tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label puasa 2017. Show all posts
Showing posts with label puasa 2017. Show all posts

Thursday, June 08, 2017

Ramadhan 1438H Nurul Yui 2017 - BAZAR

Dah hari ke-13 kita berpuasa,
Macam mana lalui Ramadhan korang? Kalau okay alhamdulillah. Tapi kalau ada berita menyedihkan. moga lebih kuat dan tabah.


Ramadhan Yui macam biasa. Kalau nak bercerita pasal makan minum ketika berbuka, dah tentu yang dicari ialah air. Heeee, makanan tu jadi kedua.


Entry kali ini nak berceloteh pasal PARAM/BAZAR

Bazar?
Yui dah beberapa tahun kawal diri untuk tidak setiap hari ke bazar. Pergi bila perlu atau disuruh sahaja. Bukan apa, kebanyakan yang terjadi di tahun 2017 ini sangat mengecewakan. Bayangkan, air tak manis, caroi je tengok.


Paling sedih bila peniaga itu adalah peniaga yang dah berpuluh tahun berniaga. Takkan ketika ramadhan terus "resepi" jadi lain? Kot ya pun disebabkan kenaikan harga, semua faham. Jenis Yui, biar harga naik dari dapat kualiti yang berkurangan serta mengecewakan.


Tak dinafikan harga lauk naik. Kalau kita beli barang basah pun dah mahal, untuk orang bujang macam Yui, Yui lebih selesa masak menu apa yang nak ditelan saja. Balik kg baru nak "meriah" memasak.


Apa pun,
Kita yang kena pandai kawal diri. Kalau rasa rajin, balik rumah dan masak. Tapi kalau malas dan tiada masa, tunjuk tunjuk bayar pun senang. Hehehe.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 25, 2017

Selamat Berpuasa Ramadhan 1438H

Assalamualaikum korang. Sedar tak sedar esok dah nak puasa. Dah masuk Ramadhan. Dah masanya kita tambah lebih amal kebaikan inshaaALLAH.



Ada kurma, aprikot & kiwi (kering)


Buat semua kawan blogger Yui termasuk silent reader,
Yui ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan. Seperti biasa, elakkan pembaziran okay =)


Bulan puasa tetap ada entry masak/makan. Siapa tak tahan, jangan baca okay. Tapi semua pakat dah besar panjang, takkan tak tahan nafsu kan. Kihkihkih.


Semoga dipermudahkan semua perkara kebaikan, inshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 24, 2016

Diari Ramadhan 1437H Nurul Yui

Kisah Ramadhan ke-18 bersamaan hari Khamis 23/6/2016. Kurang 2 minggu Ramadhan bakal berakhir. Sedih plak rasa.


Bersahur
1 keping roti + nutella
1 cawan air soya


Berbuka
1 biji kurma
1 sachet Peah Queen
Yong Tau Fu
Air lai ci kang


Aku bersahur di SS dan berbuka di rumah sewa dengan rakan serumah. Alhamdulillah selesai.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 04, 2016

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1437H

Di kesempatan ini daku ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak
kepada semua sahabat & kawan yang mengenali diri ini
Tidak mengira secara bersemuka atau secara maya


Moga kalian dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya
Dan menambahkan amal jariah untuk akhirat
InshaaALLAH


Ahlan Wasahlan Ramadhan




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^