tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, February 13, 2014

Hadiah untuk GA 5K Dunia Sebenar Shida



Kepada mereka yang ada join GA 5K Dunia Sebenar Shida, inshaaALLAH akan ada 2 orang pemenang dapat hadiah dari Nurul Yui Collection iaitu aku sendiri. 


Maka, hari minggu aku siap sedia buat applique. Nak jadikan apa? Tunggu siap. Hasil tak seberapa dariku. Nanti aku update lain. Yang belum join, cepat-cepat sebelum tarikh tamat ok.


Good luck semua peserta.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

ST 5 [2014] - Buat bakal suamiku


Kalau pun perokok biarlah bukan yang tegar
Seminggu sebatang sudah
Hahaha!
Tapi kalau boleh bukan perokok lagi bagus
 Aku tak gemar !




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 12, 2014

Urusan dana meow pertama

Hasil terkumpul dari dana meow maka urusan hari ini bakal berjalan. Hal yang sebelum ini aku biarkan sebab tak sanggup nak buat, tapi sekarang untuk kebaikan dan kebajikan kucing-kucing, ku cekalkan hati.


Urusan pemandulan kucing betina - Eton Junior


Temu janji telah dibuat dan 8.30 pagi adalah masanya. Korang doakan kucing aku ini kuat & cekal hadapi pembedahan kecil ini.




Jumlah kucing di rumah aku lebih 30 ekor. Sebab itu keputusan tekad ini perlu dibuat. Dan untuk mendapatkan dana, daku tubuhkan DANA UNTUK MEOW dengan menjual apa yang boleh dijual. InshaaALLAH.


Jualan amal untuk meow
{ entry }


Alhamdulillah ada juga insan baik hati yang sudi memberi derma secara ikhlas ( tak beli barang ). Terima kasih awak yang menderma. Moga ALLAH murahkan rezeki awak.


Doakan urusan aku berjalan lancar.


Aku nak tengok kucing-kucing aku hidup dengan sempurna walau aku juga tidak seberapa. Aminnn.


* Hari ini aku AL demi anak meow tersayang ( entry autopublish )




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 11, 2014

Terus mengorak langkah ke hadapan



Berjalan biar terus ke hadapan
Berjalan biar penuh berhemah
Tidak perlu tergesa-gesa berlari
Untuk cepat sampai ke destinasi


Kerana berjaga-jaga perlu ada
Supaya kita tidak cepat leka
Cepat tergoda dengan jalan yang rata
Berhemah ketika berada atasnya


Sambil kita berjalan
Sambil kita manfaatkan
Rasai apa yang berada sepanjang perjalanan
Hargai apa yang dilalui
Supaya kita lebih mengerti


Teruskan kehadapan
Teruskan perjuangan
Jangan sesekali undur
Takut kita sendiri akan mundur


InshaaALLAH.....






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^