Korang ada baca tak kisah adik beradik yang keracunan makanan akibat makan roti? Tapi aku tak pasti memang benar dari roti atau makanan/minuman lain. Ayahnya beli di bazar.
Hal macam ini sekarang kerap berlaku. Kalau sebelum ini jadi pada majlis kahwin yang sampai mengakibatkan kematian. Siapa yang perlu disalahkan? Peniaga? Pembeli? Pembekal? Masing-masing ada tanggungjawab tersendiri nak pastikan kebersihan.
Kes keracunan makanan ini memang membimbangkan. Tambahan melibatkan kanak-kanak. Daya ketahanan mereka lain. Ya ALLAH, harap kes macam ini tidak semakin meningkat. Risau.
Ini antara salah satu sebab sekarang aku kurangkan pergi bazar. Cuba kawal nafsu membeli sebab peningkatan harga & kualiti semakin menurun di kebanyakan gerai.
Bukan bazar sahaja boleh jadi punca keracunan. Di mana-mana pun boleh.




