tentang
banner
tutor
fb
home

Saturday, November 30, 2013

Rezeki untuk pelanggan di Nurul Yui Collection



In shaa ALLAH setiap pembelian
akan ada cenderahati tak seberapa dari


Rezeki dikongsi bersama
Moga mendapat keberkatan
Amiinnn





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 29, 2013

Emel payment advice yang dinantikan

Walau baru dapat emel itu pun dah buat 50% gembira. Lagi 50% bila cek selamat sampai ke rumah nanti. Alhamdulillah buka emel pagi ini dah nampak.



Jadi memang benarlah sekarang ambil masa sebulan paling cepat untuk terima. Sebelum ini kalau ikut pengalaman dalam 2 minggu sahaja.


Tapi takpe. Asalkan semua berjalan lancar dan dipermudahkan. Rezeki sambil berpokpek di blog sahaja.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Anak kucing comel dari longkang

Semalam aku balik SS sebab nak uruskan pengeposan. Sampai & sempat rehat sekejap mak bagitahu, " kita ada anak baru ". Dalam hati aku, tak lain tak bukan mesti meow!





Allahuakbar! Memang seekor anak meow yang sangat comel. Mak bagitahu, adik aku jumpa dalam longkang area kedai. Adik tanya "aunty" itu kot-kot ada mak kucing sayangnya boleh pula orang itu jawab, " memang takde. itu kucing sudah berapa hari dalam itu " Sayu hati aku.


Ada juga manusia yang biar sahaja macam itu. Tak terkata kerana perangai orang kita tak jangka.


Serious si comel ini sangat manja. Betina. Aku pegang, aku belai. Bau dia memang bau dalam kotak yang lama. Terus aku bagi mandi, bagi wangi dengan syampoo kucing. Walau badannya penuh kutu, aku dah letak ubat sepatutnya. Moga semua kutu itu hilang segera.


Dalam waktu aku sedang atau masih berikan kucing-kucing kepada mereka yang pencinta kucing, datang seekor lagi. Aku anggap ini semua rezeki dan ada hikmah di sebaliknya. Moga si meow dapat hidup sempurna. In shaa ALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 28, 2013

Pening kerana cuka?

Rasanya aku dah buat ujikaji pada diri sendiri. Kalau beli murtabak lepas itu hanya makan bersama bawang warna pink, malam itu juga kepala pening dan akan dibawa sampai ke pagi keesokan hari.


Pergh! Ayat kau yui. Itulah hakikatnya. Sekarang aku alami. Gatal lagi makan bawang pink yang sedap benor tu. Sendiri yang sakit. Padahal sebelum ini takde masalah. Mungkin faktor usia. Kui kui.


Motif entry? Nak bagi remind pada diri sendiri lain kali jangan gatal makan bawang itu lagi. Itu faktor kepeningan yang melanda. Lain orang lain cara sakitnya kan. 


Ujikaji hanya dari diri bukan minta pandangan doktor. Muahaha!


Yang mana nak berpantun
silalah join GA November 2013 daku




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 27, 2013

GA November 2013 dilancarkan esok

Ada yang komen asyik terlepas GA yang daku anjurkan. Ok takpe. Kali ini aku inform awal siap ada entry khas. Kata tak sempat lagi aku babap! Hahaha.


In shaa ALLAH esok GA November 2013 Nurul Yui akan dilancarkan. Bertemakan PANTUN. Rasanya ini kali kedua GA daku bertemakan pantun.




Itulah banner simple. Kesian dia termenung sebab nak tunggu pantun yang dapat buat dia tersenyum dan menawan kalbu. Ececeh!


Syarat, hadiah apa semua tunggu entry esoklah ya. GA kali ini berlangsung selama 4 hari. Pantun tak perlu nak formal mana ok. Asalkan bunyinya ada dah memadai.


Kita suka suasana santai.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 108 - Semua kejayaan bermula dengan percubaan!



