tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label tentang blog. Show all posts
Showing posts with label tentang blog. Show all posts

Wednesday, April 13, 2016

Loading blog lambat, tunggu atau tinggalkan?

Maaf sangat,

Ada beberapa blog yang komen di entry aku, sedaya upaya aku cuba balas balik. Memang nak komen dalam entry korang tapi apakan daya, loading ya ampun menguji kesabaran. Bukan aku tak refresh, bukan aku tak new tab semula. Semua dah cuba.


Lagi satu masalah nak komen.
Ada pulak robot tu. Kadang dah tekan gambar, pastu dia suh wat benda lain. Menguji, sungguh menguji.


Heeee,
Tapikan, yang mana komen memang aku cuba sedaya upaya komen walau kadang 1 blog ambil masa dekat 5 minit !! Aku amat hargai korang.


Maaf kalau blog aku juga menyusahkan korang.
Ada apa-apa maklumkan aje sebab memang banyak kekurangan blog ini.
Blog "syok sendiri" kuikuikuiii.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 07, 2015

Apesal tak boleh view blog orang lain?

Ehhh, korang ada alami masalah macam ini tak sekarang?


Atau aku saja yang alami. Tak boleh buka/tengok blog korang. Nak komen apatah lagi. Keluar "makhluk" opssss tulis tak boleh buat sementara ini. Kejap lagi clear dulu apa patut.


"Whoops, that's an error"


Dahlah 2-3 hari ini alami masalah dengan internet Yes & DiGi.
Haruuu sungguh bila kita memerlukan, ada pula masalah lain yang datang. Memang menguji kesabaran namanya.


Nanti dah ok, aku jejak balas ok.
Mood terus kureeeeeng! Hahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, November 25, 2015

Please prove you are not a robot!

Blog siapa yang guna macam ini sebelum pembaca dapat komen?


Aku dah banyak kali kena hari ini.
Sebenarnya function tu ok cuma kadang "agak menyusahkan"


Setakat tick tick boleh terima pakai
Ada juga yang suruh mengira
Tapi paling tak menahan ada yang sampai kena copy code & paste dalam masa 2 minit
Aduhhh!


Buatnya loading lembap, connection kejap ok kejap tak
Idakke dari rajin mengomen terus cari butang X?
Uji kesabaran, hahahaha!


Yang mana blog terkena tu, dah ok aku p komen balik ya.
Blog aku pun ada cacat celanya, huaaaaaa.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 28, 2015

Kenapa aku jarang sertai GA/Segmen?

Sebenarnya aku akui aku memang jarang join mana-mana giveaway atau segmen. Bukan tak minat, tapi ada kekangan tertentu.


Masalah utama :
MASA
Ye aku tak banyak masa. Memang boleh update blog bagai tapi aku kurang masa kalau melibatkan banyak syarat. Kadang entry aku memang dah sedia awal, just tunggu untuk publish sahaja.


Masalah-masalah lain :
1) Terlalu banyak syarat untuk dipatuhi
2) Masalah loading yang melampau ambil masanya untuk kita view
3) Selalu terlepas tarikh pengumuman walau dah catat di tempat lain
4) Data internet agak kurang
5) Terikat dengan kerja rasmi & partime


Tapiiii eh ada tapi tau. Kadang aku usaha juga nak sertai. Tanda support sesama blogger. InshaaALLAH mana yang mudah memang aku sertai. Benda cepat, takde masalah.


Kadang banyak syarat sebab hadiahnya hebat-hebat belaka. Jadi, kenalah berusaha lebihkan?


Korang janganlah kata aku sombong plak. Bukaaaaaannn!
Aku dah nyatakan sebab-sebabnya. Harap memahamilah ya.


Yang mana ada buat GA/Segmen, semoga berjaya ya!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^