tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label barang kemas. Show all posts
Showing posts with label barang kemas. Show all posts

Monday, February 06, 2017

Cincin Emas Paku Pontianak

Pernah dengar atau tengok cincin paku pontianak? Ehhh ni bukan Yui saja bagi nama tau, memang namanya ini. Hahaha.


Haritu ada customer datang bawa cincin paku pontianak, maka Yui sajalah cuba pakai.





Erk, rasa hodoh aje letak dijari sendiri. Hahaha. Jejari yang runcing rasanya sesuai pakai macam ni. Tambahan kalau kulit cerah lagilah cun.


Saja cuba. Dekat 5 gram juga cincin ni.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 29, 2016

TIPS EMAS : Cara bersihkan kotoran pada barang kemas




sumber : FB


Dah pernah cuba?
Kena cuba baru tahu macam mana






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, April 06, 2016

Cincin idaman 2015 yang masih belum dimiliki

Rasanya tiap minggu kalau rajin, aku akan singgah sekejap masuk ke Tomei. Tujuan utama nak tengok bahagian cincin aje.




Nampak tak yang aku bulatkan tu, aku teringin nak miliki cincin silang. Sebenarnya ini antara cincin idaman  2015 tapi tertunda atas masalah tertentu.




Tapi bila cuba pattern lain, dah kenan lain plak. Hahaha, perempuan !! Stok bukan selalu ada. Kena gigih ni. 


Doakan aku dapat juga cincin idaman 2015 ini ya. Dah terlajak tahun tapi masih belum memiliki. Huaaaaa. InshaaALLAH ada rezeki, aamiin.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 11, 2016

Sibuk dengan urusan lelong

Kenal aku siapa?
Tahu aku kerja apa?
Okay, kalau dah tahu takpe


Hari ini akan sibuk sikit dengan urusan lelong barang emas & barang kemas
Akan bermula esok hingga Khamis


Jadi, akan sedikit lewat untuk jejak balas kalian
Di hari Isnin, jangan bermalas-malasan naaa
Heeeee ;)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 16, 2015

Sibuk untuk urusan kerja rasmi

Memandangkan bermula esok hingga Khamis akan ada sesi lelongan barang kemas. jadi macam biasalah, hari Isnin adalah hari untuk "terlebih" sibuk.
Nak prepare apa patut.


Mungkin selepas pukul 1 petang baru aku akan berkesempatan terjah korang.
Dan juga akan siapkan entry-entry untuk akan datang.
Waahhh gitu! Bajet banyak idea. Hahahaha.


Jangan bermalasan di hari Isnin.
Lalalala.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 27, 2015

Pengganti duit simpanan hijau

Minggu lepas aku ada update tentang simpan duit hijau. Alhamdulillah menjadi juga walau bukan setiap hari aku buat. Di akhir entry tersebut ada aku nyatakan yang hasil simpanan duit hijau telah aku tukarkan kepada benda lain.


Taraaaa. Inilah dia pengganti duit hijau.





Setelah difikir semasak-masaknya, aku pilih untuk beli barang kemas sebagai menggantikan duit simpanan yang ada. Bukan apa, simpanan duit kertas takkan "beranak" tapi jika ada barang kemas, kalau emas naik, inshaaALLAH boleh jual ( biasanya takkan jual sebab sayang ).


Alhamdulilah.


Aku beli rantai kaki sebab inilah satu-satunya barang yang belum aku ada. Lengkap sudah barang kemas sendiri.


Emas yang ada, merupakan modal yang mudah dicairkan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 06, 2015

Agak sibuk dengan urusan kerja rasmi

Kalau lama yang mengenali aku, maksud aku selalu baca entry aku, inshaaALLAH akan tahu apa kerja hakiki aku.


Jadi bermula hari ini hingga Khamis, inshaALLAH akan sedikit sibuk atas urusan kerja rasmi.
Jadi kalau aku bw lambat, mohon maaf ya.


