Kelmarin aku sekeluarga bersama opah melawat adik lelaki aku yang bersekolah di Port Dickson. Ya, sekolah SPTD. Kesian sebab dia satu sekolah tak dapat bercuti untuk Aidiladha dan dijangkakan tidak ada cuti hinga tahun hadapan.
Maka kami ambil keputusan pergi ke tempatnya. Sekurangnya terubat rindu dia dan kami terhadapnya. ALLAH, sebak tengok dia semalam. Dalam hatinya pasti terharu sebab kami dari jauh sudi jenguk dia. Dugaan sekolah lain negeri.
- dah semua macam ini tak dapat nak cam tapi aku rasa dia yang berdiri tengah -
Dia sekolah tentera. Dia yang pilih untuk terlibat dalam bidang anggota. Alhamdulillah itu minatnya dah serius tak sangka dia antara ribuan pelajar yang terpilih masuk sana. Tahniah adikku.
Tahun ini dia SPM, doakan dia berjaya untuk menjadi insan yang berguna. InsyaALLAH.
- itulah adikku yang berbaju kuning -
Rindu nak kumpul sekeluarga sepenuhnya.
Jom join GA Oktober 2013 Nurul Yui
Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi
23 pemenang bakal dicari
Tamat 24/10/2013














