Nampaknya ramai pakat tanya resepi versi daku sendiri setelah melihat entry {
ini }. Ecehh. Korang sajekan. Takpe aku kongsikan versi aku sendiri. Tidak perlu bakar membakar sebab kek aku kukus sahaja.
BAHAN-BAHAN
1) 100 gram tepung gandum *
2) 60 gram tepung jagung *
3) 1 sudu kecil baking powder *
4) 1 sudu besar ovalette
5) 100 gram gula kastor
6) 4 biji telur
7) 2 biji kuning telur
8) 50ml air sejuk ( air dari peti sejuk )
9) 75 gram mentega cair
CARA-CARA
1) Ayakkan dahulu bahan bertanda *
2) Sebatikan semua bahan diatas kecuali mentega cair
3) Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair & sebatikan
4) Kukus selama 40 minit ( cucuk guna garpu & jika kek tidak melekat pada garpu itu tandanya sudah masak )
* Nak letak pewarna pun boleh ( perisa rose atau pandan atau ikut suka )
BAHAN & CARA UNTUK CREAM CHEESE
1) 250 gram cream cheese
2) 120 gram susu pekat manis
3) 50ml UHT whipping cream
* Satukan semua bahan di atas hingga sebati. Ikut resepi asal katanya cair tapi daku buat tak cair.
BAHAN UNTUK HIASAN
1) 1 buku ( 250gram ) cheddar cheese diparut
* Daku guna beberapa sahaja dan potong guna pisau. Tak parut bagai sebab untuk makan sendiri. Huhu.
CARA PENYEDIAAN
1) Kek yang masak tadi sejukkan dahulu kemudian bahagi pada 2 bahagian
2) Tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama
3) Lapiskan dengan kepingan kedua & tuang semua baki cream cheese atasnya
4) Tabur cheddar di bahagian atas sebagai hiasan
* Kalau nak tabur cheese yang diparut pada kepingan pertama pun boleh. Lagi bertambah sedap!
Boleh simpan dalam peti ais. Tahan hingga 3 hari ikut apa yang aku buat. Kalau dah melantak habis dalam sehari sudah settle semua. Hahaha!
Itulah hasilnya seperti dalam gambar. Nampak tak comel tapi rasa comel ok. Selamat mencuba ya.