Apa pun, kena cari idea juga update sebab taknak blog sepi. Huahua.
Hidup seorang blogger picisan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 09, 2015

LOKET & SUBANG EMAS 916 BAJET

Cuci mata lagi. Kali ini stok bajet. Lebih kurang 1 gram sahaja untuk loket & subang berikut. Dan pastinya boleh bayar cash. Nak ansur juga, harga jadi lebih ya. Kena faham konsep cash & ansur.



LOKET CHANEL 916



SUBANG PAKU 916


Kalau ada yang nak join group whatsapp emas cash & ansuran 916, boleh whatsapp 019-2331810. Aku akan update barang kemas yang ada di sana.


Marilah kita mengumpul sikit demi sikit sebab ia boleh diguna jika sesak.
InshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 27, 2015

BARANG KEMAS 916 SECARA TUNAI ATAU ANSURAN

Marilah kita bersama-sama cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan di hati sanubari. Ada duit boleh bayar cash, kekurangan duit boleh buat ansuran.



RANTAI LEHER CHOKER



RANTAI LEHER & RANTAI KAKI



RANTAI TANGAN



CINCIN


Untuk makluman semua, harga tunai dan ansuran adalah BERBEZA. Sudah tentu harga ansuran lebih sedikit.


Untuk harga tunai boleh rujuk terus pada aku sebab harga berubah tak tentu hala. Ada naik, ada turun. 


Untuk belian secara ansuran, bayaran pertama adalah 40% dari nilai barang. Ansuran boleh 3-4 kali sahaja. 


Maklumat lebih lanjut, boleh whatsapp 019-2331810. 


Yang serius & benar-benar nak tahu, digalakkan hubungi daku. Ini emas 916 asli, bukan sadur ya. Ada banyak lagi pilihan lain. Prefer COD di kawasan aku =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 24, 2015

Cincin emas di tahun 2015

Hajat di awal tahun 2014 nak dapatkan cincin emas design sebegitu [entry] tak berkesampaian, maka aku tunaikan di awal tahun 2015. Alhamdulillah, rupanya masih ada lagi design ala-ala yang ku impikan.




saiz 11


Sebenarnya aku trade in 3 cincin dan tambah sedikit duit untuk dapatkan cincin di atas. Lagipun cincin-cincin berkenaan tidak boleh ku pakai ( longgar ).


Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Seronok sebab dah dapat apa yang kita kenan. Nak tunggu cincin tunang/nikah, belum tentu boleh dapat design macam ini. Heheheh.


Beli sendiri puas hati.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 05, 2015

Emas 916 dengan harga bajet & corak terkini




Mata dah pinar-pinar tengok emas 916
Belum lagi tengok emas 999
Fuhhh!


Ada yang berminat?
Stok tak banyak
Siapa bayar dulu, itu didahulukan
Takde nak booking main-main


Harga pasaran sekarang RM 168 ( tak termasuk upah )
Harga daku?
Boleh terus PM di FB
Harga lebih rendah & tiada upah
Postage tanggung sendiri naaa


Cincin 1.5 gram ke atas
Loket 0.5 gram ke atas
Rantai tangan ala pandora 6 gram ke atas


PERHATIAN
Harga berubah ikut harga semasa
Beli jika berbaloi, tunggu jika sanggup sebab dijangka akan naik lagi
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 26, 2014

Ura-ura emas dikenakan GST?

Bila dah berada dalam bidang emas, tak sikit tak banyak kena juga ambil kira hal semasa tentang emas. Kecoh kawan-kawan bagitahu kalau nak beli barang kemas tahun depan, akan dikenakan GST. Aku sendiri pun takde dapat info macam itu.


Kalau betul dikenakan, maknanya harga lagilah ______ ( sila isi tempat kosong ).


Korang,
memandangkan harga emas sekarang rendah ( lebih kurang RM 140/gram untuk 916 ), aku cadangkan korang belilah. Ala, bajet rendah pun jadilah. Beli, lepas itu gadailah semula. Perlahan-lahan ambil balik ( buat bayaran ansuran ).


