Ada tak diantara kalian yang tahu petua lama atau tradisi untuk mengubati batuk? Kalau ada, sharekan bersama aku boleh. Bukan aku yang sakit tapi mak aku. Kesian tengoknya selalu batuk.
Dah siap bawa ke klinik tapi beli ubat sahaja tak jumpa doktor. Balik Jumaat lepas, aku pula beli ubat batuk cap ibu dan anak. Keesokan abah beli jenis ubat yang lain. See, dah berapa jenis di situ.
Tapi masih belum kurang. Walau kadang-kadang batuk tapi kesian tengok mak. Bila nak tidur, terganggu tidurnya.
Kalau ada, share di sini ya. Terima kasih didahulukan.
Dah siap bagitahu mak, kalau masih tak okay, akan ku PAKSARELA mak pergi klinik dan jumpa doktor terus. Takut benar nak jumpa doktor la tuuuu. Hihihi.
Abah aku lagilah tak suka ke klinik mahupun hospital. Tak larat nak bangun baru pergi. Rupanya suami isteri sama "peel" ni. Nasib baik tak berjangkit ke anaknya perangai macam itu. Haha!
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^