Bagaimana nak join NMG?
atau nak join D2R?
Boleh terus PM di FB

Aku akan terangkan konsep
dan anda boleh mendaftar di bawahku
Bermakna daku yang akan guide anda sebaiknya


Daku nak anda betul-betul faham okay 
Bukan masuk lepas itu tak tahu apa-apa
No no no!
Itu bukan cara daku
Daku akan bantu anda


FB : Nurul Yui




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Shawl Halfmoon Plain Nurul Yui Collection

Berdasarkan entry { ini } alhamdulillah dah lancarkan shawl halfmoon plain dari Nurul Yui Collection. Buat permulaan daku sediakan 10 pcs warna yang berbeza ( ada yang dah dijual )




SOLD : Hitam, Coklat & Kuning


Harga promosi pengenalan hingga hujung bulan Nov 2013

Sehelai hanya RM 16
Saiz 1.5 m x 0.8 m
Lebih lebar & boleh adjust untuk labuhkan
Material : Chiffon ( tidak terlalu jarang )
Mudah dibentuk & selesa dipakai




Contoh pemakaian dari daku sendiri. Kalau anda nak request warna pun boleh. Cuma ambil masa untuk cari warna & siapkan. Apa-apa boleh terus komen atau PM di page FB untuk pertanyaan lanjut. In shaa ALLAH.


MELEKAT SEHINGGA HUJUNG BULAN
ENTRY BARU SILA SCROLL BAWAH
TERIMA KASIH





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 26, 2013

Jumlah pengeluaran bonus NMG [2bulan26hari]

Alhamdulillah, 2 bulan 26 hari bersama NMG hasilnya alhamdulillah. Bersyukur walau sekadar partime dengan NMG. 


Lama tak mencoret tentang NMG sebab sekarang busy fokus pada D2R. Ala-ala NMG tapi bonus lebih menarik. Sebab itu aku try dulu nak rasa macam mana hasilnya.


Dan dengan D2R pun sudah ada bonus yang selamat aku terima. Berkali ganda dari modal yang dikeluarkan.



Jumlah bonus yang aku terima hingga saat ini
2 bulan 26 hari = RM 665


Yang tak tahu pasti tertanya apa benda ini. Meh kita citcat kat FB. Ini bukan MLM yang harus ada target untuk mencari orang. Tidakkkkk okaaayy!


Berpartime dengan NMG dan D2R kerjanya santai sahaja. Taknak buat apa pun dapat bonus. Nak bonus cepat buat sahaja apa disarankan. Mudah. Semua diajar. Bergantung kepada dengan upline mana anda rujuk.


Daku tunjuk peluang, tunjuk cara & keputusan terserah pada masing-masing. Yang was-was jangan libatkan diri sebab semua ini tiada paksaan.


Blogger Azhafizah pun dah 2 kali cashout
{ entry
Tahniah dear!!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Nilai RM 50 dulu & kini



Kalau 15 tahun lalu, nilai RM 50 cukup besar. Bawa ke pasar malam boleh tampung beli barang basahan, harian hingga seminggu.


Tapi pergi pasar malam kini dengan nilai RM 50, tak sama seperti dahulu. Kita masing-masing dapat rasakan. Duit antara keperluan kini. 


Dengan kadar perbelanjaan yang makin meningkat 
membuatkan kita berusaha untuk menambah pendapatan.


Walau macam mana pun, di samping mencari duit jangan kita lupa perkara-perkara penting yang lain. Jangan sekadar mengejar keuntungan dunia tapi akhirat diabaikan. Moga dijauhkan sesama kita dari sikap begitu.


Bersyukur. Alhamdulillah. Berusaha, in sha ALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 25, 2013

Satay Thai sedap di pasar malam Ipoh

Kalau anda area kawasan aku, sangat sarankan try satay thai. Satu cucuk 50 sen. Walau saiz tak besar mana tapi kesedapannya itu yang buat teruja. Kuah dia pun pekat, tak main cair-cair ya.




Nasi impit satu 50 sen juga. Ini di pasar malam hari Isnin area Station 18 Ipoh. Ala yang satu tempat dengan nasi kerabu dan laksam dari makcik kelantan tu { entry }.


Sedap! Silakan cuba. Kalau tekak korang rasa lain, itu bukan salah aku. Bagi aku itu dah sedap. Ngeh ngeh.