Macam mana nak buat kalau duit pun tak berapa nak cukup?
Gaji adakan? Guna sementara. Janganlah guna 100%. Jom aku tunjuk contoh.


Guna duit gaji : RM 500
Katakanlah kedai emas A : Emas 916 RM 140/g ( termasuk upah )


Dengan duit gaji RM 500, korang boleh dapat lebih kurang 3.5 gram emas 916 ( belilah barang apa pun ).


Lepas itu, pergi cari mana-mana ar-rahnu. Harga gadaian contoh emas 916 RM 134/g ( nilai gadaian tak sama dengan beli baru ok )

3.5g x RM 134 = RM 460 ( akan digenapkan )
65% dari RM 460 = RM 300 ( nilai korang akan dapat untuk gadaian )

Maknanya, korang dapat semula tunai RM 300. Beli tadi harga RM 500, gadai semula RM 300. Kesimpulannya, hanya guna RM 200 ( 500 - 300 ) sahaja nilai gaji anda ( ibarat pinjam sekejap ).

Beli tunai dengan kedai emas, pergi gadai di arrahnu. Maknanya korang hanya perlu bayar ansur di arrahnu. Inilah cara sesuai untuk kes di mana, hati nak beli emas, tapi duit tak cukup. Faham?


Faham tak "formula" aku bagi tadi?
Baca perlahan-lahan. InshaaALLAH korang akan dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Tak perlu beli barang kemas secara ansuran pada orang ( ada yang jual ibarat 1 gram = RM 250 ). Tapi kalau tak kisah, terpulang.


Lagi seronok kalau korang dapat beli lelongan barang kemas yang ada di arrahnu. Kenapa? Harga lagi rendah. Tak percaya? Pergi mana-mana arrahnu berdekatan dan tanya mereka.


Apa pun, keputusan di tangan masing-masing. Perlu pendapat? Boleh cari aku. Aku bantu mana yang tahu.


Jadi, berbalik pada isu GST, kita tengoklah nanti kesahihannya. Harap ini hanya khabar angin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 27, 2014

Sibuk dengan urusan lelongan barang kemas

Bermula hari ini hingga rabu akan diadakan sesi lelongan barang kemas. Jadi macam biasa, aku mungkin akan sedikit sibuk dengan urusan kerja rasmi.


Buat anda yang singgah ke blog, inshaALLAH akan ku kunjung balas. Mungkin sedikit lewat sahaja. Kepada orang Ipoh, boleh datang jenguk. Mana tahu ada barang kemas yang anda berminat untuk bid lelong.


Banyak benda nak share. Kena perlahan-lahan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 18, 2014

Lelongan barang kemas bermula esok

Kepada yang tahu aku kerja apa, kerja di mana mesti dah biasa dengan entry macam ini. Bila entry sebegini wujud itu tandanya aku nak bagitahu dalam minggu ini aku akan sedikit sibuk. Sibuk dengan kerja rasmi.


Maka masa berblogwalking mungkin akan sedikit terhad. Mungkin! Tapi aku cuba sedaya upaya jejak balas kepada mereka yang sudi tinggal jejak di blog picisan ini.


Siapa orang Ipoh, boleh tengok barang kemas yang akan dilelong bermula esok hingga Khamis ini. 


Beli emas boleh pakai & boleh ditunaikan. Itulah kelebihannya =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 15, 2014

Lelongan barang kemas

Bermula 15/4/2014 - 17/4/2014
cik blog akan sedikit sibuk
untuk uruskan kerja rasmi


Nanti daku kunjung balas
Moga mengerti
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 18, 2014

Barang kemas 916 terpakai untuk dijual

Minat kumpul emas tapi tiada tunai? Minat kumpul emas tapi nak bayar secara ansuran? Tak kisah emas baru atau emas lama? Okay, daku ada juga jual barang kemas terpakai. Yang mana available akan dimaklumkan dari masa ke semasa.




RANTAI LEHER : Berat 3.30 gram

CINCIN : Berat 3.31 gram Saiz 14


Kalau beli barang kemas 916 baru. harga kedai semasa sekarang lingkungan RM 151/gram belum masuk upah. Jika beli barang kemas terpakai, haruslah lebih murah sikit dari yang baru.


