tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label tidak jujur. Show all posts
Showing posts with label tidak jujur. Show all posts

Wednesday, July 09, 2014

Kisah bazar di Sg Siput

Dalam cuba mengelak akhirnya jadi juga pada keluarga sendiri. Kisahnya macam ini, abah aku ada singgah di bazar SS hari minggu lalu. Dia ni hantu pajeri terung, jadi belilah 3 ketul kecil ( yang dah takde rupa ) sebab dah lembik dengan harga RM 5.


Time berbuka, mak aku rasa sekali dan dia bagitahu kenapa macam pelik pajeri tu. Dahlah lembik, rasa pun semacam. Ok, takpelah. Aku takde ambil port sangat sebab aku tak makan masa tu. Abah pun makan sikit je. Mungkin tak kena dengan tekak.


Macam biasa, bersahur esoknya mak aku perangat ( panaskan ) pajeri tersebut, apa yang mengejutkan pajeri tu dah basi! Basi? Macam pelik. Kalau betul semalam dia masak, mesti pajeri tu boleh dimakan lagi. Apa yang ada dalam fikiran aku, peniaga itu gunapakai lauk yang tidak habis.


Bukan menuduh tapi secara logik begitu. Nak salahkan abah pun tak boleh, dia laki bukan tahu benda tu basi or tidak. Yang dia tahu, pilih & bayar.


Kesal. Aku tak pasti gerai mana satu tapi kalau dapat tahu memang tidak akan ku beli lagi di situ.


Sebab itulah aku tak gemar ke bazar. Pergi pun kalau terpaksa sahaja. Jawapannya masak sendiri lebih baik.


Berniaga biar jujur jangan nak dapat keuntungan sahaja. Sekian.


Walau apa pun bersyukur sebab tiada kejadian sakit perut. Kalau tidak, memang dugaan sungguh.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^