangsa dikebumi satu liang lahad..

sumber dari Kosmo

pasti korang ader terbca  kisah tanah runtuh yg berlaku di Hulu Langat kan??

hmmm..takziah ak ucapkan kpd kuarga mangsa..
saat berlaku kejadian itu pada hari Sabtu sekitar 2.30 ptg.ak pon masih bersama kwn2..
dpt tau mngenai berita ini pon melalui berita di TV 3..

Ya ALLAH,sgt terkjut ngn kejadian yg telah berlaku ini..
simpati menyelubung diri ak ini..
bila melihat suasana,tangisan,kesedihan..
teros air mata ini mengalir keluar..
Pasti meninggalkan trauma pada mangsa yg masih hidup..
moge2 mereka kuat untk menghadapi kehidupan selepas ini..

sme2la kt berdoa dan Al-Fatihah kt sedekahkan kepada mereka yg terlebih dahulu meninggalkan kita.


yui: ak rase sedih ngn apa yg telah berlaku....

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 19, 2011

saat ini,air mata menemani diri...

ak dpt rasekan,luaran ak lain tp dalaman lain..
what i means, my feel!!!
i dont know how to tell..i just know how to write...
even org sekeliling nmpak ak riang tp hakikat sbnrnya????

Hanya ALLAH yg mengetahuinya..
tnpa ak sedar apa sbbnya boleh jd sbegini rupa..
semakin teruk..semakin rumit..
itu kerja MANUSIA..

Pandai menimbulkan,tp tidak pandai memusnahkan!!!!


nuyui: kdg2 berceloteh sndirian lbh bermakna...

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 18, 2011

sy rasa sedih skg..

salam smuanya,arni mood sy xsberapa...muram aje gayanya arni..mgkin penyakit bulanan dtg menerpa..huhuhu...
opppss!!!soei...tp siyeslaa,xtau pasaipa nampak smcm je...
mgkn ader yg xkenala kot kat diri ni...
arni,sorg lgi spupu sy mnukar status kepada isteri org..tahniah kak syuhada!!!selamat pengantin baru..
insyaALLAH,sok kami skuarga akn p kendurinya di Dewan Carsem Ipoh....

sy plak dlm dilema ni,nak cari umh sewa ke x coz xtau n xpasti g smaada sy perlu bekerja di JB selama 2 bulan @ x..tu yg kompius!!!mgue dpn,ari selasa sy ke KL selama 3 hari..
first time nak nek ETS,suke3!!!
doakan sumenya selamat yer!!!

nuyui: ader gmbr,akan sy upload k!!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 28, 2011

~kisah 3 Hari sy mendiaMkan diRi~



Assalamualaikum wahai pembaca blog yg sudi sgah sni

Esok aderla hari last saya bekerja dgn Merchantrade Asia Sdn Bhd

Ari sabtu bru ni sy terpaksa MC coz png pale

Bila check,rupanya darah sy tertinggi skit dari bese

Huhuhu


So,tpksala selang 2 hari p check darah untk tgk normal or x

Doktor gtau,sy mgkin png coz xtahan makan cndawan itam mlm tu

Hehehe,sy bantai 4 ketul je pown

Tapi effect nya,cpt benor!!!

Blik dari tu,tros pale pusing

Makan panadol pon xder mknanya!!!

Tu pasai smpai kena jmpe doktor n amik MC


Dan smlm gak,coz tangan ni tlbh gatai kelebek hp shapit,n82 tu

Xpasai2 sim clcom sy kena block!!!

Sengal toi!!

Tpksa la shapit yg dok kelantan tu wat sim baru coz sim tu atas nama dia gak!!

Sbr jelah!!!


Lg satu,sy dah byk kali bengang ngn clcom ni

Dok telan kdt je!!

Ingat dapat duit dari daun pokok kot!!

Argh,xkira la pe gk!!

Akan ku block kan setting internet di hp ni,n ak nak tgk jd g ke x pasni

Lau jd gak,nk tau gak ape alasan depa nk bg!!

dont give me stupid answer after this ok!!!!


Fuhh,ckupla stakat ni kot

Mybe pasni jrg berblog n kpd yg sudi sggah jgn lpe tgalkan jejak anda

Supaya senang untuk sy terjah ok!!!

Majula blog untuk pngguna blog!!

Hahahaha

Wslm~~



Nuyui: gonna miss them at Merchantrade!!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 22, 2011

♥alhamdulillah,interview aritu mendatangkan hasil......


masih ingat pada  entry ini???
walaupun ia dah agak basi
sedar xsedar,lagi beberapa hari shj bekerja kat sni
1 Mac 2011 last day aku
aips,rase sedih gaklaaa
tp nak wat mcm mane,rezeki kat tmpt len plak
tp jgn risau,ak tetap ingt org2 kat sni
yg mmg besh!!!!

so,start 2 Mac 2011,akan menanam anggur n mbesarkan badan
21 Mac 2011 hingga 25 Mac 2011 akan ke Kelana Jaya untuk training
ok mak,sy nak blaja masak lagi smntara ade mase di umah!!!
hahahaha
tq pd yg sudi doakan sy berjaya untk interview itu
mgkin pasni jarang berblog,rindula kat blog ni
bakal bersawang!!



nuyui: sedih ade,gembira pon ade~~ 


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 21, 2011

nak tnya pendapat leh???bolehla yer~~

sbnrya just nk tnya pndpt jelaa..
btoika hbgn yg mkin lame akan timbulkan kebosanan???
mksd sy,hbgn yg belom smpai ke tahap ikatan sah!!
phm x????

nape dulu len,tp skg mcm dh len??
nape satu2 perubahan akan wujud sdgkan dulu x??
nape sblm dpt,bukan men power ayat tp dah dpt,macam dibuat hampas je??


 
adekah perasaan tu mnguasai akal??
smpai tindakan yg xwajar diwujudkan??
aish,nape la dok tnya bnda2 mcm ni kan
uhuhuhu


just nak tau pndpt yg sudi bg pndpt sahaja
sekian,terima kasih!!


nuyui: mcm pelik tp mmg benar!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 12, 2011

smpai ke masa skg,dah 8 ekor mati dlm msa 2 mgue!!

arni cuti,n arni sje dah 3 ekor kucing sy mati
pg td sempt bw 2 ekor p klinik
yang eton slmt
yg bulan,xtaula mcm ne naseb dia
stakat ni yang dah mati
itam,shinchan,bintang,sizuka,putih,cun,abu,jojo
tp sedih sgt tntg abu
ari isnn bw p klink,tp selasa dh mati
sempat sy mengubati dia
tp dh tiba ajalnya
arni sy nak letak wajah2 abu semasa dia sakit
syg sgt kamu semua!!!!






sedih kehilangan kamu ABU!!!!
p/s: pasni nth yg mane lg plak 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^