Untuk harga terpakai bagi gambar di atas, RM 136/gram. Nett. Daku benarkan bayaran maksimum 2 kali tanpa perubahan harga. Sangat disarankan untuk orang berdekatan sebab senang COD. Kalau nak pos boleh tapi atas tanggungjawab sendiri { inshaaALLAH setakat ini tiada masalah }.


Berminat? Boleh terus PM di FB Nurul Yui. Kita bincang lanjut di sana. 


* Item akan dicuci & semestinya dapat di tangan anda, berkilat seperti baru =)


Harga emas sudah menunjukkan peningkatan
Jadi, keputusan di tangan anda







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 12, 2014

WW 6 [2014] - Bekas khas berkaca barang kemas lelong



Dalam bekas itu terletaknya
barang kemas untuk di lelong




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, March 10, 2014

Sibuk untuk urusan lelong barang kemas

Kejap lagi aku bakal sedikit sibuk dengan urusan kerja rasmi. Bermula esok hingga Khamis akan diadakan satu lagi sesi lelongan barang kemas.


Hari ini baru lihat bagaimana keadaan emas yang terlibat. Jadi, berkemungkinan kecil blog akan sedikit terabai. Jangan risau kerana aku tetap kunjung balas.


Dengan apa yang terjadi sekarang, jangan lupa teruskan berdoa agar mereka yang terlibat dengan MH370 dijumpai segera walau apa pun keadaannya. Aminnn.


Doa untuk MH370




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 25, 2014

TIPS ATAU CARA UNTUK MASUK TENDER LELONG BARANG KEMAS

Anda berminat dengan lelongan barang kemas? Jom daku share antara maklumat yang aku rasa wajar untuk anda pertimbangkan.


1) Perhatikan sebaiknya item yang ada dalam bekas bercermin
2) Rujuk maklumat lanjut setiap barang pada kertas yang disediakan 
( item, berat, mutu & kerosakan jika ada )
3) Tengok barang samada nampak lusuh, baru atau ada kerosakan sedikit
4) Buat kiraan anda sendiri. Di sini anda kena pandai untuk letak harga. 

Bandingkan dengan harga jika beli di pasaran luar. Kalau beli lelong lagi untung, masuk tender. 

Jika tidak, abaikan sahaja.
5) Minta tolong atau bertanya kepada pekerja arrahnu andai diperlukan


Setiap satu akaun pada barang lelongan iaitu setiap borang berharga RM 5. Anda isi maklumat yang diperlukan dan letakkan harga yang boleh anda tawarkan.


Berapa harga barang lelong ikut anda?
Nilai yang anda letak + RM 5 ( borang ) = Inilah jumlah sebenar untuk item anda pilih


No 5 itu antara yang penting sebab disitu memerlukan "kemahiran" anda untuk meletak harga. Diingatkan, bukan anda seorang sahaja yang akan masuk tender. Jadi kena pandai letak harga selaras dengan harga yang relevan.


* Pekerja arrahnu & ahli keluarga terdekat adalah DILARANG untuk memasuki tender barang lelong, harap maklum.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 24, 2014

Sibuk untuk urusan lelongan barang kemas

InshaaALLAH hingga Khamis ini aku sedikit sibuk memandangkan bermula esok proses lelongan barang kemas bakal dijalankan.


Banyak barang kemas yang cantik-cantik. Sayang sungguh kerana mereka tidak mahu ambil semula. Harga lelongan anggaran RM 130 ke bawah untuk setiap gram bergantung kepada mutu barang kemas.


Bagi orang Ipoh, anda dijemput hadir untuk melihat barang kemas yang akan dilelong. Mana tahu ada yang berkenan sebab kebanyakan barang nampak baru. Itu realiti sebab daku sendiri yang uruskan bersama manager.


* Bukan senang-senang nak lelong barang kemas. Pelbagai prosedur dijalankan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^