tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label ♥makanan sodaapp♥. Show all posts
Showing posts with label ♥makanan sodaapp♥. Show all posts

Tuesday, August 07, 2018

Makan Best : Mr. Dakgalbi, Station 18 Ipoh

Dah berbulan Mr Dakgalbi ni buka di St 18, Ipoh tapi Yui banyak kali tak berpeluang masuk. Yelahhh, benda baru buka memang confirm jadi viral. Sampai kena beratur kat luar tunggu turn, memang taklah cara Yui =)


Jadi bila suasana dah reda, baru kita cuba okay. Kebetulan rakan opis pun nak makan, elok sangatlah tu. Kami makan waktu rehat Jumaat. Ngam la dengan time yang ada.


Lokasi terletak dalam Aeon St 18, Ipoh berdekatan Padini. Senang je cari.




Jenis cermin di mana orang luar boleh tengok macam mana korang makan, macam mana pekerja layan customer dan gaul apa patut untuk menu terbabit. Kira buat tarikan kepada orang lain nak masuk. Bagus marketing begini.




Yang cheese tu memang menambat hati sungguh bila tengok. Rasa kecur air liur. Sedap jeeee walaupun baru tengok gambar. Heeeeeee.


Kami berdua sepakat pilih menu UTAMA mereka iaitu Cheese Ring Dakgalbi  RM 72 & Ice Lemon Tea x 2 RM 8. Katanya boleh makan untuk 2 orang tapi bagi Yui sebenarnya 4 orang pun boleh makan oiii. Banyak sangat. 



Konsep mereka. mereka ada serve kita untuk gaul semua yang ada atas tu. Bila dah selesai baru dibiarkan untuk kita nikmati setiap menu yang ada. Rasa macam "raja" kejap dilayan sebegitu. Eceeehhhh.




Keliling tu adalah CHEESE 
Walaweeeehhh!




Oh ya, uols kalau taknak order air pun takpe sebab setiap meja akan disediakan air sejuk. Plain water gituu. Takpayahlah minum manis kannn?? 


Pendapat peribadi :
Kebersihan 5/5
Rasa 4/5
Akan datang lagi


Dan sangat berpotensi untuk repeat lagi, nak rasa menu lain. Hehehe.




Wajah-wajah awek korea
kahkahkah!



Fb Page : Mr.Dakgalbi

Mr Dakgalbi ( Ipoh Aeon Station 18)
Lot G-61 Grd Floor Ipoh Station 18
No 2 Susuran Stesen 18
31650 Station 18 Ipoh




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 13, 2017

Resepi Mudah : Jjajangmyeon / Mee Kacang Hitam

Yui ada bagitahu yang Yui beli pes segera makanan korea Jjajangmyeon kan? Jadi dalam entry kali ini, saja nak tunjuk cara Yui masak. Ecececececeh, senang sangat. Ada resepi di sediakan tapi Yui tambah juga bahan lain mengikut menu lain yang ada di Google.



Hasilnya bila tambah "tepung jagung"


Jom tengok macam mana nak sediakan resepi mudah Jjajangmyeon. Ok, untuk pengetahuan kalian, bila beli pes ini, memang disertakan sekali resepi ( tak pasti samada seller ini atau semua seller letak resepi ). 


Bahan-bahan & cara sediakan :

Lobak, timun jepun. kentang, bawang besar ( Yui guna 1 batang/biji ) dipotong dadu. Daging ikut kuantiti yang kita nak dipotong kecil. Sedikit minyak untuk menumis, setelah agak lembut, baru masukkan pes & air. Biar sampai masak sepenuhnya.



Tumis semua bahan asas dulu



Dah masuk pes ( setengah botol ) + air tunggu hingga masak 


Okay,
Macam mana nak buat kuah lebih pekat? Selepas Yui masak, yui hanya ambil sedikit sahaja iaitu cukup untuk satu hidangan. Ketika menggelegak, terus masukkan bancuhan tepung jagung ( sikit saja ) dan terus kacau. Autotamatik kuah akan jadi pekat dan likat seperti gambar bawah.