Ada dua tiga tempat jual satay. Tapi satay thai ada banner sendiri. Maka sila cari terlebih dahulu. Dia menjual di lorong tengah yang kecil.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Kucing si Hero telah pergi selama-lamanya

Pernah tak anda baca di berita tentang seekor kucing yang kehilangan kedua-dua tangannya akibat perbuatan manusia yang kejam satu masa dahulu?


Allahuakbar! Kucing itu telah pergi selama-lamanya akibat penyakit leukemia. Sedih aku tengok gambar-gambar Hero. Seekor kucing yang sangat tabah walau kecacatan yang dialami disebabkan sifat manusia yang kejam!!


Moga Hero tenang di sana. Buat penjaga Hero, hanya ALLAH mampu balas jasa baik anda. Sesungguhnya anda insan mulia yang sanggup menjaga Hero hingga ke akhir hayatnya.




Sayu hati ini. ALLAH, macam inilah rasa seorang peminat & pencinta haiwan. 




Pernah juga kucing aku mati sebab buasir, batu karang dan penyakit virus berjangkit. Doakan mereka tenang di samping pencipta yang maha ESA.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, November 24, 2013

Giveaway Like, Share & Win Nurul Yui Collection



Ini bukan GA rasmi untuk blog ya. Sila jangan salah faham.
Just nak bagitahu GA simple kali kedua dari page daku


Yang mana rasa rajin online FB
Rajin nak join benda simple
Silalah join GA ini ya


In sha ALLAH sangat mudah
Yang penting akan dapat shawl halfmoon plain


Yang nak join
Sila klik { sini }




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 23, 2013

Gangguan ketika iron pakaian

Nampak tak apa makhluk yang akan mengganggu saat cik tuan dia tengah rajin nak iron? Si Shinchan mengada! Lompat atas board, baring gedik-gedik, buat aksi gatal minta dibelai.





Nasib baik kau comel sayang. Kalau tak lama dah kena luku. Hahaha.


Aksi kucing korang mesti lagi bestkan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 22, 2013

Cerita Highland Tower tak menarik?

Lama tak tengok wayang. Mampu tengok cerita yang ditayangkan di web sahaja. Maknanya tengok iklanlah tu. Semalam ada wassup dengan adik aku di UUM.


Katanya nak tengok Highland Tower kat laptop kawan dia. Dah selesai tengok, dengan penuh semangat dia bagitahu cerita tersebut tidak menarik! Bosan dan merepek.


Aku? Gelak jelah bila dia bagitahu macam itu. Siapa suruh tengok. Serious aku tak minat genre cerita melayu macam ini. 


Aku bagitahu adik, cerita Highland Tower tak seram tapi cerita Izat Vila Nabila lagi seram. Hahaha!!


Korang dah pernah tengok ya cerita ini?

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Buah Namnam yang jarang dijumpai

Buah namnam aku dapat di rumah Opah aku. Aidiladha lepas dapat makan sebiji. Ada satu pokok je lagi sekarang. Rezeki buah dah masak dan terus makan.




Itu bekas aku dah makan. Dah nak habis baru teringat nak ambil gambar. Sedap ok. Masam masam manis. Best!


Kalau nak cari sekarang memang payah nak jumpa. Tapi kalau korang ada di Changkat Jering,Perak boleh cuba tengok. Selalu makanan "lagenda" ada di jual di sana.


Nak tengok gambar penuh buah namnam sila google image
=__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sifat amanah dalam urusan kerja



Kadang-kadang bukan gaji untuk dipertikaikan
Tapi cara kita sendiri
Bagaimana kita kendalikan
Bagaimana kita bahagikan


Gaji beribu-ribu tapi tidak cukup
Kenapa?
Kita tanya diri kita


Moga rezeki yang ku dapat
Yang ku cari di redhai
Aminnn




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 21, 2013

Sudah perbaharui kad ATM Maybank

Kerja tukar/perbaharui kad ATM Maybank sudah selesai. Bukan apa, berapa kali aku keluarkan duit asyik tertera notis pada ATM bagitahu kalau kad tamat 2014 dengan segera pergi mana-mana Maybank untuk perbaharui.




