tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label air. Show all posts
Showing posts with label air. Show all posts

Tuesday, August 08, 2017

Review Peribadi : Goodday Honey Flavoured Milk

Dah beberapa minggu rasanya perisa baru susu Goodday ni keluar. Ada perisa green tea & honey. Kedua-duanya Yui dah cuba.




Kita fokus perisa madu ya. Untuk tekak Yui, perisa ini macam rasa something but still boleh telan. Mungkin rasa madu tu buat tekak Yui rasa "pelik". Hahahaa. Pelik pun tetap habis ya sebab takmow membazir.


Untuk repeat,
mungkin fikir. Tapi kalau ada yang belanja yui terima seadanya. Kahkahkah. Tapi oklah wei. Rasa lain dari lain. Korang kena cuba sendiri. Mana tahu, jatuh cinta nanti.


Psssss :
Yui lama tak berblog. Ampun blog. Yui cuba dari sekarang untuk aktif seperti dulu.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 17, 2016

Review Peribadi : Ribena Lightly Sparkling

Air Ribena bancuh dan kotak tu mesti korang dah biasakan. Ini saja ja Yui ambil sebab tak pernah cuba. 1 tin lebih kurang RM 1.80 kalau tak silap.




Pendapat Yui,
Rasanya ok tapi Yui lagi suka rasa asli. Rasa tanpa gas. Gas dia tak berapa kuat dan masih boleh telan. Tapi itulah, otak dibayangi air ribena yang pekat dan sedap tu. Hahaha.


Maka,
Yui tak berapa kenan air sparkling macam ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 02, 2016

TIPS MINUM AIR ELAK DEHIDRASI DI BULAN PUASA

Orang kata, kalau bulan puasa susah nak minum air secukupnya. Yeke? Taklah. Asalkan korang amal seperti berikut inshaaALLAH boleh punya.


* 1 gelas lepas azan Maghrib
* 1 gelas lepas solat Maghrib
* 1 gelas lepas makan berbuka
* 1 gelas lepas solat Isyak
* 1 gelas lepas solat terawih
* 1 gelas sebelum tidur
* 1 gelas lepas bangun untuk bersahur (sebelum makan).
* 1 gelas lepas makan sahur.



Cukup 8 gelas kan?
Sebaiknya minum ikut keperluan badan. 


Untuk setiap 25 kg berat badan, perlu ambil 1 liter.


Kalau berat 60 kg, kena minum sekurangnya 2.4 liter air. 


Selamat mencuba dan selamat berpuasa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 12, 2016

Air RM 9.90





Inilah air berharga RM 9.90 untuk cup tinggi. Kalau rendah tak silap RM 7.90. Rugi ambil rendah. Hahaha.


Apa nama entah air ni. Ada di food court AEON Station 18, Ipoh.


Tea 3 layer gamaknya. Bawah tu ada kacang merah, ada cincau, teh, susu, aiskrim. Sedaplah juga tapi tak habis pun. Mak aku plak habiskan sebab dia suka. Heee, takpe mak, nanti orang belikan yang baru untuk mak.


Air macam ni nak beli sekali sekala takpelah. Selalu, kopak weiii.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 26, 2016

Vitagen Less Sugar

Mai mood nak minum air kultur. antara pilihan haruslan Vitagen selain Yakult. Sebab sedap dan bagi kesan terbaik untuk aku.




Aku suka ambil yang less sugar. Suka ambil pek yang bercampur perisa sebab aku suka semua perisa yang ada. Muahahahaha !


Sebelum makan pagi, minum sebotol kecil ni dulu walaupun rasa tak cukup banyak itu. Hehehe.


Korang suka vitagen tak??




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 18, 2016

Resepi Air Barli

Alaaaa, air barli je pun kan. Haaa tapi ini kali pertama aku sediakan air barli. Ehh, sebelum ini mak je buat. Maklumlah, anak manja. Wekkk !!


Entah rajin apa aritu waktu kat rumah sewa, tekak ni tak sedap jadi dok cari barli kat dapur. Mujur ada sepaket.




Tanpa perlu google untuk cari cara, aku terus buat sendiri. Buat pandai namanya. Hahahaha.


Bahan-bahan

1) Barli secukupnya
2) Air


Cara-cara

1) Basuh barli ( ala-ala basuh nasi tapi kejap je)
2) Masukkan barli dalam air. Masak hingga lembut.


Nak minum, baru bancuh dengan gula. Tak habis, simpan dalam peti ais. Tahanlah beberapa hari saja. Sedap bila sejuk atau diminum ketika suam.


Yaaaa, aku tak pandai masak dan bancuh benda "pelik" tu pasal jadi macam ni. Lalalalala.


