tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, September 10, 2014

WW 24 [2014] - Bantal perhiasan felt craft katak



Info lanjut di fb page




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 09, 2014

Bagaimana untuk elakkan kucing memancut?

Aku ini takdelah "hebat" untuk tahu secara teliti tentang kucing tapi sekurangnya aku belajar dari pengalaman dan kadang-kadang baca info yang sahih termasuk dari pihak veterinar sendiri. Ada yang bertanya padaku,


Bagaimana untuk elakkan kucing memancut?
Khasnya buat kucing jantan. Berdasar pengalaman, sampai satu tahap/peringkat umurnya, kucing akan memberi tanda. Dengan memancut sedikit pada tempat yang dia nak. Ada beberapa sebab yang aku tahu :

1) Sebagai tanda kawasan
2) Faktor usia
3) Faktor kesihatan


Nak elak? 
Secara jujur benda ini adalah perkara normal yang akan terjadi. Solution terbaik, hantar pada veterinar untuk proses neuter. 


Kalau cara klasik/cara orang tua
Letak hidung kucing pada kawasan yang ditanda. Maknanya pastikan hidung dia kena pada tempat tersebut. Cara macam ini agak berkesan terutama pada yang suka berak merata. Bab kencing belum try.  Konon ini sebagai amaran tuan kucing tak suka kucingnya buat macam itu. 


Letakkan daun limau purut ( beberapa helai ). InshaaALLAH tempat tersebut takkan diusik lagi kucing. 


Ini semua hanya cara tradisional dan moden. Tak salah untuk mencuba. Dah cuba baru tahu kesannya kan? Apa pun perkara begini adalah lumrah. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Menang voucher RM 10 dari blogger Azhafizah

Alhamdulillah tak sangka aku antara 3 orang bertuah untuk terima voucher RM 10. Main suka-suka sahaja letak tapi dengan harapan tinggi untuk menang.


Bab makanan, haruslah aku laju nak join. Ekekeke! Simple & Quick Giveaway by Sihatimerahjambu yang dianjurkan oleh blogger Azhafizah. 


Aku sangat teruja nak guna voucher RM 10 dan order di www.foodpanda.my .  Best! 


InshaaALLAH nanti aku review servicenya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, September 08, 2014

Luahan si pembela kucing



Ambil sedikit masa
Perhatikan, renungkan & fikirkan
Ambil aspek positif
Jangan hanya tahu negatif


Fikirkan kebaikan
Kebajikan bersama
Semoga ALLAH pelihara




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^