Alhamdulillah. Itu yang dapat ku ungkapkan setelah melihat keadaan Eton Junior sekarang. Maklum sahaja, pertama kali lakukan pada kucing tersayang. Sangat mudah dari awal hingga sekarang.
Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang
Blog rujukan : Langkah -langkah sebelum & selepas mandulkan kucing
Keputusan di ambil setelah meneliti pelbagai aspek di tambahkan bilangan kucing sudah mencecah 30 ekor. Dengan keadaan rumah taman sahaja, inilah langkah sebaiknya. Lebih 3 tahun membela binatang comel ini dan baru ini keputusan sebegini dibuat.
Jom aku ceritakan kronologi untuk memandulkan kucing
1) Telefon veterinar untuk temujanji ( veterinar kerajaan )
2) Kucing perlu berpuasa sekurangnya 8 jam sebelum operation
3) Diberikan ubat lali & proses pembedahan dijalankan ( ada rekod video )
4) Proses lebih kurang 30 minit untuk pembedahan
5) Diberi ubat pil untuk diberikan kepada kucing ( 5 hari )
6) Bayaran RM 80 untuk betina, RM 40 untuk jantan
Jujur, eton junior tidak lali sepenuhnya atau pengsan. Dia separa pengsan. Aku rekod video dari mula hingga akhir proses pembedahan.
Balik rumah pun eton junior tak tidur. Cuma dia agak lali. So, aku letak dia dalam bilik aku. Tanpa kami lihat sebab dia agak agresif mungkin terasa kesan jahitan. Bila petang, alhamdulillah masukkan dia dalam sangkar besar dan anak-anak dia menyusu dengan sempurna.
Syukur sebab proses berjalan lancar. InshaaALLAH lepas ini ada lagi kucing betina yang akan dimandulkan. Ini tanggungjawab besar untuk kemudahan bersama.
* Kalau nak tanya apa-apa pasal kucing, silakan. Yang mana aku tahu, aku akan jawab ya. Ada tanya pasal tips beli kucing, nanti aku ceritakan berdasar pengalaman.

Update :
Kalau kucing baru beranak, sebaiknya tunggu 3 minggu
selepas beranak
Agar rahim dia kecut if tak salah kata veterinar
( kes Eton Junior )