Selamat mencuba !!

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 06, 2016

WW 11 [2016] - Air & kek dari Starbuck




Green tea memang terbaik !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 29, 2016

V-Soy Multi Grain minuman soya yang mengenyangkan

Antara salah satu pebret aku. Ada dua jenis tapi lagi suka yang ini sebab lebih pekat dan mengenyangkan.




Harga satu kotak kalau promosi di TF RM 3.80. Harga biasa aku jumpa RM 4 ke atas. Biasa kalau promosi, memang aku beli. Jimat. Hahahaha.


Serius sedap. Minum ketika sejuk. Fuhhh, nikmat !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 25, 2016

RESEPI : Air Bandung Cincau

Tu diaaaaa, entry peram berapa kurun. Arghh, nantakkan asalkan ada benda aku nak update kan ??
Serius, aku geram kalau order bandung cincau, yang mai bandung keruh. Cincau plak terpaksa kita tercari-cari. Wakakaka !!


Nah, buat sendiri. Versi Nurul Yui. Lagi sedap memikat kalbu. Nampak, siap ada layer hokay. Hakak pun pandai layer gini. Huahua.




Bahan-bahan :

1) Susu
2) Air panas & air masak
3) Cincau
4) Gula
5) Ais ketul
6) Perisa ros


Cara-cara :

1) Sedikit air panas, masukkan gula & susu, gaul sebati
2) Potong cincau halus atau ikut suka
3) Masukkan cincau dalam bancuhan tadi
4) Tambahkan air & air masak secukupnya
5) Akhir sekali baru tuang perisa ros ( tak perlu banyak )


Siap dah. Jadilah layer macam tu. Tak payah kacau.
Nak minum baru kacau okay. Ala-ala kedai gituuu.


Selamat mencuba !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 23, 2016

Air Cawan Besar : Kopilicious Merecik di Klebang, Ipoh Perak

Dah banyak kali aku beli kat sini. Tahu kenapa? Sebab memang sedap dan pekat. Terbaik habaq hangpa! Sebelum ini tak tau nama, haritu p dah nampak, so ambil gambar. Paparkan dalam blog agar korang mudah mencari nanti.


Kali ini cuba perisa lain pula. Fuuuh, memang tak menyesal bayar RM 5, memang berbaloiiiii!!



.

Perisa Horlick Oreo




Tepi jalan tak jauh dari AEON Klebang, Ipoh


Nak cari cukup senang sebab tepi jalan besar sahaja, orang Ipoh wajib cuba ok! 





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 15, 2016

Review Peribadi : Soyfresh Hersey's Cookies N Creme

Gilalarrrr. Lama aku mencari perisa ni. Susah sangat nak jumpa kat TF SS, memanjang ajeee habis. Padahal perisa lain berlambak. Jadi menurut fikiran, maybe perisa ni sedap tu sampai habis stok.





Ini aku jumpa di Aeon Ipoh. Itu pun ada beberapa kotak. Harga tak lebih RM 5. Sebelum buka, masukkan dulu dalam peti sejuk, barulah syok minum sejuk-sejuk. Dap dap dappppp !!


Mengikut tekak dan selera aku, aku biasa-biasa saja dengan perisa ni. Aku lebih suka MOCHA. Fuhhh! Tu memang terbaikla. Memang terasa sangat mocha. Yang perisa atas ni, aku terasa lebih feel soya aje. Cuma kepekatan tu memang tak dinafikan, terbaik !!


Korang yang belum rasa, cubalah ya.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 05, 2016

Air Cawan Besar : Green Tea Coffee King di Pasir Putih, Ipoh

Haritu dah merasa perisa chocolate [entry], kali ini sebab dah dekat, member tolong belikan perisa green tea plak.


As usual, sedap dan terbaik!
Bau teh pun tak kuat, rasa pun sedang sedang enak. Kira kenalah dengan tekak. Tapi jika nak dibandingkan, aku lagi suka coklat. Kopi pun pernah dah rasa.




Kalau rajin, lepas ini nak cuba perisa lain pulak. Jenuhlah terjebak dengan air macam ini. Diet ke laut afrika. Hahahaha!


Orang Pasir Putih Ipoh, bolehlah cuba sebab Coffee King dah buka cawangan ke-4 di area sini. 


Lokasi : Area Telekom Pasir Putih, Ipoh
Facebook : Coffee King






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 03, 2016

Akhirnya dapat juga merasa air Kopi King terbaik di Ipoh!

Alhamdulillah, akhirnya!! Yang diidam dah dapat walau rupa tak cantik sebab katanya stok plastik & sticker habis ketika itu. Tapi takpe, asalkan rasa tu yang umphhhhhh!!