Lebihan kuah yang belum dimasukkan bancuhan tepung jagung, Yui masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Boleh lagi digunakan keesokan hari.


Campur bancuhan tepung jagung atau tidak, kedua-duanya sedap di tekak Yui.


Oh ya,
Mee tu pun dijual sekali. Boleh tanya seller okay.


Selamat mencuba dan menikmati makanan Korea. Puas buat sendiri sebab banyak weiiii.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 24, 2017

Korean Food - Instant Paste Jjajangmyeon atau Mee Kacang Hitam

Yui memang suka tengok rancangan Korea terutama rancangan komedi atau mengenai masakan. Agak terpengaruh tengok menu Korea selepas kerap tonton Running Man. Nampak tak pengaruh tang mana? Menyelerakan tengok cara mereka makan.


Kadang dah boleh ingat nama menu. Teringin pun ada tapi susah nak jumpa area Ipoh. Dok mengintai FB, ternampak post tentang pes segera makanan Korea. Wahh, bagai mengantuk disorongkan bantal, Yui terus buka page dan komen cari agen area Ipoh.





Agen Ipoh : 013-4367072


Semasa Yui beli, ada promosi percuma mee. Ya ALLAH, sedap tau. Kena sangat dengan tekak Yui. Nanti Yui kongsi cara masak okay. Walau first time cuba, rasa memang terbaik. Harus cuba juga versi kedai sebab nak bandingkan rasa.


Puas hati dapat rasa.
Selalu kat seoul garden/sushi king versi biasa aje menunya. Lepas ini nak cuba chicken wing korea. Wowwwww!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, July 10, 2017

Empire Sushi dah dibuka di Ipoh Parade

Teruja plak nak habaq kat hangpa. Yui tau pun sebab ada rakan FB post pasal sushi yang telah menambat hatinya. Udah dia post gambar, kami tanyalah kat mana. Kat Ipoh aje. Best best!


Selang 2 hari Yui plak pergi ke Ipoh Parade. Kebetulan keluar sebab ada orang belanja tengok cerita Transformer The Last Knight kat GSC.






Empire Sushi ni bukan dalam kedai. Di luar berdekatan eskalator. Tak silap Yui tingkat 2. Hangpa cari je, mesti jumpa. Mustahil tak nampak. Hehehe.


Yui pergi lebih kurang 6.30 petang, tak banyak pilihan yang tinggal tapi masih buat mata ni rambang nak pilih yang mana. Harga sangat berpatutan. Kalau buka cawangan di merata tempat, rasanya memang Sushi King Yui bye bye sebab ada yang lebih sedap. Hahahaha.



Ini yang Yui pilih
Harga lebih kurang RM 15
Sangat berbaloi sebab ambil yang jarang nak jumpa
Hehehe


Orang Ipoh kena cuba. Yui tak pasti buka seawal jam berapa tapi rasanya lebih baik datang tengahari sebab kalau lambat dah tentu tak banyak pilihan yang tinggal.


Empire Sushi, Ipoh Parade
Alamat: Lot No. KS03, 2nd Floor, Ipoh Parade
Fb Page : Empire Sushi




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 09, 2017

Menu Korea Topokki (Kek Beras)

Adalah satu hari tu, tekak tak tahu nak berbuka apa. Masuk AEON nampak Topokki segera, cuma kita panaskan/rendam. Rembat 1 untuk merasa.




Oh,
Begini rupanya rasa TOPOKKI. Begini rasanya kek beras yang selalu Yui tengok ahli running man makan sampai rasa terliur. Hahaha.


Untuk Yui,
Rasanya ok. Cuma mungkin sebab ini jenis segera dan bukan homemade, bahan tak berapa nak meriah. Tapi dari segi rasa, tekak yui boleh terima.


