tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, September 11, 2014

Bantal katak penangan rindu awak 200%?



Tajuk entry bukan main lagi kan. Ekekeke. Sebab cerita rindu awak 200% dah habis, tak sangka duk terima order bantal felt craft design katak. Dulu aku buat keychain sahaja.


Ada yang nak order katak comel ini? Boleh contact di Nurul Yui Collection. Harga inshaaALLAH berbaloi dengan 100% handmade yang dihasilkan. Untung tak seberapa tapi sebab minat, ku gagahi juga.


Daku hanya partime dengan benda ini semua.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 27 [2014] - Pelbagai watak pada orang yang sama

Andai diri dalam kesedihan
Tidak akan di bawa kesedihan peribadi dalam urusan kerja


Anda diri dalam gembira
Pasti dalam dua situasi tersebut terasa ceria


Orang yang sama 
Mampu menjadi pelbagai watak dalam tempoh sama


Hebatkah itu?
Atau lakonan semata-mata?
Untuk kebaikan



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 10, 2014

WW 25 [2014] - Bantal perhiasan felt craft loving



Info lanjut { sini }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kucing-kucing dicampak dari tingkat atas

Terkedu saat aku tengok gambar yang dishare dari FB pencinta kucing. Sekali sangkar travel kucing dicampak dari tingkat tingkat 9. Ketika kejadian tuan empunya dalam perjalanan dari tempat kerja.


Masih menjadi tanya samada ini perbuatan khianat atau lain. Apa pun, MUSTAHIL sangkar ini boleh jatuh dengan sendiri dengan kuantiti kucing yang ada dalam itu. Beberapa ekor anaknya mati. Seriously sayu tengok gambar tersebut.


Tak sanggup nak letak gambarnya. Kucing-kucing berkenaan nampak sangat sihat & pastinya tuannya terlalu menyayangi mereka. Kalau korang nak tengok gambar { sini }.  


Kalau benar ini unsur khianat, maka tunggu sahaja pembalasan dari ALLAH. Kekejaman yang melampau! 


Akal letak di lutut!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^