Chocolate


Ambil masa lama nak merasa sebab deme buka cawangan boleh dikatakan jauh dari persekitaran aku. Di Taman Cempaka, Stadium Ipoh & Meru Ipoh.


Ini pun sebab Shafiq sudi bawa. Mana idak, aku dah meronta-ronta nak. Wakakakaka. Asal sembang je, asal whatsapp je aku akan sebut "teringinnya nak rasa kopi king". Nahhh, akhirnya.


Puas!
Itu kesimpulan ringkas dari aku. Memang terbaik. Sebab apa? Kau beli harini, tak habis minum, kau masuk peti ais. Minum keesokan, masih rasa kaw air tu. Tak macam yang lain, rasa air batu cair je la dik non. 


Memang lain dari yang lain Kopi King. Terbaikkkk!


Terkini, dah buk cawangan di Pasir Putih Ipoh. Haaaa, ni memang dekat dah dengan che'. Haruuuu, diet ke laut. Wakakakaka.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 11, 2016

Air RM 5 terbaik di Klebang, Ipoh

Dah merata pelusuk ceruk air RM 5 ada. Tinggal sedap tak sedap aje lagi. Nak tahu sedap ke tak, haruslah kita cuba. Bila ok, haruslah kita review! Biar orang lain turut sama rasa. Heeeee.


Sekarang aku nak cerita pasal air RM 5 yang terbaik area Klebang, Ipoh. Bagi aku setakat ini tak menghampakan. Takdelah indah khabar dari rupa.



Hazelnut Coffea & Kiwi 


Memang kaw likau habaq hangpa! Memang aku sarankan kalau ada antara kome yang lalu sana. Kalau nak ke Aeon Klebang, Ipoh memang tak jauh. Lepas jumpa kedai Din Bukit, sederet itu aje kedainya. Buka tepi jalan besar.


Sesekali minum takpe, jangan selalu. Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. Gituuuu. Hihi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 05, 2016

Cultured Milk Drink : Calpis Mango

Rajin tonton rancangan Juara Parodi? Selain dari mendapat tajaan Aurawhite, aku perasan ada air jenama Calpis.


Mula-mula memang aku tak tahu kewujudan air ni. Lagi-lagi bertambah confuse dengan jenama Caliph. Sebutan macam lebih kurang. Heeeee.




Yang aku nampak ada 2 perisa. Original & Mango. Aku pilih mango sebab aku suka! Takdelah, sebab lama tak makan buah, ambillah yang ini.


Harga sebotol besar 1 liter lebih kurang RM 4+. Sedap juga airnya. Lain sikit dari jenama air kultur yang ada di pasaran.


Korang cubalah, lain orang lain tekak!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 08, 2015

Nutrigen Natural Taste Cultured Milk

Tiap kali p mall beli barang dapur dengan family, bila tengok part yoghurt, dadih & sewaktu, pasti aku nampak benda alah ni.


Kelebek botol, tengok berapa ml, tengok harga.
Dalam hati buat perbandingan dengan 5 botol kecil dalam 1 pack tu.
Fikir punya fikir ambil juga, nak rasa namanya. Kang teringat-ingat sape pula gigih nak beli kan??




Buka penutup, terus masuk mulut. Masuk sikit-sikit.
Tak lama, buka lagi.
Ehh, buka lagi.
Tak sampai 10 minit habis! Hahahaha.


Jadi itu maknanya?
Bolehlaaa beli lagi.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 09, 2015

RESEPI : Air Sodaherbs

Terjumpa resepi air sodaherbs di FB. Terus rasa jatuh cinta. Sebab aku pernah minum di satu cafe, satu cawan kecil lebih kurang RM 10! Memang tak puas la minum tapi sebab orang belanja, apa de hal! Hahahaha.



- sumber FB -


Resepi air sodaherbs :
Laici tin 
Asam boi ( 7@8 biji)
Serai ( tak payah titik letak saja ) 3 batang
Daun pudina

Ais ketul
Air soda
Masuk semua dalam satu jug

Yang rajin, buatlah. Tak susahkan? Yang susah bila malas. Lalalalala. Selamat mencuba!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 09, 2015

Minum air pada waktu yang betul

Minum air secukupnya amatlah penting untuk setiap orang. Sekurangnya 8 gelas sehari. Aku faham ada yang susah nak minum air masak/putih. Macam aku dulu. Tapi lepas follow diet atkins & sekarang dah stop diet, mulut dengan sendiri nak minum air putih.




Di atas ni panduan nak minum air. Moga beri manfaat untuk semua.


Nak diet pun pastikan minum air yang cukup ya, bukan sekadar kawal makan & telan ubat itu ini.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^