tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, March 20, 2014

Guna perkhidmatan KTMB untuk ke Kuala Lumpur

Awal bulan lepas dah ke KL untuk hadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan sekelas sewaktu belajar di PUO. Minggu ini inshaaALLAH akan pergi lagi tapi kali ini untuk majlis pertunangan salah seorang sahabat baik.


Apa yang nak ditekankan dalam entry kali ini, jenis pengangkutan awam yang bakal digunakan. Kali ini nak guna KTMB. Mungkin train biasa atau ETS.


Kenapa tak naik bas? Sebab mak aku mula risau ditambahkan kejadian bas terbabas masuk dalam gaung. Jenis bas itu yang aku gunakan sewaktu aku pulang dari KL yang lalu. Jadi sebagai orang tua, dia risaukan anak sulung dia ini.


Maka aku sebagai seorang anak, terus bagitahu kali ini akan naik KTMB. InshaaALLAH dan moga buatkan hati seorang ibu lebih tenang.


Walau kita tahu kemalangan ada di mana-mana tapi lebih baik kita ikut kata hati orang tua kan? Yang aku pasti, dia nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya.


Ok mak, Yui naik KTMB kali ini ok? Mak jangan risau. InshaALLAH takde apa-apa.


* Eceh, aku taip panjang-panjang, macam mak aku buka blog plak kan? Tapi sekurangnya aku dah sampaikan isi hati aku padanya. Macam pelik je? Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

shaFazie said...

betol itu yui,baik naik tren mudah & selesa bg akak lah.apa2 pun semoga perjalan yui nanti dipermudahkan.

Cho Zila said...

naik ketapi pun syiok gaktu... lagipun sekarangni nak yang cepat dan lambat sikit dan lambat sangatpun derkan..

Anum said...

BETUL2

Unknown said...

mak2 ni memang pun..bila anak nak kemana2 macam2 la dia pikir..walau kita dah besar tapi kat mata dia kita tetap anak kecil dia.

ikafantasi said...

yui naik train yg katil ke ape, klu katil, bersih2kan sikit cadar dia..takut hama, sbb dah penah kena..hahaa

Tie HT said...

Akak pun suka kalau yui naik train sebab % kemalangannya sgt sedikit..cuma memang betul kalau dah sampai janji Allah, di mana2 pun boleh berlaku..may save journey yui :-)

Chot said...

mmg pelik.haha..takpe..Naluri seorg mak dan hati seorang mak tu yg penting..Semoga selamat pergi dan balik :))

Nadia Johari said...

benda kalau nak terjadi..akan terjadi yui..so dalam setiap perjalan mestilah selalu baca doa..

Azhafizah MN said...

naik KTMB xde nak sangkut jammed.. :)