Kalau bagi pilihan antara ramen dan topokki, Yui pilih RAMEN Samyang =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 25, 2017

Review peribadi : Croissant dari Munchy's

Yui perasan croissant ni pun dari post member di FB. Lepas itu, waktu beli barang di TF, Yui ternampaklah. Tapi waktu tu ada 2 perisa, rembatlah dua-dua sebab nak rasa.




Buka 1,
Eh lembut. Eh sedap. Eh inti best.


Terus buka paket kedua =)


Tengok plak ada masuk berita. Oh, rupanya ada 3 perisa. Caramel, coklat & vanilla.




Kesimpulan,
Yui sangat suka. Harga baru RM 1.30. Mampu milik dan sedap. Bolehlah beli buat menu sahur. Yang belum cuba, korang wajib cuba okay. Berbaloi sangat harga tu + ada inti lagi. Memang terbaiklaaaah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, April 11, 2017

Delivery Food : Kuih Nona Manis sedap area Ipoh Perak

Lama dah Yui perhatikan Nona Manis ni tapi belum berkesempatan beli dan merasainya sendiri. Asyik dok nampak seller post merata group untuk promote, maka semalam Yui terjebak beli sebab seller ada buat penghantaran area ST 18, hoyeayyyy!!



10 ketul RM 5
Caj COD RM 1
Sangat berbaloi!!


Orang Ipoh memang patut cuba sebab terasa lemak dan manisnya. Dengan tekak Yui memang ngam la. Yang penting ada pelbagai perisa seperti keladi, jagung & pandan. 


Jangan lupa beli dan rasa ya.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, March 09, 2017

BBQ Lamb Ipoh - Roasted & Grill, Jalan Ampang Baru 6

Rabu bersamaan 22/2/2017, ada orang ajak makan grill grill bagai. Special kat situ ada daging itik & kambing. Perghhh mamblesss sangat sebab bukan senang ada kedai yang jual dan masak daging itik. Selalu kedai cayanunalif aje kan.



Maaflah snap gambar takde flash time ni
Hahaha



Air naga & kelapa shake




Opss senget plak gambar



Inilah smokey duck
Ada 3 sos diberikan




Yang ini nasi kambing




Kambing grill


Jangan tanya apa nama menu sebab Yui dah lupa. Hehehe. Keseluruhan sangat memuaskan hati. Tak menyesal kali pertama pergi. InshaaALLAH boleh repeat lagi.


Kedai ini terletak di Jalan Ampang 6, Ipoh. Tak jauh dari Politeknik Ungku Omar. Korang boleh waze, memang senang cari. Semua sedap belaka tapi untuk yang kuat makan, kena order lebih ya. Hehe.



019-507 7207


Orang Ipoh kena cuba ya!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 07, 2017

Menu kegemaran selain sushi

Sorry sangat Yui lupa apa nama ni
Tahu beli aje
Hahaha



Sekarang suka makan ini plak selain sushi
Walaupun kosong tapi sedap
Adik lelaki Yui pun suka
Kemain sekali hadap 3-4 ketul


Korang pernah makan?
Suka ke tidak?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 16, 2017

Bekal roti sapu planta bergula

Tengok roti sapu planta mesti teringat iklan yang mak dia gigih kayuh basikal kejar bas, pastu semata nak sapu planta. Muahahahaha, terkesan iklan tu ea walau tak logik!


Oklah,
Pagi tadi mak Yui bagi bekal roti + butter & gula. ALLAH, walau ringkas tapi sedap dan kenyang sebab air tangan bonda sendiri. Maka, sarapan Yui tadi makan 3 keping. Kenyang sesangat.





Ini barulah betul ibu gigih bagi bekal pada anaknya. Ekekeke. Terima kasih mak. Muaaaahhh! Sayang mak.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 07, 2017

[Delivery service] - Burger Chickenchop murah dan sedap di Ipoh

Ini adalah orang yang sama buat Pizza yang superb sedap, lembut dan tak kedekut dengan bahan. Tak percaya, meh tengok SINI.


Kali ini Yui cuba plak Burger Chicken Chop yang tengah viral di Ipoh Ipoh Ajer. Tengok kulit roti tu nampak menarik, macam pau cendawan tu kan. Hehehe.




