tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, June 08, 2016

Cara sediakan Air Nabeez

Cara-cara :

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ya. Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Khasiat dan Kelebihan air Nabeez 
1. Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
2. Tinggi kandungan fiber ~ menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya akan pottassium ~ penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.

Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh.

Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi akan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.


Air Nabeez yang Yui sediakan
Guna 3 biji kurma dibuang biji & dicarikkan
Rendam dalam air dan letak pada suhu bilik
Buat malam, minum waktu sahur


Selamat mencuba ya !






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Hari kedua Ramadhan 1437H bermula di rumah sewa bersama rakan-rakan serumah. Orang bujang, serba ringkas kalau sahur. Kalau boleh ambil air tepi tilam dan teguk terus. Hehehehe.


Bersahur
1 biji kurma
500 ml air masak + CMD Hydro D


Berbuka
1 sachet Perlaking
Kurma 3 biji
Salmon, sayur & telur
Pengat ubi kayu ( sebab budak rumah bagi )
Air lemon tanpa gula



Boleh dijadikan menu untuk pengamal Diet Atkins
Fahamkan dulu setiap fasa Atkins






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 07, 2016

Pes Char Kuey Teow yang tetap di hati

Pernah korang makan char kuey teow di luar, tapi semuanya sikit belaka? Maksud aku sikit dari segi bahan-bahan. Pastu kotiau tak nampak, tenggelam. Rupanya sikit seceot. Hehehe.


Oklah,
Kita selesaikan masalah di atas dengan beli pes char kuey teow ini. Memang terbaik sebab aku sendiri dah berulang kali repeat order. Aku bukan jenis senang nak repeat sembarangan melainkan kena sangat dengan tekak.





Trylah search. Yang ini aku beli dan orang tu hantar kat tempat aku. Kiranya konsep COD.





Harga pun berpatutan sangat. 1 botol kecil ini boleh buat lebih dari 8 pinggan char kuey teow. Cara masak pun disediakan. Sebab tu korang nampak chef muda kat situ. Hahahaha.




Kalau rasa nak minta aku belikan, boleh, upah RM 2/botol.  Kalau nak, kalau taknak cari aje sendiri. Senang sekarang semua dihujung jari. Heeeee.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Contest Jubah By Zaza Iman

www.zazaiman.com merupakan sebuah blog personal dan lifestyle seharian seorang blogger. Banyak berkongsi tentang motivasi, tip, dan juga review mengenai produk-produk yang pernah digunakan.

Pemiliknya Zaza Iman juga membuat servis cetakan kad bisnes dengan harga hanya RM55 je untuk 3 kotak ( 300 pcs ). Juga menjual secara online produk pakaian. Untuk sebarang tempahan kad bisnes dan lain boleh berhubung terus melalui instagram @byzazaiman




Berita baik, www.zazaiman.com kini sedang membuat SATU CONTEST iaitu CONTEST JUBAH BY ZAZA IMAN. Dimana hadiah yang ditawarkan adalah :

HADIAH YANG DITAWARKAN 

1 x Miri Jubah @ Riya Baju Kurung By Zaza Iman
1x RM10 Topup by Tengkubutang


Nota ** 
seorang pemenang yang berjaya boleh memilih sama ada mahu
jubah merah atau baju kurung hitam

Sekiranya baju yang dipilih kehabisan stok, maka baju lain akan digantikan dimana anda juga boleh memilih SATU dari  beberapa pilihan yang ditawarkan

Yeahhh..best kan??

Kalau korang nak join boleh klik SINI .

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^