Sebelum ini kad gambar ceri, eh betulke? Sekarang gambar seperti di atas. Tak kisah dah gambar apa asalkan boleh cucuk lepas itu keluar duit. Muahaha!


PERCUMA sahaja! Tiada bayaran yang dikenakan. Pada yang belum tukar, sila tukar. Macam mana nak tahu? Boleh nampak juga pada kat ATM anda tamat tahun bila ok.


Si dia siap bagitahu menyampah tengok gambar kad aku. Ada aku kisah sebab aku bukan fanatik bola. Hahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 99 # - Status penerimaan hadiah pemenang GA Oktober 2013 Nurul Yui

90% pemenang dah terima hadiah masing-masing
Yang belum adalah dari pengeposan biasa
Daku harapkan semuanya terima dengan selamat


Tolong emel/komen untuk bagitahu
Supaya tidak aku tertanya-tanya sendiri
Kerjasama itu indah
Sebagaimana indahnya kerjasama ketika sertai


Terima kasih kepada mereka yang sentiasa update
Tidak kira sponsor mahupun pemenang


Settle penerimaan baru GA Nov akan dilancarkan
In sha ALLAH


* Daku taknak dicop penganjur yang lepas tangan
Harap maklum




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 20, 2013

Shawl Halfmoon Plain 2 Layer Nurul Yui Collection

Rasanya aku dah bagitahu yang aku berkenan sangat dengan warna baju mak Mawar iaitu pengasas tudung Fareeda. Hijau jorengggg gitu.


Misi nak cari kat Kamdar tapi dapat yang ala-ala warna itu pun jadilah. Motif memang nak buat halfmoon 2 layer pula. 


Pilihan kain lebih mahal sikit harganya sebab chiffon jenis ini lebih berat & jatuh terletak. Eh faham tak bahasa aku? Combination colour pun aku pilih bila nampak kain depan mata. Kira rembat terus.


Halfmoon plain 2 layer ini memang untuk kegunaan aku tapi kalau ada yang nak order pun tiada masalah. In sha ALLAH aku boleh layan order sebab sekarang tengah gian bershawl pula. 


Boleh request nak warna apa, aku akan cari & siapkan. Ambil masa sedikitlah ya. Bukan kau order harini, lusa dah kena sampai. Tidak ok.


Harga? In sha ALLAH berpatutan dengan harga kain, jahit, kos-kos lain & layanan mesra free dari daku. Bawah RM 40. Sebab shawl aku buat lebih lebar. Korang boleh adjust sendiri nak labuhkan ya.


* Harga promosi shawl halfmoon plain RM 16 sehelai, ambil 2 helai RM 30 masih berjalan hingga hujung Nov 2013. Rujuk { entry }.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

WW 107 - Shawl Halfmoon Plain 2 Layer



Gambar sewaktu belum dipotong
Sekarang dah siap =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 19, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah bangun pagi hari ini, badan tak rasa panas. Sejuk elok. Bersyukur sebab tak perlu terus ke hospital untuk ambil darah.


Check juga seluruh badan takut ada perubahan apa-apa. Alhamdulillah tiada juga. Masih normal. Lega bila baik-baik hendaknya.


Terima kasih kepada yang mendoakan. Oh ya, ramai pula perasan aku banyak kurang sihat tahun ini kan? Aku sendiri tak perasan. Hehe.


Bukan demam rindula. Demam biasa. Serious, kalau aku demam memang demam sungguh jawabnya. Takde makna nak demam rindu bagai. Huhu.


Maka esok kembali bekerja setelah 4 hari bercuti.


* Tolong bagitahu pemenang GA Oktober 2013 Nurul Yui yang dah selamat terima hadiah masing-masing melalui emel atau komen sahaja di entry. Tinggal beberapa orang sahaja lagi kerana melibatkan pengeposan biasa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Makanan untuk tekak orang kurang sihat

Bila sakit selain makanan wajib ialah menghabiskan ubat-ubat yang diberi oleh doktor.


Makanan biasa macam nak telan dengan tak. Jadi pilihan tekak ialah buah-buahan.