Penuh dengan isi dan tak kedekut bahan.
Sedap!




Waktu Yui order ni Yui tengah puasa,
Jadi lambat makan tu sebab nampak melekat


Kalau tak silap harga sebiji burger ini dalam RM6-7 sahaja. Yang paling penting, ada cod terutama orang di Station 18, Ipoh. Ehhh tempat lain pun ada, korang tanya aje okay. Sebab permintaan tinggi, jadi merata dah akak ni boleh hantar. 



012 5739185
012 5739185
012 5739185


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 02, 2017

JJCM versi Yui : Restoran Johan Classic Station 18, Ipoh

Dalam pukul 8 malam, akak rumah ajak makan kat luar. Okay, diet ke laut. Miahaha. Ishh, idaklah. Yui takde masalah nak makan apa-apa selagi takde buat diet yang NEKAD.


Pilihan kami ialah Restoran Johan Classic. Tepi jalan besar, berdekatan dengan Tesco Station 18, Ipoh. Akak rumah suka tomyam kedai ni. Katanya sedap.




Tak rancang makan apa, tapi Yui tengok ada menu istimewa BELUT maka mulut ni laju je tanya apa menu yang ada. Terus order Belut 3 rasa. 


Comel aje isi belutnya. Nampak sangat saiz kecik. Ekekeke. Rasa, oklah. Yui tak berani nak order sup belut takut berbau hanyir, pernah terkena tapi tempat lain. Padahal ada tempat masak, memang sedap tauuu.


Maka menu kami malam tadi ada 5 jenis ( tomyam takde dalam gambar ) & 3 nasi putih. 2 teh o limau + 1 epal hijau. Jumlah RM 38.00. 


Akak rumah belanja. Alhamdulillah. Semoga makin murah rezeki akak.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 01, 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart Durian

Perisa durian adalah perisa baru selain cheese & chocolate. Haritu sebab satu family lengkap ada balik SS, maka sajalah Yui belanja beli untuk deme. Kot kat tekak dema sedap juga macam Yui. Mehmehmeh.






3 cheese, 1 choc & 2 durian


Untuk perisa original cheese & chocolate Yui dah pernah review sebelum ini.




Inilah rupa perisa durian. Bagi Yui, bolehlah. Takdelah kuat sangat rasa durian tu. Untuk tekak Yui, yang original lagi win berbanding dua perisa lain. Tapi untuk family Yui, deme tak berapa berkenan dengan tekstur tart tu.


Apa pun,
Semua perisa dah rasa. Jadi, takdelah dok rasa "ngidam" bagai lagi.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 27, 2017

Nasi Dagang sedap di Ipoh

Kalau korang biasa tengok Yui update entry Nasi Kerabu, ini adalah owner yang sama. Makcik Kelantan yang berniaga di pasar malam di Ipoh. Yang Yui beli ni di pasar malam Station 18, Ipoh setiap hari Isnin.




Sebenarnya Yui tak berapa suka nasi dagang tapi sebab haritu teringin, beli juga. Heeee, memang tak mengecewakan rasanya. Sedap dan lemak ikan tu.


Harga rasanya RM 4. Berpatutankan?


Selamat Bercuti korang!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, January 18, 2017

Western Food sedap di Klebang, Ipoh

Yui pernah up pasal kedai ini. Sebelum ini ada di Chemor tapi sekarang owner buat di halaman rumah aje. Haaaaa, walau halaman tapi tetap banyak permintaan.


Yui dok terbayang-bayang rosemary grill chicken dia. Kuah tu memang terbaik habaq! Pekat, sedap dan takkan tinggalkan kuah tu sebab akan hirup sampai habis.  Konon haritu nak tunggu adik yang tentera balik bercuti baru pergi tapi Yui tak sabar, tak menahan. So, ajak mak, abah dan bongsu pergi makan.





Beli rosemary grill percuma air teh o lemon


Kami bertiga order rosemary grill chicken. Abah Yui plak nak makan nasi goreng ikan rebus. Penuh satu pinggan. Sambal dia memang merecik!




