tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kad. Show all posts
Showing posts with label kad. Show all posts

Thursday, December 08, 2016

Selesai tukar Kad CIMB ke MYDebit [tukar cepat]

Kalau Maybank dah selesai tukar Ogos lepas [entry]. Tukar awal sebab itu selalu digunakan. CIMB saja nak lambatkan sebab jarang guna kad, lebih kepada cimbclik. Ekekeke, sila jangan ikut cara Yui melengahkan kerja.


Alhamdulillah,
Rabu 7/12/2016 Yui dah tukar yang baru. Saja pergi CIMB Menglembu sebab tahu kat situ tak sesak dan tak ramai orang. Kalau CIMB utama kat pekan Ipoh, dah tentu nanti berjam-jam tunggu.


Dalam 20 minit selesai. Sepatutnya 10 minit tapi sebab Yui jarang guna kad di ATM, mereka ada masalah untuk cari. Heee, salah Yui juga tu kan.




Oh ya,
Kalau korang ada cimbclik, lebih baik terus uruskan di bank terus.


Bila korang dapat kad baru, dia akan bagi satu surat yang tertera no pin sementara. Pergi ke ATM, masukkan pin yang diberi dan tukar kepada pin baru.


Dah selesai,
Pergi ke kios CIMBCLIK. Log in macam biasa dan nanti akan diminta untuk korang masukkan no yang tertera pada kad bank.


Itu sahaja, selesai.


Nak puji staf CIMB Menglembu, Ipoh
Mesra pelanggan dan banyak membantu
Terima kasih





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, August 12, 2015

Business card Nurul Yui Collection

Setelah bertahun terjebak dengan bisnes kecilan NYC, akhirnya telah ambil keputusan nak buat business card sendiri. Lagi pun time itu ada offer dari pihak yang buat. Sebab harga sangat berpatutan, laju saja aku order.



Buat yang ringkas sahaja asalkan maklumat penting ada. Alhamdulillah, seronok bila ada kad sendiri. Macam terlebih yakin gitu. Hahahaha.


Tempahan kad : Hafizzy Aziz




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^