tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label tabung yui. simpanan. Show all posts
Showing posts with label tabung yui. simpanan. Show all posts

Tuesday, January 17, 2017

Sesi mengira Tabung Syiling

Masa duit syiling warna emas baru keluar, teruja sangat tau kumpul. Tapi bila tengok semula, tak cantik warnanya. Cepat pudar, dah macam token funfair pula.


Maka,
Malas dah kumpul syiling. Jadi, Yui kutip mana-mana sahaja tabung syiling yang ada, dan kira semuanya untuk ditukar kepada wang kertas (lebih ringan).




Tapi duit kertas pun kalau diperap, nanti tak elok juga. Lagi berbahaya kalau dimakan anai-anai. Nayaaaaa weeeeeeiii.


Cara lebih dan paling selamat,
tukar dengan EMAS. Simpanan mudah cair jika kita terdesak, inshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 21, 2016

Tabung versi Yui

Payah kalau orang ada lambat kesedaran. Heeee, macam aku. Tabung memang ada tapi sebelum ini letak duit syiling aje. Konon best berat. Padahal kalau kira amaun tak banyak mana. Tabung pun kecil.


Ini idea awal tahun 2016.


Aku beli bekas di kedai RM 2. Bertutup. Tak nampak isi dalam. Aku mulakan setiap kali rasa nak letak, ambil je amaun apa yang ada dalam beg duit, dan masukkan dalam bekas ini. Kalau amaun besar tu, biasanya sebab aku dah tukar atau waktu gaji dah masuk. Duit raya aku dapat baru ini pun masuk dalam tu. Heeeee.




Adalah sekali dua aku kira amaun. Tak sampai RM 500 rasanya. Dok fikir nak tukarkan duit ini semua kepada emas atau tebus emas yang aku gadai. Nilai matawang tak berguna sangat sekarang. "Hangus"!!


Sekarang aku banyak fikir ke depan. Agaknya selaras dengan usia. Wakakakaka!!


Sebenarnya, kita kena didik kesedaran dari awal. Yang penting tekad. InshaaALLAH. Kalau sambil lewa memang tak jalan la apa kita rancang.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^