Memandangkan nak juga rasa waffle dia yang penuh buah-buahan dan dilimpahi cairan coklat, Yui bungkus bawa balik. 



Waffle Mix Fruit
Ada pisang, kiwi dan strawberi


Jumlah harga bagi 3 set rosemary grill, teh o suam & waffle mixfruit RM 48.20 . Bagi Yui harga yang berbaloi sebab penuh satu pinggan!




Ada pelbagai lagi menu lain
Korang boleh telefon owner sebelum datang ya





Facebook : Diyana Rusli
No tel : 012 508 4604
Alamat : Laluan 3 No 7 
Taman Klebang Jaya
( berhadapan Aeon Klebang )



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 16, 2017

Sarapan Kerabu Megi Thai di pejabat

Haritu di pejabat, saja dok buat kerabu megi thai. Itupun sebab officemate sudah siap beli bahan asas, sharing sesama kami. Heeee, jadi gunalah "dapur" office tu walaupun sekadar ada microwave.


Tak puas guna itu.
Lagi seronok rebus dalam periuk dan api yang sepatutnya. Tekstur dia lain.




Bahan pun ala kadar tapi inshaaALLAH cukup. Alhamdulillah, sarapan ala Thailand gitu.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 13, 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart Chocolate

Akhirnya, dapat juga rasa perisa coklat. 2 kali sebelum ini makan yang original dan semestinya kena dengan tekak Yui yang sangat suka cheese.




Rasanya sedap. Tak rasa choc yang kuat tapi macam ada perisa lain yang buat baked cheese tart ni rasa berlainan.  




Jurujual tu ada cadangkan letak dalam peti ais dulu tapi Yui tak sabar, sebab tak tahan tengok rupa dan baunya. Muahahahahaha!


Tak menyesal cuba.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 09, 2017

Bila gian tengok NANGKA

Agaknya tengah musim kot. Sebab dalam Aeon ada jual, pergi pasar malam pun ada. Hari Khamis lepas beli dalam Aeon, RM 6 sepaket ( adalah dalam 6-7 ulas ).




Yang gambar atas ini Yui beli di pasar malam. 2 bekas RM 5. Ok sangatlah harga tu kan. Nasiblah rasanya ok. Tapi Yui pernah rasa ada lagi yang lebih sedap.


Kata deme nangka ni angin tapi dengan Yui alhamdulillah tak rasa gitu.


Apa pun,
Alhamdulillah atas nikmat diberikan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 06, 2017

Kek Batik dari jiran

Alhamdulillah, rezeki hari cuti haritu, jiran belakang belakangggg rumah bagi kek batik. Pangkat adik Yui ja dia ni. Hehehe, rajin budak ni.




Dia bagi dan suruh rasa. Sedap dan tak manis. Sedang elok. Jadilah tu kan, sekurangnya dia mencuba dan yang penting dia memberi pada Yui. Mehmehmeh.


Takpe,
Nanti akak balas bekas kamu ni plak naaa. Katanya ni balas balik ( maybe sebab haritu bagi nasi lemak ). Lupa dahhhh.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 05, 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart lagi!

Kemain ada lagi tau. Ni bukan Yui beli tapi member opis belanja. Heeee, murah rezeki. Elok plak petang tu kepala tingtong, ngadap makan ni, layan sungguh!



Lebih banyak gambar


Lalu depan kedai pun dah menggoda tau. Bau dia haruuuummm sangat. Sila percaya sebab ini jujur dari Yui yang hantu dengan cheese.


Nak beli selalu tak rasa mampu sebab harga seketul pun RM 5 +. Dok fikir beli makanan anak-anak bulus lagi bagus. Tapi teringin sekali sekala bolehlah. Hehehe.


Dah cuba belum?
Cubalah tau, inshaaALLAH tak menyesal. Nanti Yui nak cuba perisa coklat plak. Macam menarik.


TQ officemate sebab belanja. Luv u laaa!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^