tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label Bekal ringkas 2015. Show all posts
Showing posts with label Bekal ringkas 2015. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Bekal bujang : Nasi Goreng Atkins

Mood ada, adalah benda aku masak. Kadang mood takde pun aku masak. Konon terapi nak abaikan masalah yang jadi buat sementara.


Okay, aku rindu masakan orang diet atkins. Memandangkan bahan dah ada, aku pun buat "nasi" goreng atkin. Lagi superb sebab letak petai. Fuhhhhh, krup krap gigit petai!




Inilah bekal orang bujang. Makan pagi merangkap tengahari. Senang.


Yang mana berdiet atkins, pastikan anda faham apa yang boleh makan atau tidak mengikut fasa masing-masing. Diet atkins tak ketat mana andai anda follow dengan cara betul.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 20, 2015

Bekal Bujang : Burgedil Cheese

Ini cerita minggu lepas. Saja up sebab takde idea nak publish entry. Entry CMD je banyak takut korang bosan baca. Eleeeh, perasan macam ada orang baca blog hang! Hahahaha.




Kalau mood rajin, adalah bekal yang akan aku sediakan. Aku memang suka bawa bekal ke pejabat, aku juga suka bekal yang comel-comel. Menaikkan mood aku sendiri.


Jadi sarapan merangkap lunch aku hari itu aku buat burgerdil cheese.


Senang koje.


CMD sekarang sentiasa dibawa. Hehehe.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, August 13, 2015

Bekal orang bujang : Burgedil cheese & daging

Bekal bujang seterusnya. Dah 2 hari menu sama. Aku kalau dah tahap malas, buat banyak-banyak untuk bekal 2-3 hari. Bangun pagi tinggal goreng aje. Nama tak pemalas? Hahaha.




Selalu aku sarapan pagi. Lunch hanya minum. Dah terbiasa pula. Sebab sarapan pun dekat pukul 11.00 pagi.


Menu pemalas dari orang bujang macam aku.


Kadang tak habis, hati rasa lain, fikiran ke lain juga. Huaaaaaa!!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 08, 2015

Bekal orang bujang : Ayam & tempe goreng

Memandangkan ayam ayamas masih ada, goreng 5 ketul pagi ini. Ada juga beli 1 paket tempe, apa lagi potong halus-halus kemudian goreng garing. Fuh!




Antara 2 jenis di atas, aku paling suka tempe. Itu namanya gorong bodoh saja. Lagi syiok kalau letak bawang banyak kemudian letak cili padi, ubi kentang. Waahhh! Terangkat makan. Ratah gitu pun sedappp.


Masa yang diperlukan untuk siapkan sarapan di atas hanya dalam 15 minit sahaja.


Sape suka tempe?
Kita geng. Adalah sikit keturunan jawa =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, March 13, 2015

Bekal orang bujang : Bakar-bakar



Semalam sebelum Isyak dah siap-siap potong bahan. Pagi ini terus campak dan bakar lebih kurang 30 minit.


Bahan campak bakar-bakar :
Sebiji bawang besar, 1 biji cili padi. sedikit bunga kobis, sedikit batang saderi, sedikit lobak, 1 biji kentang, sedikit sayuran hijau, sedikit lada, 2 biji telur, mayonis, 1 keping cheese, sebatang sosej, crab stick dan sedikit garam.


Menu "rajin" dari Yui. Miahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 11, 2015

Bekal orang bujang : Sayur & ayam

Edisi bekal orang bujang bersiaran kembali.
Giler sekarang malas sungguh!




Menu semua versi malas. Hahahaha.


Sayur bunga kobis & telur
1 biji terung ( rendam dalam air garam & goreng sekejap )
Ayam diperap cincai


Cukuplah menu ini untuk breakfast & lunch. Silap-silap bawa ke dinner pula. Huhu.


Aish! Asyik sebut malas saja kan. Patutnya aku kena selalu kata rajin. Barulah terus rajin. Mehmehmeh.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 03, 2015

Bekal orang bujang : Sayuran telur kukus

Bekal seterusnya minggu lepas. Buat insan yang benar-benar malas nak bangun awal semata-mata nak siapkan sarapan, aku cadangkan buat seperti ini.


Malam sebelum tidur, potong siap-siap bahan asas. Bangun pagi, pecahkan 2 biji telur dan masukkan dalam bekas. Kemudian boleh kukus hingga masak. Kalau di pejabat, aku guna microwave lebih kurang 3 minit.




Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar, 1 batang sosej, sedikit lobak merah, sedikit brokoli, sedikit garam & lada sulah. 2 biji telur & sekeping cheese dicarik diletakkan di bahagian atas.






Makan ini pun tak habis. Bawa ke petang. Sedap juga di makan dengan sos lada hitam dan sos cili. Nyummy! Alhamdulillah kenyang.


Maaf ya sebab ini bekal orang mals macam aku =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 27, 2015

Bekal orang bujang : Ayam perap cincai

Edisi bekal seterusnya. Ini makanan aku untuk breakfast. Petang perap, pagi esok terus bakar. Senang untuk orang malas macam aku.




Aku pilih bahagian peha 6 ketul RM 6


Perap dengan :
Ground cinnamon ( serbuk kulit kayu manis )
Serbuk lada
2 ulas bawang putih ( cincang halus )
Sedikit minyak bijan/zaitun
Sedikit garam


Semua bahan agak-agak sahaja. Perap sekurangnya 1 jam. Lebih pun takpe. Kemudian bakar selama 30 minit dengan suhu 190' api atas bawah. Boleh juga guna pemanggang ajaib.


Cicah dengan sos lada hitam dan sos cili. Layan!


Sebenarnya banyak lagi bahan perap lain boleh tambah. Ikut selera masing-masing. Yang ini versi cincai a.k.a malas. Huhu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 25, 2015

Bekal orang bujang : Sayur & telur

Edisi bekal orang bujang diteruskan lagi. Oh ya, kat rumah sewa biasanya untuk dinner & breakfast akan aku masak cincai. You know cincai? Orang malas macam aku saja buat macam ini. Hahahaha.




Yang banyak itu sayur bunga kobis (ala-ala menu diet atkins )
Salad kobis
Telur dadar gulung


Bila aku update entry bekal orang bujang, rata-rata komen tanya aku masih berdiet atkins. Untuk pengetahuan semua, aku dah hidup macam biasa. Kadang aku suka buat menu atkins sebab ringkas. Bila dah terbiasa, macam inilah.


InshaaALLAH aku nak mula semula dengan fasa 2 untuk sambung diet. Kalau dapat angka 50 kg kira untung sangat itu. Sekarang berat 56-57 kg. Duk statik angka itu saja.


Semoga diri ini rajin. Lalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 24, 2015

Bekal orang bujang : Brokoli telur

Sekarang mood ambil gambar bekal pula.
*sebenarnya takde idea update entry!
Meh aku share bekal seterusnya.




Brokoli celup dalam telur kemudian masak dalam pemanggang ajaib ( tak guna minyak )
Cicah pula dengan sos cili
Boleh tahan juga
Lagi sedap kalau tabur lada


Brokoli boleh rebus kejap atau tak payah pun takpe
Maaf ya, ini cara masak orang malas macam aku!
Yang penting senang disediakan
Hehehe.


Aku nak tengok sampai bila aku rajin nak bawa bekal!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 18, 2015

Bekal orang bujang



Sejujurnya aku orang yang malas masak. Tambah duk rumah bujang, lagilahhh!


Oleh kerana idea takde, aku up gambar bekal ringkas ketika kerja.


Ayam grill & telur bayam
Letak sos sebagai perasa
Siap!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^