In sha ALLAH jika semuanya baik esok aku mula bekerja seperti biasa.  Doakan. Aminn.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 18, 2013

Cuti sakit 2 hari

Harini aku tak dapat pergi kerja. Badan tak sihat sejak subuh tadi.


Akhirnya ambil keputusan pergi klinik. Tanya itu ini terus doc bagitahu kalau esok demam juga terus ke hospital ambil darah.


Takut syak denggi. Moga tidaklah. Terus doc bagi cuti 2 hari.


Maka aku kat kg. Nampak online tapi kebanyakkannya aku sedang berehat. Doakan semua baik-baik. In sha ALLAH. 

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

RESEPI : Cheesecake meleleh versi kukus paling mudah

Nampaknya ramai pakat tanya resepi versi daku sendiri setelah melihat entry { ini }. Ecehh. Korang sajekan. Takpe aku kongsikan versi aku sendiri. Tidak perlu bakar membakar sebab kek aku kukus sahaja.


BAHAN-BAHAN

1) 100 gram tepung gandum *
2) 60 gram tepung jagung *
3) 1 sudu kecil baking powder *
4) 1 sudu besar ovalette
5) 100 gram gula kastor
6) 4 biji telur
7) 2 biji kuning telur
8) 50ml air sejuk ( air dari peti sejuk )
9) 75 gram mentega cair


CARA-CARA

1) Ayakkan dahulu bahan bertanda *
2) Sebatikan semua bahan diatas kecuali mentega cair
3) Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair & sebatikan
4) Kukus selama 40 minit ( cucuk guna garpu & jika kek tidak melekat pada garpu itu tandanya sudah masak )

* Nak letak pewarna pun boleh ( perisa rose atau pandan atau ikut suka )


BAHAN & CARA UNTUK CREAM CHEESE

1) 250 gram cream cheese
2) 120 gram susu pekat manis
3) 50ml UHT whipping cream

* Satukan semua bahan di atas hingga sebati. Ikut resepi asal katanya cair tapi daku buat tak cair. 


BAHAN UNTUK HIASAN

1) 1 buku ( 250gram ) cheddar cheese diparut

* Daku guna beberapa sahaja dan potong guna pisau. Tak parut bagai sebab untuk makan sendiri. Huhu.


CARA PENYEDIAAN

1) Kek yang masak tadi sejukkan dahulu kemudian bahagi pada 2 bahagian
2) Tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama
3) Lapiskan dengan kepingan kedua & tuang semua baki cream cheese atasnya
4) Tabur cheddar di bahagian atas sebagai hiasan

* Kalau nak tabur cheese yang diparut pada kepingan pertama pun boleh. Lagi bertambah sedap!




Boleh simpan dalam peti ais. Tahan hingga 3 hari ikut apa yang aku buat. Kalau dah melantak habis dalam sehari sudah settle semua. Hahaha!


Itulah hasilnya seperti dalam gambar. Nampak tak comel tapi rasa comel ok. Selamat mencuba ya. 







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, November 17, 2013

Kurang sihat

Dua hari dah daku rasa kurang sihat. Bila malam badan rasa panas. Rasa seram sejuk. Tak tahulah kenapa. Hari ini pun sama.


Harap esok ok sebab esok nak kerja. Tak gemar nak mc bagai kalau badan masih larat nak bekerja.


Doakan baik-baik. In sha ALLAH. Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kan?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 16, 2013

L untuk Lela



Nampak L yang ada pada rantai leher Lela?
Khas untuk anak dara manja + gedik
Lela di majnun atau Lela di makjun
Wakaka!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 15, 2013

Hadiah shawl lace dari Izyanty Collection

Tahukan Izyanty Collection juga menjadi salah seorang sponsor untuk GA Oktober daku. Daku ingatkan shawl diberi pada pemenang sahaja rupanya aku turut terima.




Serious comel gitu. Sebelum ini aku pernah order shawl dari Izyanty Collection. Memang puas hati sangat. Terima kasih kak untuk hadiah ini. Yui anggap ini hadiah birthday ke 25 ya. 


Moga semakin murah rezeki akak dalam perniagaan.


