tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, October 18, 2013

Nurul Yui genap 25 tahun

Alhamdulillah. 25 tahun yang lalu telah selamat lahir secara normal seorang bayi perempuan yang comel lagi cute di bumi ALLAH ini. Alhamdulillah bayi tersebut membesar menjadi seorang gadis yang comel lagi montel. Muahahaha.


Terima kasih kepada mereka yang mesej di hp, wish di FB, di blog, telefon dan seangkatan dengannya. Sangat terharu. Hanya ALLAH mampu membalas segala budi baik kalian.


Bukan intan berlian yang ku harapkan, cuma aku pinta kalian doakan daku panjang usia, dumurahkan rezeki , dapat berbakti pada keluarga tersayang & mencapai apa yang dihajati. Doakan semua berjalan lancar ya. Amiiinn.


Blogger, kalau anda pernah komen di entry { ini } bermakna lebih kurang begitu juga usia perkenalan kita di alam maya. Doakan kita dapat bertemu empat mata. InsyaALLAH.


Makin meningkat usia tidak mustahil makin dekat ajal kita. Allahuakbar!


Jumaat, 18 Oktober 2013 = 25 tahun


Mak, terima kasih kerana bertarung nyawa melahirkan orang
Abah, terima kasih kerana bersama emak membesarkan orang dengan sebaiknya
Adik-adik, terima kasih kerana kalian adalah pelengkap kepada keluarga kita
Awak, jika ada jodoh kita, insyaALLAH awaklah bakal penyeri hidup saya
Kawan-kawan, terima kasih untuk perkenalan yang cukup indah selama ini



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 17, 2013

Apa tengok-tengok?



Tengok apa?
Tahulah Shinchan comel bila berbaju kan?


Hihi
Ini time dia baru bangun tidur
Sebab itu mata sepet sahaja


* Dah nak berubah angka usia, makin sayu rasa hati....




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Renungan untuk kita bersama

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.


Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.


Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.


Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.


Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, ALLAH Yang Maha Adil




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 16, 2013

Blog sunyi sepi

Apa yang sunyi sepi? Apa lagi blog lah. Orang lain seronok masih bercuti. Aku masih menjadi "pekerja cemerlang". Muahahaha. Sebenarnya AL aku dah secipot. Kena berjimat-cermat.


Tak percaya sunyi? Tengok sahaja berapa komen yang diterima untuk entry sedia ada. Tapi bila tengk trafik alhamdulillah. Masih ada entry lain tolong "backup".


Takpe, insyaALLAH esok lusa kembali seperti biasa. Itupun kalau ada yang sudi singgah di blog picisan daku.


Lusa aku nak up entry perkenalkan senarai para sponsor. Terima kasih kepada mereka yang sangat bermurah hati. Alhamdulillah.


* Sebenarnya up entry bukan kerana hendak tengok berapa komen yang ada tapi cukuplah entry itu sebagai tanda daku masih di sini setia bersama blog tersayang =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^