tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label cerita tahun 2015. Show all posts
Showing posts with label cerita tahun 2015. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

Tanya 1 soalan sebelum 2015 berakhir

Kalau ramai tanya, aku akan kumpulkan dalam satu entry nanti
Kalau ya, hahahaha!
Goodbye 2015!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 14, 2015

Aksi spontan adik-beradik

Ahad lepas satu family kecuali bongsu hantar adik lelaki aku balik Alor Star
Sekarang dia tengah belajar di Air Force
Sempat juga nak berselfie aksi spontan
Layankan!




Gambar menggunakan hp Asus Zenfone 6
Tapi kalau lagi clear, suka guna Samsung Grand


Inilah kami si gila-gila
Dari kiri, sulung, no 2 & no 3
Bongsu lelaki di rumah layan coc, ceh!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 24, 2015

Cincin emas di tahun 2015

Hajat di awal tahun 2014 nak dapatkan cincin emas design sebegitu [entry] tak berkesampaian, maka aku tunaikan di awal tahun 2015. Alhamdulillah, rupanya masih ada lagi design ala-ala yang ku impikan.




saiz 11


Sebenarnya aku trade in 3 cincin dan tambah sedikit duit untuk dapatkan cincin di atas. Lagipun cincin-cincin berkenaan tidak boleh ku pakai ( longgar ).


Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Seronok sebab dah dapat apa yang kita kenan. Nak tunggu cincin tunang/nikah, belum tentu boleh dapat design macam ini. Heheheh.


Beli sendiri puas hati.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 11, 2015

Employee of the month

Lepas saja kejadian pelanggan tiada adab, petang itu juga aku dapat berita gembira. Sebenarnya macam tak percaya tapi alhamdulillah. Ada rezeki untuk kali ini.




Dapat RM ****. Mungkin ini hikmahnya selepas aku "dimalukan". ALLAH bagi rezeki melalui sebegini.


Untuk Dec 2014 tapi baru sekarang dapat tahu. Takpe, tak kisah =)


Oh ya, sesiapa nak buat pinjaman dengan koperasi di atas, boleh roger aku. Bagi slip gaji dan nanti akan aku bagitahu amaun pinjaman yang layak ( ini kerja partime ). Ini betul-betul punya pinjaman ya.


Dugaan adalah asam garam dalam kehidupan. Terpulang samada kita pandai kendalikan atau tidak walau kadang ambil masa. Bertabah!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 23, 2015

Iklan Ku Puteeehhh Barulah Putehhhh!




Adik ajak welfie, kakak dia pun apa lagi beraksi tanpa segan silu. Lepas kelebek gambar, rasa macam tangan tu trademark produk putih tu. Ala yang tuuuu. Hahahaha.


Aku tak mention produk dengan nama sebenar ya. Oh ya, ini hanya gurauan semata! Jangan nak ambil serius.


Meh bagi aku test, kot benor boleh putih. Miahahahaha!


Apa pun buat Dato' Vida,
Saya bangga dengan anda. Anak melayu Islam yang berjaya!
Moga berjaya dunia akhirat kita bersama, InshaaALLAH


Lagi orang mengutuk, lagi anda mampu berjaya. Percayalah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 19, 2015

AJL ke 29 - Suara penyanyi ganti Mojo terkesan di hati

Semalam tengok tak tengok saja sebenarnya. Bila sampai part Alyah nyanyi, rasa seram saja. Seram kenapa tak pasti. Mungkin sebab dengar suaranya dan rasa simpati padanya perihal rumah tangga.


Antara ramai penyanyi, aku tak sabar nak tengok siapa yang ganti vokalis Mojo. Mula-mula dengar, fuh, leh tahan juga suaranya. Bila dah fokus, rupanya mereka oku. Allahuakbar! Menitik air mata sebab mereka punya bakat besar.


Sampai bahagian nafas panjang, hebat! Itu saja. Sangat terkesan nyanyiannya di hati ku. Sampai semua dalam stadium berdiri.


Apa pun puas hati sebab Mojo dapat menang persembahan terbaik.


Yang lain-lain aku tak kisah. Hehehe. Tahniah Edry sebab tonjolkan bakat yang sangat hebat. Moga mampu buat mereka lebih berjaya. Membantu orang yang susah. InshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 12, 2015

Bila pakai jam tangan abah

Tak perasan bateri jam sendiri mati. Disebabkan tak biasa kalau tak pakai jam, jadi janggal. Jadi, pinjam jam abah.



Lama sebenarnya aku tak pakai jenis tali macam ini. Terasa diri muda sebab zaman sekolah pakai jam tali sebegini.


Terima kasih bagi pinjam. Dah ganti bateri, dah pakai jam sendiri =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^