Kepada yang nak tengok lebih banyak hasil tangan, terus lawat page berikut






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tambah manik untuk shawl halfmoon plain

Kalau dah tiada kerja, beginilah gayanya. Mulalah tangan tak duduk diam. Jumaat lepas beli manik-manik. Saja nak ngetest pada shawl halfmoon plain.




Yang dalam gambar itu aku tak jahit tapi hanya gunakan gam khas untuk kain. Motif aku adalah untuk test sendiri dan nak tengok hasilnya. Tahan atau tidak.


Haruslah gam manik itu, basuh shawl, keringkan dan 
tengok manik itu jatuh atau tidak


Tunggu hasil "kajian" aku ini ok. Lepas ini tak jadi plain sebab dah ada manik.


Jijah bagitahu lepas ini daku boleh bisnes manik, mungkin juga kan. Manalah tahu ALLAH dah tetapkan ke arah itu pula.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 14, 2013

Cheesecake meleleh air tangan Yui



Resepi?
Korang lagi hebat dari daku 
=___=


Update : Resepi akan diberi Isnin depan
Ini kek dah siap just tunggu ngap masuk mulut ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 98 # - Inilah Nurul Yui

Saya suka berbisnes
Saya suka cabaran
Saya suka mencuba baru tahu macam mana rasanya
Saya suka tengok semangat orang yang telah berjaya
Saya suka mereka yang banyak berusaha


Saya lakukan benda yang masuk akal
Saya lakukan benda yang mendatangkan manfaat
Saya lakukan benda yang dapat menampung perbelanjaan harian/bulanan/tahunan


Saya bekas pelajar jurusan pengurusan perniagaan
Saya hanya partime dengan bisnes yang ada


Itulah saya Nurul Yui 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 13, 2013

Berita mengenai amaran pengambilan Figure Up

Rasanya ramai dah tahu tentang produk kurus figure up yang semakin banyak dipasaran terutama dalam online. Daku pernah dapat berita tentang Brunei dah kenalpasti dalam figure up ada racun merbahaya tapi aku tengok jualan di Malaysia lancar sahaja.


Sehingga aku nampak berita dari laman portal rasmi perkhidmatan farmasi { entry berita }.


Ada yang bagitahu figure up ada yang original & fake. Ada yang aku baca tak dapat kelulusan KKM. Ada yang tulis bahan-bahan tradisional. Tapi bila berita rasmi keluar macam di atas, mana satu harus diberi keutamaan?


Risau pula kan. Kita nak kurus tapi tersalah ubat. Mungkin ada kesan tapi kesan jangka panjang kita tak nampak lagi.


Jadi, terpulang. Berita dah dimaklumkan. Sekarang terpulang pada pengguna sendiri. Fikir untuk masa depan pula.


Eh, Shaklee ada set kurus tak? Macam nak kurangkan masalah perut buncitke? Berapa harganya? Serius nak tahu. Adake yang nak layan pertanyaan aku ini terutama pengedar sah shaklee? Aku banyak tanya tau sebelum mencuba. Huhu.


* Kalau tanya pengalaman aku, macam-macam dah cuba. Muahahaha!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Selamat ulangtahun adikku yang ke-14

13/11/2013 genap usia adik lelaki bongsu yang ke-14. Bersamaan tingkatan 2. Umur makin meningkat & perangai makin hyper juga. Hihi.


Buat adikku Shahrizal
Selamat ulangtahun
semoga panjang umur & dimurahkan rezeki
moga menjaga perilakumu sebaiknya tambahan diusia muda
Dengar nasihat & kata-kata keluarga
terutama mak & abah


Jangan degil & lakukan perkara yang baik
Moga berjaya dunia & akhirat
amiiinnn


 SELAMAT HARI LAHIR


Moga satu masa nanti kamu ternampak blog akak kamu, kamu akan faham kenapa coretan ini diluahkan. Sebagai kenangan & sebagai peringatan.


* Harini dia ada lawatan ke KL dan akan balik malam ini. Moga perjalanan pergi & balik selamat. In shaa ALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 12, 2013

Apa yang menarik di majlis perkahwinan Fizo Omar & Mawar?

Paling tertarik atau best haruslah tentang pernikahan mereka. Suasana meriah & semuanya dipermudahkan. Pasangan pengantin pun nampak sama cantik dan sama padan. Alhamdulillah.




