tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Wednesday, June 27, 2018

Salam Aidilfitri 1439H dari Yui sekeluarga

Fuuhhh fuhhh lamanya blog dianaktirikan. Kesian hang dapat tuan lagu ni. Mendung berarak kelabu. Eh ehh ehhh!


Masih di bulan Syawal jadi rasanya tak terlambat nak ucapkan kepada pembaca blog yui, ehh adake? Takpe tak kisahlah janji Yui dah coretkan di sini.


Yui sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali kami. Raya tahun ini masih bujang dan bersama keluarga tersayang. Eceeeehhh!




Ini yang ada di Hari Raya Pertama
Tema Peach sebab ikut "arahan" Yui
Hahahaa!





Inilah adik beradik Yui
Belakang tu adik Ipar


Sadis tahun ni tak dapat duit raya. Kahkahkah. Sedor diri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 21, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sebelum Yui lagi sibuk dan terus sibuk
Yui ambil kesempatan ini untuk mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Mohon maaf andai ada salah silap selama kita kenal
Halalkan segala ilmu yang ada
Halalkan makan minum andai pernah bersua/berniaga


Moga selamat pergi & balik ke halaman kampung tercinta
Jaga diri dan sentiasa berhati-hati


Macam biasa Yui masih beraya dengan keluarga tercinta sebelum ada keluarga sendiri
InshaaALLAH



SELAMAT HARI RAYA KORANG 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 09, 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha

Isnin nanti bersamaan 10 Zulhijjah 1437 adalah merupakan Hari Raya Qurban atau AidilAdha. Sudah tentu ramai yang akan sambung bercuti memandangkan hari Jumaat jatuh cuti umum sempena Hari Malaysia.


Persiapan Aidiladha?
Jujur, takde langsung. Nak buat mini popia ikan bilis pun tak. Nak buka tempahan, langsung tidak. Tak tahu kenapa, nampak "sepi" untuk sambutan padahal kita patut lebihkan Aidiladha. Tapi setahu Yui, di negeri Kelantan, Terengganu & Kedah sambutannya meriah. Rasa nak pergi sana dan alami pengalaman itu.


Cuti
Yui cuti hari Isnin sahaja. Takde niat nak apply cuti tambahan.


Berhati-hati
Korang kena hati-hati walau di mana berada ya. Moga dipermudahkan urusan kita bersama. InshaaALLAH.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Ikhlas,
Nurul Yui




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 15, 2016

Raya 2016 Nurul Yui & wakil anak bulus

Orang kalau udah ada anak bulus, tambah bila dah anggap deme macam keluarga sendiri, aku raya, ko kena raya. Bezanya korang takde baju aje. Cukup je dengan bulu yang melekat kat badan tu. Hahaha.


Oklah,
Rasanya tak boleh miss kalau tak bergambar dengan anak bulus. Tak sekor dua pun jadilah dari 26 ekor yang ada buat masa ini.



Wakil anak bulus di SS - Shinchan



Wakil anak bulus rumah sewa - Seri


Tahun ini aku bawa balik Seri ke SS sebab Mat Oyen akak sorang lagi bawa. Memandangkan Seri hyperactive, dia memang kena duduk dalam rumah sepanjang aku cuti beraya.


Selamat Hari Raya untuk anak-anak bulus kalian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 30, 2016

Pesanan WAJIB sempena Hari Raya





Sama macam pendapat aku dalam entry haritu


Yang baik semua dariNYA
Yang kurang adalah dari diri sendiri






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 28, 2016

Sampul Raya 2016



Tahun ke-6 dapat sampul raya free aje. Wakakakaka. Jimat duit. Eh, lagipun kalau shopping pun kadang dapat juga sampul raya. 


Berbalik pada tajuk,
Ini rupa sampul untuk tahun 2016. Mak, abah dan adik-adik aku confirm akan dapat duit raya dari aku. Dah kerja, bagi deme merasa sama walau tak banyak mana. Heeeee.


Untuk sepupu, saudara & yang mai umur bawah 12 tahun biasanya aku akan hulurkan duit raya dalam sampul ni juga. Yelaaa, dah kata dapat free. Hahaha.


Duit raya masuk dalam tabung takpun tukar beli emas ya. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^