Pertama sekali, aku
harap tips yang aku bagi ini dapat membantu bagi yang akan melancong terutamanya ke Bandung, Indonesia. Tak dapat bantu banyak, bantu sikit pun dah memadai.
Jom tengok apa yang patut dilakukan sebelum bercuti.
1) Sila google dan survey maklumat yang diperlukan. Kebanyakan blogger pasti akan update percutian mereka untuk dikongsi bersama termasuk aku. Aku banyak sangat
google pengalaman orang lain ketika berada di sana.
2)
Booking awal tiket penerbangan terutama ketika waktu promosi. Memang berbaloi! Kalau yang berkemampuan, dan dan tu beli pun no hal.
3) Hanya perlu
bawa barangan wajib sahaja seperti telekung, sehelai tshirt, sehelai seluar & kasut selipar atau bertutup. Beg bagasi bawa yang besar, pergi ringan tapi balik pasti penuh. Silap-silap tambah beli bagasi dan isi penuh lagi macam aku.
4)
Disarankan pakai selipar sahaja terutama ketika shopping di Pasar Baru. Tak payahlah nak cantik sangat dengan heel bagai buat lenguh kaki je nanti. Elok boleh pusing lama, nanti 30 minit dah malas pusing!
5) Digalakkan
bawa beg belakang ( yang macam budak sekolah pakai itu ). Serious sangat berguna sebab bila beli barang, boleh terus sumbat. Takde penat jari jemari ini.
6) Sebelum pergi,
lebih baik anda aktifkan pengeluaran antarabangsa. Aku buat untuk CIMB dan Maybank. Just guna mesin atm untuk aktifkan. In case tak cukup tunai, boleh terus cucuk dan keluarlah duit juta-juta. Kih kih.
7) Untuk
booking hotel dan perkhidmatan supir, cari dan survey dan bandingkan harga. Berpatutan atau tidak.
8) Pastikan
bagasi anda bertanda. Aku akan letak tag dan riben merah. Biar mata jelas nampak.
9)
Bawa ubat basic seperti minyak cap kapak, panadol dan ubat sakit perut.
10) Bawa
international plug. Lain negara lain jenis plugnya.
11)
Tukaran mata wang. Pandai-pandai korang survey money changer mana yang tawar harga terbaik. Time aku pergi 1 juta = RM 316 kalau tak salah. Tukar duit kecil untuk rupiah sebab ada yang tak bagi balance nanti.
12)
Simpan keratan yang akan diberikan dalam flight semasa penerbangan ke Bandung. Keratan akan dikutip semula bila nak balik Malaysia.
13) Dah sampai,
belilah simkad Simpati. Jimat harga untuk mesej dan telefon. Nanti aku bagitahu cara jimatnya macam mana sebab ada kod yang diguna. Jangan beli di airport sebab mahal! Beli kat kedai biasa okay.
14)
Asingkan duit tax Rp 75,000 untuk setiap seorang. Kanak-kanak aku tak pasti kena atau tak tapi untuk dewasa WAJIB.
15) Boleh juga sediakan duit kertas RM 1 sebagai
ole-ole dari Malaysia. Bawa gula-gula pun okay sebab kawan aku buat macam itu tapi aku bawa not RM 1 lebih kurang RM 20. Diaorang sangat gembira bila dapat tau.
16) Sediakan
list kecil untuk nilai tukaran. Senang bagi yang payah benar nak convert dalam rupiah, dalam Malaysia. Buat jadual kecil saiz poket. If nak, boleh bagitahu dan aku akan emelkan. Tolong emel terus daku
fashanusha@gmail.com.
Antara blog yang boleh dijadikan sumber rujukan anda :
1)
Admya { banyak info mengenai hotel }
2)
Nadia
3)
Hanna Si Merah Jambu
4)
Dunia Cik Anita
Aku rasa ini dulu. If ada penambahan, aku akan update okay.
Yang penting korang harus rajin study tempat orang macam mana dan peel orang. Selamat bercuti kepada yang bakal bercuti pertama kali mahupun berulang kali.