Tapi apa yang lebih menarik perhatian daku selain itu adalah warna pakaian mak & ayah Mawar. Hijau yang pada pandangan mata aku sangat cantik.


Terus aku cakap pada mak, nak buat baju warna hijau macam itula. Lagipun takde warna macam itu lagi dalam koleksi almari. Muahahaha.




Nampak terang warnanya kan tapi itula, macam susah nak cari warna ini. Takpe, aku usahakan nanti.


Buat tema raya tahun depan pun ok juga ni. Eh, dah fikir tema raya sebab dah selamat ganti puasa lama dah. Yang tak ganti, jangan fikir tema lagi ya. Ngeh ngeh.


Warna baju mak Fizo pun cantik. Tiada lagi koleksi warna biru.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bantal perhiasan felt craft kembali lagi

Kerja hari minggu yang lepas. Order dari sahabat daku. Selepas bulan puasa, memang tak sentuh jahit menjahit craft. So, rasa kekok sikit. Eceh! Sebenarnya malas.




Design diberikan olehnya sendiri. Nak warna sama juga. Jadi aku follow macam yang diberi ikut gambar. Sambil siapkan sikit-sikit sambil update pada dia.




Dan itulah hasilnya. Saiz A4. Alhamdulillah selesai juga siapkan.


Kepada mereka yang nak order, boleh bagitahu atau terus lawat page daku Nurul Yui Collection kerana di situ aku letakkan hasil yang telah berjaya dibuat.




* Daku cuba sebaiknya untuk puaskan hati setiap pelanggan. In Shaa ALLAH.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 11, 2013

Tutorial pakai shawl halfmoon

Sebab aku ada jual shawl halfmoon plain, ada yang request tanya macam mana cara pakai. Ok, mak jemah tak letak muka mak jemah untuk buat tutor nanti ada nangis taknak pakai. Haha!


Jadi, ambil dari page yang memang jual shawl. Jangan risau sebab daku KREDITKAN SUMBER.













Rasanya tengok gambar pun dah fahamkan? Atau nak daku berikan step?


Mudah sebenarnya yang penting kena cuba. Yang pasti anda boleh adjust shawl untuk labuhkan. Selamat mencuba ya!!


Dapatkan shawl halfmoon plain
dengan harga promosi hingga Nov 2013
sehelai hanya RM 16





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, November 10, 2013

Proses pembungkusan & pengeposan

Jika korang selalu pergi pejabat pos sampai orang di pejabat dah dapat cam muka korang yang asyik pos & banyak bungkusan pastinya depa bagi resit poslaju supaya korang siap-siap tulis dan tak ambil masa lama di sana.




Sekarang dah dapat plastik pula. Yang letak resit tu. So aku kena tampal terus atas bungkusan. Aku suka sebab jimat masa aku. Kalau depa bagi sampul plasti FREE lagi aku suka. Muahahaha!


Takkan dapatlah cik kak oi melainkan ada akaun dengan poslaju.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Pengenalan Shawl Halfmoon Plain Nurul Yui Collection

Alhamdulillah, hajat nak ada shawl halfmoon sendiri tercapai. Potong ikut saiz sendiri. Lebih besar, lebih lebar. Itu yang best! Part potong tak berapa best sebab ambil masa tapi takpe sebab puas hati.


Sempena hari Jumaat yang penuh kemuliaan, daku lancarkan terus promosi pengenalan.


- ada 2 helai dalam gambar di atas -


HARGA SEMPENA PROMOSI PENGENALAN 
iaitu 
RM 16 SEHELAI 
Harga promosi hingga hujung bulan Nov 2013




Nanti daku upload gambar warna-warna yang ada ya. Dan aku akan upload contoh pemakaian dari daku sendiri. InsyaALLAH.


Nak request warna pun boleh tapi ambil masa sikit ya sebab bukan ready stock.


Doakan semua berjalan lancar. Amiiin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, November 09, 2013

Kika lena dibuai mimpi

Terasa lama tak post gambar meow-meow kesayangan hati. Harini up gambar Kika. Kucing betina yang sangat eksyen gayanya. Tak boleh dipeluk lama-lama mulalah mulut pun bising.




