tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, October 03, 2012

WW 63 - Nor Zahirah Amira melawat Tok Lang Shah





# Tok Lang Shah merujuk kepada abah aku ya




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 02, 2012

Bahasa singkatan remaja zaman sekarang

Ini bukan sekali tapi disebabkan aku sendiri nak baca terbelit-belit maka saja aku postkan dekat FB aku. Rata-rata ramai yang ada adik-adik berbahasa sebegini rupa. Oh, mesti tension cikgu BM korang kalau tahu anak murid guna bahasa sesingkat boleh!




Tak kisahlah dik. Walau macam mana pon kau tetap adikku. Akak mu sampai Diploma aje, tu pasal tak advance macam bahasa korang kini.Hahaha! Ini baru sikit perkataannya. Ada lagi teruk dari ini aku pernah dapat dari dia.


# Bahasa adik perempuan aku yang di UUM itu. Dengan mak abah pandai plak bahasa penuh sebab dah kena warning awal-awal! Aku dengan adik-adik memang takder formal mana ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Menang barangan craft sebab teka betul!

Walau aku dalam bidang craft tapi tak bermakna aku tak terima barangan craft orang lain ye. Muahahah! Siyesly, aku suka hasil jari jemari Nisa. Sangat kemas! 




Geram tengok binatang biru tu. Yang love pun. Yang pin tu juga! Pendek kata semuanya aku suka. Benda FREE siapalah yang tak suka kan. Tambahan pula dapat disebabkan coz teka tepat. Kui kui kui.


Jom lawat blog craft Nisa iaitu Greenpandacraft untuk lihat lebih banyak hasil yang comel-comel. Boleh juga kalau rajin korang like page beliau ya.


# Petang ini InsyaALLAH nak lawat abah aku di Hospital Ipoh



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 01, 2012

Doakan kesihatan abah aku yer kawan-kawan

Balik Jumaat lepas, tengok abah dah takde. Rupanya abah berada di Hospital SS untuk check matanya. Itupon sebab mak aku paksa. Ceritanya sebab mata belah kanan abah aku bengkak. Akibat kawannya terhempuk raket badminton!




Dari pukul 6 petang sampai ke 10 lebih dan akhirnya doktor suruh abah aku check ke pakar mata di Hospital Ipoh. Sampai Ipoh, abah terpaksa di tahan di wad disebabkan pendarahan dalam anak mata. Serius dan boleh akibatkan buta kalau tidak dirawat rapi.


Kata doktor maybe 5 hari tapi hingga semalam suhu mata belum juga turun. Kesian tengoknya, bosan duk situ. Doakan dia agar cepat sembuh yer kawan-kawan. Tak sabar nak tengok dia balik rumah cepat-cepat.




# Terima kasih kepada adik beradik Blogger Perak yang sudi melawat abah daku semalam. TQ sesangat korang!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^