Gambar malam tadi. Sempat ambil ketika Kika nyenyak tidur. Satu-satunya kucing yang suka buat gaya kakinya macam itu. Nampak selesa sangat =)


* Minggu depan ambil order makanan-makanan kucing yang harga lebih murah dari kedai biasa.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 08, 2013

Al-Fatihah untuk arwah pakcik

Berita mengejutkan diterima tengahari semalam. Adik bagitahu pakcik telah meninggal dunia. ALLAH. Terkedu sekejap.


Bergegas aku minta pulang segera ke kg. Sampai sahaja di kg, jenazah sedang dimandikan. Ku perhati wajah makcik, wajah anak-anaknya merangkap sepupu aku sendiri. Sayu hati ini. Terfikir macam mana mereka nanti tanpa tunggak utama dalam keluarga.


Arwah meninggal ketika berada di kedai makan. Darah banyak keluar. Mungkin penyakit perutnya. Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan sebelum asar.


Buat makcik & sepupuku, tabahlah walau ku tahu berat hati mengenangkan apa yang terjadi. ALLAH lebih sayangkan arwah. Doakan arwah berada di tempat golongan orang beriman.


Al-Fatihah







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 07, 2013

ST 97 # - Berjaga-jaga dengan setiap ayat yang dikeluarkan

Ada kalanya ayat itu ayat biasa
Tapi disangka marah


Ada kalanya ayat itu ayat bergurau
Tapi disangka berkasar


Ada kalanya ayat itu ayat lembut
Tapi disangka berkeras


Ingat!!
Kata-kata dari mulut, kata-kata melalui tangan
Kalau disalah erti akan membawa maksud yang lain
Anda sangka anda biasa
Tapi mungkin tanpa sedar membuatkan hati insan lain terasa


Peringatan untuk diri sendiri
juga bersama




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Bisnes online dikenakan GST?



Apakah pendapat anda?
Apa pendapat peniaga online?


Penerangan lanjut tentang GST pada peniaga online
sila baca maklumat dalam blog berikut
{ info lebih untuk kita faham }


- Pemenang-pemenang GA Oktober 2013 Nurul Yui, 
yang mana dah terima hadiah
sila maklumkan pada daku ok. 
Yang tak terima lagi pun sila bagitahu -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 06, 2013

WW 106 - Shawl Halfmoon plain bakal ada di Nurul Yui Collection



Sebelum kain dipotong 
Jenuh malam tadi
Huhu




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 05, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H buat seluruh umat Islam

Salam Maal Hijrah khas buat seluruh umat Islam
di serata dunia


Mohon maaf andai tersalah bahasa
tersilap tutur bicara


Moga tahun baru lebih bermakna
buat kita semua


InsyaALLAH


- Selamat bercuti & selamat bekerja esok -




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

LELONG : Dress Purple RM 50 termasuk poslaju



Material : Lycra
Kesusaian : Tinggi 165cm ke bawah
Saiz : Sesuai hingga  L
Item : Baru & tag masih ada pada dress
Harga : RM 50 termasuk poslaju
Harga pasaran : RM 55 tidak termasuk pos


STATUS : 6/11/2013 SOLD


Terima kasih





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 04, 2013

Cupcake comel tapi rasanya tak berapa comel



Sebelum ini aku dah try donutnya. Tapi tak kena dengan tekak aku. Lagi best big apple. Dan haritu beranikan diri nak cuba rasa cupcake yang comel-comel belaka.


Bila masuk mulut, ok biasa sangat. Bab hiasan memang boleh menang tapi bab rasa jauh tertinggal. Ada cupcake yang keras, mandat. Ada yang lembut. Ada yang terlampau kecil. Krim atas je tebal.


So, aku decide itu yang pertama dan terakhir untuk aku beli guna duit sendiri. Muahahaha.


Kedai apa? Rasanya korang tahu. So aku taknaklah mention dalam blog.


Lokasi beli : AEON Station 18, Ipoh


* Hanya pendapat aku. Lain orang lain tekaknya ya =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^